30 Jul 2010

Bau Busuk Nepostisma Menghapak Di Putrajaya

Bau busuk keluar lagi dari amalan nepotisma yang menyerapi pintu masuk Putrajaya berikutan adik Perdana Menteri Najib Tun Razak membuat kenyataan "salah kira-kira" mengenai kejatuhan nilai pelaburan langsung asing (DFI).

Naib Presiden PAS Dato’ Mahfuz Omar berkata, "saya mesti mengucap tahniah kepada Nazir kerana menjadi jurucakap kabinet Najib. Kenyataan Nazir membuktikan amalan nepotisma masih berleluasa di Putrajaya.

Beliau berkata, Nazir, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, memberi komen mengenai DFI yang jelas mengingatkan rakyat Malaysia bahawa budaya nepotisma yang diamalkan oleh pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, di mana melibatkan anak-anak mereka, masih hidup segar.

Ketika era Mahathir dan Badawi, kita lihat anak-anak mereka terlibat. Mungkin kita boleh menyifatkan pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN) sekarang ini sebagai pentadbiran adik beradik," katanya.

Sambil menyifatkan kepimpinan Umno-BN bagaikan "burung-burung unta yang menyembunyikan kepala mereka", Mahfuz berkata, "hanya masa akan menentukan bila rakyat akan menendang mereka keluar."

Bagaimanapun beliau memuji Nazir kerana mengakui kerajaan merasa sakit akibat kejatuhan DFI itu.

Semalam, ketika bercakap kepada pemberita, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui kebenaran data yang dikeluarkan oleh Laporan Pelaburan Asing Dunia (WIR) oleh Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada awal minggu, Bernama melaporkan Nazir sebagai berkata, kejatuhan FDI tidak semestinya negatif.

Beliau berkata "tidak semestinya perkara itu tidak baik" untuk menerima kemasukan DFI yang rendah kerana apa yang penting ialah kualiti pelaburan.

Sebaliknya Nazir mendesak supaya kejatuhan DFI pada 2009 dikaji dengan teliti sebelum membuat kesimpulan.

Bukan lagi destinasi pelaburan

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad bagaimanapun berpendapat sebaliknya. Beliau berkata kejatuhan DFI tidak menolak hakikat bahawa Malaysia bukan lagi menjadi destinasi pelaburan.

"Walaupun saya memahami tentang maksud "pelaburan berkualiti" dan "masa yang sesuai", bagaimanapun komennya tidak dapat mengikis fakta bahawa Malaysia bukan lagi menjadi hab pelaburan, tidak berada di bawah radar, baik pelabur tempatan maupun asing," katanya.

Beliau menyifatkan komen Nazir yang "tidak tentu haluan" itu hanya bertujuan untuk mempertahankan abangnya, Najib.

Dr Dzulkefly berkata data-data Bangsa-Bangsa Bersatu itu sangat jelas dan tidak perlu kepada keterangan lanjut.

"Kekurangan minat di kalangan para pelabur asing telah menyumbang kepada kemerosotan teruk DFI dari AS$2.56 bilion pada 2004 dan AS$1.09 bilion (2005) kepada negatif AS$0.02 bilion (2006), negatif AS$2.7 bilion (2007) dan negatif AS$7.67 bilion pada 2008.

"Keadaan ini diburukkan lagi dengan hakikat bahawa pengaliran pelaburan oleh pelabur tempatan ke luar negara adalan sangat tinggi. Ketidakseimbangan ini mempunyai kesan buruk kepada ekonomi," ujar beliau.

"Pertama, ia akan memberi kesan kepada pertumbuhan. Oleh kerana kekurangan dana untuk menjana aktiviti-aktiviti ekonomi dan pelaburan dalam pelbagai sektor seperti pembuatan dan industri perkhidmatan, sasaran pertumbuhan 6% tidak boleh dicapai.

"Apabila permintaan global jatuh, keadaan akan menjadi lebih buruk kerana memberi kesan kepada faktor eksport dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)," katanya ketika ditemui selepas Dialog Bajet Selangor 2011.

Beliau memberi amaran Malaysia tidak mampu untuk berbelanja lagi kerana kini negara dibebani dengan defisit belanjawan yang luas, bersamaan 52% dari KDNK. -FMT

4 ulasan:

Matketor berkata...

Bukan saja menghapak di Putrajaya malah sampai ke seluruh pelusuk alam..rakyat memang dah lama menghidu bau busuk ni tapi ingatkan hanya kebusukan dalaman..rupa rupanya kebusukan yang canggih dan menghayalkan..malah ramai yang terpesona dengan budaya kebusukan tahap 1 UBN..semua yang busuk dan membusukkan ni patut dilontar jauh jauh hatta ke planet pluto sekalipun supaya lenyap segala kebusukan yang menjahanamkan negara dan rakyat...

Tanpa Nama berkata...

sebab tu rakyat kena bayar insuran mahal, kerana orang PM ada dalam syarikat kewangan

Tanpa Nama berkata...

puap puak pemimpin UMNO semuanya hipokrit.. adik beradik, anak cucu KOPRAT umno SUDAH LAMA SEBAT DUIT CUKAI RAKYAT...

Rakyat dibutakan dengan katakata manis pemimpin UMNO..

Sekarang Barang Naik (BN) semua rakyat susah termasuk Ahli UMNO...

matpokai berkata...

Dengan segala kebusukan,hancing dan meloyakan,UMNOputra masih wala kepada pemimpin mereka.Bila harga barang dan minyak naik,agaknya UMNOputra tak terlibat sebab depa tunjuk kad ahli UMNO,mereka terus dapat subsidi.Begitu juga ahli-ahli MCA dan MIC.Berapa kali dah berlaku kenaikan harga barang dan minyak,ahli-ahli UMNO terus membisu dan buat pekak aje.Polis lagi teruk,seolah-olah depa orang kaya dan banyak duit.Bila ada tunjuk perasaan aman membantah kenaikan harga barang dan minyak,depa sembur penunjuk perasaan dengan air asid dan belasah dengan belantan.Agaknya depa sama dengan UMNOputra,tunjuk kad pengenalan polis,boleh dapat subsidi dari kedai runcit,supermarket dan kiok minyak kereta.Teruskan sokong BN(barang naik).selalu dan buat selama-lamanya.