10 Jun 2010

Ujian Bermula Sebelum Muslimat Menjadi Naib Presiden. Laporan Polis Terhadap YB Siti Zailah

Pegawai MP PAS buat laporan polis terhadap majikannya

KOTA BAHARU, 10 Jun – Seorang kerani hari ini membuat aduan polis mendakwa majikannya Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof (gambar), mengugutnya kerana cuba mengemukakan laporan tentang prestasi majikannya kepada PAS pusat.

Lelaki berkenaan, Ahmad Syauqey Abdul Ghani, 35, yang mengaku sebagai pegawai khas kepada Anggota Parlimen tersebut, membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, pada pukul 10.30 pagi ini.

Bercakap kepada pemberita selepas laporan selama 1 jam 15 minit itu dibuat, beliau mendakwa majikannya mengugutnya melalui perbualan telefon dengan isterinya, Salwati Mohd Ariffin, 34, pada 5 Jun lalu.

Katanya, beliau mula berkhidmat dengan Siti Zailah awal Januari lalu.

Sementara itu ketika ditemui pemberita di muktamar ke-50 Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah berkata Ahmad Syauqey bukan pegawai khasnya tetapi kerani di pusat khidmat rakyat Parlimen Rantau Panjang.

Katanya tugas kerani itu dipegang oleh isteri lelaki itu yang mengambil alih tugas tersebut tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.

Ahmad Syauqey berkata satu salinan laporan “pemerhatian” ke atas majikannya juga diserahkan kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh pada 1.40 tengah hari selepas Muktamar Muslimat berhenti bersidang untuk makan tengah hari. – Bernama


Muslimat PAS lulus usul wanita jadi naib presiden

Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS pusat hari ini meluluskan usul agar diwujudkan satu jawatan naib presiden untuk disandang anggota wanita parti itu.

Usul berkenaan, yang turut mencadangkan diwujudkan jawatan Pesuruhjaya IV peringkat negeri untuk disandang oleh wanita, telah dibentangkan oleh wakil Kubang Kerian, Nurliza Yahya, yang berpendapat jawatan-jawatan itu sebagai satu pengiktirafan kepada sumbangan muslimat terhadap parti.

Semasa perbahasan wakil Selangor, Noraini Hussin, bagaimanapun membantah usul itu kerana berpendapat bahawa selama inipun PAS tidak pernah meminggirkan muslimat dalam urusan parti.

"Saya bantah usul ini untuk diterima kerana selama ini PAS telah iktiraf kekuatan muslimat sama dengan naib presiden," katanya.

Noraini berkata kini terdapat 30 peratus penglibatan anggota wanita dalam urusan Pas termasuk dalam soal menggubal dasar parti.

"Malahan muslimat PAS juga terpilih untuk bertanding dalam pilihan raya sehingga menang dan dilantik sebagai ADUN dan juga ahli parlimen," katanya.

Wakil Padang Rengas, Husna Saidon, pula menyokong usul itu dan berkata jawatan naib presiden untuk muslimat penting bagi mendapatkan pemimpin wanita yang mampu membuat dasar khususnya dalam isu berkaitan wanita.

"Naib presiden muslimat juga penting dalam berperanan menghubungkan kepimpinan wanita dari parti komponen DAP dan PKR (dalam pakatan pembangkang)," katanya.

- Bernama


Ulasan GB

Sunnatullah- Allah dalam melaksanakan ketetapanNya sebagai Rabb yang terlaksana di alam semesta atau dalam bahasa akademis disebut hukum alam.

Setiap sesuatu yang dipohon akan diikuti dengan ujian terhadap kemampuan dan kebolehan muslimat menanganinya dengan baik dan sempurna.

Selepas ini mungkin akan ada lagi siri ujian dariNya terhadap pemimpin muslimat sebagai mengasah ketrampilan dan kebolehan kepimpinan muslimat sendiri jika benar-benar tegar dan tegas di dalam tuntutannya untuk jawatan Naib Presiden.

Kepada YB Siti Zailah, hadapinya dengan yakin dan semuga berjaya.

2 ulasan:

Din berkata...

Salam untuk semua,


Saya berminat untuk mengetahui siap en syauqie tu? Ada sesiapa boleh postkan nama beliau supaya boleh kita sama2 kenal orangnya.......

Anon501 berkata...

Utk info korang sumer, shauqi nih dah di'batuapi'kan oleh musuh2 YB Zailah. Korang nak tau tak sape musuh YB Zailah w/pun gerakerja dan prestasi YB adalah gred AA+ ( diucapkan oleh TGNA). Musuh YB Zailah adalah pimpinan parti peringkat kawasan R.Panjang terdiri dari YDP, Naib YDP dan Ketua Pemuda. Korang carik lah sendiri nama2 tuh...