Di muktamar yang lalu GB ada membuat ulasan mengenai Urusetia Muktamar Berperangai Macam Ahli UMNO Terhadap Blogger.
Di tulisan itu GB memetik tulisan GB juga yang ditulis di SINI :
Kini GB merasakan persepsi sedemikian tidak dapat GB pertahankan apabila terbukti nyata bahawa blogger cuma dapat menjadi pemerhati sahaja, lebih hina daripada media Utusan yang mendapat keistimewaan khas..
Rupa-rupanya PAS bukan parti yang menghargai blogger!
Apatah lagi Presiden PAS sendiri sekalipun sebelum ini mengakui "blogger memainkan peranan untuk menyediakan maklumat alternatif kepada rakyat telah berjaya mencelikkan rakyat sehingga memilih PR dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum lalu", tetapi hakikatnya Presiden sendiri bukan dari kalangan yang membaca blog. Maka sebab itu tidak appresiatif daripada pimpinan PAS terhadap peranan blogger.
Oleh kerana faktor itu, setiap kali muktamar blogger disisihkan, blogger diketepikan.
GB telah memberi amaran di dalam tulisan sebelum ini dan GB tambah sedikit lagi:
Jangan salahkan rakyat, jangan disalahkan ahli PAS, jangan salahkan blogger dan jangan di salahkan Tuhan dan para malaikatnya - jika PAS terus ditimpa musibah di setiap kali keputusan pilihanraya yang melibatkan PAS selepas ini.
"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." (Surah Asy-Syura: ayat 30).
Di tulisan itu GB memetik tulisan GB juga yang ditulis di SINI :
Sumbangan media baru khususnya media siber termasuk portal berita dan blog memainkan peranan untuk menyediakan maklumat alternatif kepada rakyat yang selama ini di cengkam oleh media arus perdana yang dikuasai kerajaan UMNO BN telah berjaya mencelikkan rakyat sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum lalu, kata Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.
Sebenarnya, walaupun tiada majlis penghargaan khusus untuk para blogger dan wartawan internet pada majlis muktamar pada tahun ini. Namun pengiktirafan yang diberikan oleh Presiden PAS itu telah lama ditunggu oleh para blogger sekalian yang telah bertungkus-lumus selama ini memperjuangkan kebenaran dan keadilan melalui alam siber membantu Pakatan Rakyat mencapai kemenangan. Moga-moga ibadah dan perjuangan kita ini dapat membantu kita berhadapan dengan ALLAH SWT di akhirat kelak.
Kini GB merasakan persepsi sedemikian tidak dapat GB pertahankan apabila terbukti nyata bahawa blogger cuma dapat menjadi pemerhati sahaja, lebih hina daripada media Utusan yang mendapat keistimewaan khas..
Rupa-rupanya PAS bukan parti yang menghargai blogger!
Apatah lagi Presiden PAS sendiri sekalipun sebelum ini mengakui "blogger memainkan peranan untuk menyediakan maklumat alternatif kepada rakyat telah berjaya mencelikkan rakyat sehingga memilih PR dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum lalu", tetapi hakikatnya Presiden sendiri bukan dari kalangan yang membaca blog. Maka sebab itu tidak appresiatif daripada pimpinan PAS terhadap peranan blogger.
Oleh kerana faktor itu, setiap kali muktamar blogger disisihkan, blogger diketepikan.
GB telah memberi amaran di dalam tulisan sebelum ini dan GB tambah sedikit lagi:
Jangan salahkan rakyat, jangan disalahkan ahli PAS, jangan salahkan blogger dan jangan di salahkan Tuhan dan para malaikatnya - jika PAS terus ditimpa musibah di setiap kali keputusan pilihanraya yang melibatkan PAS selepas ini.
"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." (Surah Asy-Syura: ayat 30).
Blogger PAS, Pakatan boleh pohon ‘pas pemerhati’
KUALA LUMPUR, 9 Jun: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad pagi ini mencadangkan para blogger pro Pakatan Rakyat yang gagal mendapatkan pas media supaya memohon untuk mendapatkan pas pemerhati daripada ad-hoc Muktamar Tahunan PAS ke-56 di Kota Bharu.
Cadangan tersebut sebagai respons pada rungutan beberapa blogger pro PAS dan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak dilayan oleh ad-hoc muktamar ketika memohon pas media sejak kelmarin.
“Opsyen yang ada, blogger-blogger kita ini boleh cuba pohon pas pemerhati,” ujar beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Bagi beliau, tidak ada sebab untuk ad-hoc menghalang mana-mana pihak membuat liputan tentang muktamar PAS.
Ini kerana, PAS menurut beliau sebenarnya mengamalkan dasar terbuka untuk mana-mana pihak untuk mengakses muktamar PAS.
“Setakat yang saya tahu, muktamar kita terbuka,” ujar beliau.
Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan ad-hoc muktamar enggan memberi pas media kepada para blogger mungkin disebabkan mereka kurang mengenali para blogger terbabit.
Bagaimanapun, beliau berjanji untuk merujuk semula isu terpencil tersebut daripada ad-hoc di Kota Bharu, petang ini.
Bagi beliau, tidak ada gunanya PAS menghalang para blogger dari membuat liputan tentang muktamar PAS sebagaimana Umno menghalang media alternatif dan media baru (blog) dari membuat liputan tentang pemilihan agung Umno parti itu sebelum ini.
“Yang menghalang media buat liputan tentang pemilihan hanya Umno saja, itu beza kita dengan mereka,” ujarnya lagi.
Tindakan tersebut, bagi beliau, akhirnya mencemarkan nama parti itu sendiri.
Ditambah dengan perkembangan teknologi maklumat di samping realiti dunia tanpa sempadan sekarang, bagi beliau, sudah tentu membolehkan media-media baru untuk mengakses muktamar PAS walaupun ad-hoc cuba menghalang mereka dari berbuat sedemikian.
Isnin lalu, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Pengarah Muktamar, Datuk Takiyuddin Hassan membenarkan akhbar pro kerajaan untuk membuat liputan tentang muktamar PAS.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan berkata, kematangan yang ditunjukkan oleh PAS sebenarnya demi menghormati profesionalisme media pro kerajaan tersebut. -harakahdaily
6 ulasan:
GB,
Tak ramai ahli PAS yang melayari internet.Itu sebab ramai yang wala membabi buta.Minda mereka tak terbuka,oleh itu tak dapat nak buat perbandingan dan mengetahui pandangan-pandangan orang lain.Penganjur-penganjur muktamar pun sama,tidak dapat menilai usha dan kerja-kerja para bloggers.
Ustaz Deris, siapa kata pas dengan umno berbeza? Sama je... perangai buruk melayu tak boleh nak buang. Kalau dah duduk dalam kelompok melayu, sama je baik pas baik umno.
Astaghfirullah..bekerja lah demi kebenaran dan keadilan semata-mata kerana Allah..bukan mengharapkan penghargaan manusia yg tak seberapa..
Ikhlas la buat kerja kerana Allah, ternyata kalau bekerja hanya mengharapkan sanjungan dan pandangan mulia dr manusia, segala usaha akan sia2 dan seolah2 syirik kpd Allah krn tak berserah padaNya dalam amalan..PAS hanya sebuah parti, pemimpin2 nya hanya manusia..sama seperti kita semua..
apa yang di cari dari penghargaan sesama manusia?
Jangan salahkan rakyat, jangan disalahkan ahli PAS, jangan salahkan blogger dan jangan di salahkan Tuhan dan para malaikatnya - jika PAS terus ditimpa musibah di setiap kali keputusan pilihanraya yang melibatkan PAS selepas ini.
ada aku kesah?
Anon 1:51 menulis
"Bekerja lah demi kebenaran dan keadilan semata-mata kerana Allah..bukan mengharapkan penghargaan manusia yg tak seberapa..
Ikhlas la buat kerja kerana Allah, ternyata kalau bekerja hanya mengharapkan sanjungan dan pandangan mulia dr manusia, segala usaha akan sia2 dan seolah2 syirik kpd Allah krn tak berserah padaNya dalam amalan..PAS hanya sebuah parti, pemimpin2 nya hanya manusia..sama seperti kita semua"
memanglah selama ini kita bekerja kerana Allah tanpa ganjaran. Sejak bila pula PAS ada beri ganjaran kepada blogger?
Tetapi tugas blogger mengingatkan pimpinan PAS tentang tgjwb dan tugas mereka untuk menghargai orang yang membantu mereka.
Tidak ada manusia yang hidup di atas dunia ini bekerja semata-mata.. tanpa ada ganjaran .. sedangkan tubuh syariat perlukan haknya.
Sedangkan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sendiri bekerja di dalam PAS ada habuannya sebagai wakil rakyat dengan gaji dan elaun ribuan RM. Jika ikhlas kerana agama semata-mata, jangan terima walau sesen, kembalikan gaji2 itu kepada parti. Bolehkah mereka berbuat demikian?
Justeru itu perlaksanaan hakikat (bahawa ganjaran itu semuanya dari Allah) hendaklah selari dengan perlaksanaan syariat.
GB sudah lama dipentas siber tanpa ganjaran. Alhamdulillah. Rezeki dari Allah mencukupi. Tetapi kasihanilah juga kepada blogger2 yang belum sampai memahami ilmu hakikat yang mana mereka banyak menghabiskan masa membantu parti, tetapi apa parti ada lakukan untuk mereka? Itu persoalan pokok, kerana hukum duniawi akan dipersoalkan juga sebelum PAS sendiri dihukum Allah kerana mengabaikan para amilinnya.
wallahu'alam.
salam.. sabar greenboc, mungkin pemimpin2 pas kurang menghargai anda. tapi kami disini sentiasa menyokong anda ... teruskan dengan berita berita yang terkini dan berilmiah.. suatu hari nanti para pemimpin pas akan melihat usaha anda. sekian terima kasih
Catat Ulasan