14 Jun 2010

Amalan Kronisme Dalam PAS Bakal Hancurkan Parti

Kerajaan negeri kena bantu PAS

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, PAS akan kalah teruk di Selangor dan Kedah dalam pilihan raya umum akan datang jika kerajaan negeri tidak membantu.

"Malah di Kelantan, PAS hanya boleh mempertahankan 18 kerusi negeri," katanya ketika menggulung jawaban dalam Muktamar Tahunan PAS ke 56 di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

"Kekuatan PAS Selangor dan Kedah tidak sama dengan Kelantan. Jika kerajaan negeri tidak membantu, parti (PAS) akan bermasalah. Kerajaan Selangor kena tolong PAS negeri itu, kalau tidak PAS ‘out’ di negeri itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan berkata, "menjadi kewajiban pergerakan itu mendaftarkan 2.2 juta anak muda yang belum mendaftar menjadi pengundi baru dan kita sudah lancar gerakan mendaftar ahli baru melalui pelbagai aktiviti pergerakan."

Menurutnya, PAS perlu memberi perhatian kepada pengundi Melayu dan bukan Melayu kerana kedua-duanya perlu memahami hala tuju parti.

Mengenai isu judi sukan, Nasaruddin berkata, demontrasi besar-besaran 3 Julai masih belum terlambat kerana Piala Dunia memasuki peringkat suku akhir.

"Kita mendapat maklumat Kumpulan Berjaya mensasarkan pertaruhan judi kepada empat liga bolasepak Eropah – Itali, Jerman, Sepanyol dan England," katanya.

Beliau berkata, "pihaknya mengatur jadual berjumpa mufti dan menteri besar di seluruh negara untuk menyertai demontrasi judi itu. Kita berharap semua hadir – muslimat, ulama’, pemimpin atasan."

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula mencadangkan orang ramai membawa sebiji bola setiap seorang pada hari demontrasi judi sukan nanti.

"Kalau boleh mereka memakai jersi bola pada hari tersebut,"katanya disambut gelak ketawa perwakilan.

Ulasan GB

Kekalahan PR Selangor nanti, seperti yang diresahkan oleh pelbagai pihak jika berlaku, bukanlah kerana faktor kuraangnya pendaftaran pengundi muda, tetapi faktor PAS Selangor sendiri yang tidak caca marba.

Berlakunya hal demikian kerana wujudnya seorang pemimpin yang mengamalkan budaya cah keting dalam PAS. Pesuruhjaya PAS Selangor sebelum ini telah memecat ahli jawatankuasa harian PAS negeri untuk digantikan dengan kroninya - kemudian diperkuatkan lagi dengan amalan perlantikan dengan kaedah kronisme oleh Presiden PAS sendiri terhadap jawatan-jawatan utama parti.

Saya hairan mengapa "mereka itu" mengamalkan budaya UMNO di dalam PAS. Dan "mereka itu" adalah yang bergelar "pemimpin yang bermasalah" oleh Mursyidul Am PAS.

Sebelum PRU, pastikan "pemimpin bermasalah" itu dibersihkan daripada parti, jika tidak PAS memang bermasalah menghadapi PRU dan cah keting di Selangor akan berlaku lagi untuk menurunkan hanya kroni-kroni di untuk bertanding.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa yang Halim cakap ni.Mana bukti dan butir surveynya? Dari mana dia dapat fakta dan angka ni?Jangan nak salahkan Kerajaan Negeri saja,dia sebagai Pengarah Pilihanraya buat apa? Setakad ni belum dengar atau lihat apa-apa pun program JPP yang berkesan dan mantap untuk menghadapi PRU ke13.Agaknya PAS dah salah orang untuk jawatan Pengarah Pilihanraya Pusat ni.

hussin berkata...

anon 11:42,

komen sdr tepat sekali. sejak bila pas jadi peminta sedekah dan mengharapkan belas ehsan? seolah2 jihad rakyat pas pada prk/pru sudah tidak bermakna lagi. perlu bergantung harap kepada sahabat. kita kerah dulu kekuatan kita, di mana di rasa kurang baru minta bantuan sahabat.

kalau ada pemimpin2 pas berkereta besar, berumah besar, beristeri dua/tiga, ini dulu perlu dikorbankan. jangan jadikan kedudukan untuk hidup bergaya. mungkin sudah tiba masanya bagi pemimpin pas membuktikan keikhlasan dalam perjuangan. bukankah tidak layak meminta selagi kantung pemimpin masih mengalir kesenangan? kita tidak pernah dengki dengan pemimpin yang berkereta besar, berumah besar, beristeri dua/tiga/empat. cuma apakah gaji wakil rakyat boleh menyediakan itu semua? kalau beristeri dua/tiga, sudah tentu kena sedia dua/tiga rumah, dua/tiga kereta. mampukah dengan wakil rakyat yang diterima, mengadakan ini semua?

sikap kebanyakan perwakilan/pemerhati/ahli, apabila melihat 'kesenangan' pemimpin akan timbul kekaguman terhadap pemimpin berkenaa. mereka tidak pernah mahu bertanya, "mana tok wakil kita dapat duit?". justeru kekaguman itu menjadi pemimpin besar kepala, berlebih2an menjadi amalan. inilah barah yang telah menyerang rakyat pas lantaran serangan virus "wala'" tidak bertempat.

inilah standard pengarah jpr pas pusat yang dibawa khusus ke jalan raja laut bagi memperkasakan cengkaman ke atas parti kerana sedikit habuan dunia. adalah tidak mencukupi dengan presiden beriya2 "menolak umno" sebagaimana ditekankan dalam ucapan penggulungan presiden pada muktamar kelmarin selagi mereka2 yang ada disekeliling presiden (the president's men) terdiri dari mereka2 yang ketandusan idea serta dilihat membawa virus "ug".

presiden perlu "walk the talk" d4engan menggantikan penasihat2 yang ada dengan yang lebih berwibawa. kita tidak nafikan sumbangan serta pengorbanan mereka2 ini, tapi idea 60an bukan lagi mampu memperkasakan pas hatta pakatan rakyat. jangan kerana pas, pakatan rakyat kecundang pada pru13 nanti. elemen2 yang dilihat condong ke arah menentang "penentang ug" ini perlu dibersarakan. sedarlah, jika kalian berjiwa besar.

wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

pada pandangan sy pula, setiap ahli pas walau dimana sekalipun berada, samada di kampong, taman perumahan, samada rumah banglo, rumah teres, rumah pangsa, marilah kita sama2 bergerak, tidak hanya tunggu pilihanraya baru nak bekerja. Tunjukkanlah contoh dan teladan yang baik sebagai seorang islam, ikutlah contoh yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat2nya. Kita kena terima hakikat, jika kita ditegur, itulah pandangan yang baik dari org2 yang inginkan kejayaan dunia dan akhirat, demi masa depan anak cucu kita, supaya mereka tidak menjadi sampah masyarakat, dimana sekarang ini kita telah lihat berapa ramainya masyarakat melayu yg mengaku islam tapi melanggar perintah Allah dan tak mahu ikut sunnah Rasulullah s.a.w.