Demontrasi Anti-Israel telah berjalan lancar. Sekalipun jumlah yang hadir melebihi puluhan ribu orang, tidak timbul sebarang kekecohan seperti yang didakwa dan diramalkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman yang melarang rakyat Malaysia menyertai demostrasi anti Israel.
3.48 petang: Perhimpunan disudahi dengan bacaan doa oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa dan bersurai secara aman.
3.38 petang: Ustaz Nasarudin Mat Isa dalam sidang medianya berkata, perhimpunan ini melangkaui agama dan kaum bagi menyatakan kepada Washington berhubung tindakan kejam Israel Zionis. Perhimpunan ini juga katanya menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.
3.32 petang: Penyerahan memorandum selesai dan delegasi keluar dari bangunan kedutaan. Anwar dalam sidang media memberitahu, dalam pertemuan bersama Duta Besar Amerika Syarikat itu, Pakatan Rakyat dan NGO lain yang turut serta memohon untuk menyampaikan memorandum tersebut secara terus kepada Presiden US, Barack Obama.
Mereka juga menjelaskan kepada duta besar tersebut bahawa tindakan Israel itu adalah disebabkan tiada tindakan tegas oleh pihak Amerika Syarikat terhadap israel.
3.30 petang: Turut berucap adalah Mohamad Sabu, Dr. Mahfodz Mohamad, Ustaz Azlee Musa dan Mustafa Akmil Ayub di hadapan menara See Hoy Chan berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat.
3: 20 petang: Pimpinan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah, Nasaruddin Isa dan Lim Kit Siang dilihat memasuki perkarangan kedutaan AS.
3:10 petang: Pimpinan utama berada di depan pintu masuk kedutaan AS.
3:04 petang: Kira-kira 50,000 peserta perhimpunan tiba di depan bangunan kedutaan AS
2.55 petang: Perarakan bersambung semula dan hampir tiba di hadapan bangunan Kedutaan.
2.50 petang: Perarakan sudah berada di hadapan menara Tabung Haji. Peserta barisan hadapan berhenti menunggu peserta barisan belakang tiba untuk sama-sama bergerak ke kedutaan US.
2.47 petang: Perarakan tiba di simpang menara Tabung Haji. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Pengerusi Teras, Cikgu Azmi Abdul Hamid turut serta menaiki kenderaan pacuan empat roda mengepalai perarakan bersama pimpinan PAS.
2.38 petang: Peserta berarak melepasi bangunan KLCC menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat.
2.35 petang: Dianggarkan lebih 50,000 orang berarak menuju ke Kedutaan AS dan bergabung dengan sebahagian besar peserta himpunan yang sedang menunggu di sana.
2.20 petang: Ada 4 trak ditempatkan di hadapan bangunan kedutaan. Wakil Aqsa Syarif Selangor menyampaikan ucapan di hadapan kedutaan melaungkan 'Zionis Terrorist'. FRU mula memperketat kawalan. Timbalan Presiden JIM, Syed Ibrahim Syed Noh berkata mereka berkumpul untuk mengutuk tindakan Israel.
2.28 petang: Perarakan kini berada di hadapan Hotel Renaissance menuju ke Jalan Tun Razak. Kira-kira 3 km untuk tiba di Kedutaan Amerika Syarikat. Perarakan turut diiringi polis. Sekurang-kurangnya 7 trak FRU ditempatkan di Jalan Sultan Ismail.
2.20 petang: Sekumpulan NGO sudah menghampiri Keduataan Amerika dan melaungkan 'Hancur Yahudi'.
2.10 petang: Lebih 1,000 orang terdiri daripada NGO berkumpul di Masjid Tabung Haji dan sedia bergerak ke Kedutaan Amerika. Sebuah trak polis berada di hadapan kedutaan. Sebuah helikopter berlegar-legar di ruang udara sekitar Masjid Tabung Haji dan Kedutaan Amerika.
2.05 petang: Perarakan dimulakan, pimpinan yang berada dibarisan hadapan termasuklah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.
1.55 petang: Kg. Baru- Peserta mula berkumpul di hadapan masjid selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi. Pasukan Unit Amal mula mengawal keadaan. Poster bantah Israel mula diedar kepada peserta di hadapan pagar masjid. Perarakan akan bermula bila-bila masa sebentar lagi. Pasukan anggota polis mula berkawal.
(Nota: Dikemas kini berdasarkan maklumat harakahdaily dan wartawan TV Selangor di lokasi, Radzi Razak)
Ulasan GB
1) Demo Anti-Israel BN dihadiri 200 orang di Masjid Negara manakala demo Anti-Israel PR menjangkau 50,000 orang
2) Sekalipun polis ditempatkan di lokasi demo PR, namun tidak ada sebarang kekecohan berlaku seperti diwarwarkan.

Anwar: Memo ke Washington minggu depan
Demonstrasi anti-Israel bermula di Masjid Kampung Baru tanpa sebarang sekatan daripada pihak polis, walaupun amaran telah dikeluarkan semalam.
Diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, ribuan orang bergerak berarak pantas sambil bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel.
2.30pm: Berbeza dengan perhimpunan pembangkang, perhimpunan Pemuda BN di Masjid Negara telah pun tamat. Ia hanya berlangsung 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN. [Baca berita penuh]
Mereka kelihatan bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel.
Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddn dalam ucapannya berkata pihaknya berharap kerajaan sentiasa memberikan keutamaanya dan memastikan kepentingan rakyat Palestin terbela.
Pada masa yang sama, kumpulan Pakatan kini sudah berarak sampai Jalan Sultan Ismail dan melintas Hotel Rennaisance.
Slogan anti-Israel seperti "hancur Israel" dan "Khaibar ya Yahud" (perang Khaibar wahai Yahudi) dilaungkan.
Sementara satu lagi demonstrasi oleh sekumpulan aktivis NGO di Masjid Tabung Haji pimpinan Lifeline4Gaza sejak jam 2 petang tadi juga berarak ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang.
2.55pm: Anwar dan pemimpin kanan Pakatan tiba di bangunan Tabung Haji dengan trak pikap. Mereka kini berada kira-kira 100 meter daripada kedutaan AS.
3.07pm: Kumpulan daripada Masjid Tabung Haji bersurai setelah wakil mereka Zulkifli Nani berjaya menyerahkan memorandum kepada kedutaan negara sekutu rapat Israel itu lima minit sebelum jam 3 petang tadi.
3.10pm: Polis membuat benteng manusia di kedutaan AS dalam jarak 100 meter. Hadirin cuba merempuh sebelum ditenangkan pemimpin Pakatan yang hadir. Mereka diingatkan bahawa perhimpunan itu adalah aman.
Selepas rundingan, 12 pemimpin Pakatan dibenarkan masuk bagi menyerahkan memorandum kepada pihak kedutaan AS.
Dalam cuaca mendung di ibu negara, kelihatan beberapa helikopter polis berlegar di angkasa.
Selain Anwar, pemimpin Pakatan lain yang turut serta ialah pemimpin popular DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa.
3.40pm Anwar berucap kepada ribuan rakyat Malaysia setelah berjaya menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan itu.
Dalam masa yang sama, beberapa orang kelihatan membakar bendera Israel dan gambar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Dalam ucapannya Anwar berkata rakyat hari ini menunjukkan tentangan yang begitu hebat menentang kezaliman Israel.
"Saudara-saudara adalah pahlawan rakyat," kata anwar.
Katanya, dalam pertemuan dengan wakil kedutaan sebelum ini, beliau menegaskan mengutuk tindakan Israel tanpa tolak ansur.
"Amerika telah berlembut menyebabkan keganasan Israel. Kita minta Amerika mengekang kezaliman dan mendengar suara rakyat," katanya.
Anwar menjelaskan kedutaan Amerika berjanji akan membawa memorandum mereka ke Washington minggu depan.
3.50pm Kumpulan tersebut bersurai setelah mengutip kain rentang dan sampah yang dihasilkan. -mk
Ulasan GB
1) Demo Anti-Israel BN dihadiri 200 orang di Masjid Negara manakala demo Anti-Israel PR menjangkau 50,000 orang
2) Sekalipun polis ditempatkan di lokasi demo PR, namun tidak ada sebarang kekecohan berlaku seperti diwarwarkan.
3 ulasan:
Rakyat Malaysia membuktikan bahawa mereka adalah berotak minda kelas pertama spt rakan2 di Britain, Amerika, Sweden yang terlebih dahulu mengadakan perhimpunan dengan aman dan bersopan.
Sewajarnyalah, Polis Malaysia juga menghargai nilai otak kelas pertama rakyat Malaysia ini dengan menguruskan perhimpunan @ menjaga keselamatan.
Hakikatnya, perhimpunan spt ini mengingatkan kita bhw tanpa tembakan air asid dan bom asap, maka setiap perhimpunan akan berakhir dengan aman. Pastinya yang hadir hari ini adalah mereka yang pernah hadir semasa BERSIH, GMI dan PPSMI dahulu.
Simpulannya. Rakyat Malaysia telah maju menjadi warga minda kelas pertama dan wajar dihormati oleh kerajaan UBN dan pasukan keselamatan.
Wahai para pemimpin yang ada bala tentera dilaut, diudara, dan di darat
”Perangilah mereka [YAHUDI], nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman”. [Surah At-Taubah (9) : 14].
quote"ibnuyassir said...
Wahai para pemimpin yang ada bala tentera dilaut, diudara, dan di darat"unquote.
Wahai ibnuyassir.,
Tanya diri sendiri,apakah peranan kamu pulak?
Jgn jadi mcm burung kakak tua,tau bercakap,sedap di dengar,tapi die tidak faham apa yg.dia cakap.
Jgn maree!.
Catat Ulasan