Sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim akan mengosongkan kerusi (meletak jawatan ADUN) atau melompat parti, akan diketahui selewat-lewatnya petang ini.
Ini kerana, Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap itu dijangka akan membuat pengumuman pada hari ini, seperti apa yang beliau janjikan sebelum ini.
Ketika dihubungi petang semalam, Syed Sobri mengingatkan wartawan supaya menunggu pengumuman yang akan dibuat.
“Saya tidak mahu cakap apa-apa lagi sekarang. Makin banyak saya bercakap, semakin jadi kelam kabut. Tunggulah pengumuman yang akan saya buat,” katanya.
Ditanya sama ada keputusan sudah dibuat, Syed Sobri berkata, segala-galanya akan terjawab.
Agak aneh apabila Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah ketika ditanya sama ada beliau sudah mendapatkan penjelasan Syed Sobri berhubung isu itu, berkata beliau masih tidak dapat menghubungi wakil rakyat berkenaan.
Ketua Pembangkang DUN Kedah yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid pula meminta semua pihak bersabar dan menunggu kenyataan Syed Sobri sendiri.
“Buat masa ini, elok saya diam daripada membuat kenyataan berhubung khabar angin Syed Sobri akan letak jawatan. Kita tunggu esok (hari ini) sahaja,” katanya.
Menurut sumber terdekat wakil rakyat itu, Syed Sobri diyakini akan keluar daripada Barisan Nasional dan menyertai Pas kerana tidak berpuas hati terhadap kepimpinan parti itu.
“Ada beberapa perkara yang perlu dibereskan dahulu sebelum Syed Sobri membuat pengumuman itu. Biasalah, perlu melalui beberapa proses seperti menghantar borang keahlian sebelum dipersetujui Jawatankuasa Pas Negeri, dan perlu menepati syarat-syarat ditetapkan,” katanya.
Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada Syed Sobri akan melepaskan jawatannya sebagai ADUN, sumber itu memberitahu, ia belum pasti.
“Sama ada beliau akan melepaskan kerusi yang disandang, atau membawa sekali kerusi bersama-samanya dalam Pas, masih samar,” katanya.
Sekiranya Syed Sobri membuat keputusan menyertai Pas, tindakannya itu akan meningkatkan kerusi Pakatan Rakyat (PR) dalam DUN Kedah kepada 21 sekali gus mengurangkan kerusi BN daripada 13 kepada 12. Bebas diwakili dua ADUN.
Ini bukan kali pertama ADUN Kuala Nerang itu dikaitkan dengan isu letak jawatan. Pada awal 2009, beliau pernah berada dalam situasi yang sama sehingga Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membuat kenyataan mengumumkan Syed Sobri tidak akan melepaskan jawatan setelah mereka berbincang hati ke hati pada 28 April 2009. Pada 3 November 2008, Mahkamah Tinggi Alor Setar mengisytiharkan Syed Sobri muflis berikutan kegagalan wakil rakyat itu menjelaskan hutang RM150,000. Namun pada 15 November tahun yang sama, Syed Sobri mengumumkan telahpun menjelaskan hutang berkenaan dan peguamnya telah pun mengesahkan beliau tidak lagi diisytiharkan muflis. -SH

Kemungkinan BN hilang satu lagi DUN
by:SHAMSUL MUNIR SAFINI
ALOR SETAR-Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO/BN negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah menafikan kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim ingin meletakkan jawatan dalam parti sebelum melepaskan kerusinya itu.
Menurut beliau, Syed Sobri tidak akan melakukan perkara sedemikian kerana belia merupakan seorang ahli UMNO yang mempunyai pertimbangan yang tinggi terhadap parti.
“Beliau tidak boleh mengecewakan pimpinan parti dengan mengambil tindakan seperti itu.
“Kesemua ahli UMNO bersama-sama membina parti dan saya yakin beliau tidak akan dengan mudah meletak jawatan dan melepaskan kerusi itu,” katanya.
Beliau menambah, beliau masih belum mendapat tahu perkara terbabit secara terperinci dan masih dalam usaha untuk berhubung dengan beliau.
Menurutnya, beliau akan berjumpa Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shafie Afdal bagi membincangkan perkara ini, dan akan meneliti secara terperinci tentang perkara ini.
Beliau menambah, Syed gagal dihubungi dan kini dia berada di Kuala Lumpur namun tidak mengetahui urusan beliau di sana.
Semalam, sebuah akhbar arus perdana menyiarkan bahawa kerusi tersebut mungkin dikosongkan oleh Syed Sobri setelah dipercayai beliau tidak dapat meneruskan tanggungjawab sebagai ADUN berkenaan masalah tertentu.
Sementara itu, Speaker DUN Kedah, Dr Abdul Isa Ismail ketika dihubungi Sinar Harian menyataka sehingga hari ini tidak menerima sebarang surat perletakan jawatan dari beliau(Syed Sobri).
“Saya masih belum menerima sebarang surat, dan tidak tahu menahu perkara ini,” ujar Abdul Isa lagi.
Pada 3 November yang lalu, Mahkamah tinggi Alor Setar mengisytiharkan Syed Sobri muflis berikutan saman dari pihak bank setelah gagal membayar hutang tertunggak melebihi RM150,000.
Beliau kemudian memberi kenyataan bahawa hutang tersebut telah diselesaikan dan telah memfailkan rayuan berkenaan keputusan muflis tersebut.
5 ulasan:
mesti ada yang tak kena tu.....
Kalau nak masuk PAS, kena jujur iaitu bagi surat letak jawatan adun serta merta kepada PAS. Mana tau BN tengah menyanyi lagu sikatak-lompat dan PAS tidur berdenkur di siang hari.
Untuk memjaga maruah dan mengelak amanat rakyat dari ditipu, kerusi bukan milik PAS ini perlu dipertandingkan semula.
Lebih elok, kalau PAS bubar terus dewan. Bubar bukan kerana adun PR yang lompat tapi sebaliknya. Nescaya, Pas dan PR akan menang dengan majoriti lebih besar melenyapkan terus budaya beli-katak amalan BN.
Kalau menang, menang dengan gemilang dan kalau kalah pun tetap disanjung.
Tapi PAS Kedah tak akan buat begitu.... gila kuasa dan pengecut.
Ingat. Jangan pisang berbuah dua kali. Episod Perak jatuh dimulakan dengan lompat katak Dato Nasharudin. Lompat masuk PKR dan kemudian lompat semula masuk UMNO.
PAS tidak wajar mengalu-alukan Dato Syed Sobri. Kalau nak lompat, jadi ADUN Bebas shjlah.
Belum melompat lagi, puak-puak BN dah kecut perut. Macam2 alasan pulak yang diberi. Berilah Tauhid kepada puak2 yang telah melompat tu... Rakyat yang memilih mereka tetapi kerana sedikit habuan amanah rakyat dilupakan, kuasa syaitan menguasai segala-galanya... PAS jangan menerima selagi kerusi DUN tidak dikosongkan. Biar rakyat yang menentukan.. Takbir
Jangan masuk perangkap BN lagi. Pengalaman dulu patut menjadi pengajaran.
Catat Ulasan