18 Apr 2010

UMNO APCO Pengkhianat Islam

Kerajaan pimpinan Umno-Barisan bersekongkol dengan Zionis Israel sehingga sanggup mengupah jeneral Israel yang terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai umat Islam Palestin.

Demikian kata Angkatan Muda KEADILAN Negeri Sembilan yang membuat laporan polis baru-baru ini terhadap Apco Worldwide Sdn Bhd, firma antarabangsa pro Zionis yang diupah oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk menasihati kerajaan Malaysia dalam bidang komunikasi dan perhubungn awam.

Menurut Timbalan Ketua AMK Negeri Sembilan, Norazizi Abdullah laporan polis itu adalah susulan kepada berhubung pendedahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai hubungkait Apco Worldwide Sdn Bhd dan kerajaan Malaysia.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Azizi dipetik sebagai berkata Apco bukan hanya sebuah syarikat perunding biasa tetapi mempunyai agenda jahat dan mempunyai hubungan dengan kerajaan rejim haram Zionis Israel."Pembabitan itu terbukti apabila salah seorang penasihat antarabangsa kepada Apco iaitu Doeon Berberbest-Elion yang merupakan bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan Agensi Keselamatan Israel yang berpangkat Mejar Jeneral terbabit dalam pembantaian dan 'massive killings' umat Islam di Palestin.

"AMK Negeri Sembilan juga menolak penafian yang dibuat Apco Worldwide bahawa ianya tidak terlibat secara langsung dalam penubuhan gagasan 1Malaysia kerana jelas terbukti syarikat tersebut telah bertapak di Kuala Lumpur dengan menggunakan nama Minds Team Sdn Bhd serta mempunyai Ketua Eksekutif yang sama iaitu Paul Stadlen.

"AMK mewakili rakyat Malaysia juga menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan negara serta menolak sekeras-kerasnya 'penjajahan' bentuk baru ini dan menentang 'neo-colonialism' tajaan Zionis Israel ini.

"AMK juga menggesa rejim Umno BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak supaya jangan mengadaikan keselamatan negara dengan mengangkat rejim Zionis Israel sebagai penasihat dalam hal dasar dalam negara serta menghalau keluar Apco Worldwide demi menyelamatkan Malaysia," tegas Azizi lagi dalam kenyataan media tersebut

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

najib dilayan baik di USA kerana pro yahudi?

Tanpa Nama berkata...

Yahudi musuh islam, UMNO pula penyokong kuat agensi yahudi!!!

Tanpa Nama berkata...

Wahai Raykat 1 Malaysia..Sedarlah..Sedarlah..Mari Berubah..Pastikan PRU13..Kita tukar Kerajaan.. Itu sahaja jalan penyelesaian..Cuba tak salah..yang dah ada ini dah banyak buat salah..apa lagi tukar lah...

Tanpa Nama berkata...

UMNO menzalimi umat islam dengan ISA, majoriti tahanan, umat islam macam guatanamo