4 Apr 2010

Mafrel Bidas Sogokan Pilihanraya

Badan pemantau pilihanraya, Malaysian for Free and Fair Election (Mafrel) membidas usaha kerajaan Umno-BN menyogok pengundi Hulu Selangor dengan limpahan projek perumahan dan sekolah.

Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh berkata Umno-BN sekali lagi menunjukkan ia tidak menghormati proses pilihanraya demokratik, dan menggesa Suruhanjaya Pilihanraya mengambil tindakan tegas terhadap parti itu.

"Ini satu jenis kempen dan kalau berbalik kepada peraturan pilihanraya dia merupakan satu kesalahan peraturan pilihanraya. Jadi seharusnya pihak SPR memberikan amaran dan kemudian mungkin mengambil tindakan supaya mengeluarkan arahan supaya tidak ada berlaku apa-apa kempen sekarang sehinggalah apabila hari penamaan calon"

Belumpun bermula Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan para pengundi Hulu Selangor akan mendapat empat buah sekolah baru, dan projek pembinaan banjir bernilai RM2 juta ringgit.

Muhyiddin juga berkata Kementerian Pendidikan sedang mengenalpasti tapak sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.

Keesokannya, Perdana Menteri Najib Abdul Razak mengumumkan projek perumahan baru untuk pendudk Felda di Gugusan Sungai Dusun. Projek bernilai RM32 juta ringgit ini melibatkan 2,50 unit, setiapp satunya bernilai antara RM42,000 dan RM75,000 ringgit.

"Walaupun mungkin apa yang dinyatakan oleh pihak kerajaan khususnya mereka melakukan itu dalam rangka mereka menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat jawatan kerajaan. tetapi hakikatnya kalau kita lihat kepada kenyataan-kenyataan mereka ianya jelas berunsurkan kempen.

Ulasan GB

Mungkin ada kesilapan teknikal di dalam berita di atas. MAFREL dipengerusikan oleh Abdul Malek Hussin sementara Syed Ibrahim ialah Timbalannya.


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dicadangkan supaya semua wakil penduduk drpd parlimen seluruh negara khususnya drpd kawasan yang dimenangi oleh BN bagi menyerah tuntutan pembangunan masing2.

Bila Menteri ini termalu sipu kerana hanya melaksanakan projek apabila dah terdesak takut kalah pilihanraya. Bagaimana Menteri2 blh umumkan projek begitu shj bila tiba PRK walhal kantung negara makin sesak. Banyak tersekat akibat pemotongan bajet.

Din berkata...

Laporan Bernama Kerjaan peruntukkan sebanyak RM32 Juta untuk pembinaan 250unit rumah kepada peneroka Felda generasi kedua, kos pelbagai infrastruktur dianggarkan RM20,000 seunit. Sila lihat kemana hilang lagi wang rakyat?

RM32,000,000/250unit = RM128,000/unit

RM128,000 - RM20,000(infra) = RM108,000

Setiap unit dijual antara RM42,000 dqn RM75,000. Katakan kerajaan tak ambil untung (jual harga kos). Ambil yang harga maksimum.

RM108,000 - RM75,000 = RM33,000/unit
RM33,000 x 250 unit = RM8,250,000

Kroni untuk atas angin RM8.25 juta. Sepatutnya harga projek tersebut hanya RM32 Juta - RM8.25 Juta = RM23.75 Juta sahaja itu dah kira banyak untuk sebab dah ambil kos maksimum RM75,0000 satu unit.

Pikir-pikirkanlah bagaimana firaun BN (UMNO) rompak duit rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Mula-mula tabur gula. Lepas tu semut pun berkumpul. Kemudian katak yang lapar pergi makan semut. Betul tak?

Tanpa Nama berkata...

Tangkap katak buat satay atau sup katak untuk be end pelahap sampai boroi.