23 Mac 2010

UMNO Kekeringan Modal, Jadikan 16 Sept Sebagai Satu Isu

Wakil-wakil rakyat BN dan pembangkang menganggap pelan peralihan kuasa yang dibangkitkan oleh wakil rakyat bebas Zahrain Mohamed Hashim, bukan isu yang perlu dihebohkan atau mempunyai kesan langsung kepada politik negara hari ini.

“Tiada asas, apa yang berlaku pada waktu itu ialah satu gerakan dalaman Umno yang bergerak untuk menjatuhkan kepimpinan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pada masa itu, itu satu benda yang tidak boleh dinafikan.

“Pertama sekali berdasarkan beberapa kenyataan-kenyataan tidak puashati terhadap kepimpinan Pak lah pada masa itu dan perbahasan di Parlimen oleh wakil-wakil dari Sabah, protes dari beberapa orang wakil Sabah yang dilantik untuk jawatan sekurang2nya Timbalan Menteri untuk menolak tawaran itu, itu protes terhadap PakLah dan Umno Barisan Nasional.

“Saya nak katakan apa yang berlaku untuk 16 September bukan dari pembangkang dan sebagainya tetapi daripada dalaman Umno yang cuba menjatuhkan kepimpinan Pak Lah pada waktu itu. Ia satu sejarah yang tidak boleh dinafikan ada dalam negara kita,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz omar.

“Nama-nama yang didedahkan merupakan nama-nama yang digunakan pihak berkenaan untuk menyakinkan, saya juga sempat berjumpa beberapa Ahli Parlimen, mereka katakan pernah diberi janji dan tuduhan contohnya Yang DiPertuan Agong telah perkenan.. dikatakan beberapa Ahli Parlimen akan melompat dan mereka tolak bulat-bulat... dan kalau betul seperti apa itu berlaku dan mereka masih tidak melompat ke sebelah sana, saya kagum kerana ini menunjukkn kesetian mereka kepada Barisan Nasional,” kata Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Zahrain Rabu lalu mengemparkan semua pihak dengan mendedahkan nama-nama pemimpin Umno yang mahu melompat ke Pakatan Rakyat.

Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang), Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) dan Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut) diantara nama yang dipetik Zahrain dalam usahanya menyerang Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di Parlimen sepanjang tiga hari berturut-turut.

Meskipun Umno mendapat peluru baru untuk menyerang gagasan pembangkang, namun pemerhati politik berpendapat impak tuduhan Zahrain tidak meninggalkan luka pada tubuh Anwar dan Pakatan Rakyat.

“Apa yang berlaku sekarang ini agak ganjil, sebab benda ini pun Umno buat kenapa sekarang kata orang lain tak boleh buat dan macam-macam lagi? Membabitkan Yang DiPertuan Agong dan angkatan Tentera dan sebagainya, mana ada bukti? Isu yang membuang masa, isu yang tidak logik dan tidak masuk akal sebenarnya, benada yang saya pelik dengan orang yang buat laporan polis dan Ibrahim Ali cadang hendak buat suruhanjaya sedangkan mereka pun buat. Menjatuhkan kerajaan lawan dia(Umno) kemudian membeli memujuk dan melompat..benda ini dibenarkan, apa salahnya ?," kata Penganalisis Politik, Prof. Dr Abdul Aziz Bari.



5 ulasan:

Lang berkata...

tunggu dan lihat... apakah zahrain akan terus menjadi naga yang menghamburkan protesnya dalam dewan seperti mana janjinya bahwa beliau tetap akan berjuang untuk rakyat menetang kezaliman BN ATAU terus menyimpan telornya dan duduk diam sambil menanti untuk menghentam MP PR. Kita tunggu dan lihat aksi zahrain dan rakan kataknya melompat dipentas politik... ingat beliau hanya tinggal kurang dari 3 tahun untuk mengecapi kerusi dewan parlimen.

Lang berkata...

Kalau isu perkenan yang dipertuan agong, bermakna bukan AI sahaja yang polis perlu panggil tetapi mereka perlu pangil agong dan ketua turus angkatan tentera untuk buat statement. Itu baru siasatan menyeluruh. Sebab zahrain maklumkan AI sudah dapat perkenan agong dan persetujuan tentera.

Kalau tidak ia tidak menjadi isu sebab AI hanya beritahu pada mereka yang berkenaan dalam parti sahaja. Rasnya dalam ceramah sebelum 16 sept tiada disebutkan mana-mana isu bersangkutan dengan agong atau tentera, yang heboh diperkatakan hanyalah ahli BN nak lompat parti saja.

Tanpa Nama berkata...

najib mendalangi 16 sept untuk menjatuhkan paklah...

Tanpa Nama berkata...

budaya pemebelit dan pembohong UMNO dah berleluasa, jauhi UMNO untuk selamanya

Tanpa Nama berkata...

UMNO dah jadi musuh kepada rakyat, tolak UMNO PRU13