Akar umbi Umno dikatakan semakin resah dengan pendedahan terbaru yang menunjukkan hubungan semakin “selesa’ antara kerajaan pimpinan Najib Razak dan rejim Israel.
Selain menggunakan khidmat syarkat perunding APCO Worldwide yang dimiliki oleh orang Yahudi, kerajaan Umno-Barisan Nasional kini dilaporkan mengguna khidmat seorang bekas pegawai tentera Israel untuk merombak sistem komunikasi Polis Diraja Malaysia.
Pegawai berkenaan yang dipercayai menjalankan tugas itu menerusi syarikat Asiasoft (M) Sdn Bhd yang mendapat tender berkenaan yang bernilai RM42 juta.
Syarikat itu adalah milik penuh dari syarikat tunggalnya, Asiasoft Pte Ltd yang berpengkalan di Singapura.
Dakwaan terbaru ini pasti menambah kecurigaan ahli Umno dan rakyat yang selama ini mahukan Malaysia kekal menolak sebarang hubungan diplomatik dan perniagaan dengan Israel atau syarikat-syarikat Yahudi.
Dasar itu sebagai menzahirkan sokongan dunia Islam terhadap penduduk Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel sekian lama.
Pembabitan seorang pegawai tentera israel dalam merombak sistem komunikasi PDRM bukan sahaja menempelak dasar itu malah mendedahkan maklumat dan data sulit polis kepada pelbagai risiko.
Ancaman itu bertambah getir jika diambil kira syarikat yang mendapat tender itu berpangkalan di Singapura, negara jiran yang sudah lama mempunyai “minat” terhadap isu-isu keselamatan di Malaysia.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN, Badrul Hisham Saharin berkata warga Israel yang ditugaskan menambah baik sistem komunikasi PDRM berkhidmat sebagai programmer di negara zionis itu.
Beliau bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel pada sekitar 1970 hingga 1987, menurut Badrul.
Persoalan yang timbul ialah kenapa Najib semakin berjinak dengan syarikat-syarikat Yahudi, menerusi APCO, dan yang terbaru mengupah kepakaran Israel untuk PDRM.
Minggu lalu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan konsep 1Malaysia ditiru daripada konsep 1 Israel.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi pula mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahan Israel Ehud Barak pada tahun lalu.
Pada tahun sama, CIMB yang dikuasai adik Perdana Menteri, Nazir Razak, dilaporkan memberi kontrak kepada sebuah syarikat komputer yang berpengkalan di Israel.
Sebuah laman blog mendakwa, persekongkolan antara kerajaan Malaysia dan Israel bermula sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.
Blog bernama milosuam.blogspot.com itu menyiarkan surat bertarikh 16 Ogos 1999 oleh Tun Mahathir kepada Barak yang ketika itu Perdana Menteri Israel.
Dalam surat berkenaan Mahathir dilaporkan mengucapkan tahniah kepada Barak atas kejayaan beliau memenangi pilihanraya Israel.
Mahathir juga dikatakan memohon pertolongan pemimpin Israel itu untuk melobi Malaysia bagi mendapatkan bantuan kewangan daripada sebuah tabung yang dikenali sebagai "Clinton Fund".
Menurut surat yang disiarkan oleh blog itu, Mahathir meminta bantuan berkenaan untuk memastikan Umno dapat mengekang pengaruh pelampau Islam, - jolokan yang lazim digunakan oleh Mahathir terhadap PAS.

2 ulasan:
Itulah sebabnya rahsia sulit negara bocor. ciss!! Kini dah terlindung oleh keriuhan katak si lompat katak. Salut kepada Lim Guan Engg, walaupun dikatakan berminda komunis dan diktator oleh mamat yang menjelma jdi katak gemuk tu tapi dia tak ambil tindakan mahkamah terhadap mamat ni. Akan datang tak tau la.
Meremang bulu roma bila mengenangkan rahsia suli negara juga dah bocor lepas enjin pesawat hilang. Rakyat masih nak percaya dengan para munafik tu?
Catat Ulasan