15 Mac 2010

Mohsin Perlu Dapatkan Mandat Rakyat - Ahmad Awang

Kenyataan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri kelmarin, yang mengakui tidak akan sertai mana-mana parti, termasuk Barisan Nasional (BN) masih diragui kerana tidak menyebut tidak menyokong BN sama ada dalam atau luar Parlimen.

Ahli Majlis Syura Pas Pusat, Ahmad Awang berkata, beliau dan pengundi Parlimen Bagan Serai mahukan satu kenyataan atau kesahihan daripada Mohsin untuk tidak sokong atau sertai BN dan dalam masa sama mengeluarkan kenyataan menyokong Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, Mohsin juga perlu adil kepada rakyat di kawasannya dan diminta segera memberi penjelasan kepada rakyat.

“Kita akan tengok rentak dia, ke mana hala tuju dia selepas ini, sama ada mahu berjumpa rakyat menjelaskan keadaan sebenar ataupun tidak.

“Kalau dia ingat jawatan Ahli Parlimen yang disandangnya kini adalah hasil sokongan rakyat, seharusnya dia kembali kepada rakyat dan bertanyakan pada rakyat sama ada tindakannya boleh dimaafkan atau tidak.

“Jika rakyat tidak boleh menerima tindakan dia, seharusnya dia perlu sedar jalan terakhir adalah letak jawatan, bagi peluang kepada rakyat memilih pemimpin lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang tidak akan letak jawatan sehingga pilihan raya umum akan datang serta dalam masa sama tidak akan menyertai BN.

Sementara itu, solat hajat untuk Ahli Parlimen Bagan Serai itu sudah dilangsungkan bermula malam semalam, dan akan diteruskan sehingga genap tujuh hari di kawasan berlainan dalam Parlimen Bagan Serai.

Ahmad berkata, niat diteruskan untuk memberi kesedaran kepada Mohsin berhubung tindakannya keluar parti walaupun Ahli Parlimen berkenaan tidak melepaskan jawatannya.

Menurutnya, solat itu dilangsungkan bukan untuk meminta bala atau kecelakaan terhadap Mohsin, tetapi hanya untuk memberi kesedaran dan petunjuk supaya kembali kepada kebenaran. -SH

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenyataan ahmad awang ini macam takut jer hari-hari terus serang ahli parliman bagan serai. tak cukup dengan solat hajat buat statement pulak. sebelum ni nak dengar ahmad awang keluar kenyataan amat lah susah. sekarang ni hari-hari keluar kenyataan. kenapa solat hajat hari tu Allah tak makbulkan ke. macam mana nak makbul kalo doa untuk menjatuh atau memburukkan orang lain. Ahli Parlimen ni bukannya bunuh orang cuma keluar parti jer takkan nak doa macam-macam suruh ALLAH jatuhkan hukuman. mungkin lepas ni giliran mohsin pulak kot buat solat hajat supaya ALLAH terus mengampunkan dosa-dosa yang dilakukan oleh ahmad awang dan membuka hati ahmad awang supaya menjadi pemimpin yang baik dari segi akhlak, tingkahlaku, percakapan dan lain-lain, amin.

Tanpa Nama berkata...

KALU BETUL NAK BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT KENAPA KENYATAAN AKHBAR DI IPOH? KENAPA TAK BUAT KENYATAAN AKHBAR DI BAGAN SERAI DI HADAPAN PENGUNDI. MEMANG DASAR KATAK PENIPU

Tanpa Nama berkata...

Mohsin ni orang banjar kalua atau banjar alai? biasanya orang banjar banyak yg alim, jujur, adil, bertanggong jawab. terparanjat saya ada orang banjar yg perangai macam mohsin ni, suruh dia sembahyang istiqarah dan taubat banyak2.

suparjo@blogspot.com berkata...

tak perlu pilihan raya baru. buang masa, mambazir duit sbb yang namanya ahli politik kerjanya menyusahkan orang! pilih org baru pun buat hal...