15 Mac 2010

Anwar Masih Lagi Ketua Pembangkang

Kesepakatan dalam Pakatan Rakyat telah menetapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan tanggungjawab beliau sebagai Ketua Pembangkang sambil menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Bebas Zulkifli Noordin sebagai mencampuri urusan yang tidak mengena dengan beliau.

Naib Presiden PAS dan juga Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menegaskan PAS tetap menyokong keputusan yang dibuat tanpa mengira kedudukan kerusi di dalam Parlimen.

"Kita dari PAS tetap meyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang, tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Zulkifli Noordin itu adalah hak beliau, sepatutnya dia yang kena lepaskan jawatan bukannya Anwar.

"Pakatan Rakyat telah bersepakat jawatan tersebut tetap dipegang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga pilihan raya yang akan datang bukan sebagai Ketua Pembangkang sahaja tetapi sebagai Perdana Menteri," jelas beliau di lobi Parlimen.

Kenyataan yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh mengukuhkan lagi pendirian DAP yang sentiasa menyokong kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

"DAP sentiasa menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun kedudukan kerusi bagi KEADILAN telah berkurangan. Ini adalah prinsip yang di bawa dalam Pakatan Rakyat, kita bukannya melihat kepada kedudukan kerusi tetapi melihat kepada tahap kepimpinan seseorang

"Tidak ada apa sebab Anwar perlu meletak jawatan tersebut dan dia akan kekal sebagai Ketua Pembangkang atas sokongan PAS dan DAP. Kenyataan Zulkifli hanya ingin menarik perhatian sahaja dan tidak mengancam kedudukan kita sebagai Pakatan Rakyat," tokoh politik veteran itu. -TVS

1 ulasan:

Martoiriat berkata...

Anwar tak perlu letak jawatan sebagai ketua pembangkang kerana beliau telah dipersetujui oleh pemimpin2 PAS dan DAP.

Sepatutnya YB Zul yg perlu letak jawatan kerana kerusi yg disandangnya adalah hak PKR. Pengundi2 memilihnya bukan kerana namanya Zulkifly Nordin tapi kerana lambang PKR. Trend Pilihan raya 2008 yg lalu pengundi bukan memilih individu tapi memilih parti yg mereka anuti kerana ketika itu rakyat bencikan UMNO-BN. YB Zul mesti terima hakikat ini.