Politik Malaysia di Persimpangan: Antara Nilai, Kebenaran dan Pembohongan
Oleh Lim Hong Siang, Merdeka Review
Kekalutan, kecelaruan, kekecohan..., antara istilah yang menyarat laporan media pada tahun 2009. Sudah jatuh tersandung krisis ekonomi, ditimpa pula kemelut politik. Seandainya tsunami politik 8 Mac menjadi detik saat penentuan senario politik tahun 2008, maka apa yang berlaku sepanjang tahun 2009 merupakan lanjutan daripada 16 September 2008.
Kegagalan "perancangan 916" Anwar Ibrahim bukan diukur sekadar pada jarak antara Pakatan Rakyat dengan Putrajaya, tetapi perlu dinilai dari impak yang tercetus dalam politik tanahair. Dari segi percaturan politik, Barisan Nasional mula menyerang balik dengan rampasan kuasa kerajaan negeri Perak pada Februari, setelah ditundukkan buat kali kedua dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, dan "hampir terkubur" di PRK Permatang Pauh.
Malah, UMNO-BN yang diterajui Najib Abdul Razak mula bangkit dari kesuraman, dan semakin menguasai gelanggang, apabila melaungkan slogan "1Malaysia"-nya untuk memukau pengundi bukan Melayu, sementara dengan lidahnya Utusan Malaysia untuk terus menjilat dengan api perkauman, di samping melaga-lagakan parti komponen PR.
Selepas tsunami politik...
Persoalannya, mengapa PR yang mendominasi gelanggang politik selepas PRU ke-12, semakin hilang kelebihannya kepada UMNO-BN? Sekali imbas, UMNO terjerumus dalam pergelutan kuasa selepas 8 Mac, apabila pimpinan "lemah" Abdullah Ahmad Badawi kian dipertikai. Bahkan, pengasas UMNO baru, Mahathir Mohamad melangkah keluar parti, sebagai tindakan drastiknya untuk mendesak agar Abdullah Ahmad Badawi berundur.
Sememangnya, perbalahan antara pemimpin menjadikan keadaan UMNO lebih parah selepas dilanda tsunami politik. Namun demikian, masalah yang lebih meruncing dalam UMNO, atau BN secara keseluruhannya, adalah muflisnya idea dan hilangnya nilai dalam parti politik tersebut. Untuk satu jangka masa yang agak panjang, apa-apa yang dilakukan semua tidak mengena pada tempatnya.
Misalnya, teriakan "Ketuanan Melayu" semakin serak suaranya, apabila dilantun dengan "Ketuanan Rakyat". Tangkapan dan tahanan dengan menggunakan Akta Keselamatan Negeri 1960 (ISA) ditentang keras, bukan sahaja dari PR dan rakyat secara umum, tetapi Menteri dalam kabinet sendirinya meletak jawatan sebagai tanda protes.
Ludahnya ke langit yang berbuih liwat, pengkhianat Melayu, agen Yahudi, sesumpah politik dan sebagainya akhirnya jatuh sebagai lumpur pada kuburnya yang hampir siap tergali.
Jadi, apakah Najib Abdul Razak, seorang politikus yang terbelenggu dengan pelbagai persepsi negatif ini begitu hebat untuk menyelamatkan UMNO-BN dari lubang kubur, mencerahkan masa depannya yang suram lagi gelap? Mengapa pula Anwar Ibrahim, yang dilambung tinggi dengan harapan rakyat, semakin hilang dominasinya dalam senario politik tanahair terkini?
Nilai teras perjuangan
Tidak dinafikan, Anwar Ibrahim dan PR sebenarnya berada dalam kedudukan yang selesa apabila berjaya mengheret UMNO-BN untuk mengikut rentak permainan politiknya selepas PRU ke-12. Kelebihan ini bukan semata-mata disebabkan tekanan yang dihadapi BN berikutan kemungkinan "penyeberangan 31 ahli dewan rakyat ke PR", tetapi wujudnya faktor yang lebih penting untuk mendukung "keselesaan" PR.
"Suara rakyat, suara keramat," harus dihayati lebih daripada hanya sebagai slogan di bibir. Jikalau dikupas selanjutnya, keutuhan dan kekuatan PR untuk menewaskan BN, walaupun belum bergabung pada PRU ke-12, terletak pada keberaniannya untuk mendedahkan kebenaran dan membongkarkan segala pembohongan rejim pemerintahan UMNO-BN.
Dalam situasi yang terkongkong, PKR, PAS dan DAP berjaya menongkah arus sentimen perkauman dan agama yang diapi-apikan, menangkis pelbagai fitnah, mengharungi segala sekatan dan akhirnya menembusi kubu UMNO-BN. Keadilan, kebebasan dan hak asasi menjadi nilai teras kepada perjuangan politik PR, dan asas untuk meraih sokongan rakyat.
"Transformasi Najib"
Bagaimanapun, PR mula berdepan dengan masalah apabila Najib Razak memasuki gelanggang yang pada asalnya didominasi oleh PR. "Serampang tiga mata" oleh UMNO semakin jelas selepas pemilihan pada Mac tahun ini, memperlihatkan bagaimana Najib menampilkan dirinya sebagai pemimpin yang "sederhana" dan "terbuka" dengan "1Malaysia"-nya, Timbalannya Muhyiddin Yassin pula menjelajah ke bahagian UMNO untuk melaungkan "Anwar pengkhianat Melayu", dan ketua sayap Pemudanya, Khairy Jamaluddin menyasarkan golongan elit dan kelas menengah.
Ironinya, walaupun PR secara jelas menyedari bahawa "perubahan UMNO" itu sekadar "perubahan kosmetik", tetapi PR bukan sahaja gagal untuk menanganinya, malah tersungkur di gelanggang politik musuhnya. Apa tidaknya, apabila sesetengah pemimpin PR semakin terikut-ikut dengan rentak perkauman yang didendangkan UMNO-BN, dan kelihatan "termakan" dalam retorik sedemikian.
Misalnya, Dewan Pemuda PAS meluluskan usul untuk mengekalkan kuota 30% ekuiti bumiputera dalam muktamarnya pada tahun ini, pada masa yang sama ghairah dengan slogannya "PAS untuk semua". Persoalannya bukan "apakah salahnya untuk umat Melayu-Islam mempertahankan kepentingannya", tetapi bagaimana perjuangan itu disandarkan kepada prinsip dan nilai sejagat untuk membela setiap orang yang perlu tanpa mengira warna kulit, keturunan, malah agamanya?
Maka di sinilah ruang dibuka seluas-luasnya untuk diserang UMNO-BN. Pemimpin PR yang membicarakan "jurang antara yang kaya dengan yang miskin", "korupsi, kroni dan nepotisme" sebelumnya, kini tersumbat mulut apabila diasak dengan retorik "demi kepentingan Islam dan Melayu". Sesetengah pemimpin PR nampaknya tidak bersedia untuk mempertikaikan retorik UMNO yang "kasar" ini, seterusnya memburaikan pembohongan yang bertopengkan kepentingan kaum dan agama.
Pendek kata, kelebihan yang dimiliki PR pada asalnya telah diambil alih oleh BN. Di samping itu, PR menggadaikan keyakinan rakyat terhadap dirinya sedikit demi sedikit apabila mula berjinak-jinak dengan "pembohongan" musuh politiknya. Keadaan ini memberi laluan kepada BN untuk meleburkan harapan pengundi terhadap PR.
"PR sebenarnya sama seperti BN," kenyataan sedemikian cukup untuk menghakis sokongan pengundi atas pagar terhadap PR, sementara penyokong UMNO-BN akan kekal dengan kesetiaannya, selagi regim ini menguasai sumber.
PAS: Jalan Buntu atau Jalan Keluar?
Sesungguhnya, politikus berdepan dengan dilema dalam realiti dunia politik, antara "mendapatkan/mengukuhkan kuasa" dengan "membawa perubahan/reformasi". Dalam hal ini, perlu diakui bahawa Anwar atau PR menghadapi lebih kesukaran daripada Najib atau UMNO-BN yang sedang menggengam kuasa.
Sejauh manakah Anwar dan PR mampu bertahan, apabila dasar dan pendekatan barunya berdepan dengan sekatan, malah badaian retorik UMNO-BN? Sepanjang tahun 2009, keadaan ini lebih menguji PAS, parti komponen PR yang dijadikan sasaran oleh UMNO-BN.
Isu gambar peribadi Elizabeth Wong (Exco Selangor-PKR), "penderhakaan Nizar Jamaluddin terhadap Sultan Perak", "kerajaan perpaduan", penempatan rumah ibadat agama Hindu di Shah Alam, isu arak dan sebagainya, meletakkan PAS pada satu kedudukan yang genting.
Antara logik yang paling biasa dimainkan terhadap PAS adalah "parti Islam ini sanggup bekerjasama dengan DAP yang jelas menentang negara Islam, tetapi enggan berunding dengan UMNO demi perpaduan dan kepentingan umat Islam Melayu." Pertikaian tercetus dari masa ke masa, sehingga Muktamar Khas hampir diadakan untuk menyelesaikan kemelut dalaman ini.
Namun demikian, ia tidak semestinya bererti PAS akan menjadi mangsa dalam perubahan iklim politik ini. Seandainya dilihat bagaimana Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat memberi reaksi kepada isu gambar Elizabeth, isu penyalaan lilin oleh Nizar Jamaluddin, isu bacaan Quran oleh Nga Kor Ming dan sebagainya, kita akan mendapati bahawa penampilan sedemikian lebih memenangi hati dan sanjungan masyarakat Malaysia secara umumnya.
Mohd. Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat yang tidak tunduk kepada rampasan kuasa UMNO-BN, menjadi bintang yang terserlah dalam arena politik. Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam, walaupun tidak ditonjolkan seperti Nizar, tetap memberi imej baru kepada PAS apabila mempertahankan rumah ibadat Hindu atas prinsip keadilan.
Padahalnya, pemimpin-pemimpin sedemikianlah yang menerokai gelanggang baru untuk PAS, dengan meletakkan garis yang jelas untuk membezakan antara PAS dengan UMNO. Tetapi seandainya pucuk pimpinan PAS yang lain memilih untuk terus bergelut dengan UMNO dalam politik perkauman dan agama yang sempit, maka mereka perlu berdepan dengan risiko bahawa pengundi gagal bezakan mereka yang saling terpalit dengan lumpur.
Reformasi atau rampas kuasa?
Apa yang pasti, pergelutan politik antara BN dengan PR akan berlanjutan walaupun tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya. Tahun 2009 biarpun disarat penuh dengan kekalutan, lebih-lebih lagi dengan tragedi kematian Teoh Beng Hock, krisis Perak dan sebagainya, namun ia tetap akan menemui cahaya di hujung terowong seandainya kita berkeyakinan untuk meneruskan perjalanan berlandaskan nilai dan prinsip sejagat.
Laungan "Reformasi" bergema sejak tahun 1998, dan mengambil masa satu dekad untuk mencetuskan tsunami politik pada PRU ke-12. Kini, PR berada di Kajang sebelum sampai di Putrajaya, satu jarak yang mungkin dekat tetapi penuh risiko. Namun demikian, apa maknanya jikalau PR sampai ke destinasi Putrajaya, tetapi mindanya masih terkurung di sebalik penjara Kajang (politik lama)? Sebaliknya, persoalan yang melantun akan berbunyi, apa maknanya minda bebas, tetapi dengan jasad terkurung di Penjara Kajang?
Tiada jawapan yang sempurna untuk persoalan ini. Tetapi pendukung reformasi, penyokong malah pemimpin perubahan mungkin boleh menanyakan diri pada penghujung tahun 2009 -- sekiranya "jasad bebas" (bunyi: dapatkan kuasa) yang didahulukan, mengapa pula Anwar Ibrahim memilih untuk dipecat pada tahun 1998?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan