16 Jan 2010

Mengapa JAIS Takut Sangat Dengan Pompuan Ni?

Bagi orang biasa, bila dapat surat dari jabatan kerajaan untuk hadir, apa lagi jika membabitkan jabatan yang dibekalkan kuasa undang-undang, mereka sangat risau. Mereka takut untuk hadir, tapi akhirnya terpaksa juga hadir, kerana jika tak hadir mereka lebih takut lagi, takut dikenakan tindakan undang-undang kerana ketidak hadirannya itu.

Tapi sikap takut ini tidak ada dengan pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, Datuk Sosilawati Lawiya, 43. Walaupun sudah 3 kali dipanggil mengadap Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) bagi memberi keterangan berhubung insiden khalwatnya dengan seorang lelaki pada malam tahun baru, namun beliau masih tidak hadir mengadap JAIS.

Sosilawati memberitahu pihak akhbar semalam tiada sebab untuknya hadir ke JAIS kerana dia tidak melakukan sebarang kesalahan disebabkan dia telahpun berkahwin dengan pasangannya itu di Songkhla, Thailand pada 25 November lalu.


Dia juga menyatakan tidak akan mendaftarkan perkahwinannya sampai bila-bila kerana jika perkahwinannya berakhir dengan penceraian, dia tidak perlu berhadapan dengan prosedur-prosedur tertentu yang ditetapkan oleh bahagian agama.

"Saya tidak akan daftarkan perkahwinan saya sampai bila-bila, lagi pun kalau nak bercerai agak susah kerana mesti mengikut prosedur yang tertentu," katanya kepada mStar.

Wah, hebatnya wanita bergelar Datuk ini. Kalau orang biasa sudah ketar lutut bila dipanggil oleh JAIS kerana kesalahan khalwat, dia buat selamba saja. Yang kebanyakan orang takut sangat dengan JAIS kerana mereka tahu JAIS adalah jabatan yang tidak takut dengan siapa-siapa. Dengan mantan Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin pun JAIS tak gentar, dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga mereka tak takut. Malah dengan Menteri Besar Selangor sendiri pun mereka nampak macam boleh buat main-main saja.

Tapi dengan Soilawati ini tiba-tiba JAIS jadi takut! Tiga kali dipanggil tapi wanita itu masih tak hadir, dan JAIS seperti masih tidak boleh buat apa-apa. Mereka sedikit pun tidak rasa terhina diperlakukan begitu. Malah mereka juga tidak rasa terhina apabila Sosilawati memperkecilkan peraturan JAIS apabila berkata dia tidak akan daftarkan perkahwinannya sampai bila-bila, kerana jika bercerai dia perlu mengikut prosedur tertentu yang menyusahkan.

Mengapa JAIS kelihatan begitu berani bila berhadapan dengan Dr Mohd Asri tempoh hari dan dengan Khalid Samad baru-baru ini, tapi nampak begitu takut apabila berhadapan dengan Sosilawati?

Tak mungkin mereka takut sangat dengan Sosilawati kerana dia ada gelaran Datuk atau kerana dia seorang wanita.

Atau JAIS takut dengan wanita itu kerana dia seorang jutawan yang ada kuasa tawar menawar atau kerana wanita yang sudah hampir berusia 50 tahun itu masih bergaya dan begitu wangi aura wanitanya? -pendikargunung


Sosilawati Berkeras Enggan Daftar Perkahwinan
Oleh: NORUTUL ILHAM

SHAH ALAM: Pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, Datuk Sosilawati Lawiya, 43, menafikan menerima surat dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menghadirkan diri hari ini bagi memberi keterangan berhubung insiden khalwat pada malam tahun baru dan berkeras tidak akan mendaftarkan perkahwinannya.

Selain itu, usahawan terkenal itu ketika dihubungi mStar Online hari ini juga turut memberitahu tiada sebab untuknya hadir ke JAIS kerana dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

"Saya tidak menerima apa-apa, surat atau panggilan telefon dari JAIS. Pada malam tersebut, saya bukannya ditangkap khalwat, lagipun pasangan saya itu adalah suami saya," jelasnya.

Menurutnya, dia sebenarnya telah berkahwin di Songkhla, Thailand pada 25 November lalu dan tidak mendaftarkan perkahwinannya di Malaysia.

"Saya memang sudah berkahwin di Songkhla pada 25 November lalu, cuma saya belum mendaftarkan perkahwinan kami pada masa tersebut," katanya.

Ditanya mengenai status perkahwinannya yang masih diragui dan belum didaftarkan, usahawan yang berasal dari Batu Pahat itu menegaskan dia tidak akan mendaftarkan perkahwinannya sampai bila-bila kerana dari segi hukum agama, dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

Menurutnya, jika berlaku penceraian, dia tidak perlu berhadapan dengan prosedur-prosedur tertentu yang ditetapkan oleh bahagian agama.

"Saya tidak akan daftarkan perkahwinan saya sampai bila-bila, lagi pun kalau nak bercerai agak susah kerana mesti mengikut prosedur yang tertentu," katanya.

Sekiranya JAIS masih mempunyai kekeliruan dan memerlukan keterangannya, Sosilawati berkata, urusan itu akan diuruskan oleh peguamnya.

Bagaimanapun, menurut Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik JAIS, Shahrom Maarop, pihaknya telah memaklumkan kepada Sosilawati melalui surat dan panggilan telefon beberapa hari lalu mengenai kehadirannya ke JAIS pada pukul 9 pagi hari ini.

Menurut Shahrom, pihaknya akan membuat susulan dengan menghantar surat sekali lagi kepada Sosilawati untuk hadir ke JAIS bagi memberi keterangan.

Selain itu, ketika ditanya mengenai tindakan yang akan diambil sekiranya Sosilawati masih tidak menghadirkan diri buat kali kedua, Shahrom berkata, pihaknya akan mengeluarkan surat saman kehadiran melalui mahkamah.

"Pihak JAIS akan membuat susulan dan akan memastikan dia (Sosilawati dan pasangan) hadir untuk memberi keterangan, dan jika dia masih tidak hadir, kita akan memberinya surat saman kehadiran melalui mahkamah," katanya.

Shahrom berkata, kes yang melibatkan Sosilawati dan pasangan yang ditangkap khalwat pada malam tersebut tidak dikategorikan dalam kes jenayah kerana pihak JAIS perlu mendapat keterangan terlebih dahulu.

"Ini bukan kes jenayah, lagipun kita perlukan keterangan pasangan terlebih dahulu," katanya.

mStar Online dalam laporan eksklusifnya baru-baru ini menyebut, Sosilawati dan pasangannya ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan oleh pihak Masjid Kolej Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diberi tauliah penguatkuasaan mencegah maksiat dan khalwat oleh JAIS sekitar pukul 12.30 tengah malam Jumaat lalu.

Dia bersama pasangannya yang juga seorang duda dilaporkan mengaku bersalah dan meminta maaf kepada penguatkuasa kerana berada dalam keadaan yang boleh disyaki berkhalwat. -MSTAR



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JAIS pun UMNO memang macam tu, nanti rosmah marah.

Tanpa Nama berkata...

Baru kahwin dah nak pikir pasal cerai.. nampak sangat tak ikhlas nk berumah tangga pompuan ni..

Tanpa Nama berkata...

Mencari cinta sosila..

Poligami berkata...

Salam...

yang ni aku nak bagi komen sikit sebab aku memang secara langsung terlibat dengan kes macam ni.

Lebih kurang 5 tahun dulu aku bernikah sorang lagi tapi sampai sekarang aku belum dapat lagi sijil nikah walau pun aku cuba daftarkan dengan JAIS. Dah 3 tahun turun naik mahkamah, dari mahkamah rendah sampai la ni mahkamah tinggi. Masih belum settle lagi. Alasan yang hakim bagi ialah aku kena lantik peguam baru kes boleh selesai.

Aku pun tak faham kenapa lantik peguam baru boleh selesai seolah-olah hakim nak bagi bisnes pada peguam je. Dah la tu nak lantik peguam untuk bukak fail je kena bayar 4 ribu. Itu belum masuk lain-lain caj lagi.

Aku terasa macam duduk dalam mahkamah sivil pulak. Setahu aku ustaz-ustaz JAIS bila bagi ceramah mengatakan Islam ni agama yang mudah. Tapi bila aku sendiri yang terlibat aku rasa Islam di Malaysia ni macam susah la pulak.

Aku pernah argue dengan hakim pasal ni tapi dia guna kuasa dia ugut aku nak penjarakan aku. Aku pun cabar dia penjaralah kalau dia tak takut pada Allah. Aku berani sebab aku tak buat salah. Salah ke aku kawin lagi satu? Aku dah pun buktikan semua dokumen serta apa-apa yang diperlukan termasuk wali dan disahkan oleh JAIS sendiri tapi kes masih tergantung.

Oleh itu, aku rasa tak perlu takut pada JAIS. Aku bosan dengan kerenah JAIS ni. Kalau aku tau dulu tak ingin aku daftar perkahwinan aku tu.

Dah la BODOH, LEMBAB pulak tu.

Tanpa Nama berkata...

Apa pun aku masih mencari cinta sosila.. lawa tu beb wp umur dah 40an..