22 Dis 2009

Bagaimana Perompak Enjin Pesawat Itu Menyatakan Ia Masalah Peribadinya?

Saya mencadangkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memanggil sidang khas Parlimen untuk membincangkan kes kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).

Saya akan menulis surat meminta Najib memanggil suatu sidang khas Parlimen bagi membolehkan usul pembentukan sebuah jawatankuasa siasatan peringkat parlimen dibincangkan.

"Jawatankuasa yang dibentuk nanti akan bertanggungjawab menyiasat kes kehilangan enjin dan juga menyiasat segenap sudut termasuklah tahap keselamatan di semua kem-kem tentera khususnya di kem TUDM.

"Jawatankuasa ini mestilah dibenarkan menyoal siasat sesiapa sahaja yang terlibat dengan kes ini, termasuklah bekas Menteri Pertahanan dan bekas Panglima TUDM yang bertanggungjawab ketika kes itu berlaku,"

Untuk membuktikan ketelusan jawatankuasa yang dibentuk, laporan siasatan nanti hendaklah dikemukakan kepada Parlimen dalam bentuk kertas putih dan tidak disembunyikan daripada pengetahuan umum.

Sementara itu, saya meragui persediaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjaga keselamatan negara berikutan terjadinya kes-kes pencerobohan di kem-kem tentera sebelum ini.

"Tahap keselamatan negara amat diragui memandangkan sudah beberapa kali berlakunya insiden yang mengancam keselamatan negara melibatkan kem-kem tentera seperti kes Al-Maunah dan kebakaran berulang kapal pengangkut milik TLDM.

“Jika enjin pun boleh hilang, tidak mustahil suatu hari nanti jet Sukoi pula dilarikan pihak tertentu. Ini menunjukkan tahap keselamatan negara terdedah kepada ancaman pihak luar,”

Saya juga menyarankan kepada Kementerian Pertahanan supaya lebih peka dan bertanggungjawab menjaga dalam aspek-aspek keselamatan negara agar tidak diperlekeh pihak tertentu.

“Pada masa kita mahu memantapkan aspek pertahanan dengan penggunaan kapal selam, kita tidak boleh lagi memandang ringan isu-isu kecil seperti kem diceroboh dan aset-aset keselamatan negara dicuri.” - mahfuz omar

Ulasan GB

Datuk Mahfuz,

Tahukan sdra bahawa "kehilangan" anda sewaktu undian menolak bajet sulung Datuk Seri Najib pada lewat malam Isnin minggu lalu telah menyebabkan suluruh ahli parti begitu dukacita dengan tindakan anda itu?

Saya ingin ulangi apa yang saya catatkan:

Jawapan Mahfuz Omar menyatakan bahawa beliau berada di Jakarta atas urusan peribadi dan telahpun memaklumkan lebih awal kepada Presiden Parti menjelaskan bahawa Mahfuz tidak memperdulikan sidang parlimen yang sedang berjalan sebaliknya mendahului (mengutamakan) urusan peribadinya sekalipun telah mendapat izin dari Presiden parti.

Persoalannya: dimana prioriti? Anda diberi mandat oleh rakyat dan dibayar gaji dan elaun untuk urusan kepentingan peribadi andakah di luar negara sedangkan di waktu itu anda sepatutnya berada di Dewan Rakyat? Anda tahu bahawa tarikh persidangan Dewan Rakyat, tetapi memilih tarikh yang sama untuk melakukan urusan yang tidak ada kena mengena dengan rakyat yang memilih anda!

Apa urusan peribadi yang hebat sangat sampai terpaksa diutamakan dari kepentingan parti dan negara? Apa sebab yang mendesak sangat sehingga terpaksa melakukannya di masa Dewan rakyat bersidang? Berkahwin? Berubat? Berbomoh? Malah jika bertemu dengan Presiden Susilo pun tidak dikira prioriti.

Soal tidak tahu berhubung hasrat pakatan mahu menolak bajet 2010 yang dibentang Najib sebelum ini pun hujjah yang lemah kerana di dalam apa juga situasi, ahli PR perlu "alert". Di medan perang, musuh boleh menyerang tiba-tiba, dan anda tidak ada! Tidakkah anda merasa berdosa?


Cakap biar serupa bikin Datuk, supaya Parti tidak mendapat nama tidak baik hasil tindakan seorang yang bergelar YB dari Parti Islam SeMalaysia.

Datuk pernah dihukum Allah s.w.t. dengan kehilangan sebuah pacuan empat roda Rexton sebelum ini. Bacalah ayat manzurah itu dengan hatimu yang suci bersih, dan kemudian Dia mengampunimu dengan memberimu kemenangan di dalam samanmu ke atas Utusan dengan membawa pulang RM120,000 supaya jangan kamu ulangi kesilapan kali kedua.

GB tak sepandai dan tak sepopularmu, tapi terimalah teguran ikhlas dari sahabatmu ini sebelum rakyat mengadilimu di PRU akan datang.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

berlepuk kat muka mahfuz... hehehe
pandai ler GB.

joe penang berkata...

Xpalah GB.
Kita ni ni cuma prebet je. Jika kalah kita yg tumbang dulu. Kalau menang jeneral yang akan disanjung.
Ahli bawahan disarankan berjiwa besar. Jangan dedahkan kesilapan pemimpin. Maafkan kesalahan mereka.
Ular menyusur akar takkan hilang bisa. BUatlah sidang akhbar. 5 MP pas mintak maaf atas ke"tuang"an pd tempoh hari. Susah ka nak buat?

Siswa berkata...

Salam saudara GB,

Tak payah la serang lebih2 lagi bnda ini. Cukup la dia sedar.

Nanti ada pula pihak lain yang melenting tak tentu pasal kata GB ni ejen nk pecahkan PAS la apa la..

Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.

Moga Pakatan Rakyat belajar dari kesilapan ini.

Tanpa Nama berkata...

tapi saya setuju GB ulas. kalau tak dia tak sedar, laipon kalau sekadar nak lapor sama mcm baca akhbar utusan

mosabit berkata...

hayatilah kisah benar ini......

Seorang lelaki singgah di sebuah warung dan memesan segalas teh ais...
Sebentar kemudian teh pun sampai dan ketika dia hendak meminumnya dia mendapati ada seekor lalat sedang berenang didalam tehnya. Lalu ia memanggil pelayan....

"Waiter..! Kenapa ada lalat didalam teh saya...!"

Dengan muka bad mood si pelayan menjawab..

"takkanlah dengan harga teh RM 1.00 Anda mengharapkan ada kambing di dalamnya..."

Tanpa Nama berkata...

well said GB!

Tanpa Nama berkata...

Rasa-rasanya cadangan ini tak akan diendahkan. Rakyat takkan nak berdiam diri sehingga negara juga sudah dijual. Yalah mula-mula kat Johor. Tapi tu pun rakyat tak kata apa. Baik hati sungguh rakyat Malaysia ni!

Tanpa Nama berkata...

ngeri siot baca ulasan GB.
mahfuz, baik ko ubah lepas ni