24 Nov 2009

Ramai Sokong Tindakan Nik Aziz

Pas terima baik tindakan Tok Guru

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyokong tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkan menantunya, Ir Mohd Ariffahmi Abd Rahman melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, Pas Pusat sebelum ini telah mengadakan beberapa pertemuan dengan Nik Abdul Aziz berhubung isu tersebut dan menyatakan pendirian bahawa Ariffahmi perlu meletak jawatan.

"Sememangnya itu pendirian Pas Pusat dalam beberapa siri pertemuan dengan Nik Aziz yang diketuai oleh Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sendiri.

"Nik Aziz sendiri bersetuju dengan gesaan dan pendapat yang diberikan kepadanya dan beliau telah pun mengeluarkan arahan kepada Ariffahmi untuk meletak jawatan dan menantunya itu telah menyatakan persetujuan,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen semalam.

Ketika ditanya adakah isu itu berkait rapat dengan laporan sebuah akhbar bahawa Exco Kanan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa meletak jawatan, beliau berkata, ia langsung tidak mempunyai sebarang perkaitan.

Bukti integriti MB Kelantan yang tinggi

KOTA BHARU - Wakil delegasi Pas Pusat, Sallahuddin Ayub menyifatkan keputusan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bukti integriti yang tinggi kerana menerima pandangan Pas Pusat dengan mengetepikan kepentingan keluarga dan dirinya demi perjuangan Islam dan parti.

“Tok guru menunjukkan sikap cukup tinggi nilai moralnya yang mengutamakan jemaah. Saya cukup sanjung tinggi integriti yang ditunjukkan tok guru (Nik Aziz) ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini, semalam.

Beliau berkata, sememangnya dalam pindaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jelas menyatakan peruntukan bahawa menantu atau anggota keluarga tidak boleh dilantik.

Salahuddin turut menafikan bahawa isu berkenaan merupakan isu yang besar di dalam Pas atau Kerajaan Negeri.

“Ini tak ada kaitan dengan masalah dalaman yang berlaku di Kelantan pada hari ini. Tok Guru buktikan beliau bercakap dan buat apa yang dia cakap. Ini satu integriti yang ditunjukkan seorang Menteri Besar Kelantan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menafikan isu yang membabitkan Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa akan meletak jawatan dan parti dan Kerajaan Negeri.

“Itu tak benar sama sekali. Sabtu lepas kami bermesyuarat di Kuala Lumpur. Beliau hadir dalam mesyuarat Pas Pusat.

“Tak timbul pun soal Datuk Husam letak jawatan. Jadi saya tak nampak ada satu kemelut besar di Kelantan,” katanya. -SH

Ulasan GB

Yang tak sokong dan yang meragui tindakan TGNA pertamanya ialah UMNO. Itu jelas. Apa pun TGNA mereka akan tetap tak sokong. Sebab mereka geram tak dapat-dapat nak rampas Kelantan dari PAS.

Tetapi wujud juga kini kumpulan kedua, dari kalangan PAS sendiri. Dibantainya TGNA kerana konon tak konsitenlah, ikut.telunjuk orang sekelilinglah.. alasan-alasan yang serupa macam UMNO beri...


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

GB

kumpulan kedua yg di maksudkan adalh golongan pro UG sahaja.mereak amat gembira bila ada negative reports tentang tgna

Tanpa Nama berkata...

sekali lagi GB mungkin silap.

Apa jua keputusan TGNA tetap diterima dan tidak pernah disangkal/pertikai. Namun ia dilihat sebagai tidak konsisten dgn keputusan sebelum ini. Itu saja. Apakah tidak boleh menyatakan pendirian peribadi, atau hanya kerana kebetulan yg dikatakan ini berkaitan TGNA lantas dituduh anti-TGNA etc. Atau mengharap yg harus dikritik sahaja adalah TGHA dan yg sewaktu dengannya lantaran dikatakan pro-UG? Ini bukan report negative terhadap TGNA dan tiada siapa gembira. Yg ada hanyalah harapan apa jua keputusan yg diambil adalah terbaik.

Ini adalah perkembangan terbaru yg boleh menyelamatkan keadaan dari kemusnahan yg lebih parah. Lagipun isu ini tiada kaitan lansung dgn UG. Ia adalah hal Negeri Kelantan sendiri, tiada kaitan dgn negeri2 lain.

Kadang2 paranoia berlebihan membuatkan seeorang pemandu terasa tiang elektrik ditepi jalan kelihatan seolah pedestrian, lantas di-hon tiang letrik tersebut takut2 terlanggar.

-Mohd, Rusila - Mansoura, Egypt

Unknown berkata...

sdra mohd,
anda melakukan persepsi anda. saya tidak kisah sgt tetapi usah ketelaluan di dalam mengulas di sini dengan menuduh saya dengan pelbagai tuduhan.

sedangkan semua pembaca dapat menilai hujjah anda yang berbelit-belit untuk menegakkan benang basah.

saya tidak pernah menuduh si anu dan sianu secara spesifik. mengapa anda terasa pedasnya?

Tanpa Nama berkata...

mungkin saya keterlaluan mengulas, dan jika GB terasa hati, saya memohon maaf. Harap diterima.
Namun, as far as I concern, saya tidak menuduh GB apa2, sekadar menafsirkan mungkin pendapat GB silap - that's my perception and I truly respect yours. Mungkin hujah saya berbelit2 lantaran kekurangan saya 'deliver' hujah tersebut dengan baik, but I speak my mind here.

-Mohd, Rusila - Mansoura, Egypt

Tanpa Nama berkata...

Memang puak UG bersekongkol dengan UMNO. Bidasan golongan UG dalam kes TGNA sama iramanya dngan suara Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin yang menyatakan "tak kosistennya" pendirian Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam membuat sesuatu keputusan adalah satu bukti kelemahan kepimpinan PAS.

Makkal Sakhti berkata...

Tahniah diucapkan kepada TGNA kerana akur dgn keputusan jamaah, beliau lebih mementingkan jamaah daripada peribadinya walaupun sebenarnya belumpun ada apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh beliau dan menantu beliau, cuma sekadar persepsi sahaja. Walaupun begitu beliau dan menantunya sedia akur dengan kehendak jamaah dan sedia berkorban untuknya. Tidak seperti sesetengah pihak yang terus terang cuba mengheret jamaah kearah kehancuran (dengang cuba mewujudkang Kerajaang Perpaduang) segaligus cuba menolak keputusan jamaah untuk memperkasakan Pakatan Rakyat. Anda bagaimana? Fikir-fikirkanlah....

DUIT ADSEN berkata...

AKU TIDAK SOKONG
kenapa
sudah 19 tahun t.guru memerintah kelantan baru seorang ahli keluarga diambil.

UG
TAK kira siapa anda..pangkat haji,dato sekalipun kalau cakap umno kafir,umno itu,umno ini tapi berbaik-baik dengan puak ini.jahanam engkau wahai puak yang mempermainkan hukum allah (UG)
ambil puak-puak UG ni,terutama pas terengganu dan puak UG dari kelantan letak kejawatan tinggi,lepas tu bagi pangkat MB,biar hancur kelantan kelembah maksiat.
lagi satu aku cabar wakil sesetengah wakil rakyat pas sekarang.(terutama group UG) mana hukum allah,mana projek kat rakyat (tukar semace keto demo)kecek jah isle