YB Dato' Ngeh akui ketika YB Hj Nizar dicalonkan sebagai Menteri Besar dari PAS penyokong-penyokong DAP khususnya dari kalangan masyarakat Cina dan India menentang keras pencalonan ini. Pimpinan DAP Pusat dan Negeri mendapat tekanan dari penyokong-penyokongnya. Beliau berucap dalam sesi penggulungan Konvensyen Pakatan Rakyat petang tadi.
Menurut Ngeh, sebelum ini masyarakat Cina dan India sering diberi gambaran oleh media bahawa PAS dan pimpinannya ekstrim, pelampau agama, anti Cina dan sebagainya. Mereka mengundi PAS ketika itu, bukan bermakna mereka mahu PAS memimpin kerajaan,lebih-lebih lagi menjadi Menteri Besar.
Pimpinan DAP Perak yang telah lama berkawan dengan pimpinan PAS sejak Ust Sabran Asmawi sebagai Pesuruhjaya PAS semasa sama-sama menjadi pembangkang di DUN Perak 1999, menyakinkan penyokong-penyokongnya bahawa PAS dan pimpinannya tidak sebagaimana yang digambarkan oleh media.
Apabila Perak diterajui oleh Hj Nizar sebagai Menteri Besar, dengan sikap Hj Nizar dan seluruh adun dan pimpinan PAS Perak yang begitu toleransi terhadap kaum lain, akhirnya masyarakat Cina dan India menerima PAS sebagai rakan yang boleh dipercayai bagi menerajui negeri Perak. Mereka selesa dengan cara PAS memimpin dan mentadbir negeri Perak. -misbahulmunir

3 ulasan:
Nizar calon yang paling layak menggantikan presiden atau timbalan presiden pas....
ada kuasa semua boleh jadi,tengok bila tarak kuasa,apa jadi?
ada kuasa kalo ,fikir apa jadi bila sudah habis battery(3A),power elek.
So jimat-jimat berhemah bila mau guna itu kuasa (battery 3A).
Sendiri mau ingat ha........
Nak teleransi pun jangan sampai nak kerajaan perpaduan dengan UMNO..Tolak kumpulan UG.
Catat Ulasan