9 Okt 2009

PKFZ : Kerajaan Cuba Alih Perhatian

Usaha kerajaan menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi mengenal pasti kelemahan tadbir urus dan pengurusan pelaksanaan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dilihat bertujuan mengalih pandangan isu sebenar penyelewengan projek itu.:

Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, tiada keperluan satu lagi jawatankuasa khas yang baru ditubuhkan bagi menjalankan tugas yang sama sebagaimana yang dilakukan oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

“LPK telah diberi tanggungjawab dalam hal ini malah kelemahan PKFZ telah dikenal pasti iaitu terdapat penyelewengan dan rasuah. Laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah dilakukan.

“Usaha kerajaan menubuhkan satu pasukan khas itu seolah-olah untuk mengalihkan pandangan mengenai isu sebenar penyelewengan PKFZ,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian: di sini, semalam.:

Menurutnya, kerajaan seharusnya berusaha tegas untuk menyelesaikan skandal rasuah dan penyelewengan yang berlaku dalam pelaksanaan projek berkenaan.

Kelmarin, kerajaan mengumumkan penubuhan satu pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk mengenal pasti kelemahan tadbir urus dan pengurusan pelaksanaan projek PKFZ serta langkah penambahbaikan yang perlu diambil.

Pasukan khas yang dianggotai 10 ahli daripada agensi kerajaan dan swasta itu turut berperanan mengenal pasti langkah yang perlu diambil bagi menjadikan PKFZ lebih berdaya maju.:

Antara yang terlibat dalam pasukan ini ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam; Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Zakaria Bahari; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dan lain-lain.

Dalam pada itu, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua turut mempertikaikan penglibatan pegawai atasan kerajaan dalam pasukan khas itu.

“Sepatutnya ahli jawatankuasa petugas khas dalam melakukan sesuatu siasatan mestilah dianggotai oleh badan bebas bukanlah daripada pegawai kerajaan.

“Kita khuatir dengan penglibatan kakitangan daripada pihak kerajaan yang etrdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian disebabkan mempunyai agenda tersembunyi untuk kepen:tingan tertentu,” katanya.

Tiada ulasan: