WWajarkah beg undi pos diserahkan kepada pihak terbabit di pasar raya? Tetapi itulah yang berlaku dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.
Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat berjanji mendedahkan penyelewengan undi pos di Bagan Pinang jika Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan sedia menyahut cabaran debatnya.
Ianya termasuk bukti penyerahan beg undi pos berdekatan pasar raya Telok Kemang, yang menurut dakwaannya sebagai sesuatu yang meragukan.
"Kalau beg undi boleh diserahkan di mana-mana saja, seperti di pasar raya... bila-bila masa seperti jam 7.30 malam, sudah tentu meragukan.
"Maka tiada jaminan ketelusan pada sistem undi (pos) yang longgar... SPR pun susah pantau, apatah kami (PaCa - agen pengiraan undi dan pengundian)," tegasnya.
Sambil memberi tempoh jawapan sehingga Selasa depan, Suhaizan nekad turun padang untuk menjelaskan kelemahan sistem perlaksanaan undi pos tersebut sekiranya debat tersebut gagal.
"Beberapa kawasan yang terdapat undi pos telah dikenal pasti... (seperti) Setiawangsa, Kluang, Lumut dan Pekan yang diwakili Perdana Menteri sendiri untuk kita turun jelaskan kepada rakyat tentang (sistem) undi pos yang lemah jika debat gagal," tegasnya.
Menurut blog peribadinya, kentong-suhaizan, beliau turut mempersoal beberapa perkara yang meragukan pada sistem undi pos yang didakwanya tidak telus.
Antaranya, soal kesukaran pengundi pos (tentera) mendapatkan kertas undi.
Selain itu, beliau meminta SPR menjelaskan kaedah pemantauan proses pengundian pos yang begitu longgar, agar terjamin ketelusannya.
Suhaizan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Undi Pos di keputusan undi pos bagi Dun Bagan Pinang sesuatu yang diragui.
9 Oktober lalu, PAS mendesak diberhentikan serta-merta ke atas proses pengundian undi pos kerana terdapat ratusan pertindihan nama pengundi dalam daftar pemilih awam dan tentera (pos).
Ekoran itu, PAS mengadakan tiga pertemuan bersama SPR dan membuat dua laporan polis.
Namun, tiada sebarang insiatif susulan yang positif dilakukan.
Pilihan raya Umum ke-12 lalu, PAS mendapat 1189 undi pos, manakala Umno pula mendapat 3080.
Bagaimana pun, pilihan raya kecil N31 baru-baru ini menyaksikan undi pos PAS menyusut sehingga 601 undi sahaja, manakala undi POS Umno dilihat kian meningkat sehingga 3521.
Beberapa dakwaan tersebut sekali gus dikatakan membantu kemenangan luar biasa Adun Bagan Pinang yang baru, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dengan majoriti undi sebanyak 5435. -harakahdaily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan