4 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Pembohongan Muhyiddin Dan Media Pro Kerajaan Semakin Nyata

Semalam kami mendedahkan pembohongan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang memetik berita dari media arus perdana yang membuat tuduhan tanpa bukti kononnya sikap biadap penyokong pembangkang dari PAS yang memukul dan menumbuk penyokong Umno tidak melambangkan sikap parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam.

"Muhyiddin perlu kemukakan bukti, siapa yang terlibat di dalam insiden berkenaan, ahli PAS nombor berapa dan apa bukti mereka ahli PAS," ujar seorang pemimpin PAS Kawasan.

Media massa arus perdana kemudiannya melaporkan polis sebenarnya masih belum mengenal pasti suspek yang menumbuk Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, semasa proses penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata polis sedang menyiasat insiden itu selepas Abdul Azeez yang juga Ketua Umno Bahagian Baling membuat laporan di IPD Port Dickson pada 12.30 tengah hari tadi.

"Kami telah menerima laporan kes tumbuk itu yang berlaku kira-kira jam 9.20 pagi. Menurut laporan itu, si pengadu telah ditumbuk di bahagian belakang, leher dan pipi ketika beliau melalui kawasan penyokong Pas yang berkumpul, setakat ini tak ada saksi dan kepastian siapa yang ampunya angkara.

"Bagaimanapun, seorang lagi (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) yang turut bersama beliau tidak membuat laporan kerana terselamat daripada insiden itu," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata, polis akan menyiasat dengan kes itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu mendatangkan kecederaan dengan sengaja.

Mengenai balingan botol air meneral oleh penyokong PAS kepada FRU seperti yang didakwa oleh BHOnline dan New Straits Times sewaktu membuat lintas lansung melalui widget Cover-It Live, Osman berkata polis setakat ini tidak mendapat laporan berhubung insiden baling botol minuman ketika proses penamaan calon itu.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika pada inkues TBH, DNA pada tali pinggang TBH itu kepunyaan seseorang yang dilaporkan telah meninggal dunia, maka ada kemungkinan yang memeukul alahai mamak AMT UMNO itu kemungkinan juga A. Kugan atau ....... atau ...... yang berang kematiannya belum terungkap secara jelas dan terbela...

Sepanjang sejarah UMNO/BN mempertahankan kelangsungan kuasa mereka ramai yang telah teraniaya bahkan menemui ajal yang diputar belitkan sebab dan musabab serta ketiadaan orang yang dibertanggungjawabkan secara pasti, jelas dan tidak dipertikaikan...

Mengapa ahli dan penyokong UBN masih memekakkan telinga dan membutakan mata, bersekongkol dengan sekumpulan penguasa yang seumpama melintah dan mendaratkan khazanah negara untuk dimanipulasikan untuk kepentingan peribadi serata kroni itu...

Kesihan Saharudin, bekas penaja PKR Bagan Pinang, yang dikejar tak dapat yang dikendong pula berciciran... Orang tamak selalu rugi... Kemunafikan itu walau disembunyi namun satu hari Allah swt serlahkan jua...

Untuk pengundi pos di Bagan Pinang khususnnya ATM, satu persoalan, jika anda terkorban keranan mempertahankan pemimpin dan kerajaan UBN itu dikirkan mati syahid ke..? Jika ya, pertahankanlah hingga ketitisan darah akhir, tetapi jika ragu, maka tinggalkanlah.

Bekerja sebagai tentera tidak salah, tetapi anda ada hak memnentukan kerajaan apa atau individu/parti mana yang anda ingin berketuakannya... Individu yang berintegritikah atau yang telah jelas terpalit dengan isu-isu seperti rasuah dan sebagainya yang tidak sesuai menyebutnya di sini...

Walau satu undi, itulah iktikad anda terhadap kepimpinan sesebuah negara... semuanya dinilai oleh Allah swt..

Tanpa Nama berkata...

Lakonan sarkis pembohong UMNO kut.. Lepas tu kata PAS punya angkara ..! Dalam dunia hari ini apa saja boleh dan mungki... dilakukan oleh orang terdesak, apatah lagi yg lazimnya berbohong..bagi memfitnah. Fitnah dah jadi mcm makan minum seharian je..