26 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Jawab Dulu Bagaimana Peruntukan Habis Dalamasa 3 Bulan

Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo tidak perlu terlalu ghairah memecah-belahkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, sebaliknya perlu terlebih dahulu memberi penjelasan berkenaan salah guna peruntukan DUN yang dihabiskan dalam masa kurang daripada tiga bulan semasa Selangor di bawah pemerintahan Barisan Nasional, kata ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Katanya, Mantan Menteri Besar itu turut menuduh DAP memanipulasikan SELCAT bagi menunjukkan mereka lebih berkuasa berbanding parti-parti lain di Pakatan Rakyat.

Menurutnya, Khir Toyo dalam satu kenyataan yang diterbitkan akhbar tempatan Rabu lalu membidas DAP sebagai 'menggunakan SELCAT sebagai platform untuk menunjukkan kekuasaan mereka di negeri Selangor'.

"Sebenarnya, apa yang dituduhkan oleh Khir adalah bersifat spekulasi semata-mata dengan tujuan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,"demikian kata Lau dalam kenyataannya semalam.

Katanya, Selcat yang ditubuhkan oleh Dewan Negeri Selangor pada tahun 2008 untuk menegakkan prinsip-prinsip keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan di Selangor.
Katanya, selama 50 tahun BN dan UMNO mentadbir Selangor, prinsip-prinsip yang penting ini semakin terhakis, khususnya semasa Selangor ditadbir di bawah Khir Toyo.

"Bagi memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap kewibawaan kerajaan Selangor, Dewan Negeri Selangor telah menubuhkan SELCAT yang ditugaskan khas untuk menegakkan prinsip-prinsip ini dalam pentadbiran kerajaan negeri melalui satu proses pemantauan yang belum pernah dilaksana di Selangor dan Malaysia tetapi sudah menjadi satu kebiasaan bagi sistem pentadbiran Demokrasi Berparlimen di negara-negara maju yang lain, khususnya negara-negara Komanwel, iaitu melalui pendengaran terbuka," katanya.

Lau yang juga Setiausaha DAP Selangor berkata, daripada terus mengaut di dalam air keruh, adalah lebih baik untuk Khir menjelaskan bagaimana beliau sebagai Menteri Besar pada masa itu membenarkan perkara itu terus berlaku.

"Kalaulah beliau yang benar-benar ikhlas dalam mempertahankan pegawai-pegawai kerajaan, maka saya menyeru kepada beliau agar tampil ke hadapan dan menjawab segala persoalan yang timbul", katanya. -TVS

3 ulasan:

cicitHJHASSANu berkata...

lembu cap toyong....
sepatutnya musa hassan dan ahmad said
dah lama tangkap siasat,pun jenis kepala lembu!!!

aliman berkata...

Amanah dalam perjuangan adalah pokok kepada kejayaan. Pesuruhjaya pas selangor menjalankan amanah dalam perjuangannya. Bai'ah dalam perjuangan bagi memperjuangkan agama adalah matlamat utama. Biar tidak popular , biar di kritik , biar di maki semuanya kerana memperjuangkan peganggan yang kuat pada amanah perjuagan. Sebab itulah orang yang layak sahaja di beri tugas memikul amanah perjuangan ini. Kadang-kadang mereka berfikiran yang mana orang awam tidak nampak kesannya pada agama dan umatnya dimasa akan datang itulah pemikiran pemimpin perjuangan islam yang mendokong amanah perjuangan. Mereka melihat dengan mata hati bukan dengan nafsu.Sebab itulah amanah ini tidak layak diberi pada mereka yang kurang ilmunya. Hanya Presiden sahaja yang boleh melantik Pesuruhjaya di setiap negeri , bagi memilih mereka yang benar-benar layak memegang amanah ini. Itulah unitnya perjuangan islam. Sebelum mereka mengatakan berjuang untuk islam , mereka perlu masak tentang sirah rasullullah. Perjuangan islam adalah contoh utamanya Rasullullah. Jangan kita mengambil contoh perjuangan selain Rasullullah. Jika pas inginkan kemenangan semata-mata sudah lama pas mendapatkannya dengan apa sekali pun. Tetapi perinsip perjuangan ini bukan itu diutamakan , dakwah perlu berjalan seirin dengan politik.

Unknown berkata...

Terima kasih aliman,

Saya rasa aliman perlu belajar lagi.
Di dalam jemaah Islam, bukan Presiden yang berkuasa dan berhak, tetapi majlis syura.
Organisasi sekular tidak sama dengan harakah Islamiah.

Tidak ada jaminan di dalam Islam Presiden sebuah organisasi akan masuk syurga atau terselamat dari digelincirkan syaitan di dunia, tetapi ada jaminan sesuatu keputusan dari majlis syura tidak akan tersalah dan tersesat spt yang dikhabarkan oleh hadith Rasulullah,
"Umatku tidak bersepakat dalam kesesatan." (al-I'tisham 2:263)