13 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : UMNO Terkedu, Isu Arak Selangor Selesai (updated)

Salah faham berhubung isu pengharaman arak di negeri Selangor melibatkan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali dengan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew selesai apabila masing-masing menyatakan pendirian dan perkara itu sudah mencapai kata putus.

Apa yang berlaku antara dua pemimpin ini bingkas dimanipulasikan media arus perdana seolah-olah menunjukkan adanya keretakan serius dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat. Namun, isu arak ini hanya sempat diputar belitkan media milikan UMNO Barisan Nasional tidak sampai seminggu.

"Pertama sekali tidak timbul isu pertikaian disitu. Perbedaan dari segi pandangan, dari segi pendapat, sebagai mana yang disebut Datuk Hadi. Kita mungkin berbeza dari segi pendapat tapi dalam isu yang besar kita banyak bersama. Tadi pemimpin- pemimpin kita menekankan kita banyak yang bersama daripada tidak bersama. Kita menekankan persamaan yang ada pada kita dan kita tidak kisah tentang perbezaan yang ada pada kita. Saya yakin kalau inilah pegangan kita, kita akan capai kejayaan yang besar dalam pilihanraya akan datang," kata Hassan Ali.

"Kita memang ada persefahaman dalam hal ini. Cara kita sekarang, kita pun bersetuju. Tidak ada masalah. Kalau mereka ingat mereka masih ada peluang untuk jatuhkan kita, teruskan bermimpi. Kita akan terus berusaha berkerjasama untuk buat apa yang kita rasakan baik," tambah Ronnie Liu.

Perdamaian kedua- dua tokoh ini seraya menutup peluang UMNO Barisan Nasional menjalankan serangan sistematik untuk merampas kembali Selangor dari jajahan Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Hassan Ali menggesa supaya Ronnie Liu yang memegang portfolio Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, dilucutkan jawatan kerana mengarahkan penguatkuasa MBSA mengembalikan rampasan arak di sebuah kedai di Seksyen 8, 21 Julai lalu.

Walhal, Ronnie bertindak sedemikian kerana MBSA telah merampas minuman keras itu tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan. Tindakan ini memungkinkan MBSA terdedah kepada saman dari pihak kedai terbabit.

Kekusutan ini terlerai apabila kedua- dua mereka duduk berbincang mencari titik persamaan, menangkis segala serangan propaganda murahan UMNO Barisan Nasional.

"Kita setuju dengan apa yang dikatakan menteri besar. Kalau dia kata tidak ada pertukaran, tidaklah. Saya ada ketua dan ketua saya menteri besar. Berhubung isu memperjuangkan syariat islam, bagi saya tidak ada masalah. Prinsip Islam senang. Arak tidak boleh dijual kepada orang Islam, tidak boleh dijual pada mereka yang berumur 18 tahun kebawah dan tidak boleh letak papantanda yang mengatakan arak dijual disitu," ujar Hassan Ali.

Hassan Ali menegaskan, perdamaian ini tidak akan menghalangnya meneruskan agenda memperjuangkan syariat islam berhubung isu arak ini. Hassan Ali juga menafikan khabar angin yang mengatakan PAS dan UMNO selangor akan berganding bahu mengadakan jelajah bagi mendapatkan sokongan rakyat berhubung isu itu.

"Saya ingin menafikan Pemuda PAS dan Pemuda UMNO akan buat jelajah. Ini tak benar sama sekali. Inilah yang didendangkan oleh UMNO. Kita tidak berjumpa dan tidak pernah berbincang tentang hal ini," tegasnya lagi.

Kedai serbaneka 7eleven sebelum ini telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam menyambut seruan kerajaan negeri Selangor untuk membuat kawalan kendiri penjualan arak.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, hasil daripada perbincangan yang dibuat, 7 eleven didapati tidak lagi menjual arak di beberapa kawasan majoriti Islam dan beberapa kawasan lain, membabitkan seksyen 6, 19,11 13, 8, 7, 3, Jalan Kristal 7, Jalan Plumbum seksyen 7.

Tan Sri Khalid berkata, ada beberapa kawasan yang mendapat permintaan dan 7eleven hanya mengeluarkan minuman tersebut atas permintaan sahaja iaitu di Sekyen 16, 17, 20, 9,13 Giant, 13 Calrton Hotel, dan Seksyen 18. -TVA


Tiada ulasan: