Pesawat MIG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan digantikan dengan pesawat pemintas yang lain bagi memperkuatkan pasukan itu, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Perkara ini telah dibincangkan dengan Panglima TUDM, Jen. Tan Sri Azizan Ariffin dan pesawat ini akan digantikan dalam masa terdekat, katanya.
"Pesawat MIG ini akan dilupuskan dengan menjual kepada syarikat-syarikat tertentu atau ke negara-negara yang dibenarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ini pula laporan akhbar Utusan Malaysia pada 13.5.2009 daripada Menteri yang sama:
Perkhidmatan pesawat pejuang pemintas jenis MiG-29N Fulcrum akan dikekalkan sungguhpun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah menerima pesawat terbarunya, Sukhoi SU-30MKM.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini pihak kementerian tidak bercadang untuk menamatkan perkhidmatan jet pejuang berkenaan.
"Kita perlukan beberapa perubahan bukan sahaja daripada segi peralatan," katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan pertamanya ke Kem Syed Sirajuddin di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai spekulasi yang mengatakan perkhidmatan pesawat MiG-29N akan ditamatkan berikutan kos menaiktaraf yang terlalu mahal dan telah berkhidmat lebih daripada 15 tahun.
Saya melihat isu atau cadangan pembelian aset terbaru ketenteraan ini seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Pertama, membuktikan kegagalan kerajaan Malaysia dalam proses pemindahan teknologi dari Russia seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Bahawa Malaysia akan mendapat manafaat hasil pemindahan teknologi daripada pembelian pesawat berkenaan sebelum ini.
Beberapa negara seperti India yang membeli pesawat berkenaan lebih awal dari Malaysia masih dapat mengekalkan tahap kemampuan pesawat untuk berfungsi dengan maksimum hasil daripada pemindahan teknologi. Persoalannya adakah nasib yang sama akan dilalui oleh jet pejuang yang dikatakan tercanggih di dunia Sukhoi SU-30MKM yang juga baru dibeli dari Russia beberapa tahun yang lalu?
Masalah yang sama juga turut dihadapi oleh jet Hawk 100 dan 200 yang dibeli dari Britain tidak lama dulu turut mengalami masalah alat ganti dan lebih malang lagi beberapa pesawat berkenaan telah terhempas ketika menjalani latihan yang mengorbankan beberapa juruterbang.Adakah pesawat ini juga tidak perlu diganti?
Cuba lihat apa yang dilakukan oleh negara jiran Singapura, jet Skyhwak yang dibeli pada tahun 1980-an masih berfungsi dengan baik sehingga hari ini apabila dinaik taraf menjadi Super Skyhwak yang menjadi antara skundron jet pejuang yang masih digeruni ketika ini.
Saya menyokong penuh jika pembelian ini dapat menjamin dan penting untuk keselamatan negara. Tetapi apa yang saya cukup bimbangkan ialah tangan-tangan ghaib yang wujud di balik tabir seperti yang dibangkitkan dalam isu pembelian kapal selam bahawa kerajaan terpaksa membayar komisyen yang sangat tinggi daripada perjanjian jual beli tersebut.
Adalah sesuatu yang amat malang jika keselamatan negara dan nyawa juruterbang diperjudikan semata-mata untuk memenuhi agenda tersembunyi pemimpin tertentu yang ingin mengaut keuntungan hasil daripada perjanjian jual beli tersebut. -angkasanuri
4 ulasan:
mangkuk mangkuk minister....
Umno ambik minister semua bodoh bodoh belaka.
Selalunya pemimpin UMNO akan mencadangkan sesuatu projek bakal dilaksanakan kepada umum. Jika tiada bantahan dari rakyat atau pembangkang dilihat bersetuju atau sememangnya "bangang" maka projek yang dicadangkan itu akan dilancarkan tanpa bertangguh lagi.
Jika rakyat bertanya dan pemimpin parti pembangkang pula membantah maka mereka akan berdolak dalik seperti yang disiarkan dalam blog ini.
Tapi kalau setakat bising seperti anjing menyalak bukit, projek yang telah mereka war-warkan itu tetap akan dilaksanakan. Apa yang rakyat boleh buat. Nak tunggu sehingga pilihanraya ke13 baru nak buat bantahan....?
Kalau tunggu PRU-13, bermakna kita telah memberi mereka ruang dan peluang merembat sebanyak mungkin komisyen dari projek yang mereka cadang sendiri.
Mendengar cerita dari ahli UMNO "kecewa".... duit parti UMNO sudah berkurangan. Kalau dibiarkan parti UMNO boleh jadi muflis. Jika mahu terus berkuasa, duit tabung UMNO mesti penuh. Prinsip dalam UMNO "no money no talk".
Oleh kerana itu dari masa ke semasa kita akan mendengar ada berbagai jenis projek yang pelik dan tidak munasabah dicadangkan oleh pemimpin UMNO untuk dilaksanakan. Jika berjaya sebahagian dari komisyen projek itu akan diserapkan kedalam tabung parti. Selebihnya akan dibagi seperti "satu untuk aku satu untuk kau dan satu untuk dia......."
Jika kita mahu parti UMNO menjadi lemah, kita mesti sekat pemimpin UMNO peringkat tertinggi dari mencadangkan projek menggunakan belanja besar yang tidak munasabah.
siapa taktak nak komisyen,najib lantik menteri semuanya bodoh mcm keldai.lebih baik ambil beruk-beruk mccm Rais Yatim pulau yg timbul bagi kat singapore,timbul tengelam dapat kat rakyat malaysia.nah ini la sendirawa hidup umno.
Catat Ulasan