23 Apr 2009

MB UMNO Pahang Langgar Perintah Mahkamah Kerana Enggan Bayar RM63juta

Kedegilan Menteri besar Pahang, Adnan Yaakob dan kerajaan negeri Pahang yang enggan membayar ganti rugi berjumlah RM63 juta kepada Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGMSB) dianggap sebagai melanggar perintah mahkamah.

Pengarah Urusan SGMSB, Saiyeed Ali Al-Habsyee berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob sebagai defendan sepatutnya patuh kepada perintah mandamus oleh Mahkamah Tinggi Kuantan yang mengarahkan pembayaran itu dalam tempoh 14 hari.

"Perintah itu tidak memberi sebarang jaminan keistimewaan kepada kerajaan negeri untuk menunda pembayaran ganti rugi tersebut.

"Menteri Besar mendakwa yang kerajaan negeri mempunyai bukti baru untuk memfailkan permohonan baru bagi membantah perintah itu.

"Sebetulnya, Adnan perlu membayar terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan rayuan atau sebarang tindakan yang diperuntukkan dalam undang-undang," katanya kepada media di bangunan mahkamah di sini, hari ini.

Semalam, Adnan berkata, kerajaan negeri telah menemui bukti baru melibatkan sumpah bohong, penipuan, pemalsuan dan konflik kepentingan yang tidak dibangkitkan semasa kes itu dikemukakan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Saiyeed Ali berkata, beliau turut berada di mahkamah semalam bagi menyaksikan permohonan untuk meneruskan pelaksanaan itu yang difailkan penasihat undang-undang negeri, Datuk Zara'ai Alias.

Katanya, beliau akan mendapatkan khidmat peguam terkenal, Karpal Singh untuk melawan kes itu di mahkamah terbuka.

"Saya percaya, jika kerajaan negeri gagal untuk mematuhi perintah itu, mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap," katanya sambil menambah, beliau berharap Adnan tidak membantah perintah mahkamah itu bagi mengelakkan bunga kompaun yang lebih tinggi.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuantan mengarahkan Adnan untuk menyelesaikan bayaran RM63 juta kepada SGMSB dalam tempoh 14 hari kerana melanggar kontrak perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan pada 2000.

SGMSB memfailkan saman itu terhadap kerajaan Pahang dan Pengarah Jabatan Perhutanan negeri pada 9 Disember 2002 kerana melanggar kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di tanah seluas 4,000 hektar di Mukim Bebar.

Mahkamah pada 25 Mei 2007 memerintahkan kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 berserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000.

Kerajaan negeri bagaimanapun membuat rayuan untuk mengetepikan perintah itu di Mahkamah Rayuan tetapi ditolak awal tahun lalu.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

adoyaii!! Long Nan nape tak bayar, bayar je lah, kang naik lagi interestnya, rakyat gak yang nanggung bukannya long ngan embong, udah lah tu long takkan nak buat sejarah kerajaan pertama didunia diistiharkan muflis, bayar dulu, lawan balik kendian lah.

Tanpa Nama berkata...

bayo je.laa
kalo tak de duit cakap le x de..
engko gadaila..ape-ape yg patut..

Tanah Amenokan banyak..long alahai..

ameno-ameno memanglah engko ni jenis natang.

sydeen aka saidin berkata...

tangkap jer denan tu. bubuh dalam penjara penor. kawan aku ada keje situ blh tolong jengok kan

Tanpa Nama berkata...

Ni MB yang pernah tujuk isyarat lucah "f#&k"
tu ke?.

Tanpa Nama berkata...

NI LA ORGNYER YG SUKE WT ISARAT LUCAH,TUNGENG DIA PUNYA BUNTUT,DAN SEGALA LUCAH...LEBIH BAEK KO JD RAKYAT CM AKU NI HAAA...BG LA YG TAU PSL UGAMA JD MB..umno d xde pemimpin yg tau psl ugama ker?????????????