Walau bagaimanapun, Kerajaan Pusat yang masih dikuasai Barisan Nasional enggan menerima hakikat bahawa rakyat di kelima-lima buah negeri ini telah menolak mereka dan dengan tidak sahnya mewujudkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) yang kononnya dapat menyalurkan bantuan Kerajaan Pusat secara terus kepada Rakyat.
Pernyataan yang dibuat oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar semalam bahawa kementeriannya tidak akan melayan pengesahan sesuatu permohonan bantuan yang dikeluarkan oleh JKKK di empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat bukan sahaja berbaur politik malah telah melanggari undang-undang. Justeru itu, EXCO Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Yang Berhormat Tuan Ean Yong Hian Wah menyeru supaya Menteri Pertanian tersebut menghormati undang-undang serta menjunjungi hasrat rakyat yang telah memilih Pakatan Rakyat di negeri-negeri tersebut dan MESTI mengiktiraf dan menerima pengesahan JKKK yang dilantik secara sah.
Dakwaan bahawa pengesahan bantuan tersebut perlu dibuat JKKKP yang tidak sah adalah untuk mengelak daripada dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu, Yang Berhormat Tuan Ean Yong Hian Wah menegaskan bahawa bantuan daripada Kerajaan sama ada Pusat atau Negeri, adalah daripada wang Rakyat, maka, percubaan untuk mengetepikan kuasa JKKK yang sah di undang-undang adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan jelas ingin mempergunakan wang rakyat untuk meraih sokongan politik daripada golongan petani. Kerajaan Negeri Selangor mengecam sekeras-kerasnya motif Barisan Nasional tersebut dan menasihatkan Kerajaan Pusat supaya mengembalikan hak rakyat untuk mendapatkan bantuan melalui saluran yang sah.
Bagi semua bantuan yang telah dirancang dan diperuntukkan Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Pakatan Rakyat akan memastikannya menepati sasaran dengan semua lapisan pimpinan kerajaan tidak kira ianya daripada agensi pusat mahupun negeri dan lebih penting lagi ialah bagi mana-mana golongan yang perlukan bantuan, Kerajaan Negeri akan cuba untuk menyalurkan bantuan tanpa mengira latar belakang politik, kaum, agama mahupun status mereka.
4 ulasan:
Trend baru sebab adakan pilihan raya kecil
Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my
PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof (gambar) mengeluh panjang semalam. Bukan kerana penat atau bosan mengendalikan siri pilihan raya kecil yang sejak SPR diterajuinya 31 Disember lalu, sudah empat pilihan kecil diuruskan dan menyusul kelima, Dewan Undangan Negeri Penanti, Pulau Pinang.
Tetapi kepada Abdul Aziz, 59, kekosongan sesuatu kerusi memerlukan SPR mengembalikan semula suara demokrasi itu kepada rakyat untuk membuat pilihan. Cuma, kebelakangan ini beliau nampak seolah-olah terjadinya sesuatu pilihan raya kecil itu tidak ubah semacam 'satu trend' yang digemari pihak tertentu.
"Kalau sudah terpaksa kerana penyandangnya meninggal dunia tidak mengapalah, tapi kekosongan itu berpunca daripada masalah dalaman parti itu sendiri. Kadang kala hanya berkisar siasatan ke atas wakil rakyat, itu belum tahu kena dakwa atau tidak.
"Kalau AG (Peguam Negara) kata tidak cukup bukti, maka lepaslah dia, dan kalau kena dakwa sekalipun, kita tidak tahu dia bersalah atau tidak... mungkin tak salah. Itu persoalan kekosongannya," kata beliau kepada Utusan Malaysia semalam.
Abdul Aziz bukan bermaksud mahu 'menyibuk' tetapi menegaskan itu adalah suara hati rakyat dan isi hatinya termasuk semua ahli suruhanjaya badan itu.
"Undang-undang tetap perundangan tetapi sebagai rakyat, kita kena fikir kos yang tinggi untuk mengendalikan sesuatu pilihan raya yang tidak disebabkan faktor keperluan - meninggal dunia," katanya sambil memberitahu untuk kos pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tempoh hari sahaja, SPR membelanjakan RM450,000 manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM), RM16 juta.
Untuk Parlimen Bukit Gantang pula, kos pengendalian SPR adalah RM700,000 sementara DUN Bukit Selambau dan Batang Air masing-masing RM500,000. Kos yang telah diperuntukkan kepada PDRM untuk langkah-langkah keselamatan di ketiga-tiga pilihan raya kecil itu dijangka meningkat lebih RM30 juta.
"Inilah kos ditanggung yang sepatutnya dibelanjakan untuk rakyat terutama dalam krisis ekonomi sekarang. Itu belum lagi risiko yang terpaksa dihadapi seperti kekecohan oleh penyokong parti-parti bertanding.
Kerana itu, Abdul Aziz berkata, untuk persediaan menghadapi pilihan raya kecil DUN Penanti, SPR sedang memikirkan sesuatu.
Antara yang dipertimbang untuk dilaksanakan ialah mentiadakan pondok panas (untuk pengundi memeriksa nama dan saluran mengundi) pada hari pengundian serta menguatkuasakan larangan kempen selepas pukul 12 tengah malam sebelum pengundian keesokannya.
"Masalahnya, pada pagi hari pengundian itulah yang paling getir cabaran yang dihadapi SPR dan polis. Para penyokong bukan di situ sahaja malah datang merata dari seluruh negara mencecah hingga 50,000 orang sekadar mahu menunjukkan 'kekuatan,' pengundi pula jadi takut dan susah untuk keluar, jalan sesak dan budaya samseng bermaharajalela," ujarnya.
Mengambil kira pengalaman pahit SPR di Permatang Pauh tahun lalu, keserabutan sama dibayangkan Abdul Aziz bakal berulang di DUN Penanti yang berada dalam kawasan Parlimen itu.
ULASAN TOK:- Kos polis yang mahal.PRK Kuala Terengganu kos polis RM16 juta dan PRK di Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai pulak cecah RM30 juta.Kos spr pulak di Kuala Terengganu hanya RM450 ribu dan bukit gantang RM700 ribu.Manakala kos spr di Bukit Selambau dan Batang Ai masing-masing hanyalah RM500 ribu.
Sepatutnya kos polis dikurangkan dengan mengurangkan kehadiran polis yang ramai dalam PRK
inilah contoh menteri bodoh dan bangang yang masih dipunyai oleh umno, noh omar. dapat ke tindakan ini membantu konsep one malaysia gagasan najib?
Disebabkan BN kalah empat kali dalam pilihanraya yang telah diadakan maka timbul soal kos penyelenggaraan yang mahal kononnya pembaziran sebagai mempengaruhi pemikiran rakyat agar menolak pilihanraya yang dicadangkan oleh pihak Pakatan Rakyat.
Agensi seperti SPR diwujudkan adalah untuk memudahkan rakyat memilih wakilnya bersuara dalam pentadbiran kerajaan.
Mengapa sekrang SPR lebih banyak bercakap dari bekerja...? Jika pihak Pakatan Rakyat membiarkan keadaan ini berterusan ada kemungkinan SPR akan bertindak lebih berkuasa dari kuasa terhadnya.
Tunjukkan pada rakyat kuasa terhad SPR dalam menjalankan tugasnya. Biarkan rakyat mengajar mereka bagaimana nak bekerja sebagai SPR.
hairan... pasal pilihanraya ada pula yg pandai cakap membazir wang rakyat..???
Catat Ulasan