26 Apr 2009

Bebalnya Zambry, Berkokok Di Kandang Harimau!!

Sesetengah orang ghairah bercakap hingga melupai dia berada di gelanggang mana. Kerana berjawatan besar dalam agensinya, ada isteri yang menganggap dia juga adalah boss dalam rumah tangga, sedangkan mengikut Islam, suami adalah ketua keluarga.

Begitu juga ada Menteri yang terbawa-bawa dengan jawatannya sebagai ketua politik menganggap dia juga boleh menentukan urusan masjid, tetapi apabila diminta mengimamkan solat terketar-ketar memberi pelbagai alasan.

Dan hari ini, Menteri Besar Kudeta Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan berlangsung pada 7 Mei ini akan tetap diteruskan. Beliau berkata persidangan berkenaan akan tetap diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan itu walaupun Speaker V. Sivakumar masih tidak memberi kata putus mengenai tarikh tersebut.

Sepatutnya Zambry perlu sedar dia cuma ketua pentadbiran negeri yang bertanggung jawab untuk mengemudikan perjalanan kerajaan negeri, manakala urusan DUN pula adalah di bawah tanggung jawab Speaker. Apabila Menteri Besar bercakap bagi pihak DUN dia kelihatan bertindak secara tidak menghormati perlembagaan dan tidak mempedulikan doktrin pemisahan kuasa antara legislatif dan eksekutif, yang menjadi prinsip demokrasi di negara ini.

Sebagai warga sebuah negara demokrasi kita sangat kecewa dengan gelagat Zambry yang nampak jelas bertindak secara bebal dengan tidak menghormati kuasa Speaker yang masih sah di sisi undang-undang.

Zambry perlu sedar dalam DUN dia cuma ADUN biasa. Kuasa Speaker melebihi kuasa Menteri Besar di dalam DUN dan kuasa Perdana Menteri dalam Parlimen. Speaker boleh menentukan perjalanan DUN mengikut bidang kuasa yang ditetapkan kerana beliau adalah pengerusi yang mengemudikan mesyuarat DUN. Mesyuarat DUN tidak sama dengan Mesyuarat EXCO di mana Menteri Besar adalah Pengerusi Mesyuarat EXCO.

Oleh itu Zambry tidak perlu bercakap lebih-lebih melebihi kuasa yang ada padanya. Apabila berada di dalam kandang harimau mengaumlah, jangan berkokok, nanti semua harimau akan membaham anda! - pendikar gunung kriang

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Si mamat zambrie MB haram ingat dia seorang sahaja yang hebat dan bolih buat suka hati.
Sila lah nasihatkan si zambri ni bahawa kalau dia rasa hebat maka ada orang lain pun berasa hebat.
His confrontational attitude will be given a lesson come May the 7th.
Ayuh rakyat Perak lawan tetap lawan.

Tanpa Nama berkata...

Korang asyik bercakap tentang Zambry je...aku dok hairan...apa perancangan keSELAMATan untuk Speaker Siva...? Takut2 je tiba 07May...Speaker tiba-tiba HILANG kah..sakit kah...ter...dan yg pasti Timbalan Speaker akan jadi penegrusi...so..amacam?

Tolonglah jaga Siva tu sebab BN boleh buat apa saja....HIDUP BN...HIDUP BN!

tok iskandar berkata...

Sejak najib ambilalih UMNO Selangor,timbul pulak spekulasi kerajaan PR Selangor akan ditumbangkan dan dirampas secara brutal.isu umno selangor ketandusan pemimpin berbakar itu masalah depa.

Modus operandinya mudah dengan skrip ala-ala negeri Pasir Dua Butir.Tan Sri Khalid akan dihadapkan ke mahkamah oleh SPRM atas tuduhan rasuah atau salahguna kuasa.Berkemungkinan besar akan didapati bersalah dan Selangor terpaksa mencari MB baru.

Bila dah dapat calon MB,pemimpin PKR Selangor akan mengadap Sultan Selangor dan kali ini akan ditolak oleh Sultan Selangor yang mahukan calon PAS jadi MB Selangor.Dr Hassan Ali akan jadi calon PAS dan apabila PAS cadangkan beliau jadi MB Selangor yang baru,beberapa ADUN PKR akan protes kerana kerusi DUN PKR lebih daripada DUN PAS.Perbalahan akan jadi semakin hangat dan beberapa tok wakil PKR akan keluar parti dan menjadikan PR Selangor retak menanti belah.Ketika inilah akan berlaku PRK Penanti yang akan diadakan ketika Muktamar PAS berlangsung iaitu pada awal bulan Jun.Lebih memburukkan keadaan penyokong PAS akan memboikot PRK Penanti jika krisis politik di Selangor tak dapat diselesaikan dengan baik.
Baru-baru ini beberapa pemimpin HINDRAf di Selangor telah menyertai MIC dan mereka akan menjadi bom jangka kepada kerajaan PR Selangor.Ezam dan GERAK akan diberikan peranan penting untuk menarik tok wakil PKR menyertai UMNO.Jika plan di atas gagal,tak mustahil ada tok wakil PR akan dikidnap.

Tok jangkakan UMNO tak punya banyak masa kerana krisis rundingan air di Selangor telah menjejaskan imej UMNO.Ada sumber memberitahu,Mat Taib ada kepentingan dalam SYABAS dan atas faktor inilah beliau telah digugurkan sebagai Ketua Penerangan UMNO dan Ketua Perhubungan UMNO Selangor.Ada sumber yang memberitahu tok Mat Taib sengaja tidak diberikan jawatan untuk memberikan beliau peranan penting dalam usaha merampas Selangor.Sedikit sebanyak dakwaan ini ada benarnya kerana mat taib mempunyai hubungan rapat dengan Sultan Selangor yang juga merupakan bekas abang iparnya.

Najib telah memberikan peranan penting kepada bekas pengikut Anwar termasuk Zahid Hamidi,Zambri,Hamdan Taha dan Ezam.Tujuannya adalah untuk menarik penyokong Anwar menyertai UMNO.

Bahya sedang menunggu dan PR perlu berwaspada.Kita tak mahu kehilangan negeri Pasir dua butir berulang kembali di negeri Selangor.

tok iskandar berkata...

Tok cadangkan diwujudkan bloggers network di Selangor,Pahang dan Perak yang akan bekerjasama menyalurkan maklumat kepada rakyat tentang kelemahan dasar kerajaan dan korupsi dan salahgunakuasa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO.

Jika bloggers network Pahang dapat mecari kelemahan kerajaan negeri Pahang yang berembikan UMNO,najib terpaksa menjadi defensif dan tak ada masa nak menyerang dan merampas negeri PR yang lain.

Tok nampak jugak kepentingan mewujudkan bloggers network di negeri sembilan,terengganu,melaka dan perlis kerana negeri-negeri ini berpotensi untuk dirampas PR.

Kes mahkamah yang berlaku di negeri pasir dua buitr wajar diteruskan walaupun rakyat semakin meragui kredibiliti mahkamah.Di sinilah peranan kengkawan bloggers sangat penting iaitu mencari kelemahan kerajaan negeri menteri pasola dan biar imejnya menjadi buruk akibat kesilapan yang dilakukannya ketika jadi embi pasir dua butir.bila rakyat dah benci kat zambri tak susahlah PR memerintah kembali Pasir dua butir walaupun menteri pasola menjadi kesayangan raja.

tok musykil kenapa menteri pasola adakan konsert jom heboh di kem TLDM lumut dan kenapa tak diadakan di stadium.takut rakyat boikot kot.takkan tak yakin dengan keselamatan sendiri sampai terpaksa diadakan di kem tentera laut.soal perbelanjaan pulak siapa yang menanggungnya.Kalau kementerian pertahanan yang diterajui zahid yang menanggung kosnya,nyata membazirkan wang rakyat.elok MP PR tanya perkara ni dalam parlimen.nak buat PRK membazir tapi adakan hiburan guna duit rakyat tak membazir pulak.

Che Ahmad berkata...

Bukan bebal sebenarnya tetapi terdesak (pondan lebih tepat), kerana jika ADUN tidak bersidang dalam tempoh yang ditetapkan, maka secara automatik DUN bagi negeri tersebut terbubar dengan sendirinya mengikut perlembagaan. Jika itu berlaku, pilihanraya akan menyusul.

Tok,
Di Lumut bersempena sambutan ulangtahun TLDM.

Tanpa Nama berkata...

Apalah dah terjadi dengan undang undang di bolehland kuasa menteri lagi besar dari kuasa speaker sedangkan kuasa macc untuk sekadar boleh kendali lembu dan kereta (malaysian anti cow and car).PDRM ini tak perlu saya cakap semua rakyat tau.

Tanpa Nama berkata...

Tak kira siapa menteri besar sah tak sah
vote dari rakyat yang paling sah (HIDUP DEMOKKRASI MATI DIKTATOR)

Tanpa Nama berkata...

sejak krisis perak nih.. den lom nengok ade perubhan. so kalau x de perubahan persidangan tetap akan dijalankan. sbgai penyokong PR den raso kita kene bagitau rakyat yo bende yg betul (mungkin buat drama ka.. pilem ke) n prepare for PRU 13. tu yang ultimate.