Pakatan Rakyat hari ini mendesak Kerajaan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat penderaan dan kematian Kugan Anandan semasa beliau disoalsiasat oleh polis.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat gesaan itu supaya Suruhanjaya Di Raja tersebut dapat menyiasat secara adil kekejaman dna kezaliman yang dilakukan oleh segelintir polis. Sejak tahun 2000, terdapat 80 kes kematian akibat penderaan yang dilakukan oleh polis. Termasuklah kes Prabakharan yang dicurah air panas sewaktu interogasi polis ke atasnya dan kes Suria yang meninggal dunia sewaktu di dalam tahanan polis di Kedah.
Bagi memastikan keyakinan rakyat dipulihkan, Datuk Seri Anwar menuntut agar sebuah badan siasatan yang bebas dan telus diwujudkan serta merta bagi menyiasat insiden kematian Kugan Ananthan. Foto serta bukti yang menunjukkan adanya kecederaan pada si mati sudah tentu membangkitkan rasa tidak puas hati bukan sahaja kepada keluarga mangsa, malah juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mahukan institusi polis memulihkan kembali kewibawaannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan