6 Mac 2011

Lintas Lansung Keputusan PRK DUN Merlimau & Kerdau

Seramai 8,435 atau 79% daripada 10,679 pemilih berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka manakala 7,480 atau 83% daripada 8,999 pemilih berdaftar di DUN Kerdau di Pahang hari ini.

Angka tersebut lebih tinggi berbanding yang dicatatkan pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008. Ketika itu, peratusan keluar mengundi bagi DUN Merlimau ialah 7,977 atau 76.18% daripada 10,471 pemilih berdaftar manakala bagi DUN Merlimau ialah 6,789 atau 80.33% daripada 8,451 pemilih berdaftar. Angka itu lebih tinggi berbanding yang dicatatkan pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008.


MERLIMAU

Rasmi Dari 22 peti undi: BN 5962, PAS 2319

Tidak rasmi: BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,623 undi. BN memperolehi 5,962 undi, manakala PAS mendapat 2,339 undi.

Jumlah undi rosak diterima ialah 132.

Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004

7:48
MERLIMAU Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,Azman Shapawi menyampaikan ucapan penutup sebagai pembakar semangat kepada penyokong dan petugas PAS di markas induk PAS.

7:39
KERDAU Tidak Rasmi PAS 2161, BN 4486, MAJ -2325, Rosak 78
7:14
MERLIMAU Tidak Rasmi BN 5962, PAS 2339, majoriti 3623
7:04
Keputusan Penuh Tidak Rasmi PAS - PAS: 2, 339, BN: 5, 962. Mojoriti: -3,623. Undi rosak: 132.
6:57
Tidak rasmi - PAS: 2,134, BN: 5,589. Mojoriti: -3,553. Undi rosak: 106.
6:47
Tidak rasmi: Merlimau Utara - PAS:110, BN: 328, Undi Rosak: 10. Majoriti: 218.
6:43
Di hadapan Markaz Induk PAS akan diadakan solat Maghrib berjemaah dan tazkirah ringkas.
6:41
Undi Pos - PAS: 2, BN: 46, Undi Rosak: 14.



KERDAU

7:49
KERDAU Calon PAS, Hassanuddin Salim kini berada di markas induk PAS. Dijangka satu sidang media akan diadakan selepas keputusan rasmi diumum SPR.
7:43
KERDAU Keputusan penuh tidak rasmi:
PAS 2204, BN 4793, Maj 2589, rosak 79
7:36
KERDAU Setakat ini 17 peti undi sudah diterima, 6 belum
7:30
KERDAU Tidak Rasmi PAS 2002, BN 4074, MAJ -2072, ROSAK 71
7:28
KERDAU SPR: BN 3746, PAS 1612, maj 2134
7:27
KERDAU SPR: BN 3334, PAS 1453, maj 1881
7:26
KERDAU SPR: BN 3037, PAS 1276, maj 1761
7:26
KERDAU SPR: BN 2647, PAS 1143, maj 1504
7:25
KERDAU SPR: BN2411, PAS 1048, Maj 1363
7:19
KERDAU SPR: BN 2170, PAS 984, maj 1186
7:18
KERDAU SPR: BN 1676, PAS 700, maj 976
7:18
KERDAU SPR: BN 1472, PAS 607, maj 865
7:18
KERDAU SPR: BN 1186, PAS 563, Maj 623
7:16
KERDAU SPR: BN 879, PAS 520, majoriti 359
7:15
KERDAU Tidak Rasmi PAS 1776, BN 3777, Maj 2001, Rosak 66
7:16
KERDAU SPR: BN 879, PAS 520, majoriti 359
7:15
KERDAU Tidak Rasmi PAS 1776, BN 3777, Maj 2001, Rosak 66
7:12
KERDAU Tidak Rasmi PAS 1643, BN 3533, maj -1890, rosak 62
7:01
KERDAU SPR: BN 735, PAS 412, majoriti 323
7:01
KERDAU SPR: BN 580, PAS 268, majoriti 312
7:00
KERDAU SPR: BN 337, PAS 169, Majoriti 168
6:36
KERDAU Tidak Rasmi PAS 956, BN 2021, Majoriti -1065, Rosak 44
6:33
KERDAU Tidak Rasmi PAS 901, BN 1875, majoriti -974, Rosak 40
6:32
KERDAU Tidak Rasmi PAS 764, BN 1671, majoriti -907, Rosak 29
6:25
KERDAU Tidak Rasmi PAS 764, BN 1385, Majoriti -621 rosak 29
6:13
KERDAU Tidak Rasmi PAS 513, BN 731, MAJORITI -218, ROSAK 14
6:09
KERDAU Tidak Rasmi PAS 114, BN 191, MAJORITI -77, ROSAK 4

[Bergambar] Lintas Lansung PRK N27 Merlimau & N28 Kerdau

HHari ini berlangsung serentak pengundian bagi pilihan raya kecil Dun Merlimau di Melaka dan Dun Kerdau di Pahang.

Di PRK Merlimau, pertandingan satu lawan satu antara PAS yang diwakili Yuhaizad Abdullah dan Barisan Nasional (BN) Roslan Ahmad sementara di Kerdau PAS diwakili Hassanuddin Salim dan BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad.


MERLIMAU

8.44 am: Di Chin Chin calon PAS, Yuhaizad Abdullah tiba di sana, menemani ibunya membuang undi.

8.00 am Kesemua 7 pusat mengundi telah dibuka tepat jam 8 pagi tadi. 7 pusat mengundi: Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Ladang Merlimau, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.



























KERDAU

8.20 am: Calon PAS, Hassanuddin Salim akan memulakan lawatan ke tempat mengundi jam 8.20 pg di Sek. Keb. Paya Taram




Akan dekamaskinikan sentiasa


[Bergambar] Penyebar Risalah Lucah dan Fitnah Di Merlimau


Akhirnya terungkai siapakah dalang penyebaran risalah lucah dan fitnah yang selama ini bertebaran di Merlimau. Akhirnya Skuad Kamera dapat menjejaki dihari terakhir penamaan calon mengenai taktik kotor pihak lawan.

Penyebaran risalah lucah dan fitnah telah dinafikan oleh pihak lawan dan mengatakan bahawa pihak PAS yang membuat risalah tersebut dan menuduh bahawa sebaran ini adalah dari pihak PAS. Maka segala-galanya telah terbukti dengan adanya gambar di atas.

Lokasi tersebut adalah berdekatan dengan pekan Merlimau berhampiran dengan pasar Merlimau. Keadaan itu menjelaskan bahawa pihak lawan sudah berada di tahap kemuncak dan tidak lagi mampu mencari isu yang berkaitan fakta maka disebrkan fitnah tersebut.

Sebentar lagi pendedahan MIC memberi beras kepada penduduk. Ikuti perkembangan ini sehingga proses pengundian selesai. Skuad Kamera akan buktikan segala-galanya tentang kepincangan pihak lawan. -n27merlimau [skuad camera]






Pekebun Mati Dihumban Gajah Dengan Belalainya

Cubaan seorang pemilik kebun getah menghalau sekumpulan enam gajah liar yang memasuki kebunnya menggunakan mercun bola berakhir dengan tragedi apabila dia ‘mati terduduk’ selepas diserang seekor daripada gajah itu.

Gambar: MAUT... mayat mangsa dibawa keluar dari tempat kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang di Kampung Serian Batu 11, di sini, kelmarin, Lee Mat Hassan, 46, dikatakan sempat menghubungi ahli keluarganya sebelum ditemui mati oleh abangnya, Che Mohd Zi, 52, dalam keadaan terduduk di sebatang pokok dan cedera parah di kepala, pada jam 2.30 petang.

Ini kejadian kedua membabitkan tragedi serangan gajah dalam tempoh tiga bulan selepas seorang pemuda, Muhamad Adnan Iberahim, 26, menemui ajal apabila dipijak sekumpulan gajah liar di Hutan Bering, dekat Pos Pasik, di sini, ketika mencari buah keranji bersama empat rakannya, Disember lalu.

Menurut Che, ketika kejadian, adiknya yang menetap di Kampung Kala, di sini, ke kebun getah miliknya bersama seorang rakan untuk meracun semak sebelum terserempak dengan sekumpulan enam gajah liar, termasuk seekor ibu gajah bersama anaknya, memasuki kebunnya.

Katanya, adiknya cuba menghalau kumpulan gajah berkenaan menggunakan sebiji mercun bola dengan melemparnya ke arah seekor anak gajah, tetapi tindakan itu membuatkan ibu anak gajah itu naik minyak lalu menyerangnya.

“Rakannya sempat melarikan diri, tetapi adik saya tidak sempat berbuat apa-apa. Ibu gajah itu dikatakan mencengkam adik saya menggunakan belalai sebelum menghumbannya ke arah sebatang pokok.

“Adik saya dikatakan sempat menghubungi ahli keluarganya, namun panggilan dibuat tidak berjawab. Saya bergegas ke tempat kejadian selepas diberitahu rakannya yang berjaya menyelamatkan diri dan menemuinya dalam keadaan cedera parah di kepala, manakala tangannya menutup muka yang lebam di sebatang pokok,” katanya.

Che berkata, dia turut hampir menjadi mangsa serangan gajah kerana ketika tiba di tempat kejadian, ibu gajah itu masih berlegar-legar di situ bersama anaknya.

“Saya memang nampak gajah dua beranak itu berada tidak jauh dari mayat adik saya, namun tidak menyangka ia masih naik minyak dan cuba menyerang saya. Dalam keadaan kelam kabut, saya sempat menyelamatkan diri.

“Saya hanya sempat menutup mayat Lee dengan baju yang saya pakai sebelum melaporkan kejadian itu kepada Jabatan Perlindungan Kehidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Gua Musang,” katanya.

Sepasukan lima anggota jabatan itu diketuai Ketua Perhilitan Daerah Gua Musang, Nor Eliana Muda bergegas ke tempat kejadian pada jam 2.45 petang untuk menghalau gajah berkenaan sebelum membawa mayat mangsa keluar jam 5.30 petang.

Menurut Che, adiknya memang kerap ke kebun getah untuk mengawasinya daripada dimusnahkan sekumpulan gajah yang kerap memasuki kawasan berkenaan.

Katanya, tahun lalu saja banyak pokok getah milik adiknya yang baru berusia tiga tahun musnah angkara gajah.

“Adik saya pernah pergi bersendirian ke kebun getahnya pada jam 4 pagi untuk menghalau sekumpulan gajah kerana tidak mahu menanggung kerugian berulang kali.

“Tak sangka pula dia diserang gajah sehingga menemui ajalnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya lewat malam kelmarin dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kala, pagi semalam. -hm

Waspada: Minya Masak Kitar Semula Di Pasaran

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya merampas 38,000 kilogram minyak masak yang dikitar semula sebelum dijual kepada pengguna kelmarin.

Operasi yang melibatkan sembilan anggota tersebut dilakukan pada pukul 5.30 petang di sebuah premis memproses dan membungkus minyak masak yang berpangkalan di Kampung Pendamar, Pandamaran, Klang.

Menurut Ketua Operasinya, Md. Hashim Daud, rampasan itu dilakukan hasil siasatan selama dua minggu terhadap premis terbabit dalam operasi yang dinamakan 'Ops Goreng' bermula Januari lalu.

"Pemeriksaan mendapati premis terbabit mengitar semula minyak masak terpakai yang diperoleh daripada restoran-restoran dan hotel berdekatan sebelum dicampurkan dengan minyak masak sebenar bagi meraih keuntungan lumayan.

"Rampasan ini adalah antara terbesar pernah dilakukan dan kelmarin sahaja kita menganggarkan hasil rampasan bernilai RM200,000," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam. -kosmo

Jatuhkan Pemimpin UMNO Baru Kita Tahu Jumlah Harta Mereka

Rakyat perlu menjatuhkan pemimpin Umno untuk membolehkan rakyat mengetahui harta kekayaan mereka, gesa seorang pemimpin PAS di Kerdau malam tadi.

“(Tun) Dr Mahathir Mohamad, (Datuk Seri) Najib Tun Razak dan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, kita kena jatuhkan baru kita tahu jumlah harta mereka,” kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Pemimpin PAS bersuara lantang itu berkata demikian dalam ceramahnya membantu calon PAS, Hasanuddin Salim di Kerdau malam tadi.

Beliau menambah, mereka (pemimpin Umno) takut apa yang berlaku kepada Presiden Tunisia Zine El Abidine Ben Ali dan Presiden Mesir Hosni Mubarak kerana setelah jatuh, rakyat baru tahu harta kekayaan mereka.

Ceramah Khalid di Desa Murni, Kerdau diadakan bersebelahan dengan ceramah Barisan Nasisonal (BN) yang menurut beberapa ahli

PAS, ceramah BN itu tidak lain tidak bukan sekadar mahu menganggu ceramah PAS.

Hanya beberapa kerat sahaja yang berada di kawasan ceramah BN walaupun disediakan sate, mi dan nasi briyani manakala ceramah

Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dihadiri sekitar 400 hingga 500 orang.

Umno ganggu ceramah PAS

“Umno cuma nak ganggu ceramah PAS kerana mereka takut kepada kita di Kerdau,” kata Khalid secara berseloroh.

Khalid juga menjelaskan betapa pentingnya PAS menang di Kerdau dalam pilihan raya kecil kali ini.

“Kita perlu menang di sini untuk membolehkan kita menjawab tohmahan-tohmahan yang dikeluarkan kepada Pakatan Rakyat.

“Kerajaan (Pakatan Rakyat) yang hendak kita buat dengan PKR dan DAP adalah kerajaan anti rasuah, bukan seperti Umno yang menipu rakyat,” katanya.

Dalam ceramah tersebut, Khalid menyelar sikap isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang berbelanja besar dan membeli pakaian- pakaian mahal di luar negeri.

Beliau mengaitkan Rosmah dengan Imelda Marcos (isteri Presiden Filipina, Ferdinand Marcos) dan Leila Ben Ali (isteri Presiden Tunisia), yang membeli pakaian-pakaian mahal di Perancis dan Itali dengan menggunakan wang rakyat.

Pilihan raya umum Kerdau esok menyaksikan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad menentang Hasanuddin dari PAS, dengan jumlah pengundi 8,999 orang.

5 Mac 2011

Kerdau: Ahli UMNO Dari FELDA Jengka 22 & 23 Sertai PAS

PAS dapat lonjakan politik di Kerdau

PAS terus mendapat lonjakan politik dengan penyertaan ahli-ahli Umno dari kawasan Felda Jengka 22 dan Jengka 23.

Dalam satu majlis bersama Persatuan Anak Peneroka Feda Kebangsaan (Anak) di Jengka 23, PAS menerima kemasukan 18 orang keahlian baru yang kebanyakannya ahli Umno yang kecewa dengan pretasi Barisan Nasional selama ini.

Dalam majlis tersebut, borang keahlian PAS mereka diserahkan kepada Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara itu, PAS terus mendapat sokongan daripada penghuni di Jengka 22 apabila 30 ahli baru yang kebanyakannya bekas ahli Umno juga mengambil keputusan menyertai perjuangan PAS.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hasan Tantawi dalam satu mesej di Twitter mengumumkan bahawa Anak menerima 176 penyertaan ahli baru dari Felda Jengka 23, 22, 25, 16 dan 18 semasa Majlis Pelancaran Anak di Felda Jengka 23, malam tadi.

Perkembangan terbaru ini menggambarkan harapan baik bagi PAS untuk pilihan raya kecil Kerdau kali ini.

Hari ini, dijangkakan akan berlaku lebih ramai kemasukan ahli baru di beberapa peti undi lagi.

Namun, Tuan Ibrahim, yang juga Naib Presiden PAS mengingatkan para petugas PAS untuk PRK Kerdau untuk berwaspada dengan strategi akhir yang digunakan oleh BN bagi mengugut pengundi dengan pelbagai tawaran kewangan yang telah dan akan diumumkan.

PRK Merlimau: Kempen PAS Berjaya

Sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Dun Merlimau, PAS berjaya menyampaikan mesej perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat walaupun terdapat beberapa kekangan dan halangan.

Walaupun beberapa insiden yang tidak diingini berlaku seperti cermin kereta dipecah, poster dan risalah berunsur fitnah, tayar kereta dipancit dan gangguan ceramah oleh budak-budak upahan.

Cara kempen calon PAS mendahului calon Umno. Malah pendekatan calon PAS ditiru pula oleh Umno seperti pemberian bunga kepada wanita. Calon PAS membangkitkan masalah pengangkutan awam, maka terus pendududk Merlimau mendapat khidmat MARA Liner. Banyak rungutan yang sudah disampaikan kepada beliau sepanjang berkempen. Rupa-rupanya banyak masalah di Dun Merlimau yang masih terlindung di sebalik slogan yang indah.

Alhamdulillah pengundi di Dun Merlimau merupakan masyarakat yang terbuka dan boleh berubah walaupun di luar nampak berwajah Umno.

Peluang ini memberi kesempatan kepada PAS untuk menerangkan dasar PAS yang berteraskan Islam kepada penduduk Dun Merlimau dengan secara dekat. Mungkin selama ini mereka menganggap PAS adalah parti yang pelik di kalangan mereka.

PAS cukup bergembira sambutan pengundi Cina dan India kepada calon PAS sehingga menimbulkan keresahan kepada Umno. Orang bukan Islam sudah tidak gerun kepada PAS, walaupun berbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan kepada PAS.

PAS menyeru supaya pengundi Dun Merlimau memilih Haji Yuhaizad Abdullah untuk menambah suara pembangkang di Dewan Undangan negeri Melaka.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Guru-guru Lain Beri Sokongan Moral Kepada Guru Cabul Yang Terlampau Ini?

Ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah, Ampang, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas 11 pertuduhan mencabul 11 pelajar perempuan berusia 15 dan 16 tahun, bulan lalu.

Ismazi@Megat Ismazi Ismail, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Azaraorni Abd Rahman. Mengikut pertuduhan, Ismazi didakwa mencabul kehormatan dengan meletakkan tangannya di atas dada semua pelajar itu di dalam bilik guru disiplin antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi, 25 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan jika disabit kesalahan.

Ketika pertuduhan dibacakan, isteri tertuduh menekup muka sambil ditenangkan seorang rakan perempuannya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Jaizah Jaafar Sidek menawarkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh bagi setiap pertuduhan dengan mengambil kira keseriusan kes.

Bagaimanapun, peguam Amir Asree Meor Nordin yang mewakili tertuduh memohon wang jaminan itu dikurangkan kepada RM800 untuk setiap pertuduhan kerana jumlah yang ditawarkan pendakwaan adalah tinggi memandangkan anak guamnya penanggung tunggal keluarga dan perlu menyara empat anak yang masih bersekolah kerana isterinya tidak bekerja.

“Tambahan pula, sejak dia ditangkap pada 25 Februari lalu, berita mengenainya tersebar sehingga menyebabkan reputasi dan maruahnya sebagai penjawat awam tercalar kerana tertuduh berkhidmat sebagai guru selama 23 tahun.

“Rakan tertuduh yang rata-ratanya guru di sekolah sama turut hadir sebagai tanda sokongan moral terhadap tertuduh,” katanya.

Azaraorni membenarkan tertuduh diikat jamin RM11,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 25 Mac ini untuk sebutan semula kes. Isteri tertuduh membayar wang jaminan itu. Harian Metro pada 28 Februari lalu melaporkan gara-gara mahu menjadi ‘doktor’, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah diberkas polis selepas didakwa mencabul 11 pelajar perempuan. Difahamkan, guru lelaki itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir perhimpunan sekolah. Sumber berkata, dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.

Ulasan GB

Yang anehnya, kisah guru cabul ini mendapat sokongan moral dari guru-guru lain. Agaknya guru-guru itu semua sekepala dengan si pencabiul yang seorang itu, suka meraba murid-murid? Dan suka anak-anak mereka kena raba?

Lelaki Dibuang Bawah Pelepah Sawit Lepas Ditetak

Kulim: Seorang lelaki berusia 31 tahun yang cedera parah di kepala, badan dan tangan akibat ditetak sebelum dia dibuang di bawah longgokan pelepah sawit, dalam satu kejadian samun di Lunas, dekat sini, kelmarin. Gambar fail.

Berikutan kejadian itu, mangsa menahan kesakitan kira-kira dua jam berikutan kesukaran menemuinya di bawah timbunan pelepah sawit dalam kejadian jam 2.30 petang.

Difahamkan, mangsa kerugian RM700 selepas disamun sekumpulan lima lelaki sebelum dia ditetak dan disorokkan di bawah timbunan pelepah sawit.

Bagaimanapun, motosikal milik mangsa Honda EX5 tidak dilarikan sekali gus menjadi petunjuk kepada orang ramai untuk mencari mangsa.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) iaitu badan bukan kerajaan di sini, Khor Eng Khim berkata, seorang saksi menemui motosikal di ladang sawit itu sebelum menghubungi pihaknya.

Katanya, sejurus menerima panggilan itu, PPKM ke tempat kejadian dan menghubungi polis sambil mencari mangsa.

Menurutnya, seorang ahli PPKM ternampak tompokan darah sebelum mereka bersama polis meneruskan operasi mencari dan menemui pakaian mangsa di lokasi kejadian.

“Ketika mencari mangsa di tempat tompokan darah dan baju itu, kami terdengar suara orang meminta tolong,” katanya.

“Suara itu dikenal pasti dari bawah longgokan pelepah sawit berkenaan dan ketika ditemui mangsa berlumuran darah sebelum dibawa ke Hospital Kulim untuk mendapat rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, polis menjejaki lima lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian itu. -hm

[Bergambar] Bas Terbalik, 30 Nyaris Maut

Berpantang maut sebelum ajal. Itulah momen yang mencemaskan lebih 30 penumpang selepas bas ekpress yang mereka naiki terbalik di Kilometer 41, Jalan Miri Bintulu, jam 1.30 petang tadi.

Antara penumpang yang cedera dikenalpasti ialah seorang lelaki warga tua yang merupakan sepupu kepada Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang dan isterinya dari Brunei Darussalam.

Pasangan tersebut yang berusia 70 dan 60 dalam perjalanan cuti dan melawat saudara mara mereka yang tinggal di Bintulu.

Pegawai Trafik Miri, Inspektor Rosmadi Ismail berkata, bas ekpress tersebut bertolak dari Miri pada jam 1 petang sebelum pemandunya hilang kawalan lalu terbalik selepas 30 minit perjalanan.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Tujuh daripada penumpang dimasukkan ke Hospital Miri untuk rawatan manakala selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, pasukan penyelamat mengambil masa dua jam untuk membantu dan membawa kesemua mangsa ke Hospital Miri.

Menurut penumpang yang ditemui, semasa kejadian hari hujan dan jalan raya licin menyebabkan pemandu hilang kawalan. -sarawakupdate









ADUN Lenggeng Bakal Dilepaskan Jugak Dari Tuduhan Rasuah?

Adun Lenggeng bersalah atas tuduhan rasuah

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim semalam didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.

Beliau didapati bersalah atas tuduhan berkenaan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pagi ini.

Sehubungan itu, mahkamah pada petang ini memutuskan supaya hukuman ke atas wakil rakyat itu ditetapkan pada 1 April.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan.

Beliau didakwa telah melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos, 2008.

ADUN Umno itu didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Tuduhan tersebut membawa hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun dan didenda lima kali jumlah rasuah atau minimum RM10,000.

Hukuman yang bakal dijatuhkan ke atas Mustafa mungkin akan menyebabkan beliau hilang kelayakan ke atas kawasan yang diwakilinya itu.

Perkara 48(1)e) dalam perlembagaan persekutuan menggariskan bahawa kelayakan seseorang wakil rakyat akan gugur sekiranya didapati bersalah oleh mahkamah serta dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000.


Terdahulu, mahkamah yang bersidang pada pagi ini turut membebaskan Mustafa, 51, daripada dua lagi tuduhan menerima rasuah.

Satu daripadanya melibatkan tuduhan melakukan kesalahan menerima rasuah sebanyak RM3,000 yang didakwa dilakukan pada 28 Ogos, 2008.

Satu lagi tuduhan itu melibatkan kesalahan menerima rasuah sebanyak RM2,000 yang didakwa dilakukan di satu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 30 Ogos, 2008.

Ulasan GB

Dengan cepat SPR memaklumkan Mustafa Salim adalah masih ADUN Lenggeng kerana keputusan muktamad di mahkamah belum diputuskan, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Katanya, kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat tidak akan dilucutkan selagi beliau masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan.

KIta akan dapati nanti ADUN ini dilepaskan jugak.

Ia berdasarkan kepada beberapa kes pemimpin UMNO BN yang pernah dibawa ke mahkamah selepas itu dibebaskan, seperti :

Bekas Ketua Pemuda UMNO WP, Datuk Norza Zakaria,
ADUN Lenggeng, Mustafa Salim,
Bekas Setiausaha UMNO Bhgn Wangsa Maju, Ramli Abdul Manan,
ADUN Mesra UMNO, Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi
Bekas ADUN Jelai, Datuk Omar Othman
dan yang terbaru
Bekas ADUN Semenyih, Ahmad Kuris
dan ramai lagi.

Mana rakyat tak marah?

20 Gerai Makan Di Taman Greenwood Musnah Dalam Kebakaran

Gombak: Puluhan pengunjung yang menjamu selera di Medan Selera Greenwood, di sini, terkejut apabila premis berkenaan tiba-tiba terbakar, malam kelmarin.

Gambar: PADAM...anggota bomba memadamkan kebakaran gerai terbabit.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, tiada kecederaan dilaporkan, namun 20 gerai makanan hangus dijilat api.

Saksi kejadian yang juga peniaga di medan selera itu, Wan Nor Shakila Wan Rahim, 25, berkata ketika kejadian dia duduk sebelum seorang pelanggan menjerit kerana melihat api di kawasan berkenaan.

“Saya mengarahkan pelanggan keluar sebelum cuba memadamkan api bersama empat pekerja.

“Usaha kami gagal kerana api merebak pantas. Kami melihat api menjilat gerai sambil menunggu bomba dan penyelamat. Saya terdengar lebih tiga letupan yang berkemungkinan letupan tong gas,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, kelmarin. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Zakaria Aini, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.51 malam dan tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian.

“Empat jentera dari Balai Bomba Pusat Gombak Selatan dan Selayang dengan kekuatan 27 anggota dihantar ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran itu. “Api dipadamkan sepenuhnya jam 11.07 malam. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. -hm

UMNO BN Guna Pelajar Politeknik Merlimau Sebagai Pengundi Hantu

Jasin - PAS membuat dakwaan terbaru bahawa arisan Nasional (BN) menawarkan “habuan” kepada penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk mengundi mewakili pengundi tertentu — bertindak sebagai “pengundi hantu” di kerusi Merlimau esok.

Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, pihaknya mendapat maklumat BN telah memberi “habuan” yang besar kepada 750 pelajar untuk menjadi “pengundi hantu”.

“Kita dapat maklumat ada pelajar telah dibayar oleh BN untuk mengundi pada pilihan raya kecil esok.

“Pelajar ini dari sini (Merlimau), saya terima maklumat pelajar ini telah ditawarkan habuan untuk jadi pengundi, kira-kira 750 pelajar akan mengundi mewakili pengundi Merlimau,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Selain pelajar, jelas Halim, ada juga pihak tertentu yang turut ditawarkan dengan “habuan” yang tinggi.

“Maklumat kita dah terima yang mana ia juga ditawarkan kepada orang lain juga.

“Kesemua mereka ini akan mengundi menggunakan kad pengenalan orang lain iaitu kad pengenalan pengundi Merlimau, katanya.

Beliau berkata “pengundi hantu” itu melibatkan kesemua semua daerah mengundi di Merlimau.

Kata Halim, pihaknya masih belum mengetahui jumlah “habuan” yang ditawarkan.

DUN Merlimau mempunyai tujuh daerah mengundi termasuk Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad dan Yuhaizat Abdullah dari PAS.

Sebelum ini PAS mendakwa BN telah menjalankan kempen ala samseng dengan mengugut pengundi di DUN Merlimau, namun dinafikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Ditanya mengenai program anjuran pertubuhan misteri 1 Malaysia, Halim menyifatkan satu bentuk rasuah terhadap pengundi di Merlimau.

“Ini adalah gejala rasuah terhadap pengundi, ini yang diamalkan BN sama ada melalui pertubuhan... tapi saya yakin itu adalah siri rasuah dan ia sepatutnya tidak berlaku.

“Malam ini mereka akan bagi duit kepada pengundi sebagai rasuah,” katanya.

Jelas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu, pihaknya berharap supaya BN mengamalkan kempen yang bersih bukan menawarkan “habuan” kepada pengundi.

Kewujudan pertubuhan misteri yang menggunakan nama 1 Malaysia ketika kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau menimbulkan pelbagai persoalan besar mengenai motif sebenar badan itu.

Difahamkan pertubuhan itu beroperasi atas nama 1 Malaysia dan hanya muncul dalam kempen pilihan raya kecil untuk mengagihkan barangan keperluan termasuk mengedarkan kemeja-T tertera logo 1 Malaysia kepada pengunjung khususnya pengundi kawasan Merlimau yang hadir.

Pertubuhan ini dikatakan mengadakan makan tengah hari dan makan malam secara percuma kepada pengundi. Difahamkan program itu dihadiri pengundi bukan Melayu yang jumlahnya begitu ramai. -TMI

TEKUN Tipu Penduduk DUN Merlimau


Empat puluh pengusaha penternakan lembu feedlot berkelompok di Lanchang, Melaka kecewa apabila pihak Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) menahan sebahagian besar wang pinjaman mereka daripada nilai keseluruhan kira-kira RM1.2 juta, meskipun ia sudahpun diluluskan pihak terbabit.

Ketua projek berkenaan, Fahruzridza Jaafar, 34, berkata, jumlah tersebut berdasarkan setiap pengusaha melakukan pinjaman berjumlah RM30,000.

Menurutnya, segala-galanya bermula pada 1997, apabila beliau dicadangkan oleh ahli parlimen Jasin ketika itu, Datuk Mohd Said Yusof supaya menjalankan projek ternakan lembu dengan mencari satu tapak sesuai.

Fahruzridza yang juga pengerusi Persatuan Seni Silat Langkah Bromo (PSSLB) berkata, beliau telah mengambil peluang itu dan juga menyarankan 39 ahlinya yang lain supaya menyambut peluang itu bagi menjayakan projek ternakan lembu mereka.

"Secara kebetulan ketika itu sejak tahun 2005, saya memang ada memajak tanah di Semujuk, Sungai Rambai dengan keluasan kira-kira 3 ekar lebih bagi penanaman pisang dan sebaik muncul projek itu saya telah korbankan projek tanam pisang lalu bertukar kepada ternakan lembu.

Projek tertangguh

"Dalam masa yang sama kami terus memohon untuk pinjaman daripada TEKUN dengan berbekalkan segala sokongan daripada beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar Melaka, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Akhirnya, kelulusan kami perolehi pada 28 Januari 2008 dan sebagai fasa awal TEKUN telah mengeluarkan sebahagian daripada pinjaman terbabit kepada kami yang berjumlah RM416,875 untuk menjalankan projek itu.

"Tetapi malangnya projek itu tertangguh selama lapan bulan apabila mendapat bantahan daripada penduduk kampung di Semujuk dengan alasan projek berkenaan tidak sesuai dilakukan di kawasan terbabit.

"Kami hairan mengapa mereka tidak menyokong sedangkan ada pusat ternakan lain, malah saiznya jauh lebih besar terletak bersebelahan kawasan tempat kami merancang untuk projek berkenaan," katanya ketika ditemui di rumah seorang daripada peserta projek berkenaan di Jasin.

Fahruzridza berkata, dengan bantuan ADUN Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman, pihaknya cuba mencari jalan menyelesaikan perkara itu sehingga akhirnya terpaksa memindahkan projek berkenaan dari Semujuk ke Lanchang dengan keluasan tanah kira-kira lapan ekar.

"Kami berdepan masalah apabila jumlah pinjaman awal adalah untuk dimanfaatkan untuk tanah di Semujuk yang sudah tersedia beberapa kemudahan seperti laluan tambak, saliran, tanah yang sudah diratakan dan pondok pekerja.

"Ia berbeza dengan tanah di Lanchang yang saiznya jauh lebih besar dan ditambah pula tiada sebarang kemudahan berkenaan di mana kami terpaksa keluarkan belanja yang besar untuk meratakan tanah, buat saliran, kandang, jalan dan pelbagai lagi.

"Ketika projek menyediakan kandang sudah hampir siap, kami cuba untuk memohon agar pihak Tekun mengeluarkan sebahagian lagi pinjaman yang sepatutnya untuk memasuki sejumlah lembu tetapi malangnya mereka enggan atas alasan kandang yang dibuat tidak mengikut spesifikasi.

Dibiarkan terus hanyut

"Kami hairan mengapakah TEKUN boleh mempersoalkan pasal spesifikasi, sedangkan perkara itu sepatutnya dilakukan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan lagi pun sebelum itu pun pihak Tekun tiada pun sentuh soal sebarang spesifikasi.

"Menurut TEKUN lagi, jumlah pinjaman yang diberi kepada kami sepatutnya sudah mencukupi biarpun peringkat awalnya mereka sudah luluskan RM1.2 juta.

Menurut Fahruzridza, dia kesal kerana setiap langkah yang dilakukan adalah atas nasihat Jabatan Haiwan dan Jabatan Kesihatan tetapi malangnya Tekun memberi alasan berkenaan.

"Beberapa mesyuarat yang di pengerusikan wakil rakyat kawasan pada awalnya TEKUN bersetuju untuk mengeluarkan sebahagian lagi baki pinjaman tetapi malangnya mereka mencabul keputusan mesyuarat.

"Projek kami akhirnya tergantung sehingga kini dan lebih malang lagi usaha kami untuk menemui pelbagai pihak berolehi kehampaan termasuk mengadukan masalah berkenaan di Jabatan Perdana Menteri, sehingga kini masih belum ada jawapan," katanya.

Fahruzridza berkata, dia bersama 39 rakannya yang lain berusia antara 21 hingga 40 tahun berasa kecewa dengan tindakan pihak TEKUN dan menganggap itu satu penganiayaan.

"Bayangkan mereka dah luluskan RM1.2 juta kepada kami tetapi hanya beri kami RM416,875 sahaja. Bagaimana kami nak teruskan projek ini. Semua kami sudah laksanakan, cuma hanya menunggu masuk lembunya sahaja.

"Lebih malang lagi, mereka mengarahkan kami memulang baki pinjaman berjumlah RM735,605 sedangkan kami tidak perolehi pun duit pinjaman berkenaan.

"Selain itu, kini kami diarah untuk membayar pinjaman untuk setiap peserta berjumlah RM14,000 dan sekiranya kami gagal nama kami semua akan disenarai hitamkan.

"Sikap TEKUN yang jelas mahu membunuh kami amat dikesali bagaikan sengaja membina kapal di tengah lautan tetapi tidak menyiapkan layarnya dan kami terus hanyut," katanya. -mk