29 Jun 2010

UMNO BN Pengkhianat Negara

Pemimpin Umno-BN Jadi Agen Serah Kedaulatan Negara

Ahli Parlimen Umno-Barisan Nasional didakwa menjadi agen negara Brunei dan Singapura apabila bertindak menyokong dalam isu menyerahkan kedaulatan di kawasan tuntutan bertindih di sempadan negara.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media di lobi parlimen petang tadi berkata beliau kecewa dengan sikap pemimpin Umno-BN yang menyokong tindakan kerajaan yang menyerahkan kedaulatan negara dalam isu Blok L dan M, tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad di Tanjong Pagar serta isu Pulau Batu Putih yang juga telah diserahkan kepada kerajaan Singapura.

"Kerajaan Umno-BN tidak serius dalam isu mempertahankan kedaulatan negara. Jelas dalam isu Blok L dan M serta tanah KTMB, kerajaan Umno-BN nampaknya tidak mempunyai ketegasan.

"Nampaknya negara kita dalam bahaya apabila pemimpin Umno-BN menjadi agen kepada negara Brunei dan Singapura kerana menyokong tindakan kerajaan itu," katanya.

Mahfuz turut mempersoalkan apabila kerajaan Umno-BN berbangga dapat mempertahankan batuan tengah di dalam perebutan Batu Putih yang hasilnya untuk nelayan menangkap ikan tetapi dalam masa yang sama kita tidak dapat mempertahankan Blok L dan M yang memberikan keuntungan lumayan kepada negara, begitu juga dalam isu tanah KTMB di Tanjung Pagar yang dipajak oleh kerajaan selama 999 tahun di wilayah Singapura.

Tambahnya, Dalam isu tanah di Tanjung Pagar, kerajaan juga tidak terhalang dalam membangunkan tanah tersebut tetapi apabila kerajaan membuat perjanjian 60:40 dengan kerajaan singapura, tanah tersebut katanya lagi bukan menjadi hak kerajaan Malaysia tetapi menjadi hak Singapura.

Manakala Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof pula berkata Pakatan Rakyat kesal dengan dasar luar kerajaan yang hanya mementingkan ekonomi sekelompok pemimpin Umno-BN.

"Isu blok L dan M bukan isu ekonomi semata-mata tetapi adalah berkenaan keselamatan negara kerana apabila Ahli Parlimen Kota Belud bangun mempertahankan atas dasar keuntungan yang sanggup menggadaikan maruah negara contohnya dalam isu lesen judi.

"Dalam isu pertindihan di sempadan kita mempunyai hak kedaulatan di mana kita lihat pendekatan yang berbeza dalam isu pertindihan dengan Thailand yang diselesaikan mantan Menteri Luar Negara, Allahyarham Tan Sri Ghazali Shafie dengan mengadakan perbincangan sehingga membentuk satu 'Joint Authority' yang memberikan keuntungan di samping menjaga maruah negara.

"Kerajaan Umno-BN nampaknya mengamalkan sikap dan dasar yang salah dengan menyerahkan kedaulatan negara yang merugikan negara," ujarnya lagi.

Yusmadi juga membidas sikap pemimpin Umno-BN yang hanya mementingkan keuntungan negara yang menyebabkan banyak lagi kawasan bertindih negara akan tergadai.

Pakatan Rakyat dalam pada itu kata beliau menyanggah jawapan Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Richard Riot Jaem yang tidak konkrit semasa membentangkan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 yang menurutnya telah menyebabkan kedaulatan negara tergadai. -TVS

Ulasan GB


Hutang FELDA Melambak Setelah Najib Pegang Kuasa

FELDA Global Venture Holdings menggunakan tunai simpanan (cash reserves) dan berhutang secara besar-besaran, untuk menjalankan merger dan akuisisi di luar negeri. Lebih-lebih lagi, pembelian perusahaan-perusahaan ini dijalankan dalam keadaan tidak bersedia, tanpa penelitian dan penyemakan peneroka FELDA tentang bagaimana dana ini digunakan, dan maklumat terperinci berhubung pelaburan ini.

Demikianlah perubahan yang membimbangkan dalam FELDA, setelah Najib Razak menyandang jawatan Perdana Menteri, menurut sumber dalaman FELDA.
Beliau memberitahu MerdekaReview, FELDA memperlihatkan perkembangan yang membimbangkan, setelah Najib Razak menguasai FELDA sepenuhnya, terutamanya apabila FELDA Global Venture Holdings ditubuhkan pada tahun 2007.

"Sebelum Najib masuk, kami (FELDA) tidak pernah bertindak sebegitu pantas dalam pembelian perusahaan (merger dan akuisisi). Setelah beliau masuk, terutamanya selepas penubuhan FELDA Global Venture Holdings, pembelian perusahaan di luar negeri dijalankan dengan begitu giat sekali," kata sumber maklumat.

Malah, beliau menambah, keputusan pembelian perusahaan atau pelaburan ini bukannya hasil perbincangan dalam FELDA, tetapi arahan politik. Lebih-lebih lagi, dalam kebanyakan masa, hanya beberapa orang dari pihak atasan yang mengetahui maklumat terperincinya.

Beliau menambah, Najib menjalin hubungan yang erat dengan FELDA sejak beliau menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Kekerapan Najib muncul dalam mesyuarat FELDA bertambah dari purata dua bulan sekali, sehingga sebulan sekali sekarang, bahkan kadang-kala, dua minggu sekali.

Apa yang menarik, Najib telah mengalihkan FELDA ke bawah Jabatan Perdana Menteri setelah beliau dilantik sebagai TPM pada tahun 2004. FELDA diletakkan secara langsung di bawah bidang kuasa dirinya.

Strategi radikal dalam pembelian perusahaan

Sumber maklumat ini meluahkan keresahan pihak dalaman FELDA, "Kami menganggap projek merger dan akuisisi (yang dijalankan FELDA Global Venture Holdings) tidak harus dilakukan dengan tergesa-gesa, sekurang-kurangnya nilailah dahulu hasil projek pembelian perusahaan sebelum terus kepada projek yang selanjutnya... Bukannya asyik beli sahaja."

Lebih penting, pembelian ini dijalankan tanpa persediaan yang mencukupi dalam FELDA sendiri, iaitu tidak mengambil kira sama ada mereka mampu untuk menanganinya. Misalnya, FELDA Global Venture Holdings mengambil alih kilang pemprosesan minyak kelapa sawit di luar negeri, yang mana perusahaan utamanya adalah penghasilan produk yang mempunyai nilai tambahan, sementara bahan mentahnya (iaitu kelapa sawit) dibekalkan melalui projek peneroka FELDA. Pada hakikatnya, FELDA sendiri belum bersedia untuk memenuhi keperluan kilang pemprosesan yang semakin bertambah.
Pelaburan di luar negeri

FELDA Global Venture Holdings ditubuhkan pada Disember 2007, tetapi hanya diumumkan struktur organisasinya pada Julai tahun lalu. Tiga buah anak negeri di bawah FELDA Global Venture Holdings termasuklan Felda Global Ventures North Amerika Sdn. Bhd, Felda Global Ventures Indonesia Sdn. Bhd dan Felda Global Ventures Middle East Sdn. Bhd.

Setakat ini, pelaburan di luar negeri oleh FELDA Global Venture Holdings yang diumumkan termasuklah pembelian Syarikat Twin River Technologies di Amerika Syarikat. Selain itu, FELDA Global Venture Holdings turut mencari peluang pelaburan dalam bidang perladangan di Indonesia; di samping terlibat dalam pelaburan di Timur Tengah.

Sebagaimana yang diketahui, apa yang diumumkan ini hanyalah sebahagian daripada pelaburannya. Pada hakikatnya, syarikat ini telah menerokai pelaburan di Brazil, India dan Amerika Syarikat. Tetapi, pelaburan ini masih dalam keadaan menanggung kerugian.

Selain itu, FELDA telah menggunakan tunai simpanan (cash reserves) dan berhutang untuk menanggung pembelian perusahaan di luar negeri ini. Lantaran daripada itu, tunai simpanan FELDA menunjukkan pola pengurangan, malah menanggung hutang yang besar.

"Pada awalnya, ketika FELDA mempunyai banyak tunai simpanan, sesetengah elit menuduh bahawa wang ini tidak dikendalikan dengan baik, dan seharusnya digunakan untuk melabur. Namun, pelaburan seharusnya mempunyai perancangan jangka panjang, bukannya melabur secara tergesa-gesa. Kini, tunai simpanan yang tinggal tidak seberapa, kerana telah digunakan untuk merger dan akuisisi."

Sumber maklumat ini berkata, "Saya bersetuju dengan Tan Kee Kwong (bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi), bahawa FELDA pada asalnya tidak berhutang, tetapi terlebih berhutang pada masa sekarang."

Baru-baru ini, kerajaan Najib mengakui bahawa tunai simpanan FELDA telah berkurang dari RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009, dengan pengurangan pada kadar 67%. Selain itu, Tan Kee Kwong pernah mendedahkan bahawa FELDA memiliki aset bernilai RM7 bilion, dan tunai simpanan sejumlah RM4.5 bilion, malah tidak berhutang, sebelum Najib mengambil alih FELDA.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa FELDA sedang merancang untuk menerbitkan bon yang bernilai RM6 bilion, sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula FELDA. Angka ini sama dengan pengumuman FELDA Global Venture Holdings bahawa mereka merancang untuk melaburkan lebih RM6 bilion untuk memperluaskan perusahaannya.

Pembangkang mengkritik bahawa Najib dan Mohd Bakke Salleh yang bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, harus bertanggungjawab terhadap pengurangan tunai simpanan secara mendadak dalam FELDA. Sumber dalaman FELDA mengesahkan bahawa setelah FELDA melantik Mohd Bakke Salleh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FELDA Global Venture Holdings pada tahun 2008, merger dan akuisisi mula dijalankan dengan giat di luar negeri.

Peneroka FELDA diketepikan

Di samping itu, sumber maklumat ini menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju bahawa peneroka FELDA diketepikan ketika keputusan pelaburan ini dilakukan.

"FELDA memegang 100% saham FELDA Global Venture Holdings, tetapi peneroka FELDA tidak boleh turut serta, dan tiada hak untuk mengetahui dan mengundi dalam FELDA Global Venture Holdings. Jangan lupa, kilang pemprosesan kepala sawit yang dibeli FELDA Global Venture Holdings itu, kelapa sawitnya dibekalkan peneroka FELDA. Daripada 800 ribu hektar ladang yang dimiliki FELDA, 50% daripadanya dimiliki peneroka FELDA. Tindakan ini (mengetepikan peneroka FELDA) telah merampas hak yang seharusnya dimiliki mereka," katanya.

Menurut laporan media, kerajaan hanya memindahkan 49% saham FELDA yang dimiliki kerajaan ke FELDA Global Venture Holdings ketika ia ditubuhkan, sementara 51% saham yang dimiliki peneroka FELDA terus dikekalkan dalam FELDA. Peneroka FELDA memegang 51% saham melalui Koperasi Permodalan Felda, yang terdiri daripada 110 ribu orang peneroka FELDA dan 22 ribu orang pekerja.

Dengan kata lain, walaupun FELDA menguasai 100% saham FELDA Global Venture Holdings, namun peneroka FELDA yang merupakan pemegang saham besar (51%) telah diketepikan dalam proses membuat keputusan dalam FELDA Global Venture Holdings.

Menurut laporan The Malaysian Insider semalam, National Association of Felda Settlers’ Children telah menggesa agar Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sama ada dana FELDA telah disalahgunakan. Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, seandainya Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan enggan memberi penjelasan berikutan pengurangan tunai simpanan FELDA, maka pihaknya bersedia untuk membuat laporan kepada SPRM dan balai polis di setiap negeri pada bulan depan.

Minggu lalu, Ahmad Maslan menafikan bahawa pengurangan tunai simpanan FELDA disebabkan salah urus, malah menafikan bahawa wang ini disalahgunakan. -MR

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.

ADUN PKR Bongkar Umno Kota Raja Ambil Tanah

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda Mat Suhaimi Shafie, bakal membongkarkan penglibatan beberapa individu dalam Umno Bahagian Kota Raja yang didakwa mengambil tanah di sekitar Kota Kemuning, Taman Sri Muda dan Jalan Kebun di Klang.

Antara individu terbabit termasuklah Ketua Wanita Umno bahagian Kota Raja Nahar Ahmad dan Ketua Puteri Suhaila Mat Zin.

"Saya ada maklumat lengkap mengenai hal ini. Saya akan bongkarkan penglibatan Ketua Wanita dan Ketua Puteri Umno yang terbabit dalam kes pengambilan tanah ini," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini.

Namun ketika ditanya mengenai bila pembongkaran itu akan dibuat beliau berkata "Saya tunggu masa yang sesuai dan akan bongkarkan secara berperingkat-peringkat," katanya.

Menurutnya lagi selain dua individu berkenaan, pegawai kerajaan dan para penyokong Umno didakwa turut terlibat dalam pengambilan tanah itu.

Sementara itu, Suhaimi berkata tindakan Umno Bahagian Kota Raja yang membakar akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Suara Keadilan kelmarin sebagai mencari publisiti murahan.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai menutup kelemahan Umno bahagian terbabit, yang kini malap dengan menuduhnya dan ADUN Kota Raja Dr Mariah Mahmud tidak membawa sebarang pembangunan di kawasan berkenaan.

Biadap dan kurang ajar

"Mereka bersikap biadap dan kurang ajar. Malah tindakan mereka seperti kebudak-budakan….ternyata mereka melakukan tindakan sedemikian hanya untuk mencari publisiti murahan.

"Ada sesiapa kenal Ketua Umno Bahagian Kota Raja? Umno Kota Raja langsung tidak bergerak malah mereka pernah ditegur oleh Ketua Penerangan Umno.

Mereka nak tutup kelemahan dengan buat tindakan membakar Suara Keadilan dan menuduh saya dan Dr Mariah dengan tidak melakukan sebarang pembangunan selama kami menjadi wakil rakyat," katanya.

Sebaliknya beliau mempersoalkan tiada sebarang pembangunan dibawa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sepanjang empat tahun lalu.

"Saya tanya mereka balik, apa yang ADUN BN dulu buat? Empat tahun duduk tiada buat apa-apa. Zaman saya baru ada pasar, masjid, balai polis, pusat perniagaan untuk kami bangunkan,"
katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan akan menyaman Umno Bahagian Kota Raja seperti dinyatakan dalam blog Pisau.Net.

Malah satu sidang media yang dijadualkan tengah hari tadi seperti laporan laman blog itu juga ternyata palsu.

"Saya tidak mengadakan sebarang sidang media tengah hari tadi dan saya menafikan untuk menyaman Umno Bahagian Kota Raja terbabit. Laporan dalam laman blog itu ternyata palsu," katanya.

Ulasan GB

Tahniah YB. Begitulah hendaknya semua ADUN dan MP Pakatan Rakyat. Tangkas dan pantas menjawab serangan musuh.

Jangan jadi seperti beberapa kerat Yang Berhormat yang lesu. Rakyat kini membuka mata mereka seluas-luasnya terhadap setiap gerak geri YB terutama Pakatan Rakyat. Mereka meletakkan harapan yang tinggi kepada PR untuk menerajui negara selepas ini.

Kes ADUN Pel Kelang: Isterinya Dakwa Badrul Kawan Perempuan Jahat

Isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah mendakwa suaminya berkawan dengan perempuan jahat sehingga menyebabkan rumah tangga mereka yang dibina selama 17 tahun sering dilanda masalah.

Ramizah Mazlan, 39, juga mendakwa, suaminya turut menjalin hubungan dengan seorang wanita berusia 23 tahun semenjak Februari 2008, iaitu selepas dilantik menjadi ADUN.

“Saya pernah menjumpai beberapa gambar. Saya juga pernah terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon yang ada menggunakan perkataan sayang dan rindu,’ katanya menerusi afidavit keterangan yang diikrarkannya.

Afidavit keterangan itu dikemukakan pada perbicaraan permohonan cerai secara fasakh oleh Ramizah selaku plaintif terhadap Badrul Hisham, 50, (defendan) di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Permohonan cerai secara fasakh difailkan mengikut Seksyen 53, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Selain itu, Ramizah yang mengangkat sumpah pada pukul 10.40 pagi juga mendakwa, Badrul Hisham telah berhubung semula dengan bekas tunangnya (yang dikenali sejak 25 tahun dahulu) pada tahun 2006.

Bagi menyelesaikan isu tersebut, Ramizah yang merupakan seorang suri rumah telah mengadakan perbincangan bersama bekas tunang defendan rumah ibunya yang terletak di Kampung Jawa, di sini.

Ramizah yang berkahwin dengan Badrul Hisham pada 31 Julai 1993 juga mendakwa, ibu mentuanya menyokong tindakan defendan berkawan dengan wanita-wanita tersebut sehingga menyebabkan dia tidak mempunyai tempat untuk mengadu.

Dia juga mendakwa telah tinggal berasingan dengan defendan sejak 4 Januari lalu selepas berlaku pergaduhan besar kerana mempersoalkan perbuatan defendan yang tidak pulang ke rumah selama empat hari bermula 29 Disember 2009.

“Saya mendapat tahu bahawa dalam tempoh tersebut defendan telah pergi ke Thailand,” tambahnya.

Prosiding yang didengar di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh berlangsung tanpa kehadiran Badrul Hisham, seorang Adun bebas yang menyokong Barisan Nasional selepas keluar daripada Parti Keadilan Rakyat pada 29 Oktober tahun lalu.

Pasangan itu mempunyai lima orang anak iaitu Dzarul Ashroff,16, Dzety Ashikin, 14, Dzureen Arysha, 10, Dzaleen Aryffa,9 dan Dzarif Ashakimi, 4 tahun.

Selain itu, Ramizah yang pernah bekerja sebagai penjaga stor juga mendakwa, defendan telah bertindak menyakiti dan menjadikan kehidupannya menderita oleh perbuatan defendan.

“Akibatnya saya mengalami tekanan perasaan yang teruk dan serius sehingga saya sering termenung dan bermurung,” tambahnya.

Dalam permohonan untuk membubarkan perkahwinan itu juga, Ramizah mendakwa suaminya cuai dalam menyediakan nafkah zahir sejak awal perkahwinan dan keadaan bertambah buruk selepas defendan tidak bekerja.

Menurutnya, defendan yang bekerja di bahagian katering Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) berhenti kerja selepas sembilan bulan berkahwin dan menganggur selama dua tahun sebelum kembali bekerja sebagai pegawai operasi di Syarikat Penerbangan Transmile.

“Selepas defendan dilantik menjadi Adun dan perlu menghadiri majlis tertentu yang memerlukan saya hadir bersama, defendan akan menyediakan pakaian rasmi untuk saya. Bagaimanapun, pada kebanyakkan masa, defendan tidak pernah mengambil peduli,” katanya.

Sementara itu, Abdul Malik menetapkan 28 September ini sebagai tarikh sambung bicara bagi membolehkan saksi disoal balas oleh peguam defendan, Mohd Junid Ramali.

Semasa disoal berhubung ketidakhadiran defendan, Mohd Junid memberitahu, anak guamnya menghadiri mesyuarat di kawasannya. -MSTAR

SPR dan Umno Hasut Bumiputera Benci Kaum Lain

Kenyataan yang disiarkan akhbar Berita Harian hari ini jelas menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Umno menyentuh isu perkauman untuk menarik perhatian kaum Bumiputera mendaftar sebagai pengundi dengan mendakwa kononnya pendaftaran pengundi bukan Bumiputra meningkat menjadi 40 peratus sekarang.

Ahli Parlimen DAP-Rasah Anthony Lok Siew Fook menyatakan kenyataan SPR tersebut jelas dilihat berkomplot bersama Umno untuk mewujudkan kebencian belia Melayu kepada kaum lain agar mengembalikan 10 peratus yang kononnya telah dirampas.

"Fakta pengundi bukan Melayu yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian adalah tidak benar dan hanya propaganda untuk menghasut golongan Bumiputera membenci kaum lain.

"Sebenarnya pengundi Bumiputera adalah 70 peratus dan pengundi bukan Bumiputera hanyalah 30 peratus, bukan seperti yang dinyatakan iaitu pengundi bukan Bumiputra meningkat menjadi 40 peratus," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya, dengan kenyataan sedemikian, golongan Bumiputra akan merasa tercabar sekaligus mendaftarkan diri menjadi pengundi dengan segera agar kaum lain tidak menguasai peratus pengundian di negara ini.

Tambah beliau, SPR sepatutnya memberi kenyatan tepat dan bukannya mewujudkan satu reaksi buruk kepada golongan belia untuk mula berdaftar.

Kenyataan bersifat rasis

Ahli Parlimen Pokok Sena Dato’ Mahfuz Omar berkata, kenyataan SPR dan Umno mempunyai agenda politik untuk menakutkan masyarakat Melayu yang belum berdaftar dan menyatakan seolah-olah kaum Cina di negara ini adalah satu ancaman untuk menguasai pengundian kelak.

"Kenyataan dalam akhbar tersebut adalah satu kenyataan yang bersifat rasis untuk merosakkan hubungan kaum dinegara ini. Sepatutnya SPR dan Umno harus menyalahkan diri mereka sendiri berikutan kekurangan pendaftar Bumiputera kerana membenci mereka.

"Kerajaan Umno dan SPR seharusnya lebih bersedia untuk meminda perlembagaan atau peraturan pilihan raya melibatkan pendaftaraan automatik jika umur sudah mencapai 21 tahun, agar tidak timbul persoalan ini lagi," katanya. -FMT

Ulasan GB

GB melihat kenyataan SPR itu dari perpektif berbeza. Jika Antony menyatakan, SPR dan Umno menghasut Bumiputera untuk membenci kaum lain, saya melihat kenyataan SPR itu sebagai satu "camouflage" berkemungkinan untuk satu usaha terrancang bagi menambahkan bilangan pengundi UMNO ke dalam daftar pemilih kawasan di mana bukan Melayu lebih ramai.

Hubaya-hubaya.

Abdul Wahab Nafi Sertai UMNO

Aktivis Sunnah Wal Jamaah, Abdul Wahab Abdullah semalam, menafikan dirinya menjadi sebahagian daripada 40 ulama muda yang menyertai UMNO seperti yang dihebahkan media sebelum ini.

Dalam satu sidang media di sini semalam, Abdul Wahab berkata, tidak pernah mengisi sebarang borang untuk menyertai parti itu dan semuanya hanya tipu muslihat yang dimainkan oleh pihak tertentu dalam UMNO yang dilihat cuba mencari publisiti untuk kepentingan politik mereka.

Menurutnya, tujuan sebenar beliau hadir ke majlis itu adalah mewakili Persatuan Al-Islah Perlis untuk berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.

“Saya tidak tahu mengenai penyerahan borang menyertai UMNO itu, kerana saya pergi untuk tujuan lain iaitu bagi mendapatkan imej baik dalam Persatuan Islah, bukan untuk menyertai UMNO. Tetapi agenda itu disusun untuk tujuan lain.

“Perkara itu seperti cuba memerangkap golongan ulama untuk menyertai parti itu,” katanya dalam sidang media menafikan penyertaan beliau dalam UMNO, di Balai Islam sekolah Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (Madi), Jejawi, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Dewan Pemuda Pas Perlis, Yaakub Abu Seman; Pegawai Perhubungan Awam Pas, Khairi Hassan dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Perlis, Khoo Yang Chong.

Sementara itu, Yaakub berkata, beliau kesal dengan kejadian itu kerana ada sebahagian daripada mereka yang berada di majlis itu terpedaya dengan mainan politik Shahidan.

Menurutnya, beberapa individu dari Perlis yang hadir dalam majlis itu mahu berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tujuan lain, sebaliknya terperangkap dengan mainan politik bekas Menteri Besar itu.

“Pengaruh Shahidan semakin menurun jadi dia perlu lakukan sesuatu untuk menarik perhatian orang,” katanya.

“Sepatutnya, jika mahu berpolitik, berpolitiklah dengan cara baik,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan, Abdul Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (Madi), salah sebuah sekolah kelolaan Pas Perlis. -SH


Umno tipu, jatuh reputasi ulama muda

SHAH ALAM, 28 Jun: Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.

Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, (gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.

Hosni menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu.

Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan.

Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu.

“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.

Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.

Mengulas kejadian itu, Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa sambil menegaskan PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah. -harakahdaily


Mengapa KDN Tidak Bertindak Ke Atas JAKIM Yang Mencabarnya?

Wahabi: Jakim pertahan Zamihan, tak kisah ‘protes’ tokoh tertentu

KUALA LUMPUR, 29 Jun — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertahankan tindakan agensi agama kebangsaan itu termasuk pegawai kanannya dari Institut Latihan Islam Malaysia dalam isu kontroversi berkaitan amalan wahabi dan kemunculan kumpulan ekstremis Jemaah Islamiah (JI).

Ketika ditemui The Malaysian Insider, Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz (gambar) menjelaskan, agensi itu hanya menjalankan tugas sebagaimana diminta kerajaan demi memastikan ajaran Islam tidak terancam manakala kepentingan setiap kaum dan keharmonian negara dipelihara.

“Jakim hendak memastikan negara kita harmoni, melakukan apa sahaja yang boleh membawa ketidakharmonian, kita ambil langkah supaya jangan sampai ada yang menyemarakkan ajaran sesat dan melampau,” kata beliau.

Wan Mohamad juga berkata, meskipun tindakan pihaknya kadangkala dilihat tidak popular tetapi tidak akan tunduk sehingga ada “pihak mengambil kesempatan mahu menghidupkan aktiviti pelampau.”

“Kami tidak akan membiarkan walaupun tindakan kami (dilihat) tidak popular, walaupun orang tidak suka, tugas kami ialah menjaga keharmonian.

“Walaupun satu atau 100 orang tokoh tidak suka dengan tindakan kami, pada Jakim itu tidak penting.

“... yang penting ialah negara kita ini aman, bila negara aman kita boleh amalkan agama kita dengan baik, beramal dengan baik tidak kira Islam atau bukan Islam,” kata beliau mengulas perkembangan isu semasa berkaitan amalan wahabi dan kaitan dengan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa isu semasa ini timbul kerana masalah peribadi antara Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Zamihan Mat Zin dengan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Wan Mohamad berkata, “itu tanggapan pihak-pihak tertentu.”

“Dia (Zamihan) seorang pegawai kerajaan, pihak yang mengundang beliau (untuk memberi taklimat) adalah agensi keselamatan... itu amalan biasa. Kita perlu bekerjasama dengan agensi-agensi lain.

“Dia pegawai kanan, dia ada pengalaman dalam program pemulihan tahanan (khususnya tahanan ISA),” kata Wan Mohamad.

Oleh itu jelas beliau, sekiranya ada pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan Zamihan, Jakim merasakan perbezaan itu boleh dibincang secara profesional dan ilmiah.

“Negara kita membolehkan setiap orang bebas berfikir, bebas memberi pandangan... kita tidak boleh kata jangan tidak bersetuju, terima pandangan,” kata beliau sambil menambah, Jakim sentiasa mengadakan pertemuan dengan semua pihak.

Ketika ditanya sama ada empat tokoh agama dan politik berkenaan ada kaitan dengan kumpulan JI sebagaimana didakwa ada dinamakan pada taklimat Isnin lalu, Wan Mohamad berkata, Jakim tidak pernah menuduh mereka.

“Bukan kami untuk menentukan tetapi agensi keselamatan yang menentukan,” katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui jika benar mereka terlibat dalam kaitan dengan kumpulan pengganas atau pelampau sudah tentu telah lama ditahan oleh pihak berkuasa.

“... dan (sudah tentu) mereka tidak boleh berada dalam kerajaan negeri, tidak boleh menjadi pemimpin di Parlimen...,” jelas beliau.

Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider Khamis lalu, Zamihan berkata, beliau tiada masalah peribadi dengan Asri sebaliknya mengakui wujud “pergolakan pemikiran” sehingga banyak pihak yang melihatnya sebagai serangan terhadap tokoh agama itu.

Pada masa yang sama, Zamihan juga mempertikaikan tindakan Timbalan Menteri Pengajian Datuk Saifuddin Abdullah dalam mengendalikan isu semasa berkaitan fahaman wahabi dan kumpulan pengganas JI sebagai tidak profesional.

Malah Zamihan memberitahu, beliau tidak mengaitkan Asri dengan fahaman wahabi dan melontarkan pemikiran keras semata-mata untuk mencantas bekas mufti Perlis itu daripada arus perdana Islam negara ini.

Zamihan menjadi tumpuan isu kontroversi dikaitkan empat tokoh politik dan agama iaitu Asri, mufti Perlis Dr Juanda Jaya, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Ketika membuat penjelasan di Dewan Rakyat Khamis lalu Saifuddin menegaskan, polis tidak pernah mengaitkan empat tokoh di negara ini sebagai kumpulan pengganas.

“Saya juga mendapati orang yang memberi taklimat ini mempunyai masalah dengan bekas mufti Perlis. Jadi bagaimana boleh dikatakan masalah peribadi hendak dijadikan masalah keselamatan negara,” katanya.


Menteri: Wahabi tidak boleh dikait dengan pengganas, ekstremis

KUALA LUMPUR, 27 Jun — Fahaman Wahabi tidak boleh sama sekali dikaitkan dengan pengganas atau golongan pelampau kerana perbuatan keganasan bukannya berpunca daripada fahaman agama sesuatu kelompok tetapi ekoran penyelewengan fahaman serta pelbagai punca yang lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata apabila kefahaman terseleweng, mereka mengambil pendekatan yang berbeza daripada orang lain sehingga ada yang sanggup membunuh orang awam dengan bom dan sebagainya.

“Akibat terpesong daripada landasan Islam sebenar, maka berlakulah kejadian orang ramai yang tidak bersalah dibunuh dan dibom,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dewan Huffaz Kebangsaan di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya kerajaan sentiasa memantau keadaan supaya tidak berlaku penyelewengan ajaran Islam kerana ia boleh merugikan negara dan masyarakat.

Oleh itu, katanya orang ramai jangan menuduh mana-mana pihak sebagai pengganas atau golongan pelampau melainkan telah dinyatakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sementara itu ketika ditanya mengenai 40 ulama muda menganggotai Umno beliau berkata ia dapat membantu kerajaan menterjemahkan dan melaksanakan pengertian 1 Malaysia kepada masyarakat.

Katanya ia juga dapat mengikis pandangan pihak tertentu yang selama ini menganggap ulama tidak mempunyai peranan dalam pembangunan negara.

Jumaat lepas 40 ulama muda dari seluruh negara menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno. — Bernama


Ulasan GB

Hanya satu soalan daripada saya kepada Datuk Pengarah JAKIM: Mengapa sebelum ini JAKIM membisu di dalam isu Lesen Judi yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia dan hanya bising-bising di dalam isu wahabi?

Dan kepada KDN, mengapa tiada tindakan ke atas pegawai-pegawai JAKIM yang ternyata membelakangkan arahan menteri KDN yang meminta jangan kaitkan wahabi dengan pelampau dan pengganas yang seolah-olah mencabarnya?

Isu Suara Keadilan: KDN Tunjuk Belang

Suara Keadilan Diberi Surat Tunjuk Sebab

Suara Keadilan hari ini menerima satu surat tunjuk sebab berhubung artikel 'Felda Bankrap' dalam isu 237 yang didakwa memfitnah agensi milik kerajaan itu.

"Manakala tiga surat tunjuk sebab lagi memerlukan pihak Suara Keadilan menjawab sebelum jam 5.30 petang esok," ujar Pengarang Suara Keadilan Dzulkarnain Taib

Sebelum itu, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dalam satu sidang media melabelkan 4 artikel yang berkaitan Felda sebagai fitnah dan akan menggunakan tindakan undang-undang terhadap lidah rasmi parti KEADILAN itu.

Surat tersebut ditandatangani oleh Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Ahmad Fuad Abdul Aziz

Perjumpaan tersebut diadakan di Bilik Mesyuarat Perkasa, Kompleks D, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Mesyuarat pukul 5.30 petang tadi dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha. KDN, Datuk Seri Mahmood Adam manakala Suara Keadilan pula diwakili oleh peguam, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda KEADILAN dan Dr Samrudin Rejab.

Menurut Dzulkarnain, beliau telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak KDN.

"Surat tunjuk sebab ini keras memandangkan kita tidak dapat hadir pada sesi minum petang seperti yang diminta KSU Jumaat lepas.

"Kami berharap KDN dapat mempertimbangkan sebab pihak kami tidak dapat hadir pada waktu seperti yang diminta beliau," ujarnya

Dalam pada itu, beliau berkata walau pun diberi tempoh 7 hari, Mahmood meminta Suara Keadilan menjawab surat tunjuk sebab itu sebelum 30 Jun ini.

Sementara itu Shamsul berkata pihaknya akan menyediakan laporan lengkap untuk diserahkan kepada Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibahaskan di Parlimen.

Katanya lagi, Mahmood memintanya berbuat demikian atas alasan mesyuarat untuk memperbaharui permit penerbitan akan diadakan pada hari tersebut. -SK

Ulasan GB

Kita juga mencabar KDN untuk memberi surat tunjuk sebab kepada akhbar-akhbar media massa arus perdana terhadap lemparan fitnah-fitnah yang dilakukan terhadap Pakatan Rakyat.

Mengapa KDN mesti berat sebelah di dalam menjalankan tanggungjawabnya? Mengapa hanya membela agensi milik kerajaan? Mengapa perlu menekan akhbar milik PR tetapi membiarkan secara berleluasa fitnah yang penuh sarat di dalam akhbar media massa arus perdana?

Apakah KDN perlu menukar namanya kepada KPP (Keselamatan Parti Pemerintah) dan para pegawainya perlu menurut sahaja apa-apa arahan dari UMNO tanpa memberikan sedikit pun ruang kepada PR yang insyaAllah bakal memerintah negara menggantikan BN?

Dan tidak perlu dilayan kehendak Ketua Setiausaha. KDN, Datuk Seri Mahmood Adam yang meminta Suara Keadilan menjawab surat tunjuk sebab itu sebelum 30 Jun ini kerana telah dikatahui umum bahawa mereka diberikan tempoh 7 hari untuk menjawab surat tunjuk sebab itu.


DAPSY Negeri Pulau Pinang, mengutuk keras tindakan akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan artikel yang menyinggung perasaan warganegara Malaysia yang berketurunan India di Negara ini melalui artikel yang bertajuk “Al-Kisah India di India dan India di Malaysia” yang disiarkan pada 09hb Disember 2009. Utusan Malaysia sekali lagi menunjukkan belangnya yang penuh dengan racun perkauman. Penulis artikel tersebut adalah individu yang cuba mendapatkan perhatian melalui gimik politik yang sempit sebegini. Sebelum ini individu tersebut pernah menulis satu artikel yang memfitnah EXCO Kanan Negeri Selangor Saudari Teresa Kok, yang juga dipaparkan dalam akhbar Utusan Malaysia. Fitnah tersebut telah mengakibatkan penahanan beliau di bawah Akta ISA.

Ini bukanlah kali pertama Utusan Malaysia memaparkan fitnah sebegini, dan jelas ini bukan kali pertama Laporan Polis dibuat terhadap artikel berbaur perkauman dan fitnah oleh Utusan Malaysia. Namun sehingga kini, tidak ada tindakan oleh pihak Polis terhadap akhbar yang seringkali memaparkan artikel-artikel yang jelas berniat jahat yang mampu mengugat ketenteraman awam. Sehingga kini juga tidak ada tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri terhadap akhbar tersebut menurut Akta Penerbitan & Percetakan. Ini jelas menunjukkan agensi-agensi kerajaan seperti Polis dan KDN mengamalkan sikap double-standard di mana tidak akan ada tindakan terhadap Utusan Malaysia, walaupun artikel-artikelnya mempunyai unsur-unsur perkauman yang jelas tidak menghormati sentimen kaum-kaum lain di Malaysia.

Adakah Utusan Malaysia mempunyai imuniti di segi Undang-Undang Malaysia? Kalau ada akhbar vernakular Tamil dan Cina mengeluarkan artikel yang menyentuh sensitiviti kaum, pasti akan lesenya digantung atau dibatalkan terus. Kenapa ada double-standard dalam penguatkuasaan Undang-Undang? Apa jadi kepada kenyataan Menteri di dalam Parlimen bahawa Penguatkuasa Undang-Undang seperti Polis tidak berbelah bahagi? Adakah kesemua itu hanya sebahagian daripada cakap kosong Barisan Nasional?

DAPSY Pulau Pinang sedar bahawa walaupun kami membuat laporan Polis, namun tetap tidak akan ada tindakan terhadap Utusan Malaysia. DAPSY Pulau Pinang tidak akan membuat laporan Polis terhadap Utusan Malaysia, kerana laporan polis tersebut akan sia-sia sahaja kerana beberapa laporan Polis sebelum ini pun tidak pernah ada tindakan. DAPSY Pulau Pinang mencabar pihak Polis dan Kementerian Dalam Negeri, khususnya Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Hishamuddin Hussein untuk mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia, berdasarkan pada laporan-laporan Polis yang dibuat sehingga kini. Kalau Dato Seri Hishamuddin betul mengahayati konsep 1Malaysia yang diomong-omong oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak, beliau harus mengarahkan KDN untuk mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia. Kalau tidak berdaya untuk mengambil tindakan terhadap akhbar berbaur perkauman itu, wajarlah pemimpin-pemimpin Barisan Nasional terutamanya Dato Seri Najib Razak, jangan terus melaungkan slogan 1Malaysia, yang hanya bersifat retorik.

DAPSY Pulau Pinang mengalu-alukan keberanian beberapa pemimpin Parti Komponen Barisan Nasional yang tampil ke depan untuk membuat laporan Polis terhadap sifat perkauman Utusan Malaysia, walaupun, mereka yang tampil ke depan untuk membuat laporan Polis tidaklah memberangsangkan. Jangan pula yang membuat laporan pada hari ini menarik baliknya setelah “diarahkan” oleh segelintir pihak cuba untuk bermaharaja lela di Negara ini. DAPSY Pulau Pinang tertanya-tanya ke mana perginya Pemimpin-pemimpin utama Bahagian Pemuda parti-parti komponen Barisan Nasional seperti GERAKAN, MCA, PPP, & MIC? Masih segar dalam fikiran kita bagaimana bahagian pemuda satu parti komponen Barisan Nasional telah memberi tekanan kepada KDN untuk menggantung lesen percetakan akhbar Tamil, yang telah tersilap menerbitkan gambar yang sensitif agama, hanya disebabkan oleh kesilapan teknikal. Akhbar Tamil tersebut telah dihukum oleh KDN hanya kerana kesilapan teknikal, yang tidak disengajakan. Utusan Malaysia pula sering, sengaja memaparkan artikel-artikel yang jelas bersifat perkauman ekstrimis. Bagaimana pula Bahagian Pemuda Parti Komponen Barisan Nasional ini akan memberikan reaksi?

Bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin GERAKAN akan bereaksi dalam isu ini? Pemuda GERAKAN mempunyai masa yang amat lapang untuk membuat demonstrasi di hadapan Dewan Undangan Negeri yang jelas berpunca daripada sifat cemburu terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang, tetapi tidak ada masa untuk isu-isu yang amat penting sebegini. DAPSY Pulau Pinang amat menyesal dengan sifat “ketidakberaniaan” yang ditonjolkan oleh Parti-parti komponen Barisan Nasional terutamanya GERAKAN apabila berdepan dengan UMNO ataupun media UMNO seperti Utusan Malaysia. DAPSY Pulau Pinang juga jelas memandang serius artikel berbaur perkauman yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia, dan mengutuk keras pemimpin-pemimpin UMNO yang berdrama dengan menggunakan slogan 1Malaysia, yang hanya retorik.

Sekian. Terima Kasih.

28 Jun 2010

Mahkamah Arahkan SYABAS Dedahkan Laporan Audit

Mahkamah arah konsesi air Syabas, laporan audit didedah

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan kerajaan persekutuan mengumumkan kepada orang ramai laporan audit dan perjanjian konsesi air yang ditandatanganinya dengan kerajaan negeri Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Pesuruhjaya Kehakiman Hadhariah Syed Ismail berkata pendedahan dokumen itu tidak bercanggah dengan kepentingan negara dan awam.

Sebaliknya, kata beliau, ia akan memenuhi kepentingan awam kerana memaklumkan kepada mereka cara kerajaan berfungsi dan menggalakkan perbincangan tentang perkara berkaitan hal ehwal awam.

Hadhariah membuat keputusan itu bagi memenuhi permohonan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan 13 pihak lain agar semakan penghakiman dibuat berikutan tindakan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi ketika itu Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik menolak permintaan mereka agar dokumen berkenaan didedahkan kepada orang ramai.

Pada 7 Nov 2006, mereka menghantar sepucuk surat kepada menteri itu memohon agar laporan audit dan butiran perjanjian konsesi berkenaan didedahkan kepada umum, tetapi ditolak kementerian berkenaan pada 4 Dis 2006 atas alasan dokumen terbabit telah diklasifikasikan sebagai sulit dan rahsia.

Utiliti itu kini terletak di bawah portfolio Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Hadhariah memerintahkan responden pertama iaitu Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi mengemukakan dokumen berkenaan kepada MTUC dan pemohon lain dalam masa tujuh hari.

Dalam penghakiman beliau, Hadhariah berkata walaupun perjanjian konsesi itu belum didedahkan kepada umum, tetapi maklumat tentang air bukan hasil (NRW) dan peratusan pengurangannya, formula peningkatan tarif, tempoh kajian semula dan pembayaran pampasan kepada Syabas telah diedarkan oleh media dan pihak ketiga.

“Oleh itu, ia tidak lagi boleh dianggaap sebagai maklumat rahsia kerana ia merupakan isu-isu utama. Lagipun, perjanjian konsesi bukan suatu perjanjian persendirian. Ia dibuat dengan mengambil kira kepentingan awam,” kata beliau.

Hadhariah berkata orang ramai bergantung pada konsesi dan tadbir urus yang baik oleh kerajaan bagi melindungi kepentingan mereka dan oleh itu, demi kepentingan awam juga, perjanjian itu perlu diumumkan kepada orang ramai.

“Sehubungan itu, oleh kerana ketelusan, kebertanggungjawaban dan keutamaan merupakan perkara yang diperlukan oleh rakyat, maka adalah wajar perjanjian konsesi diumumkan kepada orang ramai. Saya berpendapat bahawa mahkamah perlu memihak kepada pihak yang mempunyai rasa terkilan dalam hal berkaitan kepentingan awam,”
katanya.

Mengenai laporan audit pula, beliau berkata ia mengandungi maklumat berkaitan perjanjian konsesi yang ada hubungan dengan kenaikan tarif air dan sekiranya perjanjian itu didedahkan kepada umum, maka laporan audit itu juga perlu diumumkan kepada orang ramai kerana ia merujuk dan mengandungi komen tentang peruntukan tertentu dalam perjanjian berkenaan.

Beliau berkata walaupun responden berkata laporan audit itu diklasifikasikan sebagai rahsia kerana ia dibentangkan kepada Kabinet, maka adalah tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa sebarang dokumen yang dibentangkan kepada Kabinet secara automatik disifatkan sebagai “Rahsia” mengikut Seksyen 2A Akta Rahsia Rasmi 1972.

Kata beliau pemohon mempunyai locus standi kerana mereka adalah penguna air berbayar di kawasan yang diliputi perjanjian konsesi berkenaan dan bukan sebagai “penyibuk, kaki cucuk dan pembuat kacau”.

Sekiranya tarif air dinaikkan, mereka tidak ada pilihan selain membayar lebih untuk air kerana tidak terdapat pembekal alternatif.

Selepas permintaan mereka ditolak, MTUC dan 13 pihak lain termasuk pengerusinya Syed Sharir Syed Mohamud serta dua anak beliau berusia 10 dan 15 tahun, mendapatkan kebenaran mahkamah pada 14 Jun 2007 bagi memperoleh semakan semula penghakiman dengan menamakan menteri terbabit, kerajaan Malaysia dan kerajaan Selangor sebagai responden.

Kata mereka, sebagai pengguna air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, mereka berhak mendapatkan laporan audit dan perjanjian konsesi yang ditandatangani pada 15 Dis 2004.

Mereka mendakwa bahawa laporan audit itu menjadi asas bagi kenaikan tariff air sebanyak 15 peratus di Lembah Klang seperti yang diumumkan pada 14 Okt 2006.

Kata mereka kerajaan berkewajipan di sisi undang-undang untuk bertindak secara telus dan bertanggungjawab dalam menguatkuasakan peraturan berkaitan pasaran air dan dalam keadaan yang menimbulkan syak bahawa pasaran air digunakan bagi mengaut keuntungan secara melampau.

Pemohon berkata mereka telah menulis surat kepada menteri berkenaan pada 7 Nov 2006 bagi meminta dua dokumen berkenaan daripada beliau, tetapi ditolak kementerian itu pada 4 Dis 2006 atas alasan dokumen berkenaan telah diklasifikasikan sebagai sulit dan rahsia kerajaan.

Pemohon diwakili peguam Ang Hean Leng, manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili menteri berkenaan dan kerajaan Malaysia dan Md Azhari Abu Hanif, pembantu penasihat undang-undang Selangor, mewakili kerajaan negeri itu. — Bernama

Ulasan GB

GB masih sangsi.. apakah berkemungkinan keputusan hakim Mahkamah Tinggi di atas akan diterbalikkan oleh hakim-hakim di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan?

Isu MB Selangor: Lagi Spekulasi Mengarut, 4 ADUN Dikatakan Keluar Parti

Lagi spekulasi: Empat ADUN Selangor didakwa keluar ‘protes’ Khalid

Meskipun Parti Keadilan Rakyat (PKR) selesai mengadakan sesi pemukiman dengan melakukan rombakan kecil di sebalik desas-desus wujudnya desakan mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digugurkan, hari ini wujud spekulasi baru mendakwa empat ADUN parti itu akan keluar kerana beliau masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Desas-desus baru ini mendakwa empat ADUN iaitu Haniza Mohd Talha dari kawasan Taman Medan, Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Amirudin Shari (Batu Caves) dan Suhaimi Shafie (Sri Muda) sudah memutuskan untuk meninggalkan PKR.

Khabar angin mendakwa keempat-empat mereka akan keluar PKR sebagai tanda protes pucuk kepimpinan memutuskan untuk mengekalkan Khalid (gambar) sebagai menteri besar.

Khabar angin ini mula tersebar sejak pagi tadi.

Selain SMS, beberapa panggilan yang diterima The Malaysian Insider mendakwa keempat-empat wakil rakyat berkenaan mahu meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati Khalid, menteri besar penggal pertama, dikekalkan.

SMS itu berbunyi “empat ADUN PKR Selangor dikhabarkan akan meletak jawatan kerana tidak bersetuju Khalid kekal sebagai MB.”

Nik Nazmi merupakan bekas setiausaha politik Khalid. Beliau digantikan oleh setiausaha politik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkuat kuasa bulan depan.

Amirudin memberitahu The Malaysian Insider, beliau dan rakan-rakannya menghormati keputusan pucuk kepimpinan untuk mengekalkan Khalid sebagai menteri besar.

“Tidak, tidak... sebelum saudara tanya saya jawab soal dulu, tidak. Setakat ini tiada apa-apa, kami kekal dengan PKR,” kata Amirudin sebaik sahaja dihubungi The Malaysian Insider.

“Semuanya sudah bersetuju, kami menghormati Azmin Ali dilantik sebagai Pengerusi PKR Selangor manakala Tan Sri Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor... ini diumumkan pada pertemuan Majlis Pimpinan Pusat semalam dan semua terima” kata Amirudin sambil menambah, beliau dan Nik Nazmi makan malam tadi bersama dan tidak membincangkan apa-apa, kononnya “akan keluar PKR.”

“Saya tidak tahu mengapa secara tiba-tiba benda ini wujud balik,” kata Amirudin lagi.

Menerusi ruangan twitter, Nik Nazmi berkata: “saya baru terima panggilan daripada pemberita, bertanya sama ada saya salah seorang daripada empat ADUN berkenaan yang mahu meletakkan jawatan.”

“Satu lagi penipuan besar,” katanya.

Dalam pada itu, Suhaimi juga melahirkan pandangan yang sama dengan berkata tidak tahu-menahu apa-apa cerita sebenar.

“Ini kali kedua saya mendengar benda yang sama.

“Saya menafikan... perang saraf biasanya macam inilah,” kata beliau.

Di akhir sesi pemukiman dan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR petang semalam, Naib Presiden Azmin Ali dilantik sebagai Pengerusi Selangor manakala Datuk Zaid Ibrahim dilantik meneraju Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Pelantikan itu berkuat kuasa petang semalam.

Wan Azizah ketika membuat kenyataan itu berkata pelantikan Azmin adalah bagi menggantikan Khalid yang juga Menteri Besar Selangor.

“(Tindakan) ini setelah dipohon oleh Tan Sri yang mahu menumpukan tenaga beliau kepada pentadbiran negeri Selangor berkuat kuasa serta-merta,” katanya semalam.

Sebelum ini Azmin mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Khalid yang turut hadir pada sidang akhbar tersebut menafikan tindakannya berundur daripada mengetuai PKR Selangor disebabkan tekanan daripada pihak tertentu seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Khalid dan Azmin menjadi tumpuan selepas timbulnya desas-desus mengatakan wujud gerakan daripada sekumpulan puak di dalam PKR Selangor yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan menteri besar.

Kumpulan itu juga dikatakan mahu mendesak Khalid agar melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar. -TMI


Wanita PKR Selangor: Khalid & Azmin Lengkap Melengkapi

Wanita Keadilan Selangor percaya perubahan pucuk pimpinan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor harus dilihat sebagai usaha penambahbaikan dalam memperkasa gerak kerja politik dan pentadbiran di Selangor.

Bercakap kepada TV Selangor, Ketua Wanita Keadilan Selangor, Haniza Talha menegaskan tidak wujud perpecahan seperti yang digembar-gembur media arus perdana, sebaliknya ketokohan mereka saling lengkap, melengkapi.

“Tidak ada perpecahan. Berbeza pendapat memang ada sebab kita hendak membela rakyat.Tidak ada isu perpecahan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan itu.

“Khalid ada kekuatan dia, Azmin ada kekuatan dia - kedua-dua ada kekuatan masing-masing. Seperti yang saya kata, kita bekerja sebagai satu pasukan, jadi kita saling lengkap melengkapi," katanya lagi.


Berbeza dengan Umno yang dilihat dekat dengan elemen diktatorisme, PKR sebaliknya bersifat demokrasi dan terbuka dalam menangani kepelbagaian pandangan di kalangan pemimpin.

“Kita sentiasa terbuka. Kalau ada ruang untuk improvement, kita sambut baik. Apapun ini kerja berpasukan. Apapun kerja-kerja membangunkan parti dan sebagainya adalah kerja berpasukan.

"Ia tidak bergantung kepada satu orang. Jadi siapa ketuanya kita sentiasa menyokong sebab kita berjuang atas satu prinsip - untuk menegakkan keadilan," kata Haniza.

Haniza yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor percaya gandingan dua pemimpin ini bakal menyuburkan budaya politik baru di Selangor.

"Itu yang kita nak wujudkan - budaya politik baru kerana politik baru membawa ciri-ciri demokrasi. Kita boleh berbeza pendapat tetapi bila sudah diputuskan, kita mencapai kata sepakat walaupun tidak selari dengan keputusan peribadi," katanya. -TVS


Ulasan GB

Nampaknya kedua-dua akhbar online yang popular di negara ini, Malaysiakini dan The Malaysian Insider tiba-tiba menjadi akhbar tong sampah yang menyajikan berita-berita sampah yang disebarkan melalui email dan sms.

Dipungut dan diadunkan berita-berita itu untuk menimbulkan polemik berpanjangan mengenai isu MB Selangor sehingga lebih hebat peranannya untuk memecahkan PR Selangor daripada kahbar media arus perdana.

Baik malaysiakini maupun The Malaysian Insider perlu tahu bahawa majoriti(sekitar 70% - 80% )pembaca mereka adalah penyokong PR, dan jika kedua-dua akhbar online tersebut terus-terusan menyajikan berita palsu pembaca-pembaca dari PR akan terus membakul sampahkan mereka berdua.

Then, anda pergi cari pembaca anda dari BN. Jika ada yang sudi membaca dan menyalin berita-berita anda.

Jika media arus perdana sebelum terkenal dengan kewartawanan longkang, tak sangka kedua-dua akhbar online sudah mula mengamalkan kewartawanan bebal.. tak tahu menjaga reputasi dan kredibiiti berita yang disaji.



15 MP PKR Bantah MB Selangor, Berita Mengarut

Isu Bantahan 15 Ahli Parlimen KEADILAN Tidak Benar

KUALA LUMPUR 25 Jun - Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan wujud kumpulan lima belas Ahli Parlimen KEADILAN yang akan mengadakan protes terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkenaan dengan perlantikan Setiausaha Politik beliau yang baru, Faekah Husin.

Spekulasi dalam media timbul setelah beliau menyerahkan surat perletakkan jawatannya sebagai Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Rabu lalu.

"Saya jelaskan di sini bahawa berita yang disiarkan di dalam 'The Star Online' adalah tidak benar, kenyataan tersebut hanyalah spekulasi pihak tertentu yang dikaitkan dengan perletakkan jawatan saya dalam PKNS.

"Apa yang pasti maklumat ini adalah baru dan saya akan berjumpa dengan kesemua rakan-rakan saya untuk mendapat maklumat yang penuh terhadap dakwaan tersebut, kita akan meneliti setiap alasan yang diberikan kalau betul timbul rasatidak puas hati mungkin saya boleh menjadi wakil kepada rakan-rakan di dalam KEADILAN untuk meluahkan pendapat tersebut kepada Menteri Besar.

"Apa yang pasti saya tidak terlibat dalam spekulasi itu dan jangan buat andaian yang tidak betul," jelas Azmin ketika ditemui di lobi parlimen semalam.

Azmin juga ditanya media pendapat beliau berhubung perlantikan Faekah.

"Keputusan perlantikan tersebut sudah tentu terletak kepada budi bicara Menteri Besar, bagi saya perlantikan Faekah adalah satu penghormatan yang diberikan kepada seorang wanita dan ini menunjukkan dalam politik Pakatan Rakyat kita tidak meminggirkan peranan wanita untuk menyumbang kepada parti," kata beliau.

Tambah Azmin, beliau tahu isu tersebut akan diperbesarkan oleh Umno dan juga media arus perdana tetapi baginya isu itu tidak menjadi perhatian serius kepada pimpinan KEADILAN.

"Kita tahu kesempatan akan digunakan untuk membesarkan isu tersebut dan bagi saya itu bukan perkara yang perlu kita fikirkan, Umno akan menggunakan isu itu sebagai senjata mereka menyerang KEADILAN.

"Dari sudut politik kita melihat ini sebagai satu langkah positif dan keterbukaan kita membuat sebarang kritikan kepada pemimpin jika berlaku sesuatu yang kita rasa perlu ditegur.

"Jangan jadi seperti Umno ataupun parti komponen Barisan Nasional yang lain, orang bawahan tidak boleh menegur kesilapan pemimpin atasan. Politik mereka jelas mengamalkan sikap kuku besi jika ada yang menegur maka tindakan akan diambil samada dipecat atau dipinggikan terus," tegas Azmin lagi.

Azmin juga mahu Abdul Khalid mengambil serius spekulasi liar yang disebarkan sesetengah media dan berharap tindakan segera diambil agar ia tidak terus menjadi isu besar.

Beliau yakin dengan kepimpinan Abdul Khalid dalam mentadbir Selangor dan usahanya untuk menjadikan Selangor sebagai negeri contoh di negara ini.

Isu FELDA: Mazlan Aliman Cabar Ahmad Maslan Debat

Persatuan Anak Felda Akan Dedah Dokumen 'Penyelewengan'

Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (ANAK) akan memfailkan laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah bersama bukti yang didakwa menunjukkan adanya cubaan menutup penyelewengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Felda.

Pengerusi ANAK Mazlan Aliman dilaporkan Malaysiakini sebagai berkata antara bukti yang akan dikemukakan adalah laporan tahunan dan akaun Felda yang menurutnya bercanggah dengan jawapan kerajaaan di Dewan Rakyat.

Pihak persatuan juga akan menampilkan dokumen yang mendakwa wujudnya penyelewengan wang peneroka.

ANAK sebelum ini telah memfailkan tiga laporan polis di Temerloh, Kota Tinggi dan Segamat. Minggu lalu, bekas Menteri Tan Kwee Kwong bersama Ahli Parlimen Klang Charles Santiago turut memfailkan laporan ke SPRM. -TVS


Aktivis FELDA cabar Ahmad Maslan debat

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mencabar timbalan menteri di jabatan prrdana menteri Datuk Ahmad Maslan berdebat berhubung dakwaan kemerosotan rizab Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA).

"Sekiranya beliau (Ahmad) menganggap fakta beliau betul, dan kita memfitnah, kita boleh debat di mana-mana," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini.

Ditemui Malaysiakini selepas sesi itu, Mazlan berkata cabaran beliau untuk berdebat diputuskan selepas Ahmad berhasrat untuk menyaman akhbar Suara Keadilan - yang melaporkan 'Felda Bankrap'.

Mazlan berkata tindakan undang-undang tersebut dilihat sebagai satu "cubaan untuk melindungi sesuatu".

"Kita akan dedahkan fakta sebenar yang berlaku di FELDA," katanya.

Mazlan berkata, beliau bersedia bersemuka dengan Ahmad yang juga ahli parlimen Pontian untuk pada bila-bila masa.



SPRM Enggan Benarkan Peguam Bantu PI Bala

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilaporkan enggan mengambil keterangan penyiasat kontroversi P Balasubramaniam di hadapan para peguam.

Peguam PI Bala, Americk Sidhu berkata SPRM tidak mahu peguam turut sama dalam sesi mengambil keterangan bekas anggota Cawangan Khas ini yang membongkar hubungan antara Presiden Umno Najib Abdul Razak dan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Sesi tersebut ditetapkan pada 5 dan 6 Julai di London, Malaysian Insider melaporkan.

Americk berkata SPRM juga menolak permintaan peguam memohon transkrip video sesi itu.

Pertemuan tersebut dijadualkan pada 5 dan 6 Julai depan di London.

"Ya, kami di peinkat akhir perundinga di ketika ini.

"Semuanya telah dipersetujui kecuali SPR< tidak membenarkan peguam kami hadir semasa sessi mengambil keterangan dilakukan,” kata Americk.

“Kami tidak bersetuju dengan syarat tersebut, oleh itu kita akan tahu hasil rundingn minggu depan,” tambah beliau, dan menyatakan tempat pertemuan telah ditempah unuk 5 dan 6 Julai.

Americk menyatakan Bala sedang menunggu para pegawai SPRM untuk datang ke London.

Para pegawai SPRM sebelum ini membenarkan rakaman sessi mengambil keterangan dilakukan tetapi mereka telah mengubah pendirian kemuadiannya, kata peguam Bala.

Bala telah menghilangkan diri pada 2008 selepas mengeluarkan dia akuan bersumpah yang bertentangan mengenai konspirasi pembunuhan Altantuya.

27 Jun 2010

Parlimen Kota Raja Jawab Tuduhan UMNO

Buruk Kelaku UmNo Kota Raja

Dengan membuat pelbagai tuduhan tanpa bukti yang kukuh oleh Ketua UmNo Bahagian Kota Raja terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat khususnya YB Shuhaimi dan YB Dr Mariah hanya menyerlahkan kedangkalan dan kebodohan Ketua Bahagian UmNo ini.

Perwakilan yang hadir dalam mesyuarat itu jika bersetuju dengan kata-kata Kamarulzaman menunjukkan juga bahawa mereka mudah diperbodohkan oleh pimpinan mereka. Tujuan Kamarulzaman berkata demikian adalah bagi mengelak kelemahan diri dan kepimpinannya yang langsung tidak melakukan sebarang aktiviti sejak kalah dalam 8 Mac 2008 yang lalu.

UmNo Kota Raja sebenarnya telah terlalu lemah dan tidak bermaya untuk meneruskan perjuangan menentang PR di Kota Raja.

Buktinya bermula pagi ini walau pun dalam keadaan sibuk kerana terpaksa hadir dalam retrade PKR di Shah Alam YB Shuhaimi masih sempat hadir dalam program pendemokrasian rakyat bertempat di Jalan Kebun pada kira-kira jam 9.00 pagi tadi bersama hampir 30 orang sukarelawan Pakatan Rakyat Sri Muda, Parlimen Kota Raja. Sementara pada waktu yang sama YB Dr Siti Mariah hadir di Program bomba di Kota Kemuning.

Pada jam 10.00 pagi pula Dr Siti Mariah berkejar untuk menziarahi rumah kerumah di Kampung Jalan Kebun bersama muslimat PAS dan wanita PKR dalam program yang sama.

Pada jam 11.30 pagi Dr Mariah berkejar ke Taman Setia bagi menziarahi keluarga Puan Norzitah Fadhilah yang baru kematian suami di Mekah semasa mengerjakan Umrah.

Seluruh ahli UmNo Kota Raja tahu betapa kerapnya kedua-dua YB ini turun padang bagi mendengar masalah rakyat dan cuba membantu masaalah mereka. Minta Ketua UmNo bahagian yang sombong bodoh ini check dengan ahlinya sendiri selepas menang PRU 12 berapa belas kali YB telah turun padang ditempat-tempat yang sama.

Tapi Ketua Bahagian ini hanya turun sekali saja ke Taman Setia, bagi bertemu ahli UmNo seramai tak lebih 20 orang dalam pondok bilik gerakan UmNo sepanjang lebih 2 tahun selepas PRU 12 dulu. Nak jumpa rakyat langsung tak berani. Kita tak sombong tapi UmNo sendiri sebenarnya melihat bahawa setiap hari khususnya setiap Sabtu dan Ahad akan kelihatan puluhan sukarelawan lapangan akan turun kesetiap pelusuk Kota Raja bersma YB dalam program pendemokrasian rakyat Parlimen Kota Raja.

Penyelesaian tanah di Sri Nadi, apa yang selesainya. Anda boleh turun padang bertemu dengan penduduk Kampung ini jika mahu tahu perkara sebenar. UmNo silap dan tidak pernah berubah, mereka sentiasa yakin bahawa mereka punya keupayaan luar biasa untuk menipu rakyat. -p111kotaraja

Malaysiakini : Pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor "lebih banyak bercakap daripada membuat kerja" demi publisiti, dakwa Umno Kota Raja.

"Mereka kata mereka lebih hebat daripada segala-galanya. Tapi kita tahu, mereka tidak buat, hanya cakap tak serupa bikin," kata Kamaruzzaman Johari sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya dalam mesyuarat bahagian itu pagi ini.

Ucapan itu dinyatakan di hadapan 292 perwakilan dari 79 cawangan di Auditorium Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Klang.

Dalam persidangan itu, Kamaruzzaman mendakwa ADUN Sri Muda Suhaimi Shafiei daripada PKR setelah dua tahun menjadi wakil rakyat, selain "kata-kata sedap dan janji manis" tiada projek pembangunan dijalankan di kawasan tersebut.

Kamaruzzaman mendakwa walaupun terdapat peruntukan untuk membina masjid di kawasan itu, sampai sekarang ia tidak menjadi kenyataan.

Katanya, ia berbeza dengan Umno bahagian itu yang mengambil inisiatif bertemu Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Noh Omar sehingga berjaya menyelesaikan masalah sewa rumah setinggan di Kampung Seri Nadi dengan pengurangan sebanyak 50 peratus.

'Dulu dia rajin jenguk tokong, kuil'

Parlimen Kota Raja mempunyai dua DUN iaitu Sri Muda dan Sri Andalas. Kesemua DUN dan parlimennya dikuasai oleh Pakatan.

Kamaruzzaman turut menempelak ahli parlimen kawasan itu Dr Siti Mariah Mahmud yang didakwanya "tidak menjenguk" rakyat di kawasannya.

"Kalau dahulu dia rajin menjenguk (rakyat) di tokong, kuil... Tapi bila rakyat mengadu tentang projek pembangunan, dia kata, yang ada peruntukan (hanya kerajaan) BN di peringkat persekutuan.

"Tapi sekarang Siti Mariah tak nampak batang hidung untuk menjenguk kampung-kampung, malu rasanya," katanya.

Dalam ucapan dasarnya juga, Kamaruzzaman mendakwa kerajaan di bawah Pakatan "tidak menunjukkan kesan kejayaan dalam pentadbiran" seperti yang dilakukan oleh BN dahulu.

"Kerajaan negeri gagal membuat perubahan pentadbiran dan perancangan pembangunan.

"Sebaliknya mengungkit keputusan dan mencari kesalahan BN untuk menutup kelemahan kerajaan negeri dalam menunaikan manifesto dalam pilihan raya dahulu," katanya. -mk


Azmin Ganti Khalid Sebagai Pengerusi PKR Selangor

Naib Presiden PKR Azmin Ali dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuatkuasa serta merta.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam hari ini.

Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri.

"Ini dimohon oleh Tan Sri Khalid sendiri bagi menumpukan tenaganya untuk disalurkan dalam pentadbiran Selangor," katanya.

Azmin sebelum ini mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.

Kekosongan yang ditinggalkannya Azmin di negeri itu akan diambil alih oleh penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, umum Wan Azizah lagi.

Rombakan itu dilihat mengejutkan apabila sejak semalam ramai pemimpin kanan parti itu terus menafikan terdapat desakan supaya Khalid berundur dalam pemukiman PKR.

Anwar nafi cubaan MP guling Khalid

Khalid tidak hadir dalam kesemua sesi pemukiman dua hari sejak semalam di sebuah hotel di Shah Alam.

Selain ditemani Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketiga-tiga Azmin, Khalid dan Zaid hadir bersama dalam sidang media petang ini.

Bercakap soal yang sama, Anwar juga memberitahu dua negeri lagi akan mengalami pertukaran pucuk pimpinan yang akan diumumkan kemudian.

"Ia sedang dimuktamadkan," katanya yang enggan menyatakan terlebih dahulu negeri atau pimpinan terbabit.

Selain itu, Anwar turut menafikan bahawa terdapat pakatan ahli parlimennya yang merancang mahu menggulingkan Khalid sebagai menteri besar.

"Perkara itu tak berbangkit sama sekali. Kita sebulat suara dokong penuh. (Beri) Pandangan itu biasalah.

"Kita tengok Tan Sri Khalid pun tak sensitif sangat. Yang sensitif akhbar Umno," katanya. -mk gambar -jack ooi TMI