10 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Ketua Polis NS Perlu Minta Maaf Secara Terbuka - Salehuddin

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meminta Ketua Polis Negeri Sembilan, Dato' Osman Salleh agar membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya berhubung satu kenyataan yang dibuat semalam, menyatakan beliau enggan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.

"Saya minta Ketua Polis Negeri Sembilan agar memohon maaf secara terbuka kerana menyatakan saya tidak mahu hadir memberikan kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson," ujarnya pada sidang media harian PAS di Markaz Induk PAS, Port Dickson pagi ini.

Menurutnya, ASP Azman datang ke Markaz Induk PAS untuk memaklumkan beliau perlu hadir ke IPD Port Dickson untuk memberikan kenyataan berhubung beberapa kes keganasan yang terjadi sejak kempen dijalankan.

"Kenapa ketua polis negeri sembilan menyatakan saya tidak mahu datang memberi kenyataan dan bekerjasama dalam membantu kes keganasan dan kekecohan yang berlaku.

"Ini satu fitnah kerana saya telah hadir ke sana, pada jam 6.45 petang semalam bersama peguam saya, Hanipa Maidin," ujarnya.

Tegasnya, beliau tidak bertanggungjawab mengenai kes-kes keganasan yang berlaku.

"Saya telah mendedahkan terdapat lima laporan polis yang dibuat sebelum ini walaupun ada laporan akhbar yang mendakwa hanya wujud satu laporan sahaja.

Sebaliknya, beliau kesal dengan pihak polis yang tidak membuat apa-apa tindakan ke atas pemuda Umno yang mengaku membawa kumpulan komando bagi membantu parti itu.

"Apa yang saya ingin pertikaikan, Kenapa pihak polis tidak mengambil tindakan ke atas kumpulan komando yang dibawa Pemuda Umno pada pilihan raya kali ini?" katanya lagi.

Beliau juga menasihatkan pengundi agar tidak perlu takut untuk keluar mengundi esok dan berani melakukan perubahan dalam memastikan keadaan yang lebih baik.

"Jangan takut untuk keluar mengundi dan yakin untuk membuat perubahan pada pilihan raya kali ini," demikian ujarnya.

Era Najib Altantunya : MIC Tertipu, Najib Dalangi Penubuhan Parti Makkal Sakhti

Pelbagai usaha dilakukan oleh UMNO-Barisan Nasional dalam tuntutan meraih kembali kepercayaan masyarakat India di negara ini.

Penambahbaikan program-program pembangunan terus direncanakan oleh kerajaan bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Kami berkunjung ke pejabat Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam untuk mengetahui respon beliau terhadap beberapa agenda Perdana Menteri kepada kaum India yang diumumkan baru-baru ini.

"Terutama sekali saya lihat sekarang Perdana Menteri Najib Tun Razak banyak membantu masyarakat India dan baru-baru ini saya lihat asrama 1 Malaysia dan juga parti yang baru Makkal Sakthi. Saya lihat perkara ini pertama sekali, ia secara tiba-tiba. sasya melihat pada pilihanraya yang lalu, kita menang besar terutama masyarakat India yang menyokong Pakatan Rakyat" ujar beliau.

Tambahnya lagi, Makkal Sakthi Malaysia (MMSP) merupakan salah satu taktik yang digunakan oleh Najib untuk meraih kembali sokongan masyarakat India sementelah MIC berada dalam keadaan kucar-kacir.

"Ini saya rasa PM melihat bagaimana nak pecah, nak dapat balik sokongan Barisan Nasional. Gula-gula yang akan diberi. Saya rasa banyak, beliau sekarang tumpu untuk dapat sokongan balik kepada Barisan Nasional" katanya. Namun beliau menambah, Najib melakukan perhitungan yang salah sekiranya mengandaikan Makkal Sakthi dapat meraih sokongan kaum India kerana meletakkan R.S Thanenthiran sebagai teraju parti itu.

Thanenthiran ialah bekas penyelaras Kebangsaan Hindraf yang telah dipecat.

Bagaimanapun kata Manikavasagam, Hindraf sama-sekali tidak akan memberi sokongan kepada Makkal Sakthi yang didalangi oleh Najib kerana ia merupakan sebuah parti dan bukannya badan sosial seperti Hindraf yang telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia.

"Makkal sakthi ini sebenarnya dibiayai oleh Najib. Dibelakangnya memang Najib ada. Kira-kira beliau nak pecah. Nak dapatkan sokongan balik. Makkal sakthi ini, Thanenthiran dipecat dari Hindraf".

Namun Manikavasagam percaya, masyarakat India pada hari ini tidak mungkin akan terpedaya lagi dengan permainan UMNO-BN.

Malah katanya masyarakat India semakin bijak dalam menilai sikap kepemimpinan yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat berbanding UMNO-Barisan Nasional.

Bunyinya mungkin seperti satu ugutan namun inilah hakikatnya, pengharaman Hindraf dan isu kepala lembu yang bersentimen perkauman menimbulkan kemarahan yang tidak berpenghujung kepada masyarakat India di negara ini.

"Ini bukan perkara yang senang dan mudah untuk mereka lupa. Yang terbaru isu kepala lembu. Mereka sangat marah. Saya pergi ke beberapa tempat, beberapa kuil di seluruh negeri, saya lihat mereka marah. Mesej mereka beri " we want to change the goverment the next election".

Dalam pada UMNO-Barisan Nasional hebat mencanang keputusan yang dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kedudukan Kaum India, Manikavasagam mahu Najib merenung kembali agenda kerajaan sebelum ini sama ada ianya telah dicapai atau sekadar cakap kosong.

"Hari ini kalau kita pergi ke mana-mana mahkamah, 15 OKT yang kena tahan, 10 India. Di Simpang Renggam sahaja 65 peratus pemuda-pemuda India ada di dalam. Ada sesetengah yang tidak terlibat dalam dalam jenayah. Macam mana kita hendak memulihkan. Kalau sekarang mereka masuk, 2 tahun, sama seperti ISA, mungkin akan bertambah ke 4 atau 6 tahun, bila dia balik, tidak ada apa-apa pemulihan di sana. Mereka seolah-oleh pergi belajar, dapat diploma, balik jadi penjenayah lebih berat lagi" tambahnya.

Kabinet dikatakan telah memutuskan untuk menambahbaik beberapa program seperti kursus kepada belia India yang memperuntukkan dana sebanyak RM20 juta, meningkatkan usaha menambah jumlah pengambilan pekerja kaum India dalam sektor awam, menambah jumlah pengambilan kaum India di peringkat lembaga pengarah, memberikan peruntukan biasiswa kepada pelajar kaum India di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta menambah penyertaan ekuiti kaum India melalui peruntukan 15 peratus unit saham dalam Amanah Saham Malaysia.

Namun malangnya saat gula-gula politik ini diberikan, kerajaan ujarnya terlepas pandang terhadap dua pelajar India yang ingin melanjutkan pejaran dalam bidang perubatan ke Ukraine iaitu M Saraswathy dan Latah A/P Appunaidu.

Setelah beberapa kali memohon untuk mendapatkan biasiswa kerajaan namun jawapan yang diterima begitu menghampakan.

"Beliau datang sini setelah minta dengan kerajaan tetapi ditolak, tidak dapat kelulusan pinjaman. Dia datang ke pejabat saya, 2 orang datang bersama keluarga dan saya terpaksa suruh mereka ke Agro Bank di Klang dan mereka dapat RM 90 ribu dan RM 80 ribu. Dan saya sebagai Ahli Parlimen, saya yang jadi penjamin. Sepatutnya kerajaan bantu sebagai biasiswa".

Berdasarkan tindak tanduk itu, kami ajukan kepada Manikavasagam sama ada penambahbaikan program-program pembangunan kepada masyarakat India dan tertubuhnya Makkal Sakhti sebagai petunjuk Pilihanraya Umum Ke 13 akan berlangsung dalam tempoh yang terdekat, namun ini jawapan beliau:

"Saya rasa PRU tidak akan diadakan secepat mungkin. Saya rasa 2013 akan diadakan PRU. Sokongan masih lagi terutama masyarakat Cina. Mereka lihat bukan sahaja masyarakat India, orang Cina pun banyak menyokong PR. Jadi macam mana hendak kembalikan? MIC dan MCA pun ada masalah. Bukan sahaja Najib nak dapat sokongan balik dari kalangan masyarakat India, orang Cina macam mana? Bukan mudah, bukan secepat ini hendak adakan PRU ke 13" ujarnya sebelum mengakhiri perbualan.



Era Najib Altantuya : PAS Buat Laporan Polis Terhadap SPR Mengenai Undi Pos

PAS hari ini memfailkan satu laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana mendakwa suruhanjaya berkenaan telah melakukan beberapa kesalahan mengikut peraturan pilihan raya.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata laporan polis berkenaan dibuat oleh wakil calon PAS, Ramli Ismail awal pagi tadi.

"Satu laporan polis telah dibuat, dalam isu ini kita mahu membina satu pemikiran bahawa terlalu banyak isu yang dipertikaikan dalam undi pos," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menerusi laporan polis berkenaan, PAS menyenarai lima kesalahan yang mereka dakwa dilakukan oleh SPR berhubung isu pengundian pos.

Pertamanya PAS mendakwa daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor siri pengundi pos yang sebenar seperti yg dikeluarkan dalam daftar pemilih SPR selain daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor tentera yang penuh.

"Selain itu kita juga nyatakan bahawa daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor identiti isteri pengundi pos.

"Daftar pemilih tentera juga tidak mempunyai nombor lokaliti pengundi pos dan selain itu daftar pengundi tentera tidak mempunyai nombor kad pengenalan lama isteri pengundi pos," katanya.

Tambah Salahuddin lagi, penggunaan daftar pemilih yang berbeza juga menyukarkan polling agent daripada PAS untuk mengesahkan identiti pengundi pos semasa mereka datang mengundi.

"Polling agent kita tidak boleh berfungsi kerana mereka tak boleh menyemak daftar pemilih pengundi pos," katanya.

Proses pengundian pos melibatkan anggota keselamatan iaitu tentera dan polis telah bermula sejak Khamis lalu dan berakhir tengah hari ini.

Anggota tentera mengundi di Dewan Jeneral Tan Sri Sani, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Kem Si Rusa manakala anggota polis mengundi di Ibu Pejabat Polis Port Dickson.

Terdapat sejumlah 4,604 pengundi pos di kawasan DUN Bagan Pinang. Daripada jumlah itu 4,571 terdiri daripada anggota tentera, 31 anggota polis manakala dua pengundi pos dikategorikan sebagai pemilik tak hadir kerana bertugas di luar negara.

Mereka merupakan sebahagian daripada 13,664 pengundi dalam DUN Bagan Pinang, yang turut membabitkan 9,060 pengundi biasa.

Era Najib Altantuya : Pulihkan Badan Kehakiman Barulah Malaysia Maju, Husam.

Umno kini telah goyang. Umno sendiri menolak Isa Samad kerana dia bukanlah calon yang bersih," kata Exco kanan kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Perdana Menteri, sewaktu dalam ucapan merasmikan Majlis Aidilfitri Perantau di Batu 2 Port Dickson, pagi tadi.

Menurut Husam, Indonesia lebih baik daripada Malaysia kerana mereka mengamalkan Rules of Law – Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia berbanding Malaysia yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja, tetapi demokrasi itu masih diperkosa oleh pemimpin BN.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri Kelantan berkata, proses pembangunan Malaysia, terutamanya dalam pertumbuhan ekonomi negara hanya akan dapat dipercepatkan sekiranya badan kehakiman diperbetulkan dahulu.

"Yang menentukan peneraju badan kehakiman ialah kerajaan. Oleh itu, kerajaan perlu diperbaiki untuk menegakkan keadilan yang berdasarkan Rule of Law,

"Tanpa Rule of Law, binasa halaqah. Calon yang bersih hanya akan lahir dari kerajaan yang bersih," tegasnya yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat.

Antara agensi yang perlu diperbaiki adalah badan kehakiman dan perundangan, serta badan keselamatan. Contoh yang jelas ialah apabila penyiasatan yang dijalankan kini menjadikan pelapor yang sering dipersalahkan dan diancam sedangkan yang bersalah tidak dikenakan tindakan ataupun disiasat dengan terperinci.

"Apabila kes ini dibawa ke mahkamah pula, ia diadili berdasarkan kepentingan pihak tertentu. Oleh itu, amat perlu integriti kehakiman ditegakkan," tambahnya.

Beliau sebelum itu turut berkongsi cerita tentang seorang pengundi berbangsa Cina yang telah menyatakan kepada beliau, bagaimana dia merasakan dengan menghadiri program anjuran PAS.

"Program PAS telah banyak memberi input kepada dia, berdasarkan fakta itu dia telah mendapat keberanian dan keyakinan, agar tidak takut kepada pihak tertentu, kerana takut kita hanya perlu kepada Tuhan," ujarnya lagi.

Era Najib Altantuya : BN Hancur, MCA Lulus Undi Tidak Percaya Kepada Ong Tee Kiat

Barisan Nasional berada di ambang kehancuran apabila para perwakilan MCA membuat keputusan dramatik pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang diadakan di sini pada Sabtu dengan perwakilan parti meluluskan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat dengan majoriti 14 undi.

BN menerima tamparan hebat apabila undi tidak percaya itu diluluskan kepada Presiden MCA yang telah menerima sokongan dari sebahagian besar pemimpin MCA dan BN sendiri.


Malah EGM itu menyokong usul Soi Lek diterima semula sebagai anggota parti.

Teta[i perwakilan telah menolak usul untuk mengembalikan jawatan Timbalan Presiden, kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Pegawai yang terlibat dalam EGM tersebut berkata keputusan dramatik yang dibuat perwakilan di Mesyarat Agung Khas MCA hari ini menyebabkan terpaksa merujuk semula perlembagaan parti.


Seperti termaktub dalam perlembagaan MCA, seorang presiden parti hanya boleh dilucutkan daripada jawatannya dengan majoriti dua per tiga undian.

Seramai 1,155 ahli perwakilan berkata mereka tidak percaya dalam kepimpinanan Ong manakala 1,141 menyatakan yang sebaliknya pada EGM kali ini.

2,304 ahli perwakilan telah mengundi dalam EGM hari ini.

Keputusan EGM itu diumumkan oleh Speaker Datuk Yik Phooi Hoong pada kira-kira 4.25 petang tadi.

Pengundian tersebut dijalankan berdasarkan tiga resolusi iaitu:

1) Ahli-ahli mesyuarat agung tidak yakin terhadap kepimpinan Ong

Berikut ialah keputusan bagi resolusi pertama:

Setuju: 1,155

Bantah: 1,141

Undi Rosak: 8

2)Keputusan Majlis Presiden pada 26 Ogos dalam menerima cadangan Lembaga Disiplin dan keputusan susulan Jawatankuasa Pusat (jika ada) untuk memecat atau menggantung Soi Lek dibatalkan.

Keputusan bagi resolusi kedua:

Setuju: 1,204

Bantah: 1,095 Undi Rosak: 5

3) Dr Chua dikembalikan jawatan sebagai Timbalan Presiden MCA.

Keputusan resolusi ketiga pula adalah seperti berikut:

Setuju: 1,110

Bantah: 1,184

Undi rosak: 10

Terdahulu, 2,307 perwakilan telah mendaftar untuk mengundi pada EGM MCA hari ini.

Bagaimanapun, tiga orang daripada perwakilan berkenaan tidak mengundi.

Jumlah perwakilan yang hadir pada EGM tersebut ialah 96.93 peratus.

Proses pengundian berlangsung pada pukul 10.30 pagi hingga 12 tengah hari di Dewan San Choon di sini pada Sabtu.

Para pemimpin MCA yang hadir pada mesyuarat ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang telah digantung telah tiba disitu pada pukul 8.10 pagi tadi.

Dr Chua berkata kepada para pemberita bahawa beliau akan menerima apa jua keputusan yang akan dibuat oleh para perwakilan.

Dua Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Kong Cho turut hadir pada mesyuarat khas tersebut hari ini.

Liow berharap para perwakilan pusat akan bersikap matang dan membuat yang bijak untuk kebaikan parti.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat selamat tiba pada kira-kira pukul 9.15 pagi untuk mesyuarat itu.

Mengikut peraturan EGM, pengiraan semula hanya akan dibenarkan sekirannya terdapat perbezaan kurang daripada 1% undi sahaja.

Jika jumlah undi yang diperolehi adalah sama, Speaker mempunyai kuasa untuk mengudi seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti, dalam Arikel 169.

Era Najib Altantuya : BN Gentar Sokongan Terhadap Pas: Rasyid

Barisan Nasional (BN) disifatkan gentar dengan sokongan menggalakkan masyarakat India dan Cina terhadap calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar.

Ahli Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan, Rasyid Latif berkata, sehubungan itu BN didakwa sering melontarkan tohmahan tidak benar dan mengatakan Pas terdesak bagi menutup aib sendiri.

“BN sering melontarkan tohmahan yang tidak benar dan mengatakan bahawa Pas terdesak pada pilihan raya ini, bagi menutup aib sendiri.

“Memandangkan sokongan diperoleh daripada kaum tersebut (India dan Cina) sangat memberangsangkan, kita percaya Barisan Nasional berasa gentar dan gugup berdepan PRK (pilihan raya kecil) ini. Kita yakin Pas akan memenangi pada PRK ini, sekali gus menambah kerusi di Dewan Rakyat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Dalam pada itu menurut Rasyid, konflik dalaman UMNO merupakan kekuatan bagi PR kerana isu tersebut sudah pasti akan dijadikan salah satu bahan berkempen.

“PR atau Pas tidak sama sekali berada dalam keadaan tertekan. Kenapa pula kita perlu tertekan, sedangkan sokongan dan penerimaan rakyat setempat terhadap calon kita sangat memberangsangkan.

“Oleh itu, kita berkeyakinan tinggi bahawa PRK kali ini akan ikut jejak langkah lapan PRK lain, di mana kesemuanya menjadi milik PR. Sama ada menang besar atau tipis, itu adalah tidak penting. Apa yang menjadi pertaruhan sekarang kita harus bekerja keras bagi memastikan kerusi N31 ini menjadi milik PR,” katanya. -SH

Era Najib Altantuya : Lagi 279 Tinggalkan UMNO BN

Seramai 279 orang ahli Umno dari Kampung Batu 4 Sirusa disini telah mengisytiharkan keluar dari parti tersebut dan menyertai Parti keadilan Rakyat (PKR) Majlis perisytiharan ‘keluar Umno’ dan penyerahan borang PKR itu

telah diadakan dipentas ceramah Pakatan Rakyat bersama Ketua Umum PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Kampung tersebut

Antara mereka yang mengisytiharkan keluar dari UMNO adalah Ketua Kampung Sirusa, Encik Zainal, yang telah menjadi ahli Umno selama 15 tahun.

Anwar memulakan kempennya di Bagan Pinang sebaik pulang dari luar negeri, dengan bertemu dengan masyarakat India di Ladang Sua Betong petang semalam.

Ketika berucap dihadapan lebih 500 orang hadirin, beliau berkata, kedatangannya ke Bagan Pinang untuk berkempen bukan kerana mahu melawan calon UMNO, tetapi mahu mengajak rakat kepada perubahan.

Katanya perubahan yang di maksudkan oleh pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan mengangkat calon yang mewakili Pakatan Rakyat Zulkefly Mohamad Omar menjadi wakil rakyat .

”Sebab apa kita sokong calon PAS (mewakili) Pakatan Rakyat Zulkifley Mohamad Omar, sebab kita tahu dia (Zulkefly) punya pendirian, baik PAS atau Keadilan atau DAP, dia mesti jaga (kaum) Melayu, jaga Cina, dan India,

”dulu kita angkat (pilih) calon UMNO dan calon MIC, tapi dia (mereka menjadi) kaya,” katanya.

Katanya, antara perubahan yang beraya dilaksanakan oleh pemerintahan Pakatan Rakyat negeri Selangor adalah pemberian air percuma dan sistem takaful kifalah.

Di Kelantan, katanya, pemerintahan Tuan Guru Nik Abdul Azizi tidak melaksanakan dasar zalim sebagaimana kerajaan Barisan Nasional.

Katanya, rakyat kena berterima kasih kepada pembangkang kerana dapat menyampaikan suara rakyat di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri secara berkesan. -buletinonline

Era Najib Altantuya : 7 Dosa Rasuah Calon UMNO BN

Tinggal 24 jam lagi untuk rakyat membuat perhitungan, sama ada memilih Dzulkefly Mohamad Omar yang dikenali sebagai peribadi yang bersih.

Atau memilih seorang bekas Menteri Besar selama 22 tahun yang dipalitkan dengan pelbagai tuduhan rasuah dan salah penyalahgunaan kuasa.

Berikut adalah beberapa pendedahan yang telahpun dilakukan oleh PAS dan Pakatan Rakyat, tetapi langsung tidak dijawab oleh Tan Sri Mohd Isa Samad

1. 6 tahun penaiktarafan jalan utama Telok Kemang – Pasir Panjang sepanjang 24km terbengkalai.

2. Perparitan dan sistem kumbahan yang gagal berfungsi dengan baik mengakibatkan banjir serta bau busuk, terutama selepas musim hujan.

3. Projek pembangunan terbengkalai, menjadi sarang penagihan.

4. SWM yang gagal mengutip sampah mengikut jadual menjadikan Masalah sampah-sarap dan bau busuk

5. Bandar Pembiakan Lalat dan nyamuk

6. Sebanyak lebih 20 ekar Tanah Rizab Melayu telah dijualkan kepada beberapa hotel pada era Tan Sri Isa Samad menjadi Menteri Besar Besar.

7. Taman Intan Perdana adalah Tanah wakaf yang dicadangkan menjadi kawasan perkuburan Islam telah dijual kepada pemaju secara haram.

Ketujuh-tujuh dakwaan tersebut sudah mejadi pengetahuan umum calon UMNO Tan Sri Mohd Isa Abdul Saad.

Ketujuh-tujuh pendedahan tersebut menjadikan Isa senantiasa dalam sindrom kemaafan, walaupun Umno sedaya upaya cuba mengangkat calon pertaruhan mereka juga. -zainulfaqar

Era Najib Altantuya : Nik Aziz Beri Amaran Kepada UMNO BN Fikir 2 X Sebelum Teruskan Keganasan

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi amaran kepada Umno-BN agar berfikir dua kali untuk meneruskan taktik jahat dan ganas ini dalam usaha untuk mempertahankan kerusi Dun Bagan Pinang yang disandang mereka sebelum ini.

"Sedangkan Saidina Umar al-khattab dan Khalid Ibnu al-walid yang sebelum itu merupakan seorang yang bengis dan kejam pun akhirnya menjadi penyokong dan sahabat setia Rasulullah, inikan pula kita di zaman ini.

"Manusia tidak boleh hidup dengan bersikap degil dan keras, sebaliknya kita perlu hidup dengan ilmu dan akal fikiran untuk menjalani kehidupan dengan
lebih baik," demikian ujarnya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Batu 4, Kampung Sirusa, Bagan Pinang, Port Dickson malam tadi.

Beliau menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang menggunakan keganasan sebagai cara untuk menang dalam pilihan raya merupakan suatu taktik lama yang menjadi amalan sejak tahun 1960-an.

"Ini adalah kerja orang-orang pada zaman dahulu, dan ini adalah kaedah primitif kerana Islam tidak pernah mengajar keganasan," katanya.

Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan mereka yang mengambil kaedah menggunakan keganasan sebagai suatu jalan untuk mencapai suatu kehendak
adalah golongan yang memiliki minda yang tidak mahu berubah.

Ustaz Nik Aziz menempelak mereka yang menggunakan pukulan dan serangan fizikal sebagai jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan kerana ia adalah suatu tindakan yang primitif.

"Orang yang intelektual akan menerima sebarang kesilapan malahan Islam mengajar umatnya mengambil kaedah intelektual, sama ada melalui kaedah ceramah, berdebat dan sebagainya," ujarnya lagi.

Sambil menyatakan kemungkinan Umno-BN kian terdesak untuk memenangi pilihan raya kali ini sehingga sanggup menggunakan taktik keganasan, Menteri Besar Kelantan itu juga menyifatkan kemenangan yang diperolehi tidak berpanjangan.

"Kemenangan yang diperolehi mereka dengan menggunakan kaedah ini tidak membawa ke kubur," katanya lagi.

Kehadiran beliau di Bagan Pinang menarik perhatian penduduk persekitaran sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya kerana masing-masing berpusu-pusu menuju ke program berkenaan.

kira-kira 2,000 orang ramai membanjiri perkarangan rumah Encik Zainal yang menjadi tempat program ceramah diadakan.

Era Najib Altantuya : Selepas Bagan Pinang, Seputeh Menunggu

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yakin selepas pilihan raya kecil Bagan Pinang, pilihan raya kecil akan diadakan di Kedah pula iaitu di Kota Seputeh.

“Insya Allah, selepas Bagan Pinang kita akan ke Kedah pula untuk pilihan raya kecil di sana,” kata Azizan ketika berucap di Taman Sri Rusa, dekat sini.

Azizan memberikan ceramah bagi membantu calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat di Bagan Pinang, Zulkefly Mohamad bin Omar.

Menurut Azizan, Speaker Dun Kedah telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan kekosongan kerusi Kota Seputeh berikutan kegagalan Adunnya menghadiri sidang Dun sebanyak dua kali berturut-turut.

“Kita telah melantik tujuh peguam untuk mengkaji balik keputusan SPR yang memohon permohonan Speaker kita,” kata Azizan.

Beliau yakin, kes ini berpihak kepadanya berdasarkan undang-undang yang ada di negeri Kedah.

“Ada pemimpin Umno kata kita membazirkan duit...Saya kata, saya rela bazirkan duit untuk adakan pilihan raya semula dari terus membayar gaji Adun yang pemalas...nak datang sidang Dun pun malas,” katanya disambut sorakan orang ramai.

Azizan berkata, tugas pemimpin dan penyokong PAS adalah untuk berusaha memenangkan calon Pakatan dalam mana-mana pilihan raya pun.

Azizan memberikan ceramah di sebuah Pasti dalam peti undi Si Rusa yang dibantu oleh PAS Kedah dan PAS Johor. Turut mendengar ucapan beliau adalah para petugas PAS Kedah dan Johor yang datang ke Bagan Pinang untuk memastikan calon PAS menang.

Selain Azizan, para petugas PAS dari seluruh negara juga turut turun ke pilihan raya kecil ini. Jumlah mereka bertambah selepas kejadian Rabu lepas apabila petugas PAS diganggu dan diserang oleh petugas Umno.

Antara mereka adalah seorang aktivis Unit Amal PAS dari Gua Musang, Kelantan.

Husin bin Hassan sudah berumur 59 tahun namun beliau adalah seorang aktivis Unit Amal yang penuh semangat. Beliau bersama rakannya dari Kampung Jeram Tekoh, Gua Musang, Raja Mahasan bin Raja Sulaiman, ditugaskan mengawal Markas Besar PAS di Batu Tiga, Port Dickson.

“Sebelum Bagan Pinang, saya dah bertugas di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan juga Permatang Pasir baru-baru ini,” kata Husin penuh semangat walaupun sudah lanjut usia.

Ekoran kejadian Rabu lalu, para petugas PAS memenuhi Bagan Pinang. Mereka datang bukan untuk bergaduh tetapi bagi memastikan pilihan raya ini berjalan penuh tertib.

“Saya akan memastikan peraturan diikutlah,” kata Husin ketika ditanya apa yang beliau akan buat jika ada mana-mana pihak cuba membuat kacau di situ.

Nizar Bantu Kempen Bagan Pinang Tarik Pengundi Bukan Melayu

PAS dan Pakatan Rakyat memanafaat sepenuhnya populariti anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang ini khasnya di kalangan penduduk Cina dan India.

Nizar telah diseret kemana-mana untuk bertemu dengan masyarakat Cina dan India di sini. Beliau telah menggunakan sepenuhnya kebolehannya untuk berkomunikasi dengan mereka melalui istilah-istilah Mandarin dan Tamil yang beliau tahu. Namun isunya tetap sama, kelayakan calon Umno, Tan Sri Mohd Isa Samad untuk menjadi pemimpin.

Empat isu (mungkin senjata ampuh pakatan) berkaitan dengan Isa akan dibongkar beliau menjelang pilihan raya kecil (PRK) DUN Bagan Pinang.

Perkara itu diberitahu Nizar yang juga AJK PAS Pusat itu dalam ceramahnya. Nizar menyifatkan Isa bukan dari personaliti yang layak untuk dipilih sebagai calon, apatah lagi kalau untuk diamanahkan menjadi pemimpin rakyat.

Tegasnya, Umno bukan tidak menyedari realiti, walaupun menang, namun kredibiliti Isa selama-lamanya akan terus dipertikaikan umum. Tetapi oleh kerana terdesak lantaran bertubi-tubi diugut, ditekan, membuatkan Umno seperti kehilangan punca, buntu dalam membuat keputusan maka dilema itu menterpaksakan mereka memilih Isa.

“Sebab, sudah terang lagi bersuluh beliau tidak tergolong dari orang-orang yang beramanah. Kalau betul-betul jujur dia (Isa) tidak lakukan amalan rasuah semata-mata untuk mendapatkan tempat teratas dalam pemilihan Umno dulu,” jelasnya dalam sesi kempen menjelang PRK DUN tersebut dekat sini.

Pada Jun 2005 Isa digantung keahliannya di dalam Umno selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin Umno setelah mengesahkannya terlibat dengan amalan rasuah (politik wang) dalam Pemilihan Agung Umno 2004.

Beliau bersalah terhadap lima daripada sembilan pertuduhan politik wang, antaranya membabitkan penganjuran pertemuan mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.

Penggantungan itu sekaligus mendesak Isa melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Wilayah Persekutuan yang dipegangnya dalam masa singkat.

Menjurus kepada perkembangan yang sama, para pemerhati politik menilai pencalonan Isa ibarat “dicalon mati mak, tidak dicalon mati ayah”. Dalam keserbasalahan itu Umno sebenarnya terumbang ambing di medan perjudian yang amat getir hanya menunggu lihat jika untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Sementara itu Nizar, ketika ditanya mengenai empat perkara tersebut meminta semua bersabar kerana ia akan didedahkan bila tiba masanya nanti (dalam masa terdekat ini).

Sehubungan itu, sementara menunggu waktunya, orang ramai terus diselubungi persoalan, apakah ini satu realiti atau gimik politik sebagai strategi pejuang pakatan? Sebab tempoh berkempen menjelang hari pengundian cuma tinggal dua hari saja lagi.

Apa pun, perlu difahami bahawa seorang pahlawan tidak akan menggunakan senjata keramatnya sebelum tiba di puncak sewajarnya. Dan Nizar pun (dengan kebijaksanaannya) barangkali sedang menunggu puncak sewajarnya itu. -MI

9 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Masa Untuk Tolak Politik UMNO Yang Kotor

Masa untuk rakyat menolak politik Umno yang kotor

Oleh HASHIM ABDULLAH

Ramai yang mula menganggap PRK Bagan Pinang adalah pilihanraya yang terkotor dalam sejarah walau pun tempoh berkempennya belum tamat. Berbagai insiden ganas yang dikatakan dilakukan pemuda Umno semalam termasuk insiden menetak dengan parang kepala pemuda PAS sesuka hati.

Peliknya kejadian samseng pemuda Umno itu, ia seolah-olah dirancang secara rap. Malahan ianya nampak halal kerana dibiarkan berlaku begiu rupa.

Mengapa polis tak mampu cegah keganasan?

Anehnya pada setiap PRK pihak keselamatan terutama polis berhimpun pada sekala yang besar. Ini tidak terkecuali di Bagan Pinang. Kebanjiran pihak keselamatan disetiap PRK selalu dibantah oleh pemimpin politik pembangkang dari Pakatan Rakyat atas alasan rakyat tidak selesa atas kehadiran begitu ramai Polis.

Namun, apa yang selalu di dengar, pihak polis memberi alasan bahawa kehadiran mereka yang ramai untuk menjaga keamanan dan keselamatan.

Tetapi dengan peristiwa pemuda Umno memarang pemuda PAS sesuka hati dan dikatakan berlaku tidak jauh dari balai polis di Bagan Pinang maka timbul pula persoalan adakah pihak polis telah menjaga keamanan dan keselamatan?. Ini yang peliknya.

PRK Bagan Pinang terkotor

Ya betul, PRK Bagan Pinang adalah yang terkotor, dikatakan juga sekotor calon perasuah kebanggaan Umno. Anehnya kekotoran dalam setiap PRK akan berlaku pada setiap kali kalau ianya melibatkan penyertaan Umno.

Kalau bukan Umno barangkali, hatta kalau dari parti kompenan BN lain pun mungkin lain sedikit, tidak sekotor dengan penglibatan Umno.

Di PRK Bagan Pinang ini ia melibatkan Umno. Maka mahu tidak mahu ia terpaksa jadi kotor. Penyerapan budaya Umno dalam pilihanraya seperti rasuah dan keganasan terpaksa diterima rakyat. Sebagaimana kotornya setiap kali berlaku pemilihan dalaman Umno maka PRK yang melibatkan Umno juga terpaksa turut kotor.

Bagan Pinang seperti Lubok Merbau?

Kalau dalam pemilihan Umno, pemimpin merasuah ahlinya maka dalam setiap pilihanraya rakyat pula dirasuah. Kalau dalam pemilihan Umno ada adegan baling kerusi maka dalam pilihanraya kecil rakyat pula ditetak. Demikianlah apabila ianya melibatkan Umno.

Ini bukan isu baru, ahli PAS dan rakyat keseluruhan masih ingat peristiwa Lubok Merbau dan banyak peristiwa lain.

Rakyat mampu bersihkan kekotoran Umno

Negara kita sedang menghadapi krisis kekotoran yang sukar untuk dibersihkan. Kekotoran kuasa, kekotoran minda yang akhirnya melahirkan kekotoran sikap pemimpin negara yang menyaluti pemimpin Umno yang berkuasa . Sukar untuk dibersihkan tetapi boleh dibersihkan jika rakyat bersatu hati mahu membersihkannya.

Kalau kita teliti dengan cermat kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Umno mengenai calonnya yang rasuah, maka kita akan dapat simpulkan bagaimana mereka masih belum mampu keluar dari sikap yang pengotor itu. Rakyat sepatutanya bimbang dengan keadaan ini. Negara dalam bahaya jika dibiarkan pemimpin yang kotor dengan rasuah ini terus berkuasa.

Nasihat Mahathir tidak ada harga

Keadaan ini diakui sendiri olen Mantan Perdana Menteri yang juga Mantan Presiden Umno, Tun Mahathir Mohamad. Keengganan Umno untuk membersihkan tubuh mereka dari elemen rasuah menyebabkan Tun Mahathir terpaksa memulaukan kempennya untuk Umno di Bagan Pinang.

Mahathir cuba bersikap tegas dalam isu rasuah. Tetapi apa yang ada pada nasihat Mahathir lagi. Dia tidak punya kuasa apa-apa. Malahan tak ada siapa pun yang mahu percaya Umno mahu menerima nasihat Mahathir itu. Mahathir tidak akan mampu menghalang budaya kotor dalam Umno. Pencalonan Isa Samad itulah buktinya. Nasihat Mahathir tidak ada harga lagi.

Pemimpin Umno halalkan cara

Bagi menghalalkan cara, pemimpin Umno yang berkuasa mengeluarkan kenyataan yang mahu rakyat menerima sebagaimana yang diucapkan Timbalan Presiden Umno, Mahyiddin Yassin dalam kenyataannya selepas pengistiharan Isa Samat sebagai calon Umno, di Bagan Pinang..

Kata Mahyiddin, oleh kerana ini adalah pilihanraya kecil, apa yang penting ialah rakyat didahulukan, rakyat di Bagan Pinang mesti didahulukan, mana rakyat hendakkan, itu yang kita akan beri.

Kenyataan pemimpin Umno tidak berprinsip

Menyokong kenyataan Timbalan Presiden Umno itu ialah kenyataan Naib Presidennya Dato’ Seri Hishammuddin Hussein yang turut mempunyai maksud yang sama. Kata Hishammuddin dalam memperkatakan pencalonan Isa Samad,

“Beliau adalah calon yang sangat tepat untuk BN. Ini adalah pilihan rakyat dan dan kita perlu menghormati kehendak rakyat. Rakyat didahulukan”. Kenyataan kedua pemimpin Umno tertinggi ini disiarkan media secara terbuka dan telah dibaca secara meluas diseluruh Negara.

Dalam dunia yang serba moden dan pintar sekarang ini sukar untuk kita percaya kenyataan sebegini boleh keluar dari pemimpin tertinggi Umno. Tetapi itulah yang berlaku. Mereka mengeluarkan kenyataan yang sangat tidak berprinsip disaat rakyat dan negara sangat memerlukan kepimpinan yang berprinsip dan bertanggung jawab.

Isa Samad telah dihukum Umno kerana rasuah,.ini bererti Isa Samad memang pernah melakukan rasuah.Pencalonan beliau sudah tentu memberikan implikasi buruk keatas imej kepimpinan negara.

Sebab itu rakyat mestilah ada kebimbangan jika mereka memilih Isa Samad maka ini bererti mereka turut menyumbang kepada berlakunya kadar peningkatan indeks rasuah dalam negara.

Umno kelirukan Konsep Rakyat Didahulukan

Sedangkan diperingkat antarabangsa negara kita telah tercemar dengan teruk atas isu rasuah. Ini memalukan, Atas isu rasuah bagi Umno ianya seolah-olah tidak mengapa asalkan mereka boleh mengekalkan kuasa.

Kalau dilihat akan implikasi dari kenyataan pemimpin Umno itu ialah kalau rakyat hendakkan pemimpin rasuah mereka boleh berikan perasuah. Kalau rakyat hendakkan pemimpin mereka perompak Umno boleh berikan perompak, itulah yang difaham dari pemikiran mereka. Mereka guna alasan ‘Rakyat Didahulukan’. Mereka mengelirukan rakyat atas konsep tersebut.

Inilah mentaliti pemimpin Umno, itulah budaya mereka. Sebab itu sukar bagi Negara membentuk budaya bersih, telus dan berintergriti sebagaimana dibimbangi Tun Mahathir.

Tidak ada pemimpin bersih dalam Umno

Untuk membentuk budaya bersih dalam pemerintahan maka pemimpinnya perlu lebih terdahulu bersih. Tetapi dalam Umno seolah-olah tidak ada yang bersih, itu masalahnya.

Sebab itu, Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak apabila diasak mengenai ketidakpuasan hati rakyat terhadap pencalonan Isa Samad sebagai calon Umno di Bagan Pinang terpaksa melakukan pembelaan tidak waras.

Kata Najib, dari segi kesalahan, hukuman (yang dijalaninya) sudah berat, oleh itu Isa perlu diberi peluang. Dia tidak pernah menentang parti walaupun (ketika itu setelah diambil tindakan) tidak lagi berada dalam parti. Insya-Allah, Isa ada peluang yang baik (untuk menang).

Kenyataan Najib ini jauh terpesong dari ajaran Islam, malahan juga dari system pendidikan kovensional. Memanglah, manusia ini kecuali para Nabi tidak sunyi dari melakukan salah dan silap,.itu kita akui, kita memang bukan maksum kerana kita bukan nabi.

Walau bagaimana pun ada cara dan ada system yang diajar bagaimana untuk kita membetulkan salah dan silap yang telah kita lakukan untuk kembali menjadi manusia bersih. Ada cara membetulkan kesalahan dan kesilapan.

Isa Samad belum bertaubat?

Proses membetulkan kesalahan dan kesilapan samada yang kecil apa lagi yang besar macam kesalahan rasuah Isa Samad itu memerlukan dua proses penting iaitu taubat dan hukuman.

Mengikut cara Najib, Isa Samad telah melalui proses hukuman yang dilaksanakan Umno. Kena atau pun tak kena dengan undang-undang, itu lain kira bagi dia. Tetapi Umno dah kenakan hukuman. Cara itu hanya diterima oleh Umno. Kalau Isa nak bertanding dalam Umno mungkin ada lojiknya cara itu kerana itu budaya Umno.

Tetapi apabila bercakap dalam menentukan kepimnpinan negara maka cara hukuman Umno itu sangat tidak releven. Cara hukuman Umno keatas Isa itu tidak diterima rakyat secara keseluruhan, apa lagi kalau dihubungkaitkan dengan perundangan.

Untuk memilih pemimpin, Islam menuntut pemimpin yang ingin dipilih itu mestilah terdiri dari yang bersih. Oleh yang demikian itu Isa perlu membersihkan dirinya. Persoalannya adakah Isa sudah membersihkan dirinya?, apakah Isa sudah bertaubat?.

Taubat dalam Islam memerlukan Isa melakukan tiga perkara iaitu menghentikan amalan rasuah, menyesal kerana telah melakukan rasuah dan berikrar tidak akan melakukan rasuah. Apakah ini telah dilakukan Isa Samad?. Rakyat tidak mendengar pengakuannya.

Tidak mungkin Isa dan Umno boleh meningalkan rasuah jika mereka tidak berazam untuk meninggalkan rasuah. Rasuah sudah menjadi budaya mereka.Lihat saja cara mereka berkempen dalam menghadapi pilihanraya. Rasuah digunakan sebagai senjata Justeru bagaimana untuk kita percaya mereka boleh meninggalkan rasuah.

Sebab itu kalau negara ini mahu dibersihkan dari rasuah maka yang boleh membersihkan negara ini dari amalan rasuah bukan Umno atau Isa Samad, tetapi rakyat. Umno dan Isa tidak boleh kerana mereka telah berada dalam najis rasuah.

Kalau mahu melihat amalan rasuah itu kesalahan dan dosa maka yang melihat rasuah itu kesalahan dan dosa bukan Umno tetapi rakyat. Barangkali sebab itulah Mahathir desak rakyat tolak pemimpin Umno yang rasuah.

Rakyat Bagan Pinang mampu tolak calon rasuah

Tidak cukup dengan cara penolakan Mahathir rakyat di Bagan Pinang perlu bertindak lebih jauh dari itu.. Rakyat di Bagan Pinang mestilah tahu bukan hanya calon Umno yang rasuah yang mesti ditolak tetapi Umno itu sendiri sebagai parti rasuah.yang juga perlu ditolak.

Jika rakyat bersetuju amalan rasuah itu kesalahan dan dosa, maka rakyat jugalah yang perlu berani dan tegas menolak parti rasuah dan calonnya yang rasuah. Hanya itulah cara untuk menjaga kesejahteraan rakyat dan negara. -sidangonlinr

Era Najib Altantuya : UMNO Yang Gagal, Bukan PAS

Jika ingin melihat contoh parti yang gagal melaksanakan tanggungjawab pada rakyat serta bercelaru di Negara ini, ianya adalah parti Umno dan rakan rakan dalam Barisan Nasional (BN)".

Itu antara reaksi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, membalas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mendakwa Kelantan sebagai contoh kegagalan PAS.

"Jika dia (Muhyiddin) kata rujuk Kelantan sebagai contoh kegagalan PAS, saya pula nak kata Umno dan BN contoh parti yang bercelaru serta membawa banyak masaalah," ujarnya kepada media di pejabatnya semalam.

Muhyiddin dalam kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang menyeru rakyat mengambil Kelantan sebagai contoh kegagalan PAS membangunkan negeri itu sejak 20 tahun lalu dan sebaliknya menilai rekod kejayaan Barisan Nasional (BN).

Tuan Guru bagaimanapun menafikan kenyataan Muhyiddin itu sambil menyifatkan orang nombor dua pemimpin Negara itu sebagai sengaja ingin membutakan mata bagi menutup kemajuan serta pembangunan pesat Kelantan.

Sambungnya, beliau hanya ingin memberikan jawapan yang sama sebagaimana menjawab tuduhan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed yang turut mendakwa perkara yang sama.

Tambahnya, sekiranya Kelantan mundur serta kuasa membeli rakyat rendah, pelabur tentunya tidak akan melabur lagi di negeri itu.

"Kenapa nak cari nahas kerugian kalau Kelantan mundur," soalnya.

Menurutnya lagi, kerana Kelantan semakin maju antaranya boleh dilihat pada pasaraya besar sebagaimana yang terdapat di negeri lain seperti Tesco, Giant, Parkson, juga turut terdapat disini disamping pasaraya lain seperti The Store, Pasiffic, Billion, Pantai Timur Hypermarket dan lain lain lagi.

Sambungnya, beliau juga dijangka akan merasmikan sebuah pasaraya baru Nirwana minggu hadapan.

Beliau juga turut menambah, kerana kemajuan juga bank yang berteraskan Islam di negeri itu semakin bertambah ekoran kesungguhan kerajaan negeri yang mengutamakan dasar Islam pada pentadbirannya.

"Jika sebelum ini hanya ada Bank Islam, namun kini bank bank lain juga turut menggunakan kaedah Islam dalam usaha memberi peluang pada masyarakat menggunakannya tanpa riba,"ujarnya lagi.

Era Najib Altantuya : Jangan Bersokongkol Dengan Parti Rasuah

Hari demi hari, ada sahaja pendedahan yang berkait dengan calon BN, Tan Sri Isa Samad didedahkan. Jika di media kerajaan pastinya semua laporan pendedahan ini tidak dibenarkan. Ketelusan laporan ini hanya diperolehi oleh rakyat sama ada di media alternatif dan ceramah Pakatan Rakyat sahaja.

"Umno yang bersalah atau Isa Samad yang bersalah? Adakah semua ini keluar dalam surat khabar dan televisyen BN?" soal Ustaz Hamid Derami dalam satu majlis di Expo Kenali Kelantan semalam, dekat sini.

Beliau yang merupakan bekas penceramah popular Umno satu ketika dulu
turut mengulas sejarah hitam Isa Samad yang digantung keahliannya selama tiga tahun; didakwa menggunakan politik wang semasa pemilihan pucuk pimpinan tetinggi UMNO.

"Jika Isa Samad tidak bersalah, menjadi kesalahan besar bagi Umno memecat orang yang tidak bersalah,

"Tetapi jika sememangnya Isa Samad memang bersalah, Umno memang sah tidak bertanggungjawab meletakkan perasuah sebagai calon untuk menjadi wakil rakyat,"
tegasnya dihadapan ribuan pendengar yang hadir malam tadi.

Sehubungan itu beliau yang kini ahli PAS seumur hidup mengingatkan pengundi di Bagan Pinang untuk tidak bersekongkol dengan 'parti rasuah'.

Expo Kenali Kelantan sebelum itu turut di ceriakan dengan puisi, sajak dari seniman terkenal, Saudara Dinsman. Ribuan pengunjung yang datang dari segenap pelusuk negeri tidak berganjak dari tempat duduk kerana menanti ketibaan yang ditunggu-tunggu iaitu kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketika menemuramah beberapa orang pengundi Bagan Pinang itu, mereka berkata, "Kami mahu melihat lebih dekat lagi wajah Tuan Guru dan mendengar sendiri ceramah daripada beliau sebagai pelengkap "Little Kelantan",

"Kami nak dengar penjelasan Menteri Besar itu sendiri berkenaan dakwaan BN yang mengatakan Kelantan tidak maju bawah PAS, kami tahu cakap-cakap Muhyiddin tu bohong belaka," ujarnya yang teruja untuk bertemu mata dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Era Najib Altantuya : Kini Masanya Untuk Bagan Pinang Menangkan PAS

Jika hendak dikira, barangkali jasa selama 22 tahun Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, hampir menyamai jasa-jasa Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sebagai PM, Mahathir merupakan orang yang bertanggungjawab membangun serta mengharumkan nama negara, sehingga terkenal di mata dunia.

Jasa-jasa Mahathir kepada negara cukup besar untuk dikenang dan direkodkan dalam buku-buku sejarah. Manakala sebagai MB, Isa turut punyai tanggungjawab yang sama.

Harus diingat bahawa tugas kedua-dua Mahathir dan Isa sama sahaja. Mereka adalah orang yang diberi tanggungjawab untuk menjalankan amanah rakyat, memimpin dan membangunkan negara.

Sesebuah negara menjadi maju atau membangun, bukan kerana keberkesanan atau kekuatan ideologi yang menjadi dasar pemerintahan.

Sama ada Negeri Sembilan, mahu pun Malaysia, membangun bukan kerana dasar-dasar nasionalisme Umno, MCA dan MIC dalam Barisan Nasional.

Komunis di negara China juga buat pembangunan. Malah dengan dasar komunis itulah hari ini China sudah menjadi antara kuasa ekonomi dunia yang disegani.

Walau apapun dasar sesebuah parti yang memerintah sesebuah negara, pembangunan tetap menjadi tanggungjawab utama kerajaan.

Oleh itu rakyat tidak harus termakan dengan dakyah Umno-BN yang mengatakan negara maju kerana pemerintahan mereka. Kerana jika tidak wujud BN pun negara tetap akan membangun, jika tiada Isa Samad pun, Negeri Sembilan tetap akan membangun juga.

Jasa-jasa ini tidak perlu diungkit. Jasa-jasa Mahathir selama 22 tahun bukan jaminan untuk beliau terus dihormati atau diterima sebagai pemimpin. Begitu juga dengan Isa Samad.

Cuba pembaca imbas kembali apa yang terjadi kepada Mahathir. Bayangkan betapa hebatnya beliau sebelum meletakkan jawatan pada tahun 2003. Apa yang terjadi?

Fakta membuktikan, belumpun dua minggu Mahathir digantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebahagian besar pemimpin Umno-BN sudah lari meninggalkan beliau.

Malah ketika Mahathir membuat teguran kepada Abdullah, Mahathir dimaki hamun, dihina, ditindas, dikalahkan dalam pemilihan. Siapa punya kerja semua ini? Tidak lain dan tidak bukan, semuanya ini dilakukan oleh pemimpin Umno-BN sendiri.

Mereka ini, hampir semuanya menjadi pemimpin, dilantik jawatan penting dalam kerajaan, menikmati kemudahan dan kesenangan dalam hidup, semuanya kerana jasa Mahathir.

Tetapi kerana kepentingan peribadi, perangai mereka menjadi buruk. Mereka lupa daratan dan menjadi seperti 'anjing yang menggigit tangan tuan yang memberinya makan.'

Rakyat harus berfikir, mengapa Mahathir yang banyak berjasa kepada orang-orang Umno-BN, suatu ketika disanjung dan dicium tanggannya, dilayan 'macam hampas' oleh mereka?

Sikap mereka ini hanya menunjukkan bahawa perjuangan nasionalisme dalam diri mereka sudah terhakis dan mati. Nasionalisme Umno, MCA dan MIC mati kerana pemimpin mereka sudah begitu tamak dan menganut fahaman materialistik.

Justeru, jika orang Umno-BN sendiri yang tidak tahu mengenang jasa ketua mereka yang begitu hebat seperti Mahathir, mengapa rakyat Bagan Pinang harus terpedaya untuk mengenang jasa Isa?

Mahathir sudah tidak relevan, Isa juga sudah tidak relevan dan mengenang jasa Isa juga sudah tidak relevan sama sekali.

Semuanya menjadi tidak relevan kerana dasar nasionalisme yang diamalkan Umno, MCA dan MIC, sudah lapuk dan semakin ditolak rakyat.

Usaha mempertaruhkan Isa hanya kerana populariti beliau di Bagan Pinang, hanya menunjukkan bahawa Umno-BN sudah tidak semakin yakin dengan dasar perjuangan mereka sendiri.

Bagi mereka kepentingan bangsa, agama dan negara tidak menjadi keutamaan lagi. Tidak kisah letak siapa, penyamun ke, perompak ke, penjenayah ke, perasuah ke, asalkan yang penting Umno-BN menang.

Meletakkan Isa sebagai calon BN selepas dijatuh dan dipalitkan dengan tuduhan jenayah rasuah, adalah seumpama 'mengkitar tong najis, kemudiannya dimasukkan nasi di dalamnya' buat jamuan kepada rakyat.

Oleh itu, kita mengharapkan rakyat Bagan Pinang, supaya tidak terpedaya dengan kepalsuan yang dihidangkan di hadapan mereka oleh Umno-BN.

Mereka harus bertindak bijak mengikuti jejak langkah rakan-rakan pengundi di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau, Bukit Gantang, Penanti, Manek Urai dan terakhir di Permatang Pasir.

Inilah masa terbaik untuk rakyat meninggalkan Umno-BN dan mengundi calon Pakatan Rakyat daripada PAS. Selamat mengundi! -Mohd Rashidi Hassan