20 Dis 2013

[PANAS] "1Malaysia" Pada Kalimah ALLAH?

ALLAH UMNO ALLAH 1 MALAYSIA?

UMNGOK Pejuang kalimah Allah..? Perjuangkan kalimah jer ke? hukum2 Allah buang dalam tong sampah?

Alahai Amran PEKIDA.. Alif pun diganti dengan no 1.. patol bari, zamihan, noh gadut dan zim zim ala kazim x pernah ajar umngok eja kalimah Allah ke?

Cuba eja "Satu(Malaysia) Lam Lam Ha.." apa bunyinya?

Bunyinya... "umno memang bangang...!!"

Sekian terima kasih.. -fb Iman Shauqah

ULASAN GB

Demikian berjalannya hukum kebenaran dan keadilan - ia mendedahkan kejahilan kumpulan yang kononnya nak perjuangkan kalimah Allah dan yang kononnya nak perjuang akidah Islam. Sedang dirinya sendiri tak tahu yang dia sendiri jahil terhadap perkara basic terhadap akidah, tentang kalimah Allah dan ajaran agamanya sendiri.

Pergilah kemana-mana blog macai UMNO dan FB mereka... anda akan dapat mengesan kejahilan mereka terhadap Islam tetapi berhiruk pikuk nak perjuangkan akidah Islam. Dengan bermodalkan fitnah-fitnah, dengan berbahasa lucah dan makian-makian dan dengan grafik porno memenuhi ruang blog dan fb mereka - ia amat mendedahkan kemunafikan dan kejahilan yang sangat ketara.

Camkanlah, semakin banyak mereka berbicara tentang Islam, tentang akidah, tentang kalimah... akan semakin banyak terdedah pekung mereka... itulah hukum kebenaran dan keadilan yang tidak dapat ditolak dan dinafi.

JAKIM sepatutnya mensekolahkan blogger-blogger dan facebooker macai UMNO ini di kelas pemulihan akidah ... ia lebih besar manafaat dan pahalanya daripada menggegarkan negara dengan menuduh pemimpin PAS dengan isu Syiah yang sehingga kini tiada buktinya.

[VIDEO] Touch n' Go Kena Godam Guna Telefon Pintar


Petaling Jaya: Rakaman video yang memaparkan aksi seorang individu menggunakan telefon bimbitnya untuk menggodam mesin pengimbas Touch n' Go di sini, tersebar meluas di laman sosial Facebook, sejak awal minggu ini.

Pada Isnin, seorang pengguna Facebook memuat naik rakaman video berdurasi 45 saat menunjukkan aksi yang berlaku dalam sebuah kereta di lebuh raya yang tidak diketahui.

Posting berkenaan menerangkan bagaimana tindakan seorang penggodam menggunakan telefon pintarnya untuk melangkaui sistem debit sekaligus menyebabkan palang pagar di plaza tol terus terbuka.

Klip video berkenaan memaparkan aksi pemandu kereta itu menggunakan telefon pintarnya sebagai aplikasi di kaunter Touch n' Go sebaik sahaja dia tiba di plaza tol.

Individu berkenaan dilihat menggunakan telefon pintarnya sebagai alat untuk menggodam mesin pengimbas Touch n' Go di plaza tol tersebut.

Sebaik sahaja keretanya menghampiri, plaza tol, pemandu berkenaan melekapkan telefonnya di kaunter pengimbas Touch n' Go.

Pegimbas berkenaan kemudiannya mengeluarkan bunyi bip, dan pemandu berkenaan kemudiannya berlalu pergi sebaik sahaja palang tol berkenaan dinaikkan.

Dalam respon segera, wakil Touch n' Go berkata syarikatnya telah menyedari kewujudan video berkenaan sejak 18 Disember lalu.

"Buat masa ini, Touch n' Go sedang menjalankan siasatan menyeluruh dalam isu berkenaan," kata wakil tersebut. -mstar


Tampal Pelekat TG Nik Aziz Di Cermin Kereta Kena Saman


Petaling Jaya: Gara-gara meletak kenderaan di kawasan larangan dan menampal gambar Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di cermin depan, seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) didenda oleh pihak berkuasa universiti berkenaan.

Insiden itu dipercayai berlaku di UiTM, Kampus Sri Iskandar, Perak.

Sebuah gambar kereta yang dikunci tayarnya, tersebar di laman media sosial selepas dimuat naik di Facebook Page, Nik Aziz, mendapat lebih 10,500 likes dan dikongsi 1,400 pengguna, dua jam selepas disiarkan pada pagi Khamis.

Rata-rata pengguna Facebook mengutuk tindakan pihak berkuasa universiti tersebut kerana dikatakan menyekat kebebasan untuk berpolitik.

Kesalahan yang dinyatakan dalam kertas saman itu bertulis, 'Meletak kenderaan di kawasan larangan' dan 'menampal pelekat Tuan Guru Nik Aziz - Ahli politik/PAS'.

Menurut sumber di institut pengajian awam berkenaan, sebelum kejadian itu berlaku, satu risalah dikatakan telah diedarkan bagi melarang pelajar-pelajarnya membawa fahaman politik kepartian ke dalam kampus.

Bagaimanapun, pegawai UiTM yang bertanggungjawab tidak dapat dihubungi dan kakitangan lain enggan memberikan sebarang komen. -mstar


19 Dis 2013

[VIDEO] Ada Puting Beliung Berlaku Di Johor Bahru?


Johor Bahru: Imej dan klip video yang mendakwa berlakunya kejadian 'puting beliung' di Johor tersebar di Internet pada petang Rabu.

Facebook dan Twitter kecoh, apabila ramai yang melahirkan rasa bimbang mereka dengan kejadian puting beliung berkenaan.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu kejadian tersebut dimaklumkan sebagai belalai air dan dilaporkan berlaku di kawasan pesisir pantai Lido pada pukul 4 petang.

Seorang pelajar, Mohd Aqil Mohd Faiz, 17, berkata ini merupakan kali pertama dia menyaksikan suasana seperti itu.

Kejadian itu berlaku ketika dia sedang memandu di sepanjang Jalan Skudai dekat sini pada pukul 4 petang.

"Ia muncul tidak tahu dari mana dan saya dapat melihatnya dengan jelas daripada dalam kereta saya," katanya sambil menambah dia sangat teruja dan agak takut ketika menyaksikan fenomena berkenaan.

Hasliana Mohamed, 33, berkata dia melihat kejadian berkenaan daripada pejabatnya di Hospital Sultanah Aminah pada pukul 4.40 petang.

"Saya nampak ia membentuk angin yang sangat kuat. Saya sangat takut dan bergegas ke arah kereta dan segera memandu pulang ke rumah," katanya. Sementara itu, jurucakap Jabatan Meterologi mengesahkan fenomena yang berlaku ialah belalai air.

"Belalai air ialah pusaran angin yang terbentuk di permukaan air dan kerap berlaku di iklim tropika.


"Ia sering terjadi ketika ribut petir berlaku. Kekutan angin yang dibawa tidak sekuat puting beliung," katanya.

Beliau menambah jabatan berkenaan menerima beberapa panggilan telefon berkaitan dengan kejadian tersebut, namun tidak ada yang dicatatkan berlaku pada satelit mereka.

"Kami kemudiannya menganalisis gambar dan video berkaitan dengan insiden itu dan mengesahkan ia bukan fenomena puting beliung sebaliknya belalai air. Jurucakap itu menambah belalai air hanya muncul dalam tempoh masa yang singkat dan beliau menggesa penduduk supaya bertenang. -mstar


Benarkah Ada Perhimpunan Nak Gulingkan Kerajaan?


Kuala Lumpur - Polis meminta seorang individu yang gambarnya tertera dalam satu poster menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyertai Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini, untuk tampil segera membantu siasatan.

Poster terbabit yang menampilkan wajah seorang lelaki berkaca mata hitam dan mengikat kain berwarna kuning di kepala, dikesan tersebar di internet sejak semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya berharap individu yang wajahnya tertera pada poster berkenaan dapat menyerah diri secepat mungkin.

"Kita perlukan dia untuk membantu siasatan bagi memastikan, adakah dia yang membuat hebahan tersebut atau gambarnya disalah guna oleh individu lain.

"Kita perlu memastikan perkara ini terlebih dahulu kerana sejauh mana kesahihan seruan memanggil anak-anak muda menyertai himpunan tersebut belum diketahui," katanya selepas Majlis Penyerahan Cek Derma Pengajian Anak-anak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak RM30,000 daripada Persatuan Komuniti Korea di negara ini yang disampaikan melalui Duta Korea ke Malaysia, Cho Byung Jae, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun memandang serius perkara tersebut kerana jika ia benar (himpunan), mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 124 C Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Menurutnya, siasatan juga akan dibuat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 Sosma kerana ia melibatkan kesalahan keselamatan.

Menurutnya, satu laporan polis juga dibuat semalam dan pihaknya sudah mengambil langkah-langkah proaktif berhubung perkara tersebut.

"Orang awam dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan kenyataan atau perkara yang cuba dilakukan pihak penganjur.

"Kita melihat perkara ini sebagai satu ancaman serius kepada negara. Kita akan pantau dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat," katanya.

Khalid berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung perkara tersebut diminta menghubungi Asisten Superintendan N Krishnamoorthy di talian 03-22666178 atau 019-29992694 bagi membantu siasatan. -SH

ULASAN GB

Betulkan ada perhimpunan nak gulingkan kerajaan?

Nampaknya setiap kali hendak diadakan perhimpunan rakyat setiap kali itu ada momokan bahawa ada pihak tertentu yang nak buat perhimpunan untuk mengguling kerajaan.

Yang agak menarik pihak polis menunjukkan ada gambar poster "suspek" yang menyeru kepada demonstrasi berkenaan. Kita tak tahu daripada mana polis perolehi gambarnya sebab ianya tak pun tersebar di laman sosial seperti facebook, twitter, blog dsbnya. Jika tidak sudah pasti susah gegak gempita alam siber ini dengan seruan tersebut.

Kerajaan yang ada tidak perlu digulingkan oleh rakyat. Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan dimana sesebuah kerajaan akan terguling dengan sendirinya apabila ia sudah tidak layak untuk memerintah negara.

Olehi itu tidak ada perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan. Yang ada ialah satu perhimpunan membantah kenaikan kos hidup, bukan perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan, seperti laporan di bawah ini:

Pakatan, aktivis, rancang demonstrasi raksasa Hari Buruh bantah kenaikan kos kehidupan


Demonstrasi raksasa untuk membantah kenaikan kos kehidupan, rasuah dan pembaziran kerajaan sedang dirancang Pakatan Rakyat (PR) dan kumpulan aktivis kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu malam tadi.

Demonstrasi raksasa 1 Mei akan menjadi kemuncak kepada bantahan kecil-kecilan di seluruh negara oleh pemimpin PR selepas kerajaan mengumumkan Bajet 2014 pada Oktober.

Langkah ini dilihat untuk mengulangi kejayaan perhimpunan Bersih pada 2007 yang turut dirancang enam bulan sebelum perhimpunan pada ketika itu.

Bantahan kecil-kecilan disasarkan untuk membangkitkan sentimen kemarahan terhadap apa yang mereka dakwa sebagai percubaan Barisan Nasional (BN) untuk menutup kelemahan menguruskan ekonomi dengan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan mengurangkan subsidi.

Menurut Mohamad, demonstrasi itu akan dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan akan disokong oleh parti PR seperti PAS, DAP dan PKR. Bagaimanapun, tempat demonstrasi masih belum ditetapkan.

“Kami akan menganjurkan demonstrasi pada Hari Buruh untuk meraikan golongan pekerja. Peningkatkan kos kehidupan dan GST akan menjejaskan golongan pekerja.

“Rakyat mesti dididik tentang bebanan yang diberikan kerajaan dengan cukai baru dan pengurangan subsidi,” kata Mohamad semasa wawancara di pejabat Radio Bangsar Utama di Kuala Lumpur malam tadi.

“Ini berlaku semasa rasuah dan pembaziran berterusan. Pada ketika isteri Perdana Menteri menggunakan dana awam untuk keluar negara dan jabatan kerajaan membelanjakan RM3,000 untuk membeli jam dinding yang berharga RM100.”

Menurut Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu itu, beliau akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendapatkan sokongan untuk menjayakan demonstrasi raksasa itu.

Menurut Mohamad, satu perhimpunan awal akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur malam esok.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan harga tol di 15 lebuh raya di Lembah Klang akan meningkat tahun hadapan sebaik sahaja mereka mengumumkan kenaikan tarif elektrik dan harga pengangkutan awam.

Ini merupakan tindakan susulan selepas mereka mengurangkan subsidi petrol dan gula yang menyebabkan kenaikan harga kedua-dua barang itu dan memperkenalkan GST pada 2015.

Semalam, Merdeka Center mengumumkan kajian terbaru penilaian penerimaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jatuh mendadak daripada 62% pada Ogos 2013 kepada hanya 52% pada Disember.

Kajian itu dibuat selepas pemotongan subsidi minyak dibuat oleh kerajaan pada September 2013, pembentangan Bajet 2014 yang memperkenalkan GST dan kenyataan peningkatan tarif elektrik mulai Januari 2014.

Dalam perkembangan berkaitan Mohamad mengatakan Bersih juga akan menganjurkan demonstrasi besar-besaran untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil pada tahun hadapan.

“Saya difahamkan pengerusi baru Bersih sedang menyusun pasukannya. Sebaik sahaja selesai, mereka akan mula merancang demonstrasi yang mungkin akan diadakan tahun hadapan atau tahun berikutnya.”
-TMI


Lagi Cuba Dipertahankan Najib, Lagi Merudum Popularitinya


Populariti Najib jatuh 10%, paling rendah dalam sejarah, lapor Merdeka Centre

Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jatuh paling rendah sejak memegang jawatan itu apabila ratingnya jatuh daripada 62% Ogos lalu ke 52% pada bulan Disember ini, lapor kaji selidik yang dibuat oleh Merdeka Centre.

Menurut Merdeka Centre, kajian itu dibuat selepas pemotongan subsidi minyak dibuat oleh kerajaan pada September 2013, pembentangan Bajet 2014 yang memperkenalkan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenyataan peningkatan tarif elektrik mulai Januari 2014.

Menurutnya, isu ekonomi terutamanya kenaikan harga dan inflasi menjadi kebimbangan sehingga 67% daripada respondan yang ditanya.

Kajian itu mendapati, 57% daripada pengundi di Semenanjung Malaysia tidak faham bahagaimana GST berperanan dan memberikan kesan kepada mereka.

54% daripada mereka juga tidak percaya kepada kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin kerajaan berkenaaan keadaaan ekonomi negara.

Jumlah yang melahirkan rasa gembira dengan kerajaan juga jatuh merudum kepada 38% berbanding 50% Ogos 2013 lalu, yang menunjukkan kejatuhan kepada sikap positif di kalangan semua peringkat di negara ini.

Merdeka Centre juga mendedahkan data yang tidak pernah didedahkan dalam kajian pendapat selama ini iaitu untuk bukan Jun 2013 dan Ogos 2013.

Kajian terkini ini dibuat serentak dengan Perhimpunan Agung Umno ke atas 1,005 orang pengundi berdaftar iaitu 60% di kalangan Melayu, 31% Cina dan 9% India yang dibuat melalui perbualan menerusi telefon.

Mereka dipilih secara rawak yang mewakili masyarakat Malaysia yang berbeza bangsa dan jantina.

Kajian bulan Jun 2013 mengandungi 1006 orag responden manakala 1008 orang responden untuk kajian Ogos 2013. -TMI


ULASAN GB

Beberapa hari sebelum Merdeka Center mengeluarkan hasil kajiselidiknya, terdapat berita bahawa pegawai-pegawai di Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan kepada astro awani supaya membuang artikel yang memetik tulisan A.Kadir Jasin yang membuat sindiran supaya Rosmah dijadikan menteri sementara akhbar The Heat pula menerima surat tunjuk sebab dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) akibat daripada membuat laporan mengenai perbelanjaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Pelbagai cara digunakan oleh para pegawai Najib untuk menggilap dan memepertahankan nama baiknya, namun populariti Najib tetap merudum juga dan kejatuhan Najib tidak mungkin dapat dibendung.

Bekas orang kuat UMNO Pekan yang kini menjadi ahli parlimen DAP bagi Raub, Mohd.Ariff Sabri (Sakmongkol) pernah berkata, "if Najib can become PM, anyone else can" menjelaskan kepada kita Najib merupakan PM paling tidak berkualiti yang Malaysia ada.

Buatlah macamana pun untuk menggilap nama Najib, sebenarnya kemusnahan yang dibawa oleh Najib adalah lebih besar. Keborosan & ketirisan beliau dan isterinya tidak akan dapat disembunyikan dan itulah yang bakal menghancurkan partinya sendiri UMNO malah boleh menghancurkan negara.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kaca itu tetap kaca yang tidak bernilai sekalipun di letak di dalam kotak berkilau..

GB sudah lama mengulas berkenaan hal ini di SINI. Petikan:

?Pemerintahan Najib adalah kemuncak terhadap segala kebobrokan pemerintahan UMNO BN di negara ini bermula dari dari cara beliau naik untuk menjawat jawatan Perdana Menteri sehingalah ke hari ini, bagaimana beliau sanggup "melakukan apa saja" untuk mempertahankan kuasanya sekalipun dengan kaedah keji dan di luar batas undang-undang apatah lagi hukum agama.

Beliau menggunakan kaedah Abu Lahab dan Qarun, menggunakan harta kekayaan untuk mempertahankan kuasanya.

Kisah Najib dan pemerintah-pemerintah zalim UMNO BN sebelumnya seperti Mahathir dan Abdullah Badawi, telah pun berlaku di zaman silam. Ia hanya satu perulangan sejarah dengan pertukaran watak-watak sahaja.

Firman Allah:

“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar. Yang di lehernya ada tali dari sabut.” (QS. Al Lahab: 1-5)...

Cicak Dalam Roti: Mahkamah Tolak Saman Fitnah Gardenia Terhadap Seorang Pengguna

Shah Alam: Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu menolak dengan kos, saman fitnah yang dikemukakan sebuah syarikat pembuat dan pengeluar roti, membabitkan penemuan seekor cicak dalam roti yang dibeli seorang pengguna pada 6 Januari lepas. Gamabr hiasan

Hakim Sabariah Othman dalam penghakimannya berkata kenyataan dan gambar yang dikeluarkan jurulatih sumber manusia, Lau Kian Eng, 42, berhubung perkara itu seperti yang diterbitkan dalam lima akhbar berbahasa Cina pada 29 Mac lepas, tidak merujuk kepada plaintif, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd.

Pada masa sama, katanya, plaintif juga gagal mengemukakan sebarang keterangan daripada saksi bebas untuk menyokong dakwaannya itu.

Gardenia Bakeries memfailkan saman fitnah terhadap Lau pada 6 Ogos lepas, menerusi Tetuan Raja, Darryl dan Loh berhubung sidang media Lau pada 28 Mac lepas, yang dikatakan memfitnah syarikat itu berhubung penemuan cicak dalam roti.

Sidang media itu dibuat Lau ekoran penemuan seekor cicak dalam sebungkus roti putih yang dibelinya pada 6 Jan lepas, di sebuah pasar raya di Bukit Tinggi,Klang.

Plaintif mendakwa gambar-gambar beg mengandungi roti yang dikemukakan Lau seperti yang diterbitkan di akhbar, menjejaskan reputasi perniagaan plaintif, sehingga menyebabkan kerugian besar.

Ini kerana, katanya, gambar beg berwarna biru dan merah yang mengandungi roti itu mudah dikenal pasti sebagai roti yang dihasilkan plaintif (Gardenia).

Selain daripada menuntut ganti rugi termasuk ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, plantif juga mahukan satu injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menyiarkan selanjutnya sebarang kenyataan atau gambar yang memfitnah plaintif.

Dalam kenyataan pembelaan, Lau mendakwa gambar beg roti yang diterbitkan dalam akhbar berkenaan telah dikaburkan, dan tidak dapat dikenal pasti.

Beliau juga mendakwa anak perempuannya mengalami ciri-birit akibat termakan roti mengandungi cicak itu.

Sementara itu, peguam yang mewakili Lau, Sreekant Pillai berkata anak guamnya tidak memohon sebarang ganti rugi dalam kes itu tetapi hanya mahu siasatan penuh dijalankan plaintif untuk mengenal pasti punca aduan yang dikemukakan. - BERNAMA

18 Dis 2013

[BERGAMBAR] Kemalangan Tragis: 6 Rentung Setelah Kereta Rempuh Tiang


Kuala Lumpur: Enam orang rentung selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebuah tiang lebuh raya, meletup dan terbakar berhampiran bulatan Kampung Pandan, awal pagi Rabu.

Mangsa-mangsa yang dipercayai mempunyai pertalian keluarga, sedang dalam perjalanan dari Lebuhraya SMART menuju Jalan Perkasa, dalam kejadian kira-kira pukul 12.42 pagi apabila seorang saksi berkata kereta Nissan Skyline biru mereka hilang kawalan dan merempuh tiang konkrit.

Kereta itu meletup ketika bertembung dan terseret beberapa meter sebelum berhenti sepenuhnya.

13 pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat telah dihantar ke tempat kejadian dan mengambil kira-kira sejam untuk mengeluarkan mayat dari kenderaan yang remuk dan rentung.

"Mayat-mayat terbakar sepenuhnya dan tidak dapat dikenal pasti. Terdapat tiga mangsa lelaki dan tiga perempuan. Semuanya dewasa kecuali seorang yang kita percaya merupakan seorang remaja berdasarkan penilaian paramedik.

"Apabila kami sampai ke tempat kejadian, kereta itu masih terbakar dengan bahagian badan bertaburan," kata komander operasi, Hamid Daud yang tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut kepada pemberita.

Mayat-mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kemalangan di tengah-tengah bandar itu turut menarik perhatian beratus-ratus pemandu ingin tahu dan melihatnya.

Pegawai tentera Kamarul Haniff Hamid, 21 berkata beliau menyaksikan kemalangan ngeri itu semasa sedang memandu di sepanjang Jalan Tun Razak ke arah bulatan.

"Saya berada di dalam kereta dengan kakak dan teman wanita saya selepas makan malam apabila saya melihat kelibat kereta yang dipandu benar-benar laju.

"Kemudian saya mendengar bunyi brek dan ledakan yang kuat serta melihat ia meletup apabila berlanggar tiang. Pintu kereta telah tercabut dan ia bergerak sedikit lebih sebelum berhenti.

"Saya berlari ke sana dan cuba menarik keluar orang di dalam tetapi api begitu besar, saya tidak boleh menghampirinya. Saya hanya boleh melihatnya," kata Kamarul Haniff .

Beliau berkata enam mangsa di dalam tidak bergerak dan tidak kedengaran sebarang jeritan untuk mendapatkan bantuan. -mstar


sumber foto: ondscene.my

SMS Palsu & Fitnah Untuk Gugat PR Selangor

SMS ‘Jom Shopping Kembali Ke Sekolah’ palsu, fitnah

KLANG 17 DIS : Pemberian baucer RM200 untuk Program ‘Jom Shopping Kembali Ke Sekolah’ untuk anak Selangor yang disebar luas dalam sistem pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi ‘Whatsapp’sejak semalam adalah palsu.

Justeru, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berharap orang ramai khususnya ibu bapa tidak terpengaruh fitnah yang sengaja dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

“Ini SMS tidak bertanggungjawab yang sengaja menyusahkan dan mengelirukan semua pihak selain mengecewakan ibu bapa khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

“Kesannya, semua 56 Pusat Khidmat DUN dan Pejabat Ahli Parlimen dihujani panggilan daripada rakyat berhubung dakwaan pemberian baucer itu,”katanya.

Sejak semalam, SMS pemberitahuan pemberian baucer RM200 untuk membeli barangan keperluan sekolah kononnya dari Kerajaan Selangor di bawah Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, disebar luas.

Dengan menetapkan syarat penerima dari kalangan murid darjah satu hingga tingkatan enam atas hanya perlu membawa kad pengenalan dan hadir bersama ibu bapa (pengundi Selangor) boleh menebus baucer itu di semua pasar raya kecuali MyDin dan Kedai 1Malaysia.

SMS itu juga memaklumkan, baucer boleh diambil di seluruh Pusat Khidmat DUN mulai 16 Disember hingga 28 Disember depan.

Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Selat Klang membuat laporan polis kira-kira jam 11.00 malam semalam selepas menyedari kewujudan SMS fitnah itu.

Selangor Kini difahamkan,PKM Selat Klang menerima lebih 3,000 panggilan telefon dari orang ramai serata Selangor dalam tempoh kurang 24 jam yang bertanya pemberian baucer itu.

“Terdapat beberapa keraguan yang jelas dalam sebaran SMS tersebut. Kerajaan Selangor tidak menggunakan istilah ‘Pengajian Tinggi’ sebaliknya ‘Pendidikan Tinggi’ untuk portfolio pendidikan.

“Nombor telefon pegawai dalam SMS itu juga tidak tepat kerana ia nombor pegawai PKM DUN Selat Klang, bukannya nombor pegawai dari pejabat Exco Pendidikan.

“Kerajaan Selangor tidak pernah membuat pengumuman rasmi pemberian baucer RM200. Sebaliknya hanya memberi baucer RM30 untuk keluarga berpendapatan rendah untuk membeli kasut sekolah anak-anak di BATA,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di PKM DUN Selat Klang di sini, hari ini. Hadir sama Ahli Parlimen Kapar Manivanan Gowin dan pegawai PKM DUN Selat Klang.

Sementara itu, Manivanan Gowin yang juga merupakan seorang peguam menyifatkan penyebaran SMS fitnah itu bertujuan memburuk-burukkan pentadbiran Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.

“Seolah-olah ia dari Kerajaan Selangor. Perkataan kecuali MyDin dan Kedai 1Malaysia sengaja dikaitkan kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat anti dan boikot kepada pasar raya yang ada kaitan dengan Kerajaan Pusat.

“Kebetulan hari ini PKM Selat Klang serahkan baucer (RM30-Kasut Sekolah) dan sebaran SMS pula semalam. Jadi, nampak sangat ia dirancang rapi untuk memburuk-burukkan Kerajaan Negeri dan Dr Halimah,” kata Manivanan. -selangorku

Konon Tak Guna Pendekatan Populis, Najib Berbohong Taraf 5 Bintang


Najib, mana akujanji BN turunkan kadar tol lepas PRU-13?

KUALA LUMPUR 17 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terang-terangan menipu rakyat Malaysia apabia menaikkan kadar tol, berlawanan dengan akujanji kempen pilihan raya umum ke-13 Barisan Nasional.

Antara manifesto BN di bawah tajuk Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar ialah ‘mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat’.


“Ini merupakan pembohongan yang bertaraf lima bintang, kerana dilakukan orang yang berkedudukan tinggi dalam negara ini,” kata pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.

14 Disember lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengesahkan kadar tol dinaikkan pada tahun hadapan.

Lima belas lebuh raya kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, akan menaikkan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari 2014.

Justeru kata Azan, kenaikan ini telah menjadi merupakan tradisi dan kebiasaan kerajaan Umno-BN.

“Setiap kali selepas pilihan raya kita akan lihat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia seolah-olah satu tradisi.

“Bagi Umno pilihan raya bukanlah satu mandat yang diperoleh daripada rakyat. Tetapi mereka melihat pilihan raya merupakan satu peringkat untuk menyusun dan merangka semula kenaikan harga barang ke peringkat seterusnya,


“Mereka seolah-olah berpuasa sebelum pilihan raya. Selepas menang pilihan raya mereka beraya dan meraikan kemenangan.

“Ketika itu rakyat dilupakan. Budaya begini berterusan untuk pilihan raya akan datang jika Umno terus memerintah,” katanya. -KD

SEKARANG Najib kata, 'saya tak guna pendekatan POPULIS'


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan kerajaan pimpinannya tidak akan menggunakan pendekatan populis dalam mentadbir sebaliknya sentiasa berusaha untuk mengembangkan ekonomi negara.

Beliau berkata kerajaan perlu memastikan pendapatan negara terus bertambah dan berkembang sebelum memutuskan untuk memberi 'janji-janji manis' kepada rakyat.

"Realiti ini, saya percaya, anda semua sedar. Sebab itulah cara kita mentadbir negara mestilah cara berhemah, cara kita bukan cara populis.

"Saya boleh jadi perdana menteri yang berdiri atas platform populis, tapi dengan cara itu saya akan meranap dan merosakkan masa depan negara yang tercinta," katanya ketika merasmikan konvensyen tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ke-26 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Najib berkata untuk itu kerajaan sentiasa memastikan setiap dana yang dikeluarkan dilakukan dengan berhemah bagi memastikan perbelanjaan mengurus tidak melebihi pendapatan negara.

Katanya kerajaan tidak mahu sehingga terpaksa meminjam daripada institusi kewangan bagi melicinkan urusan pentadbiran, termasuk membayar gaji penjawat awam, kerana ia bukan sahaja akan menjejaskan ekonomi negara, tetapi juga 'resipi' yang boleh membawa musibah besar kepada seluruh rakyat.

Justeru, kata Najib, masyarakat, khususnya penjawat awam seharusnya tidak mudah termakan dengan janji-janji mengenai penjimatan hutang negara atau penurunan harga minyak yang dijanjikan puak-puak tertentu, tanpa memperjelaskan punca kewangan yang akan digunakan untuk menampung pengurangan berkenaan.

Dalam pada itu, Najib menyeru setiap penjawat awam supaya melayan rakyat dengan baik kerana sebagai tulang belakang perkhidmatan kerajaan, tindakan yang dilakukan akan menjadi cerminan persepsi rakyat terhadap kerajaan.

"Kalau penjawat awam bekerja dengan baik, molek, beramah mesra, bersopan tapi berkesan dan tegas, maka pandangan dan tahap keyakinan rakyat terhadap kerajaan juga akan kian meningkat," katanya.
- Bernama


Ahli PAS Turut Terhina, Akan Berdoa Pastikan Zahid Hamidi Terima Hukuman

Syiah: Peguam Mohd Sabu beri tempoh 3 hari kepada Zahid

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini menyerahkan kepada panel peguam PAS untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan Syiah.

Beliau berkata, barisan peguam akan memfailkan saman ke atas Zahid sahaja yang juga Naib Presiden Umno, kerana pencetus fitnah ke atas dirinya.

"Saya hari ini menyerahkan kepada panel peguam untuk mengambil tindahan ke atas Zahid berhubung ucapan beliau pada Perhimpunan Agung Umno yang mengaitkan saya sebagai pemimpin Syiah.

"Peguam hanya akan bertindak ke atas Zahid sahaja kerana beliau merupakan pencetus fitnah tersebut, yang bagi saya didasari niat jahat untuk menjatuhkan maruah dan integriti saya," jelas beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS sebentar tadi. (

Beliau mengambil keputusan untuk tidak akan memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan Syiah sehinggalah perkara tersebut dibawa ke mahkamah.

Mohamad juga meminta agar panel peguam meneliti ucapan Zahid pada perhimpunan tersebut yang mana wujud penyalahgunaan kuasa sebagai Menteri Dalam Negeri.

"Beliau dalam ucapanya menyatakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengambil tindakan ke atas saya.

"Saya yakin ini satu bentuk penyalahgunaan kuasa kerana semua tahu Jakim bukan terletak di bawah bidang kuasa KDN, maka atas dasar apakan KDN boleh dengan secara arbitrari memberi kuasa kepada Jakim untuk bertindak," katanya.

Beliau juga akan membuat satu laporan polis terhadap Zahid atas kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan berharap pihak polis dapat menjalankan tanggungjawab seadil yang mungkin.

Sementara itu, Peguam Mohamed Hanipa Maidin memberitahu pihaknya akan menghantar notis kepada Zahid seberapa segara untuk menarik balik dan memohon maaf dalam masa tiga hari.

Katanya, notis tersebut hanya ditujukan kepada Zahid dan tidak melibatkan KDN.

"Notis kita hanya tertumpu kepada Zahid saja bukan melibatkan KDN, sebab bagi kita Zahid merupakan pencetus kepada fitnah tersebut," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Sepang.

Beliau tidak mengulas tentang bukti yang dikemukakan oleh KDN dan berharap jika Zahid mahu membuktikannya perlu dibawa ke mahkamah.

"Zahid telah memfitnah dan kita harap beliau dapat buktikan apa yang beliau katakan Mat Sabu sebagai pemimpin Syiah, tunjukkan bukti, Syiah itu mengancam keselamatan negara, sila buktikan apa yang telah berlaku dan Mat Sabu sesat, kita juga mahu bukti.

"Kalau ada kenyataan mengatakan bukti gred A atau B, biar mahkamah yang menentukan bukannya mereka yang membuat kenyataan.


"Kita tidak akan menyaman KDN tetapi kita ingin bertemu Zahid di mahkamah," tegas beliau.

Beliau berkata, Zahid sebagai menteri tidak boleh menggunakan kuasa untuk mengarahkan pihak tertentu kerana setiap siasatan dilakukan melalui laporan yang dibuat bukannya secara arahan terbuka dan fitnah.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Peguam Nasar Khan Mirbas Khan dan Aminuddin Zulkifli. -HD

ULASAN GB

Mat Sabu berhak untuk mengheret Zahid Hamidi ke mahkamah kerana beliau telah difitnah. Ahi-ahli PAS berhak untuk mendoakan kemenangan Mat Sabu di dalam kes ini dan agar Zahid Hamidi menerima hukuman setimpal terhadap fitnah yang dilakukannya.

Ini kerana ahli-ahli PAS yang telah memilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS di muktamar yang baru lalu dan Zahid Hamidi tidak ada hak untuk mempersoalkan mengapa Mat Sabu terpilih sebagai Timbalan Presiden. Tetapi Zahid Hamidi di dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur berkata, pihaknya mengetahui bahawa pemimpin nombor dua PAS itu mengamalkan ajaran Syiah.

"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS.

Dengan membuat kenyataan seperti itu Zahid melakukan dua kesalahan besar. Pertama memfitnah Mat Sabuu (orang no 2 PAS) dan kedua menghina ahli PAS yang telah memilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden.

Justeru itu, ahli-ahli PAS seluruh negara akan berdoa siang dan malam untuk pastikan Zahid Hamidi menerma hukuman sepertimana janji Allah:

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10

End of the day, si pemfitnah akan tetap terhukum juga. Tidakkah mereka melihat apa yang telah terjadi ke atas papagomo yang ditimpa kehinaan sejak masih di dunia lagi akibat suka melakukan fitnah? Bukankah janji Allah itu benar? Itu sekadar satu contoh.

Dan seperti GB sudah ulas sebelum ini :

Ini jelas menunjukkan Zahid dan pegawai KDN buta undang-undang apabila di dalam perhimpunan agong UMNO 2013 dengan angkuhnya mengarahkan JAKIM untuk menahan Mat Sabu sedangkan JAKIM tiada kuasa untuk menahan sesiapa pun. Kuasa menahan seseorang di atas kesalahan syariah terletak kepada Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri.
br>Hukum kebenaran dan keadilan menetapkan "yang memfitnah dan yang angkuh itulah nanti yang bakal terhukum!"

17 Dis 2013

[WASPADA] Hujan Lebat Episod Ketiga Bakal Tiba


penduduk di Terengganu, Pahang dan Johor dinasihatkan bersiap sedia menghadapi episod ketiga hujan lebat yang dijangka bermula Rabu hingga Jumaat ini.

Pengarah Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia Muhammad Helmi Abdullah ketika dihubungi Bernama berkata ia dijangka disertai air pasang besar dan tiupan angin kencang di Laut China Selatan.

Beliau mengulas lanjut mengenai kenyataan media jabatan itu yang menyatakan hujan lebat itu boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah.

Antara kawasan yang terlibat di Terengganu ialah Dungun dan Kemaman, di Pahang -- Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor -- Segamat dan Mersing.

Berhubung kejadian banjir di tiga negeri itu termasuk Kelantan baru-baru ini, Muhammad Helmi berkata antara faktornya adalah curahan hujan yang tinggi dalam tempoh singkat.

Katanya bacaan jumlah hujan yang dicatatkan di Kuantan adalah antara yang tertinggi pernah direkodkan iaitu lebih 300 milimeter sehari, pada 2 Disember lepas.

"Bagaimanapun, sukar untuk kita mengaitkan episod hujan lebat ini dengan perubahan iklim. Tetapi para saintis mengakui ia disebabkan pertambahan kejadian cuaca ekstrem," kata Muhammad Helmi. - Bernama

[VIDEO] Ini Video Kes "Polis Terlampau" Yang Tersebar


Georgetown - Aksi polis 'terlampau', itu gambaran dalam video bertajuk 'Polis Tampar Orang Awam' yang dimuat naik dalam laman Youtube sejak beberapa hari lalu.

Video berdurasi satu minit enam saat itu disaksikan kira-kira 1,230 selepas dimuat naik sejak Sabtu lalu.

Bukan sahaja tersebar di Youtube malah ramai pengguna laman sosial berkongsi video berkenaan di laman sosail Facebook dan blog.

Video yang memaparkan seorang anggota polis dari Balai Polis Bayan Baru menahan tiga lelaki warga asing terbabit boleh dianggap keterlaluan apabila anggota polis berkenaan bertindak di luar batasan dengan menampar beberapa kali serta memaki hamun tiga lelaki yang ditahan berkenaan.

Difahamkan, kejadian yang berlaku di hadapan sebuah klinik di kawasan Queensbay itu berpunca apabila dua lelaki daripada tiga lelaki berkenaan cuba melarikan diri apabila diminta berhenti untuk diperiksa.

Menurut sumber, anggota berkenaan yang ketika itu bertugas dalam Operasi Ops Payung di kawasan berkenaan meminta dua lelaki berkenaan berhenti untuk diperiksa namun tidak diendahkan mereka.

Berang dengan tindakan dua lelaki berkenaan, anggota itu bertindak mengejar mereka menggunakan motosikal dan berjaya menahan mereka sebelum berlakunya aksi itu.

Difahamkan, akibat daripada perbuatan anggota itu, beliau kini ditukarkan ke Unit Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam satu kenyataannya di sini semalam berkata, Bahagian Tatatertib kontinjen negeri sedang menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota dan pegawainya yang melakukan kesalahan sehingga mencemarkan nama dan menjatuhkan imej PDRM.

“Arahan dikeluarkan kepada semua ketua jabatan, ketua polis daerah dan ketua formasi untuk memastikan semua pegawai dan anggota di bawah seliaan mereka melaksanakan tugas mengikut undang-undang.

“Jangan sesekali bertindak di luar batasan serta melakukan perkara yang mencemarkan imej pasukan,” katanya. -SH

video

[DASAR APARTHEID BN] Hanya Si Kaya Layak Guna Tol!


Kenaikan harga tol: Pengguna boleh guna jalan biasa, kata menteri

Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenaikan tol yang bakal berlaku tahun hadapan adalah munasabah.

"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium.

"Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Wahid juga menegaskan pihak konsesi perlu menjalankan kajian daya saing untuk memastikan sama ada pengguna dapat menerima kadar tol baru yang dicadangkan sebelum ia dilaksanakan.

"Projek ini dicadangkan dan dilaksanakan oleh sektor swasta dan kerajaan kerajaan akan tentukannya berdasarkan keperluan memandangkan kita perlu pertimbangkan memperbaiki infrastruktur pada kos lebih rendah," terang beliau lagi.

Beliau bagaimanapun mengakui dalam kes dengan pengendali terbesar lebuh raya negara, PLUS, kerajaan mempunyai perjanjian dengan mereka untuk mengekalkan kadar tol hingga tahun 2015.

"Sebagai contoh dengan PLUS, terdapat peluang untuk memanjangkan tempoh konsesi dan mengekalkan kadar tol sehingga tahun 2015 dan kami telah lakukannya," kata Abdul Wahid.

Hujung minggu lalu, Abdul Wahid berkata enaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Beliau berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.

Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.

Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.

Pakatan Rakyat menentang cadangan tersebut kerana langkah itu hanya memberi keuntungan kepada syarikat konsesi dan tidak kepada pengguna. -TMI

Lebuh raya dibina guna dana awam, pemegang konsesi untung berganda


PETALING JAYA 16 DIS: Kadar tol di negara ini sepatutnya diturunkan ekoran syarikat konsesi sudah mengaut untung berkali ganda, kata ahli parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli.

“Sebahagian besar syarikat konsesi juga mendapat banntuan kewangan kerajaan semasa pembinaan termasuk subsidi pengambilan tanah dan pembiayaan mudah melalui Bank Pembangunan.

“Contohnya, Lebuhraya Maju Expressway dibina hampir sepenuhnya mengguna geran kewangan kerajaan RM976.7 juta hingga membolehkan pemegang konsesi membuat pinjaman kecil sahaja untuk menyiapkannya.

“Syarikat konsesi sudah mengaut untung berkali ganda. Sepatutnya umum penurunan kadar tol dan bukan umum kenaikan,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Rafizi turut menempelak kenyataan Wahid konon kenaikan kadar tol sukar dielak dengan alasan ia terkandung dalam perjanjian dengan syarikat konsesi.

“Alasan ini dangkal kerana hakikatnya sebahagian besar pemegang konsesi lebuhraya utama negara seperti Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Prolintas dan Gamuda dikuasai anak syarikat milik kerajaan persekutuan.

“PLUS dikuasai Khazanah dan Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP), Prolintas ialah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu agensi amanah milik kerajaan,” kata Rafizi.


Katanya kerajaan adalah pemegang terbesar dalam Gamuda melalui KWSP, Tabung haji, Unit Amanah Saham dan lain-lain yang membentuk 22.59 peratus kepentingan dalam syarikat konsesi lebuhraya itu.

Plus mengendali Lebuhraya Utara Selatan, NKVE, Elite, Linkedua, Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang.

Manakala Prolintas mengendali Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Kemuning Shah Alam dan bakal membina Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang dan Damansara-Shah Alam.

Sementara Gamuda ialah pengendali Lebuhraya Damansara Puchong, Kesas dan Sprint.


ULASAN GB

Dasar Apartheid terbaru diperkenalkan oleh BN. Menteri di JPM dengan angkuh menyatakan "pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi".

Seolah-olah lebuhraya itu hanya untuk kegunaan orang yang ada kemampuan membayar tol, si kaya. Bagi si miskin, bagi yang tidak berkemampuan sila gunakan jalanraya alternatif!

Sedangkan lebuhraya itu dibina menggunakan wang rakyat sepertimana didedahkan oleh Rafizi Ramli:

“Sebahagian besar syarikat konsesi juga mendapat banntuan kewangan kerajaan semasa pembinaan termasuk subsidi pengambilan tanah dan pembiayaan mudah melalui Bank Pembangunan.

“Contohnya, Lebuhraya Maju Expressway dibina hampir sepenuhnya mengguna geran kewangan kerajaan RM976.7 juta hingga membolehkan pemegang konsesi membuat pinjaman kecil sahaja untuk menyiapkannya.

“Syarikat konsesi sudah mengaut untung berkali ganda. Sepatutnya umum penurunan kadar tol dan bukan umum kenaikan,”

[BERGAMBAR] Salji Turun Di Jazirah Arab, Petanda Kiamat Semakin Hampir


Mekah - Beberapa hari kebelakangan ini salji telah turun di Jazirah Arab setelah badai Alexa menerjang kawasan tersebut.

Imam Masjidil Haram, Syeikh Su’ud Syuraim, menyatakan bahawa hal tersebut telah membuktikan bahawa Muhammad saw benar-benar seorang nabi dan rasul yang menerima wahyu dari Allah swt, lapor dakwatuna.com

Beliau mengatakan bahwa salji adalah komponen utama dalam pembentukan sungai dan tumbuhan. Berjatuhannya salji di Jazirah Arab membuktikan kebenaran Rasulullah saw. Dalam sebuah hadits, Rasulullah saw. bersabda, “Hari Kiamat baru akan datang setelah negeri Arab kembali menjadi padang yang hijau dan sungai-sungai.”

Syeikh Syuraim juga menyebutkan bahwaa baru-baru ini salju telah turun di daerah Tabuk. Kita lansung teringat dengan perkataan Rasulullah saw. kepada Muadz ketika perang Tabuk, “Kalau umurmu panjang, maka engkau akan melihat tempat ini penuh dengan kebun-kebun.”


Fenomena Hujan Salji Melanda Arab Saudi - Petanda Jelas Akhir Zaman?


Sesuatu yang janggal terjadi pada Rabu lalu (9/1/2013) di Arab Saudi. Worldbulletin menyiarkan berita bahawa Tabuk—salah satu lokasi perang yang terjadi pada zaman Rasulullah—dilanda salji yang sangat lebat, setelah beberapa jam lamanya dihantam ribut yang sangat dahsyat.



Seperti diketahui, Arab Saudi merupakan daerah gurun pasir yang sangat panas. Matahari bersinar sepanjang hari. Turunnya salji menjadi suatu fenomena alam yang di luar jangkaan.

Penduduk Tabuk dan juga orang-orang yang datang dari daerah lain menikmati hujan salji yang jarang terjadi itu. Jalan-jalan terutama menuju ke Gunung Alluz dipenuhi oleh kenderaan bermotor.


Jalan-jalan yang mengarah ke daerah gurun pasir dan pengunungan di Tabuk dipenuhi kenderaan dari arah kota Haql dan Bada. Hujan turun di sejumlah kota di Saudi hari Rabu yang lalu.

Tabuk letaknya sekitar 1500 km dari Riyad (Ibu negara Arab Saudi).

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama salji turun di Tabuk. Beberapa tahun yang lalu, Tabuk juga sudah pernah diselimuti salji dengan ketebalan mencapai 20 cm.


Lagi gambar-gambar menarik:







-zilzal.blogspot/google.image