21 Mac 2013

Muzium Kosong, Monorel Rosak dan Lapangan Terbang Sunyi Legasi Umno-BN Melaka


Monorel yang kerap kali rosak dan muzium kereta yang hanya ada tiga kereta proton. Itu lah keadaan dua projek pelancongan di Melaka yang diheboh-hebohkan oleh pimpinan Umno-BN negeri itu, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin.

Shamsul Iskandar juga mendakwa Lapangan terbang Antarabangsa Melaka (MIA) hanya digunakan oleh dua kapalterbang. Manakala taman haiwan purba “Jurassic Park” yang akan dibina dengan kos RM 200 juta dikhuatiri juga akan menjadi satu lagi projek gajah putih.

“Datuk Seri Ali Rustam nak buat taman haiwan ala Jurassic Park bernilai RM 200 juta. Sekarang hutang ditanggung kira-kira RM 800 juta.

“Apa kebaikan dan manfaat yang rakyat akan dapat? Rakyat bukan nak tengok sangat haiwan dinosaur ni,” katanya di dalam ceramah Pakatan Rakyat (PR) di Bukit Piatu, Melaka semalam .


Beliau menjelaskan PR tidak menolak pembangunan tetapi mahu setiap projek dirancang dan dilaksanakan untuk kebaikan rakyat.

Apa dipersoalkan, katanya, segala dijalankan Kerajaan Melaka setakat ini tidak membawa perkembangan positif tetapi lebih memberi kerugian negeri tersebut.

“Banyak projek yang mendatangkan kerugian. Projek monorel Ali Rustam kata bagus tetapi 27 kali rosak. Muzium kereta di Air Keroh pula hanya tiga kereta yang ada. Itupun kereta Proton,” dakwanya.

Pada 25 Februari lalu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengumumkan pembinaan taman “Jurassic Park” sebagai taman tarikan pelancong.

Mohd Ali berkata, taman itu akan mempamerkan 200 spesies dinosaur melalui kaedah hidrolik dan elektronik.

“Jurassic Park” itu akan dibina bersebelahan dengan sebuah lagi taman tema iaitu Melaka Sea World, membabitkan kawasan seluas 12.1 hektar yang akan dilaksanakan secara usahasama oleh Yayasan Melaka dan syarikat swasta, Eden Incorporation Berhad. -selangorku

Dedah & Lapor Penyelewengan Tidak Beretika, Rompak Harta Rakyat Itu Beretika!

Kuching - Tindakan kumpulan aktivis antarabangsa, Global Witness cuba menyerang Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud melalui penghasilan video bertajuk 'Inside Malaysia's Shadow State' adalah tindakan tidak beretika, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata lebih buruk, tindakan kumpulan berpangkalan di London itu dilihat satu cubaan pihak asing untuk campur tangan dalam hal politik tanah air.

"Apa yang mereka lakukan tidak sesuai, satu tipu helah, tidak gentleman, tidak beretika dan tindakan tidak bertamadun... politik sedemikian tidak sepatutnya ada di Sarawak.

"Apa yang mereka lakukan juga jelas cubaan campur tangan pihak asing, sedangkan Malaysia tidak pernah campur tangan dalam soal politik mana-mana negara," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata umum juga sudah mengetahui sejarah Taib dengan keluarga Norlia Abdul Rahman, bahkan kerajaan pernah menarik balik konsesi balak yang diberi kepada Norlia pada tahun 1987 atau 1988.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas video perbualan Norlia dan Fatimah Abdul Rahman, kedua-duanya anak perempuan Tun Abdul Rahman Yakub, bekas ketua menteri Sarawak yang juga bapa saudara Taib, dalam rakaman video Global Witness mengenai satu urusniaga tanah.

Video yang dirakamkan dengan kamera tersembunyi itu memaparkan seorang lelaki menyamar sebagai 'pelabur asing' yang ingin membeli tanah untuk mengusahakan ladang kelapa sawit. - Bernama

Ulasan GB

Ini dia pendirian dan mentaliti tipikal kebanyakan pemimpin UMNO BN.

Mendedah dan melaporkan salahlaku pemimpin itu perbuatan tidak bertamaddun, tidak beretika tetapi merompak harta rakyat dan kerajaan negeri itu bertamaddun dan beretika.

Ia wujud dalam kebanyakan kes salahlaku.

Sama seperti kes lembu NFC - mendedahkannya itu dikataka, satu perbuatan menyerang menteri dan keluarga menteri yang terlibat dan tidak beretika, tetapi perbuatan menyalahgunakan wang pinjaman RM250 juta itu beretika.

Penyelewengan di dalam pembelian kapal scorpene itu beretika dan bertamadun tetapi mendedahkan dan melaporkan penyelewengan dan salahlaku kementerian tidak beretika.

Itulah wajah sebenar UMNO BN, menterbalikkan kebenaran menjadi kebatilan dan kebatilan menjadi kebenaran.

Cincin Oh Cincin, Seperti Shahrizat, Kini Rosmah Pula Nak Memperlembukan Rakyat Malaysia


Pengakuan Rosmah berbelit-belit, tapi jelas cincin RM24 juta wujud

Penjelasan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung cincin RM24 juta dalam buku biografinya mengesahkan pendedahan KEADILAN mengenai barang kemas mewah itu memang wujud.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata, pengakuan isteri Perdana Menteri itu bercanggah dengan kenyataannya sebelum ini yang bersumpah tidak memiliki cincin itu di tangannya, tetapi mengakui ada melihat apabila dibawa masuk ke Malaysia untuk dipamer ‘kepada orang yang ada duit.

’ Terbaru, dalam terbitan biografi bertajuk ‘Rosmah Mansor’ yang dilancar semalam, beliau menafikan kewujudan cincin itu dan mendakwa ia hanya fitnah dan khabar angin semata-mata.

Rosmah sebaliknya berkata, perhiasan mewah yang dipakainya adalah hadiah dari para tetamunya.

“Sekarang jelaslah cincin itu memang wujud dan kenyataan itu sekaligus menunjukkan Rosmah memang seorang yang gemar bermegah-megah dengan perhiasan mewah,”
kata Fariz ketika dihubungi.

Dalam buku tersebut, Rosmah juga menjelaskan, cincin dari New York itu dibawa masuk ke Malaysia pada April 2011 untuk dilihat bakal besannya sebelum dikembalikan kepada syarikat barangan kemas itu pada 13 Mei 2012.

Ini sama sekali bertentangan dengan jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen pada Oktober 2011.


“Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pihak itu mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.

“Setelah beberapa hari (masuk ke Malaysia), cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan,” kata Nazri Aziz.

Mengulas lanjut, Fariz mempertikai status Rosmah yang diberi barangan mewah sedangkan beliau hanyalah isteri Perdana Menteri dan tidak memiliki sebarang kuasa politik.

“Apa kelebihan Rosmah sehingga dihadiahkan barangan kemas yang harganya mencecah jutaan ringgit?

“Ini satu kemusykilan yang sepatutnya disiasat badan berkuasa seperti SPRM,” kata Fariz.

Beliau berkata, penerimaan Rosmah ke atas hadiah mewah tersebut boleh dianggap sebagai pemberian rasuah.

“Rosmah patut malu menerima hadiah mewah ketika masih ramai rakyat menderita akibat kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Beliau sepatutnya buktikan keperibadian sebagai isteri pemimpin yang berjiwa rakyat dengan hidup serba sederhana dan bukannya hanya pandai beretorik,” kata Fariz. – NS/KD

20 Mac 2013

Agbimuddin Kiram, Ketua Penceroboh Adalah Rakyat Malaysia, Bekas Kakitangan Kerajaan


Ketua penceroboh militan Sulu dari Filipina Agbimudin Kiram, dakwa PKR, adalah rakyat Malaysia dan pernah bekerja sebagai kakitangan awam di Sabah, dakwa Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rafizi turut menegaskan daripada dokumen yang diperolehi PKR daripada Arkib Negara Sabah, Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah, Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat apabila dilantik bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610.

“Perkara ini membuktikan ‘Projek IC’ jelas mempunyai kaitan dengan pencerobohan ... yang mana turut dikaitkan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” tegas Rafizi.


Klik untuk besarkan

Dengan pendedahan ini, Rafizi menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berterus terang dengan rakyat berapa jumlah pengganas Sulu itu yang mempunyai kad pengenalan biru dan merupakan rakyat Malaysia.

Rafizi juga dalam sidang media itu menegaskan berdasarkan pertemuan PKR dengan penduduk tempatan di Lahad Datu, mereka mengenali Agbimuddin.

“Ramai orang Kudat kenal dia (Agbimuddin),” kata Rafizi, yang tidak menolak tugas Agbimuddin ketika itu banyak memerlukannya menemui penduduk tempatan.

Sehubungan itu, beliau juga turut menuntut Najib untuk mengemukakan dengan jelas jumlah penceroboh tersebut yang merupakan rakyat Malaysia, dan menerima kad pengenalan biru.

“Dengan maklumat ini, Najib tidak lagi boleh bersembunyi di sebalim alasan keselamatan nasional untuk mengelak menjawab soalan yang berlegar di pemikiran rakyat,” katanya.

Insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh militan Sulu yang mendakwa mereka adalah “Tentera Kesultanan Sulu” telah memasuki bulan kedua dan mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan, dua anggota tentera dan baki lapan adalah anggota polis.

Sebahagian daripada 108 suspek pengganas Sulu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 juga akan didakwa di Lahad Datu hari ini.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada satu sidang akhbar di Felda Sahabat mengesahkan perkara itu pagi tadi.

Beliau berkata mereka akan didakwa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu yang dijadikan mahkamah sementara atas faktor keselamatan.

Dalam pada itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dilihat tiba di IPD Lahad Datu pukul 11.30 pagi tadi.

Juga kelihatan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar dan Shukor Abu Bakar.

Hakim Mahkamah Sesyen Duncan Sikodol dari Mahkamah Kota Kinabalu serta M. Raja Linggam dari Mahkamah Sesyen Lahad Datu juga berada di situ.

Kesemua mereka yang ditahan di beberapa daerah termasuk Lahad Datu dan Semporna didakwa di bawah akta itu kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas militan yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari.

Malah, turut difahamkan, kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau selepas ini. -TMI


Arkib buktikan Ketua Penceroboh Sulu sebenarnya rakyat Malaysia


KEADILAN mendedahkan bukti secara dokumen yang menunjukkan Raja Muda Sulu, Agbimudin @ Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sejak bulan lalu, sebenarnya rakyat Malaysia dan pernah menjadi kakitangan awam.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ia dibuktikan melalui dokumen ‘Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah’ yang diperolehi dari Jabatan Arkib Negara Sabah.

“Dari maklumat itu, disahkan bahawa Agbimudin tersenarai sebagai Pegawai Tadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610 sebulan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Rafizi yang turut melampir salinan dokumen itu yang memiliki cop Arkib Negeri Sabah bertarikh 4 Oktober 1983, berkata, pendedahan itu mengesahkan hubung kait penceroboh Sulu dengan projek IC yang melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Wujudnya tokoh dari kumpulan bersenjata ini di kalangan warganegara mengesahkan keresahan rakyat betapa pemberian kerakyatan untuk tujuan politik tanpa proses sah mengancam keselamatan negara,” katanya.

Sebelum ini, media sosial terutama facebook kerap memapar pelbagai gambar individu yang dikaitkan dengan Kesultanan Sulu bersama-sama pimpinan Umno BN.
-KD

Ada "Pasar Malam Bangladesh" Di Melaka


Pasar malam Bangladesh’ bakal ulangi pencerobohan Lahad Datu

Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah patut dijadikan pengajaran supaya kerajaan tidak sewenang-wenangya memberi kad pengenalan (IC) kepada warga asing.

Demikian Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin mengulas isu ‘pasar malam Bangladesh’ di kawasan Perindustrian Bukit Rambai, Melaka yang dipenuhi peniaga warga asing tersebut.

“Semua ini berlaku kerana kerajaan sewenang-wenangnya membenarkan kemasukan warga asing. Disebabkan itu mereka berani berbuat apa sahaja. Kita juga tidak menolak kemungkinan mereka turut memiliki IC.

“Sepatutnya kerajaan mengambil iktibar apa yang berlaku di Lahad Datu. Tidak mustahil suatu hari nanti, rakyat Bangladesh pula mendakwa tanah di kawasan itu milik mereka dan berani bertindak sesuka hati,”
kata Shamsul ketika dihubungi.

Pasar malam Bangladesh itu terbongkar apabila Jabatan Imigresen Melaka membuat serbuan ke lokasi itu.

Mereka mendapati warga asing terlibat mengadakan aktiviti perniagaan barangan keperluan termasuk sayur-sayuran.

Hasil serbuan itu, pihak berkuasa tersebut berjaya menahan 50 pendatang asing tanpa izin (Pati) berusia 19 hingga 42 tahun.

Ia melibatkan 17 warga Indonesia, Bangladesh (sembilan), Myanmar (lapan), Nepal (15) dan Palestin (satu).

Justeru, Shamsul menggesa kerajaan tidak terlepas pandang dan bersekongkol dengan pihak tidak bertanggungjawab memberi IC kepada Pati.

“Mereka akan keluar mengundi jika ada IC. Jika kita bertanggungjawab, jangan sesekali benarkan mereka pilih pentadbir negara.

“KEADILAN sendiri akan membuat pemantauan untuk melihat sejauhmana warga asing itu menjalankan kehidupan mereka sama ada memiliki IC atau tidak,” ujar Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu.

Parlimen Tak Bubar Lagi, Tapi Sudah Hampir


PMO: Khabar angin Parlimen bubar hari ini tak benar

Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan bahawa perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Parlimen hari ini.

“Khabar angin yang menyatakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, oleh Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak) tidak benar sama sekali,” kenyataan pejabat berkenaan dipetik.

Kenyataan itu disiarkan di Twitter pada kira-kira jam 1 petang, selepas khabar angin berkenaan tersebar luas melalui SMS dan juga di laman sosial.

Wartawan Malaysiakini juga dihujani pertanyaan daripada pembaca yang ingin mendapat pengesahan mengenai khabar angin berhubung pembubaran parlimen itu.

Ramai pihak menjangkakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, selepas Najib membentangkan kad laporannya berhubung Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam siaran langsung di kaca TV pada malam tadi.

(Tetapi) Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (pernah) pada 12 Februari 2008 menafikan akan membubarkan parlimen.

Beliau bagaimanapun secara rasminya mengumumkan parlimen dibubarkan pada tengahari, keesokan harinya. -mk

Ulasan GB

Jika tiada angin masakan pokok bergoyang...

Mungkin juga apoa yang berlaku di zaman Pak Lah dulu berulang semula.

Hari ini dinafikan parlimen bubar, tiba-tiba esoknya betul-betul bubar.

Dan esok sepatutnya DUN Johor terbubar sendiri.


Tak mengapa, lagi lambat parlimen bubar lagi merudum geraf Najib dan UMNO BN.

[VIDEO] Pakatan Mahu Najib Jawab Isu Video Keluarga Taib Mahmud


Pakatan Rakyat (PR) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab pendedahan sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa, melalui video, yang mendakwa ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan rakannya berkenaan industri pembalakan di negeri itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dalam memimpin sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, adalah mustahil bagi Najib boleh berdiam diri dalam isu ini.

"Beliau mesti memberi ulasan mengapa perkara ini dibiarkan ataupun tidak mengambil beberapa tindakan segera.

"Kami berharap perdana menteri memberi respons segera mengenai perkara ini," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Anwar mendakwa, perkara itu adalah serius memandangkan badan antarabangsa telah meneliti akaun, beberapa penyalahgunaan kuasa dan jumlah dana yang dikumpulkan oleh Taib serta keluarganya.

"Najib tidak boleh diam diri selepas beliau banyak mendiamkan diri terutamanya selepas beliau mendiamkan diri berkaitan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pencerobohan di Lahad Datu.

"Ini adalah isu yang akan membuatkan pihak pembangkang akan terus ketengahkan," katanya.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula membidas kerana Najib tidak mengotakan janji untuk menukar Ketua Menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri 2011.

"Kegagalan Najib berbuat demikian membuktikan beliau seorang pemimpin yang gagal mengotakan janji.

"Apa yang berlaku sekarang, menunjukkan Taib lebih berkuasa daripada perdana menteri termasuk bekas perdana menteri yang pernah perintah negara selama 22 tahun," katanya. -SH


Video dakwa dedah salahguna lesen oleh keluarga Taib


Satu siasatan oleh sebuah NGO antarabangsa telah mendedahkan bukti video yang mendakwa bagaimana ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan rakan perniagaan penyalahgunaan lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka.

Dua sepupu Taib, ahli keluarga kepada rakan kongsi utama Taib, dan seorang peguam yang mewakili kerajaan negeri Sarawak telah dirakam dalam video, didakwa menjelaskan mekanisme untuk mengelakkan undang-undang yang sedia ada bagi memperolehi keuntungan daripada skim itu.

Video itu telah direkodkan secara tersembunyi oleh seorang penyiasat dengan Global Witness, sebuah NGO yang berpangkalan di London yang menyiasat dan berkempen menentang pencabulan hak asasi alam sekitar dan manusia.

Penyiasat itu telah dihantar ke Sarawak tahun lepas, dengan menyamar sebagai "pelabur asing" yang ingin membeli tanah untuk mengusahakan ladang kelapa sawit.

Penyiasat itu menemui Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda), badan kerajaan negeri yang mengendalikan pelaburan asing, dan terus dibawa kepada ahli-ahli tertentu keluarga Taib yang menjual sebuah syarikat yang dilesenkan untuk membalak dan membersihkan tanah untuk perladangan di Sarawak.

Lesen ini dikeluarkan oleh Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak, yang diketuai oleh Taib.

Pertemuan dengan ahli keluarga dan ejen lain syarikat itu telah dirakam secara tersembunyi oleh Global Witness dan dihasilkan menjadi filem selama 15 minit yang disiarkan di lamanwebnya. -mk
-mk




Papagomo Dedahkan Dirinya Dan Partinya "Syaitan Dikenali"


Papa Gomo pula mahu Anwar tarik balik kes

Enggan menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf walaupun bakal berhadapan saman berjumlah RM100 juta, pemblog Papa Gomo sebaliknya mahu mendedahkan lebih banyak video membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi sebuah entri di blognya semalam, Papa Gomo berkata, beliau ingin mengikut jejak langkah idolanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang enggan memohon maaf apabila menggelarkan Anwar sebagai homoseksual.

"Saya nak menyatakan bahawa saya memohon maaf kepada Datuk Seri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Datuk Seri agar rakyat mengetahui kebenarannya," tulis blogger pro-Umno berkenaan.

Beliau juga memberi tempoh sama kepada Anwar iaitu 48 jam supaya pemimpin itu menarik balik saman terhadapnya jika tidak mahu lebih banyak pendedahan dibuat.

Anwar memulakan proses perundangan ekoran pendedahan gambar dan video lelaki mirip pemimpin utama pembangkang itu, semalam.

Ketua Umum PKR itu memberi masa 48 jam supaya Papa Gomo menarik balik tuduhan dan memohon maaf terhadapnya.

Namun Papa Gomo dilihat bertegas dengan pendedahannya itu.

Menurut Papa Gomo, apa yang dilakukannya hanyalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin. -SH

Ulasan GB

Petikan:

"Saya nak menyatakan bahawa saya memohon maaf kepada Datuk Seri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Datuk Seri agar rakyat mengetahui kebenarannya,"

Apa benda papagomo? Dedahkan kebenaran dengan mencipta video fitnah?

Ketara sangat beliau ini "syaitan dikenali" sepertimana ungkapan yang pernah dikeluarkan oleh idolanya sendiri Tun Dr Mahathir.

Tidak menghairankan sikap dajjal papagomo itu, kerana beliau mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin UMNO (sila rujuk gambar di bawah ini) malah dengan PDRM sendiri sehinggakan sampai ketika ini polis lansung tidak bertindak ke atasnya.


GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Keengganan beliau untuk mengakui blog itu kepunyaannya bukti awal kebinasaan papagomo! Beliau TAKUT untuk mengakui blog fitnah itu miliknya kerana tahu blog itu menyajikan berita palsu dan dusta.

Sepatutnya apabila beliau sudah tidak mengakui blog itu miliknya, pihak berkuasa sudah boleh menyiasat siapa pula yang mengemaskini blog tersebut selama ini kalau bukan papagomo sendiri, dan papagomo boleh pula didakwa kerana menipu jika sebenarnya beliau yang mengemaskinikan blog tersebut. Dusta di atas dusta!

Namun, kebal macamana pun papagomo yang dilindungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, kita akan menyaksikan papagomo pasti hancur binasa!

Bukan saja papagomo, sekalian blogger pencacai UMNO yang menyebarkan dan menyemarakkan budaya fitnah, lucah dan porno. Termasuklah polis yang selama ini bersikap double standard!

Sabotaj? Bangla Yang Pasang? Apa-apa Pun Ia Petanda UMNO BN Dah Nak Terlingkup!


Lokasi: Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kuang dan Pusat Daerah Mengundi Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Sebagai Pusat Khidmat Masyarakat sudah pasti pusat ini sentiasa saja ada kakitangan bertugas melainkan sekadar wujud pusat tetapi tiada penghuni.

Masakan tidak nampak bagaimana bendera lambang dacing, bendera dan lambang kebanggaan dan kemegahan para penyokong, pendokong dan ahli UMNO/BN dipasang terbalik.

Atau adakah disengajakan pasang terbalik sebagai tanda yang UMNO/BN bakal terlingkup di PRU 13 nanti atau para petugas dan kakitangan Pusat Khidmat ini mengharapkan agar UMNO/BN terlingkup? -omakkau

p/s atau apakah ini kes upah Bangla pasang bendera? Di bawah ini di lokasi yang lain, iaitu di Chemor Perak, bangla diupah pasang bendera BN. Saksikan:


19 Mac 2013

[GAMBAR & VIDE0] Pemberian IC Pada Warga Asing: Mahathir Pengkhianat Negara!


Rata-rata panelis forum ‘Mahkamah Rakyat : Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’ menyimpulkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai individu yang menjadi punca sehingga timbulnya krisis terbabit.

Dr Mahathir dipersalahkan kerana menjadi orang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan melalui ‘Projek IC’ di Sabah sejak awal tahun 80-an.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Hassnar Ebrahim dalam ucapannya mengakui, beliau pernah menandatangani 500 borang kosong dalam satu masa semasa menjadi Ketua Daerah Sandakan.

Terlibat dalam Projek IC tanpa sedar, Hasnar berkata borang kosong terbabit kemudiannya disahkan dan dibawa kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum diubah menjadi sijil kelahiran.

Katanya, semasa Sabah di bawah pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) antara 1979 sehingga 1984, tidak kurang daripada 125,000 jumlah kad pengenalan yang dikeluarkan kerajaan persekutuan kepada sebilangan besar pendatang haram.

“Gunung berapi dalam dada saya sudah mahu meletup.

“Kalau ini fitnah dakwa saya kita jumpa di mahkamah,” katanya di hadapan kira-kira 1, 000 orang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Peranan Megat Junid

Beliau turut mengakui wujud pertemuan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub dengan 15 pegawai tertinggi kerajaan ketika itu termasuk Ketua Pengarah Imegresen, polis, dan Timbalan Ketua Pengarah JPN di pejabat Jabatan Perdana Menteri.

Beliau mendakwa, semasa pertemuan itu Megat Junid memberitahu mereka Dr Mahathir sendiri meluluskannya dan mahu meminta RM 2 juta untuk kos projek terbabit.

“Berikutan itu saya ditahan ISA selama 59 hari namun tidak diseksa atau dipukul,” katanya yang juga pernah menjadi saksi penting kes petisyen Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas pada tahun 1999.

Sementara itu, Siti Aminah Mahmud berkata dirinya tidak sedar terlibat dalam Projek IC di Sabah ketika menjadi ahli Umno dan bertugas di Pejabat Umno Bahagian Sembulan.

Katanya, pada tahun 1990 sehingga 1995 beliau membantu mendapatkan gambar dan cap jari pendatang asing untuk dihantar ke pejabat Umno.

“Saya tak tahu di mana mereka cetak kad pengenalan…saya bantu Umno di Sabah dan menambahkan undi Melayu,” katanya.

Beliau juga ditahan di bawah ISA dan disiasat selama 10 hari.

Turut hadir berucap pemimpin Sabah Datuk Kalakau Untol, ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing, bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid dan sasterawan negara Tan Sri A Samad Said.

Suasana forum tersebut juga meriah dengan jualan baju, buku, termasuk produk makanan bijirin sarapan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai super hero yang laris dijual dengan harga RM15. -FMT


Beri IC pada warga asing, Mahathir pengkhianat negara – Azmin


Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan pengkhianat negara ekoran tindakannya memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing untuk menjamin kuasa politik Umno, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

“Ini pengkhianatan kepada negara. Memberi kerakyatan kepada warga asing tanpa melalui prosedur ditetapkan.

“Mengikut kata saksi, ia bagi tujuan pilihan raya, supaya mereka mengundi BN. Ini perkara serius,” kata Azmin ketika ditemui selepas forum Pasca Himpunan Kebangkitan Rakyat di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), malam tadi.

Semalam, mantan Perdana Menteri itu mengaku bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah semasa mentadbir negara.

Beliau bagaimanapun dilihat cuba mengalih pengakuannya dengan mendakwa bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman melakukan perkara ‘lebih teruk’ dengan memberi lebih banyak kerakyatan kepada mereka yang tidak layak.

“Ini bukan soal banyak atau sikit. Isunya Mahathir mencabul kedaulatan negara, walaupun (dia) seorang, ia tetap dipanggil pengkhianatan kepada negara!” tegas Azmin.

“Pegawai yang memberi keterangan juga mengaku bahawa kemasukan dan pemberian kerakyatan oleh Mahathir tidak mengikut proses serta undang-undang yang ditetapkan,” tambahnya.

Rabu lalu, dua bekas orang kanan Mahathir ketika memberi keterangan dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah, mengaku memberi kewarganegaraan kepada mereka untuk menjadi pengundi.

Bekas Ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah memberi keterangan dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan Setiausaha Politik kepada Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Seorang lagi saksi, bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mengaku menerima arahan dari Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN), dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.

Sehubungan itu, Azmin bimbang jika pemberian kad pengenalan masih diteruskan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

“Kita mahu perkara ini dihentikan. Pihak berkuasa termasuk polis, SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia), SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) serta peguam perlu mengambil tindakan, seterusnya membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan,” kata Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya KEADILAN.
-KD









Najib Perlu Disiasat Dakwaan Arahkan Peguam Reka Akuan Bersumpah Palsu

Pihak berkuasa perlu menyiasat Datuk Seri Najib Razak berikutan pengakuan peguam kanan, Tan Sri Cecil Abraham berkaitan perbuatan mereka akuan bersumpah SD kedua yang palsu untuk P Balasubramaniam.

Hal itu didedah peguam mendiang Bala, Americk Singh Sidhu pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Peguam di Kuala Lumpur, 16 Mac lalu.

Peguam, N Surendran berkata, Perdana Menteri boleh disiasat mengikut Seksyen 107 Kanun Keseksaan atau Seksyen 120A Jenayah Terancang atau Seksyen 191 Pemalsuan Bukti di bawah Akta Pengakuan Bersumpah 1960.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Naib Presiden KEADILAN itu juga mendesak Najib sekurang-kurangnya memberi reaksi sama ada menafi pengakuan Cecil Abraham itu jika beliau benar-benar tidak terlibat.

“Najib perlu jawab. Kalau tidak, rakyat akan terus hilang kepercayaan, malah imej Malaysia buruk di mata dunia kerana Perdana Menteri gagal membela diri dalam kes pembunuhan.

“Polis juga perlu segera mulakan siasatan. Mahu tunggu sampai bila lagi baru hendak bertindak? Atau badan kehakiman negara cuma berfungsi untuk soal siasat rakyat bawahan?” katanya, sinis.

Peguam PI Bala kata terpaksa mungkir janji

Semasa mesyuarat agung tahunan Majlis Peguam tempoh hari, peguam Americk Sidhu membuat satu aduan serius semasa membahaskan usul untuk menubuhkan jawatankuasa bebas untuk menyiasat pengarang akuan berkanun kedua P Balasubramaniam.

Americk mendakwa beliau menemui pengarang tersebut, peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham yang memberitahunya bahawa beliau berbuat demikian atas arahan timbalan perdana menteri pada masa itu Datuk Seri Najib Razak.

Malaysiakini berusaha menghubungi Abraham sejak Deepak Jaikishan mula-mula menimbulkan dakwaan tersebut. Malaysiakini berpeluang bertemu dengan Cecil namun beliau enggan mengulas dakwaan tersebut.

Dalam ucapan itu, Americk berkata beliau mengingkari janjinya dengan Balasubramaniam untuk merahsiakan pengakuan yang didakwa dibuat oleh Abraham.

Americk berkata beliau terpaksa berbuat demikian walaupun ia melanggar hukum kerahsiaan antara beliau dan anak guamnya itu, yang meninggal dunia pada hari Jumaat lalu – sehari sebelum beliau mendedahkan perkara itu di AGM Majlis Peguam.

Sekiranya pendedahan itu tidak dibuat, beliau tidak akan dapat menghadapi kenyataan hidup, katanya.

“Saya tahu ini perlu dilakukan sebagai tanda hormat ke atas pengorbanan Balasubramaniam, yang berjuang begitu gigih dan menderita begitu banyak hanya kerana beliau percaya apa yang dilakukannya itu adalah benar,” katanya.
-mk


‘Najib instructed Cecil to draft Bala’s SD2′

SKUALA LUMPUR: The Malaysian Bar was today told that Prime Minister Najib Tun Razak had instructed senior lawyer Cecil Abraham to prepare the second statutory declaration for former private investigator P Balasubramaniam.

Balasubramaniam’s lawyer Americk Sidhu revealed this during the ongoing Malaysian Bar’s annual general meeting (AGM) today, where Balasubramaniam’s SD2 was one of the motions tabled to be discussed.

PKR vice president R Sivarasa tweeted: “Americk Singh Sidhu, PI Bala’s lawyer reveals in Bar AGM that Cecil Abraham told him he did the 2nd SD on instructions from PM Najib.”

Americk, who drafted Balasubramaniam’s SD I, later confirmed the statement.

Speaking to reporters outside of the AGM’s venue, Americk said he met Abraham at a restaurant near his office in Jalan Ampang two weeks ago.

He claimed that in the 30-minute conversation, Abraham apologised to him over the drafting of SD2 and admitted that it was done on the instruction of Najib.

Americk said he had promised Abraham to keep the information between themselves, but he opted to reveal it today after considering the late Balasubramaniam’s quest for justice.

“Balasubramaniam has been courageous to pursue justice for a Mongolian woman. I felt it is necessary for me to carry on his quest,” he said, in reference to the private investigator who passed away yesterday of a heart ailment.

Americk hoped the authorities would take Abraham’s confessions into account and reopen the case.

“We have been saying Azilah Hadri and Sirul Azhar Umar (both of whom were convicted of Altantuya’s murder) would not have murdered somebody they don’t know.

“The question is who ordered this? Why was the chain of command not tendered out in court?” he asked.

Motion withdrawn

Americk also said the motion to discuss Bala’s SD2 was withdrawn because delegates felt it was technically wrong for the AGM to direct the Bar to set up an independent investigation committee.

He also said the motion was also arguably redundant because the Bar began its probe into the case since last December.

Fadiah Nadwa Fikri, one of the proposers of the motion, told FMT that she might lodge a police report against Abraham for criminal offence for covering up a murder.

Balasubramaniam, in his second SD announced on July 4, 2008 retracted all his shocking allegations linking Najib to the murder of Mongolian national Altantuya Shaariibuu.

This came a day after he published his first statutory declaration, in which he claimed Najib and aide Abdul Razak Baginda had an intimate relationship with Altantuya.

In the first SD, Bala claimed that he was hired by Abdul Razak to deal with Altantuya’s harassment of the duo and Najib had direct involvement in the murder of the Mongolian national.

Carpet trader Deepak Jaikishan first revealed that a “Tan Sri” lawyer and his son had been involved in the preparation of the second SD in an interview with PAS organ Harakah in December, 2012.

There had been much speculation over the identity of the “Tan Sri” lawyer ever since.

Meanwhile, Puchong MP Gobind Singh Deo, said Najib should respond to the allegation by Americk Sidhu that the second SD was prepared on his instructions.

“The Bar Council should also tell us why there has been a delay in the probe into this complaint. The Bar Council is unusually slow in its probe of this matter,” said Gobind.
-FMT

Anwar Saman Papagomo RM100 juta

Sudah lama bersabar, akhirnya kesabaran ada batasnya.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebentar tadi telah memulakan prosiding undang-undang terhadap Wan Muhammad Azri b Wan Deris yang merupakan pemilik dan pengendali blog berkaitan Umno yang dikenali sebagai "Papa Gomo".

Anwar sendiri mengarahkan pasukan peguamnya untuk menyaman blogger yang kononnya tidak bertuan itu.

Dalam satu posting di Facebook, Anwar menjelaskan:

Saya telah arah pasukan peguam saya utk mengambil tindakan undang-undang ke atas blogger pemfitnah yg punyai kaitan rapat dgn Umno.

Pada 16 Mac 2013, laman web Papa Gomo menyiarkan gambar palsu dan tuduhan ganas terhadap Anwar dalam usaha untuk mengaitkan beliau dalam satu lagi video seks yang direka.

Berpura-pura dan pengedaran gambar dan dakwaan palsu yang bersifat seksual terhadap Anwar telah menjadi tanda dagangan politik longkang yang diamalkan oleh Umno dan blogger.

Blogger Papa Gomo terkenal kerana hubungan rapat dan sulit dengan kepimpinan Umno, termasuk Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Pada Disember 2011, Papagomo telah diiberikan akses istimewa untuk memasuki kapal selam KD Tun Razak, yang merupakan salah satu kapal selam terbaru dan paling maju Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), semasa kontroversi antara BN dan Pakatan Rakyat mengenai keupayaan pertahanan.

Ia membuktikan Umno-BN tidak layak lengkap untuk terus memerintah dan mentadbir negara kita.

Kenyataan media tersebut dibuat Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mewakili Anwar sebagai peguam terhadap saman tersebut.

Sementara itu, Pakatan Rakyat mendesak atas nama keadilan agar pilihanraya umum ke-13 mengambil kira lima penambah baikan berdasarkan laporan persidangan antarabangsa berkaitan pilihan raya anjuran pihaknnya awal bulan ini.

Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN berkata, penambah baikan itu antaranya mahu Perdana Menteri, Najib Altantuya bersetuju dengan penubuhan kerajaan sementara.

"Beliau harus memastikan jentera dan dana kerajaan tidak disalahgunakan dalam usaha meraih undi Barisan Nasional (BN)," kata Anwar dalam satu kenyataan media yang dibacakan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua di Petaling Jaya hari ini. -jalanpulang

Anwar sues UMNO-linked blogger Papa Gomo over latest fake sex video allegations
Federal opposition leader Dato’ Seri Anwar Ibrahim has today commenced legal proceedings against one Wan Muhammad Azri b Wan Deris who is the owner/operator of the Umno-linked website known as ” Papa Gomo “.

On 16th March 2013, the Papa Gomo website published fake photos and vicious allegations against Dato’ Seri Anwar in an attempt to implicate him in another fabricated sex video.

The faking and distribution of photos and false allegations of a sexual nature against Dato’ Seri Anwar has become a trademark of the gutter politics practised by Umno and its bloggers.

The blogger Papa Gomo is notorious for his close and confidential ties with the Umno leadership, including Umno Vice President Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

In December 2011, the blogger was even allowed privileged access to KD Tun Razak, which is one of our Navy’s newest and most advanced submarine, during a controversy between BN and PR on defence capabilities.

The hidden hand of Umno is thus clearly present behind this latest disgusting attack upon the character and reputation of the leader of Pakatan Rakyat. Umno’ s heavy reliance upon this type of sleazy politics and dubious bloggers highlights their utter moral and ethical collapse.

It proves Umno-BN’s complete unfitness to continue to rule and administer our nation.

In the letter of demand sent today, Dato’ Seri Anwar’s solicitors have demanded that the blogger Papa Gomo withdraw his malicious allegations, apologize within 48 hours from today, and pay damages in the sum of RM 100 million.

The sum of damages demanded reflects the blogger’s close ties with Umno amd Umno’s clear backing for him.

N SURENDRAN
Vice President
Parti Keadilan Rakyat

Fitnah Terbaru Burukkan Anwar: "Jelmaan Saiful" Kini Muncul...


Fareez: Jangan ganggu hidup saya

PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang mengugut untuk mendedahkan perkara sebenar jika Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terus menggangu hidupnya.

Fareez Kamal Intidzam mendakwa, sehingga hari ini beliau serta keluarga masih tidak berhenti diganggu pihak tertentu, yang dipercayainya penyokong parti dan orang suruhan Wan Azizah.

“Jangan perkecilkan kemampuan saya – andai tekanan ini berterusan, saya tidak teragak-agak untuk mendedahkan punca dan sebab cemburunya beliau (Dr Wan Azizah) kepada saya.

“Maka sekalian akan sedar betapa hipokrasi dan tinggi obsesi kemahuan mahu berkuasanya beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fareez mendakwa, ancaman yang dihadapinya itu kerana sikap cemburu Dr Wan Azizah hubungannya dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mahu menghukumnya.

Beri amaran

Sehubungan itu beliau mahu gangguan tersebut dihentikan segera kerana enggan dan memberi amaran supaya keluarganya tidak lagi dilibatkan dalam hal ini.

“Maka saya menggesa kepada mereka yang terlibat, yang saya percaya adalah penyokong parti dan kemungkinan orang suruhan Wan Azizah agar hentikan segala gangguan dan ancaman ini dengan segera,” katanya.

Beliau sekali lagi turut mendesak agar Dr Wan Azizah segera meletakkan jawatan daripada terus menerajui parti.

“Malah saya yakin, ramai pimpinan dan ahli akar umbi juga sependapat dengan saya.

“Namun mereka gentar untuk bersuara kerana sedar kesan akan disisih dan dikecam seperti yang dihadapi saya kini, walaupun mereka sedar ianya adalah kebenaran yang harus parti terima. -FMT

Ulasan GB

Ini satu "skrip pendedahan" yang amat melucukan.

Entah malaon mana merencana skrip yang sedemikian rupa.

Seperti permainan billiard, bertujuan untuk menyerang Anwar dengan menyerang Ketua PKR, Datin Seri Wan Azizah.

"Jelmaan Saiful" ini muncul tiba-tiba, untuk mewujudkan satu kes baru tetapi beliau dan perencana konspirasinya seperti orang yang sudah terrencat akal.

Ada yang mahu percayakah pendedahan ini?

p/s Ada pula yang bertanya, yang ini pulak berapa hari tak berak?

[VIDEO] Jadi Pak Angguk UMNO, Bekas Ketua SPRM Kalah Dalam Kes Saman Malu MB Selangor


Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bersetuju mengemukakan permohonan maaf kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kes saman malu melibatkan pembelian lembu korban pada tahun 2009.

Keputusan penuh serta permohonan maaf akan dibuat hari ini pada jam 9.00 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur setelah kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama hari ini.

Abdul Khalid yang ditemui selepas perbicaraan secara tertutup di dalam kamar Hakim Datuk Lau Bee Lan bersyukur kebenaran dakwaan salahguna kuasa yang dikaitkan dengannya akhirnya terungkai.

“Perkembangan ini membuktikan bahawa tuduhan salahguna kuasa tidak berasas sama sekali dan hanyalah bertujuan untuk mencemar nama baik saya sebagai seorang muslim dan juga Menteri Besar Selangor.

“Saya sekeluarga terutama isteri (Datin Seri) Salbiah Tunut dan anak-anak sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kes ini benar-benar memberi kesan apabila kami sekeluarga digambarkan sebagai orang yang sanggup menyalahgunakan kuasa walaupun di dalam soal hal ehwal agama Islam iaitu amalan korban Aidiladha,” katanya yang turut ditemani Isteri, Datin Seri Salbiah Tunut.

Peguam Kanan Persekutuan Noorin Badaruddin, Nadia Hanim Azlina mewakili mantan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan, SPRM dan Kerajaan Malaysia.

Sementara peguam S Sankaranair dan Murali Kalidass mewakili Abdul Khalid.

Abdul Khalid didakwa pada awal 2009 menyalah-gunakan kuasa menderma RM110,400 bagi tujuan 46 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di Bandar Tun Razak.

Menteri Besar juga menyeru pegawai kerajaan, SPRM dan polis perlu bertugas secara profesional dan tidak membenarkan diri mereka terpengaruh dengan mana-mana pihak yang mempunyai agenda tersendiri.

Ujarnya lagi, sebagai Menteri Besar, beliau sangat mementingkan integriti pengurusan dan gembira sepanjang pentadbirannya selama lima tahun tiada pegawai kanan kerajaan mahupun barisan Exco Selangor dilibatkan dengan kes salahguna kuasa.

Beliau menambah, rekod cemerlang ini diharapkan akan memberikan keyakinan kepada rakyat membuat keputusan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Ulasan GB

Kebenaran itu, sepertimana GB katakan selalu, akan tetap terdedah.

Ini sepatutnya memberikan pengajaran kepada semua penjawat awam yang memegang jawatan tinggi-tinggi terutama di dalam SPRM dan Polis yang sepatutnya "berkecuali" supaya berhenti menjadi pak turut dan pak angguk kerpada UMNO BN untuk memburukkan pemimpin Pakatan dengan kenyataan-kenyataan fitnah kerana apabila kebenaran terdedah, kamulah yang bakal menerima hukumannya.

GB rasa lebih ramai yang akan dituntut saman malu daripadanya terutama dari SPRM dan Polis selepas PRU nanti kerana acap sangat mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak profesyenal dan berat sebelah yang menjejaskan reputasi dan integriti badan-badan yang sepatutnya bebas dan berkecuali.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian lansung tak ada gunanya!

Datuk Ghafir Mahu Saman Utusan Kerana Putarbelit Kenyataan "Reban Ayam"


Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid mahu memfail saman ke atas Utusan Malaysia berikutan kenyataannya diputar belit akhbar kawalan Umno itu.

Ghafir menegaskan, beliau tidak pernah menghina pasukan keselamatan dengan menyifatkan mereka tiada misi jelas sehingga perlu ‘duduk di bawah rumah orang dan reban ayam’.

Beliau sebaliknya berkata, kenyataannya pada 12 Mac lalu di sebuah forum di Kuala Lumpur diputar belit akhbar itu.

“Apa yang saya kata sebelum ini ialah, jika tentera tidak membuat risikan dengan proper, maka tentera terpaksa cari musuh di tepi rumah orang, tepi reban ayam.

“Saya menyentuh kegagalan perisikan. Utusan dah spin kenyataan saya. Saya akan saman mereka,”
kata Ghafir dipetik Malaysiakini.

Utusan Online pada 13 Mac lalu melaporkan, Ghafir memperleceh cara polis dan tentera menangani pengganas di Sabah.

Kenyataan beliau diputar dan dilaporkan sebagai: pasukan keselamatan ‘hanya duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam’ dan seolah-olah mendakwa pelaksanaan Ops Daulat gagal.

Beliau dilapor membuat kesimpulan bahawa kegagalan risikan awal khususnya oleh tentera membuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan terkejut menyelesaikan masalah di sana. -KD


Kenyataan 'reban ayam': Saya tak hina, kata Ghafir


Bekas pegawai tertinggi tentera Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid berkata, beliau tidak pernah menghina pasukan keselamatan dengan menyifatkannya tiada misi jelas sehingga perlu "duduk di bawah rumah orang dan reban ayam".

Bekas timbalan panglima Angkatan Tentera Darat itu sebaliknya berkata, kenyataannya pada 12 Mac lalu di sebuah forum di Kuala Lumpur itu diputar belit oleh akhbar Umno Utusan Malaysia.

"Apa yang saya kata sebelum ini ialah, jika tentera tidak membuat risikan dengan proper, maka tentera terpaksa cari musuh di tepi rumah orang, tepi reban ayam.

"Saya menyentuh kegagalan perisikan. Utusan dah spin (putar -belit) kenyataan saya. Saya akan saman mereka," kata Ghafir ketika ditemui Malaysiakini dalam sebuah ceramah di Seremban malam tadi.

Utusan Online pada 13 Mac lalu melaporkan Ghafir sebagai memperleceh cara polis dan tentera menangani pengganas sehinggakan "hanya duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam".

Beliau juga dilapor menyifatkan seolah-olah pelaksanaan Ops Daulat gagal danmembuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan keadaan terkejut menyelesaikannya.

'Tengok dia punya jamban'

Sementara itu, Ghafir turut menyelar tindakan kerajaan membeli senjata mahal secara tender rundingan terus dan bergantung kepada satu pertender semata-mata, sehingga mewujudkan perbezaan harga yang ketara berbanding pembelian negara lain.

"Banyak kos-kos tersembunyi. Kita boleh tanya apa dia kos tersembunyi? Termasuklah komisyen. Kalau orang kaya dipanggil komisyen, kalau mata-mata di tepi jalan dipanggil rasuah," katanya.

Menurut beliau lagi, beliau sudah banyak kali menimbulkan situasi yang merugikan duit rakyat itu tetapi belum mendapat respon daripada Kementerian Pertahanan.

"Satu lagi apabila membeli senjata yang kita sentiasa kita balik kepada pembekal untuk dapatkan alat ganti. Apabila senjata itu rosak kena hantar ke London, Perancis atau sebagainya.

"Jadi benda itu makan duit yang banyak. Disebabkan itu kalau kita perhati, sektor-sektor yang penting tidak dibangunkan.

"Umpamanya kalau kita tengok berek. Berek tentera Kem Rasah (Seremban), tak usah pergi jauh lah kan. Sehingga hari ini menjadi bukti bagaimana baik atau tak baiknya Kem Rasah. Kalau tengok dari luar memang cantik.

Masuk dalam, tengok dia punya jamban! "Ada bekas tentera sini tak? Ramai?" soalnya sambil disambut laungan "ya" oleh segelintir daripada 800 orang ramai yang hadir.

Ghafir mempersoalkan kenapa keadaan kekurangan sebegitu boleh berlaku sedangkan negara Malaysia sebuah negara yang kaya.

"Kalau tidak kerana rakusnya mereka berbelanja, saya rasa keadaan rumah keluarga, dewan makan mereka (tentera) boleh dimodenkan.

Turut berceramah ialah bekas panglima Logistik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Briged Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban, Dr Mohamad Rafie Abdul Malek.
-mk