22 Feb 2012

Mahathir Terlupa UMNO Berbai'ah Di Perhimpunan Yang Lalu

Tak perlu bai'ah, kata Tun Mahathir

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan langkah Pas yang mahu mewajibkan calonnya, yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13, mengambil sumpah bai'ah atas alasan ia seolah-olah menunjukkan ahli-ahlinya tunduk kepada pemimpin mereka.

Bekas Perdana Menteri berkata, manusia sepatutnya hanya tunduk kepada ALLAH dan bukan kepada sesama manusia.

Beliau yang juga bekas Presiden Umno memberitahu bahawa pemimpin-pemimpin Pas juga merupakan manusia biasa, bukannya Nabi atau raja.

"Dia orang (pemimpin Pas) hanya manusia biasa. Bukan Nabi, bukan raja. Tak perlu bai'ah ini," katanya pada sidang media selepas memberi syarahan perdana di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini. -SH

Hadi: Calon PAS pada pilihan raya wajib berbai'ah

Setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat dari bersumpah, kata presiden parti parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.

Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai’ah yang dibuat “maka akan celaka dunia dan akhirat”.

Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya PAS sudah menyeleweng dari dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan.

"Jawapannya, PAS tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, beliau mendakwa negara kebajikan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) berunsurkan rasuah demi kemenangan pilihan raya
.- Bernama


Ulasan GB

Kerana nak hentam PAS, Mahathir terlupa bahawa ahli-ahli UMNO di dalam Perhimpunan Agung Umno 2011 telah melakukan bai'ah - sesuatu amalan yang dilihat oleh banyak pihak, meniru kaedah PAS.


Perwakilan Umno Sumpah Bai'ah Taat Setia


KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2011 mencatat sejarah apabila semua perwakilannya bersumpah bai'ah untuk taat dan setia kepada parti.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sumpah bai'ah berkenaan dibuat bagi memastikan kelangsungan perjuangan Umno dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara.

"Dengan semangat kesatuan, kesepakatan, kejujuran, keikhlasan, keyakinan dan kesungguhan untuk meraih sokongan padu rakyat demi kemenangan kita dalam pilihan raya akan datang, ayuh kita lafazkan ikrar taat setia ini," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di PWTC, Sabtu.

Ikrar sumpah bai'ah yang diketuai Muhyiddin berbunyi:

"Kami orang Umno, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan irihati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

"Kami orang Umno berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya nanti.

"Kami orang Umno bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah bagi memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13.

"Kami orang Umno berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihanraya nanti."

Ikrar beliau itu disambut dan dibaca oleh semua perwakilan di dalam dewan.
-mstar 3/12/2011




Perjuangan Perkauman: Dr. Asri Bidas Panjang Hujjah Harussani

Apakah Islam galakkan perjuangan perkauman?

Apakah Islam dan Nabi Islam Muhammad SAW menggalakkan perjuangan yang bersifat perkauman?

Islam agama universal ini wajarkah dikaitkan dengan ‘jihad perkauman’ yang telah mencetuskan pelbagai perbalahan sepanjang sejarah?

Wajarkah Islam dikaitkan dengan perjuangan perkauman?

Sehingga semasa saya di Malaysia baru-baru ini, dalam seminar bersama para penulis maya, seorang tokoh agama berjawatan tinggi dalam forum melahirkan rasa tidak puas hati kerana di Tanah Melayu ini ada masjid India, Benggali dan Cina.

Kelihatan, begitu sekali Islam itu diacuankan secara perkauman sehingga menafikan hak budaya muslim kaum lain. Untuk menjawab persoalan ini, saya ingin sebutkan beberapa noktah berikut;

Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi Arab, atau Melayu, atau Inggeris atau India atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang.

Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil.

Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu.

Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya) “dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).

Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua.

Sabda Nabi SAW:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Jika hal ini tidak dihayati, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah.

Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal ‘I have a dream’ menyebut: “I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.

Maka, berdasar dua asas di atas, apa-apa sahaja tindakan atau pembahagian ekonomi dan sosial yang berasaskan bangsa terdedah kepada unsur-unsur ketidakadilan disebabkan faktor di atas. Hakikatnya, menilai berdasarkan agama lebih luas dari berasaskan bangsa. Kemudian, menilai keperluan kehidupan berdasarkan latar ekonomi seseorang lebih luas dari penilaian berdasarkan agama atau bangsa.

Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain.

Firman Allah: (maksudnya) “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).

Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan.

Kata Sayyid Qutb dalam menafsirkan ayat ini: “Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah.

Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).

Maka, apa-apa sahaja tindakan atau peraturan yang boleh membawa permusuhan kaum, atau permusuhan atas dasar bangsa dan etnik, maka ia menjurus kepada unsur ketidakadilan yang ditolak oleh prinsip asas Islam.

Tiada kaum yang boleh menganggap mereka ‘lebih tuan’ dalam ertikata racial supremacy. Adapun hadis Nabi: “Para pemimpin dari Quraish” (Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Baihaqi dll) tidak boleh dijadikan hujah ketuanan sesuatu bangsa. Hadis ini bukan soal ketuanan, tetapi soalan kemampuan dan pengaruh politik diambil kira dalam perlantikan pemimpin. Oleh kerana Quraish mempunyai pengaruh dan kemampuan politik dalam kalangan Arab ketika itu, maka mereka paling layak.

Dalam masa yang sama Nabi bersabda:“Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).

Hadis ini menafikan ketuanan kaum (racial supremacy) tertentu.

Di samping itu, kita hendaklah tahu bahawa setiap mukmin itu bersaudara tanpa mengira bangsa dan puak. Hak-hak persaudaraan Islam telah ditentukan oleh Allah dan rasulNya. Nilai persaudaraan ini hendaklah sentiasa kita pegang. Perbezaan keturunan dan bangsa tidak boleh menjejaskan hal ini.

Inilah asas perpaduan yang terpenting. Inilah perpaduan yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat. Firman Allah: (maksudnya) “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam).

Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Ali ‘Imran ayat 103).

Menolong seseorang berdasarkan agama memberikan ruang yang lebih terbuka daripada menolong seseorang berdasarkan bangsa. Ini kerana seseorang boleh memilih agamanya, tetapi tidak boleh memilih bangsanya.

Menolong Kaum Dalam Islam

Setelah kita faham dan beriman dengan asas-asas yang disebutkan di atas. Bertindak berteraskan asas ini, maka tidaklah menjadi kesalahan jika kita dalam masa yang sama berusaha memajukan bangsa atau keturunan kita dengan syarat kita tidak menzalimi dan menghina kaum yang lain. Dalam Islam pun, harta pusaka juga diwarisi oleh kaum keluarga.

Kita juga disuruh menghubungkan silaturrahim sesama keluarga dan al-Quran juga menyuruh kita membantu keluarga di sudut harta. Firman Allah: (maksudnya) “Maka (sebagai tanda syukur) berikanlah kepada kaum kerabatmu, miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al-Rum, ayat 37)

Nabi juga memuji sikap tolong menolong dalam memajukan atau membantu kaum atau puak sendiri, dengan syarat tidak menzalimi puak yang lain. Sabda Nabi: “Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ertinya, walaupun Islam menentang ‘asabiyyah namun Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan kaum sendiri, jika ada keperluan ke arah itu dan tidak membawa kepada pemusuhan antara puak dan kaum.

Adapun asabiyyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada kepada pihak lain. Sikap fanatik puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain.

Sabda Nabi: “Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Muslim).

Rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban. Ertinya, jika ada ciri demikian maka itu ‘asabiyyah yang dilarang; samada perjuangan parti atau perjuangan kaum. Maka, bukan sahaja perjuangan politik bangsa boleh menjadi ‘asabiyyah, perjuangan atas nama Islam jika fanatik dan menolak kebenaran hanya kerana keputusan parti juga boleh dinamakan ‘asabiyyah.

Usaha memartabatkan kaum bukan prinsip perjuangan tetapi boleh menjadi keperluan sementara yang dilakukan apabila keadaan mendesak seperti yang berlaku kepada kabilah al-Asy’ariyyin dalam hadis di atas. Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa.

Ertinya; prinsip Islam mengatasi segalanya termasuk isu bangsa. Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang disebutkan tadi adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji.

Namun, berjihad menentang kaum lain atas nama bangsa, bukan ajaran Islam. -Mohd Asri Zainul Abidin

Harussani: Nabi anjur pertahan Raja, kaum

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menyokong usaha untuk memperjuangkan Islam seperti yang dipromosikan pertubuhan pro-Melayu JATI yang disifatkannya sebagai satu jihad kepada orang Islam.

Katanya jihad itu diwajibkan ke atas orang Islam, apatah lagi apabila serangan ke atas Islam kini "begitu hebat sehingga ramai di kalangan orang Islam menjadi murtad."

"Wajib kita pertahankan akidah kita daripada serangan ejekan atau diperhina. Namun hari ini kita lihat agama kita tidak diambil berat oleh orang Islam sendiri, malah ada yang mempertahankan perbuatan itu," katanya lagi.

Tambahnya, orang Islam juga wajib mempertahankan Raja-raja Melayu memandangkan golongan itulah yang mula-mula sekali menerima Islam di negara ini.

"Maka raja tidak boleh terpisah dengan kita," katanya lagi dalam ucapannya di majlis perasmian penubuhan NGO tersebut di Shah Alam hari ini.

Tambahnya, perjuangan untuk mempertahankan raja juga dianjurkan oleh Nabi Muhammad melalui sabda baginda bahawa "raja itu adalah bayang Allah di bumi ini."

"Jadi kita pertahankan kerana itu disebut oleh Rasulullah. Bukan dalam satu riwayat saja tapi banyak riwayat," tambahnya.

Mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak mengenai perjuangan kaum, Harussani berkata Nabi Muhammad sendiri telah menyeru kepada kaum Quraisy pada waktu itu supaya mempertahankan bangsa mereka.

"Ada orang kata kalau kita bercakap bangsa Melayu dikatakan kita ini orang yang nasionalis. Nabi juga bercakap tentang kaumnya.

"Kita pertahankan bangsa kita bukan bermakna taksub dan memang wajib pun kita pertahankan kerana negara ini adalah kepunyaan orang Melayu.

"Salah satu wasiat raja-raja sebelum merdeka ialah selain gunung ganang, sungai atau lubuk-lubuk maka setengah daripada tanah Melayu itu mestilah hak orang Melayu, yang lain itu biarlah berebut sesama kamu," katanya lagi.

Wasiat berkenaan - dokumen yang sering didakwa sebagai asas perjanjian kepada raja-raja Melayu dalam pembentukan Persekutuan Malaysia - turut dinyatakan dalam tayangan video ketika majlis perasmian tersebut.
-mk


Kes Simbah Asid Di Marang: Janda 24 Thn Terkilan Jika Beliau Jadi Penyebabnya

Marang: “Saya kesal kalau benar saya yang menjadi punca mereka bergaduh,” kata janda berusia 24 tahun yang enggan dikenali dari Kampung Serating, Merchang, di sini, yang terkilan kerana dikatakan penyebab kejadian simbah asid di kampung terbabit, pagi Ahad lalu.

Bagi mengelak prasangka buruk terhadapnya, ibu kepada dua anak itu menjelaskan salah seorang suspek dan mangsa adalah bekas teman lelakinya dari kampung sama.

Menurutnya, mereka bersengketa apabila mengetahui seorang daripada mangsa iaitu Sharul Zaman Salim, 38, cuba melamarnya beberapa minggu lalu.

“Memang dia (Sharul Zaman) melamar saya minggu lalu, tetapi saya menolak kerana beranggapan mereka hanya sebagai kawan saja.

“Kejadian itu juga menyebabkan penduduk kampung memandang serong kepada saya selain tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja sebagai pembantu kedai makan dan sangat terkilan seandainya betul kejadian itu ada kaitan dengan saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, susulan tangkapan terhadap dua lelaki berusia 39 dan 32 tahun yang dipercayai terbabit mencederakan dua mangsa dalam kejadian di Kampung Padang, Merchang, di sini, Ahad lalu, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 26 tahun bagi membantu siasatan.

“Lelaki terbabit seorang buruh binaan dari Kampung Padang, Merchang ditahan di premis mencuci kereta di kampung berkenaan kira-kira jam 4.30 petang semalam (kelmarin) dan penahanan terhadap lelaki terbabit dipercayai dapat membantu siasatan yang kini hampir selesai,” katanya. -HM

Mangsa simbah asid dibedah esok

MOHD. FAZIL terlantar di wad mangsa kebakaran HSNZ, Kuala Terengganu semalam dan dijangka dibedah esok.


KUALA TERENGGANU - Dua lelaki yang menjadi mangsa kes simbah asid ketika tidur di sebuah rumah di Kampung Padang Merchang, Marang dekat sini Ahad lalu dijadual menjalani pembedahan menampal kulit baharu esok.

Mohd. Fazil Idrus, 18, dan Shahrulzaman Salim, 38, kini dalam keadaan stabil dan ditempatkan di Unit Kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Bapa Mohd. Fazil, Idrus Mat Nor, 54, berkata, anaknya itu bakal dibedah bagi membolehkan kulit paha lapisan pertamanya diambil untuk ditampal pada bahagian muka, tangan dan kaki yang melecur teruk.

"Kami harap pembedahan itu berjaya, sedih juga rasa apabila Mohd. Fazil masih enggan bercakap sejak ditimpa musibah itu," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Idrus juga belum tergamak membenarkan Mohd. Fazil melihat cermin bagi mengelakkan anaknya itu terkejut.

"Saya tidak tahu bagaimana dia mahu hadapi semua ini kerana hampir separuh daripada mukanya telah melecur," tambahnya.

Kosmo! kelmarin melaporkan mengenai nasib malang dua sahabat itu yang cedera parah selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika tidur di sebuah rumah di Kampung Padang Merchang. -kosmo


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Nik Aziz Tempelak UMNO Tergamak Jalinkan Hubungan Dagang Dengan Israel

Nik Aziz: Beza atau tak, PAS tetap tak iktiraf Israel

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini mengulangi pendirian parti Islam itu tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel, walaupun pandangannya mungkin berbeza dengan pihak lain.

"Saya ingin mengulangi pendirian saya dah Majlis Syura serta pendirian PAS khususnya bahawa tidak sekali-kali mengiktiraf walaupun seinci pun hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang dirampas pada hari ini.

"Berbeza atau tidak dengan sesiapa, PAS tetap dengan pendirian ini," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Nik Aziz pada 14 Februari lalu meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang didakwa menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti dilaporkan The Wall Street Journal atau menyaman media itu jika laporannya tidak benar.

Berikutan itu, berlaku ketegangan seketika di kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Namun, selepas pertemuan kedua-dua pemimpin utama pembangkang itu pagi tadi, Anwar berkata, mereka kini saling faham pendirian masing-masing, termasuk PAS yang tegas tentang Israel.

Dalam kenyataan di Facebook merujuk perkara itu petang ini, Nik Aziz bagaimanapun tidak menyentuh langsung sama ada beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Anwar kepadanya hari ini.

Nik Aziz sebaliknya mengambil peluang menempelak "pihak yang kelihatan sangat anti-Yahudi" tetapi tergamak menjalinkan hubungan dagang dengan Israel dan membenarkan pelabuhan negara disinggahi kapal Israel.

"Pihak-pihak ini hakikatnya hanyalah ayam jantan yang berkokok gagah sedangkan ekornya bergelumang najis!" katanya merujuk dakwaan kapal Israel dikesan berlabuh di Pelabuhan Klang.


NGO mesra PKR, JINGGA 13, semalam membekalkan "bukti" menunjukkan kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.

Mendedahkan dokumen dari Jabatan Kastam, Wesport dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, Jingga 13 mendakwa kapal Zim Atlantic yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu datang secara langsung dari pelabuhan Ashdod di Israel.

Bagaimanapun, semalam Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel.

Justeru, katanya, kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat. -mk

Ulasan GB

Dimanakah suara-suara kumpulan agamawan di dalam UMNO seperti Menteri Agama dan para mufti?

Dimanakah suara jaguh-jaguh UMNO yang sebelum ini mengkritik Anwar Ibrahim ekoran kenyataannya di Wall Street Journal?

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Gadis Hilang Pada Hari Kekasih Selepas Bercinta Dengan Pemuda Pakistan

Kuala Langat – Panahan asmara seorang lelaki Pakistan ke atas kekasihnya yang merupakan seorang pelajar tingkatan lima menyebabkan gadis itu bertindak membelakangkan keluarga apabila dia disyaki melarikan diri selepas cinta mereka mendapat tentangan.

NURUL ZAKIAH yang hilang sejak 14 Februari lalu dirayu pulang oleh keluarganya.

Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, dikatakan hilang pada Hari Kekasih 14 Februari lalu selepas tiga minggu berkenalan dan bercinta dengan lelaki dikenali sebagai Samer Khan, 20-an.

Samer Khan digambarkan sebagai lelaki yang kacak tetapi keluarga Nurul Zakiah hanya mendengar cerita mengenai Samer daripada gadis itu dan tidak pernah menemuinya.

Pertemuan yang tidak dirancang hingga melahirkan bibit-bibit cinta itu berlaku ketika Nurul Zakiah bekerja secara sambilan di sebuah pasar raya manakala Samer pula bekerja di sebuah kedai menjual barang-barang makanan di Pekan Banting di sini. Kedua-dua premis itu terletak berdekatan.

Nurul Zakiah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini sebelum kejadian tinggal bersama ibu saudaranya, Norlaila Saad, 43, sejak 12 tahun lalu selepas kematian ibunya.

Mengimbau semula kejadian itu, Norlaila memberitahu, dia menyedari kehilangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting dekat sini itu selepas anak saudaranya tidak pulang ke rumahnya di Jalan Masjid, Kanchong Darat setelah tamat waktu belajar. -kosmo

[Bergambar] Lagi Gambar-gambar Pelik, Aneh & Lucu Hanya Di Malaysia

Banyak lagi gambar-gambar pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk mengikuti isu-isu berat yang berlaku sekeliling kita.

Gambar-gambar ini bersepah ini internet, dikutip untuk paparan di blog GB ini untuk kita segarkan semula minda kita untuk menghadapi isu-isu baru selepas ini. Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.

Saksikan:



















Laporan sebelum ini
klik untuk baca




21 Feb 2012

I Help You, You Help Me, Projek Lebuhraya KIDEX Untuk Hakim & Peguam UMNO

Projek Lebuhraya KIDEX untuk Hakim dan Peguam UMNO: Nurul tuntut penjelasan PM

Krisis perlembagaan Perak masih lagi segar di ingatan rakyat Malaysia, khususnya tuduhan bahawa permohonan Zambry Kadir dipercepatkan sementara menafikan permohonan lawan politiknya Nizar Jamaluddin pula.

Watak utama kemelut ini merupakan Hafarizam Harun, penasihat undang-undang UMNO, mewakili Zambry ketika itu, dan bekas penasihat undang-undang UMNO dan Ketua Hakim Negara ketika itu, Ahmad Zaki.

Justeru, kedua-dua individu ini mestilah berhadapan dengan perhatian umum berkenaan penglibatan mereka di dalam rampasan Perak oleh Barisan Nasional dan kontroversi terbaru melibatkan mereka di dalam pemberian konsesi RM2.2 bilion Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX). Hafarizam merupakan pengarah untuk kedua-dua belah syarikat yang menerima konsesi tersebut, iaitu Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd sementara isteri Zaki Azmi merupakan pengarah di dalam Emrail, sebuah syarikat yang tidak mempunyai rekod di dalam pembinaan lebuhraya. Kenyataan syarikat tersebut sendiri menyatakan mereka berhasrat menjadi "Syarikat Kejuruteraan Rel Utama di Malaysia dan Rantau ini."

Mengambilkira kontroversi penganugerahan konsesi ini, Perdana Menteri mestilah respon segera berkenaan isu-isu ini:

1. Pendirian PM berkenaan Seksyen 9 Kod Etika Hakim 2009:

"Seorang hakim akan, pada masa perlantikan atau mana-mana masa kemudiannya sekiranya diminta oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan membuat perisytiharan bertulis semua asetnya kepada Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan."

Merujuk kepada peruntukan ini, Ketua Hakim Negara pada masa ini, Ariffin Zakaria mestilah meminta Zaki Azmi membuat perisytiharan aset beliau dan keluarganya secara bertulis berikutan tuduhan-tuduhan ini.

2. Mendedahkan sebab dan kriteria pemberian tender kepada Zabima Engineering dan Emrail. Apakah syarikat-syarikat lain yang dipertimbangkan, dan adakah tender terbuka dibuat demi memastikan kepentingan orang ramai terpelihara?

3. Bagaimanakah pemberian konsesi dan pakej kontrak ini selari dengan dasar pentadbiran ini, khususnya Model Ekonomi Baru, Inisiatif Pembaharuan Strategik dan lain-lain lagi?

4. Apakah terma lengkap konsesi, kadar tol dan perkongsian keuntungan?

Di dalam smsnya kepada Malaysian Insider, Hafarizam mendakwa bahawa syarikat-syarikatnya diserang memandangkan mereka merupakan antara bilangan kecil syarikat Bumiputera yang dianugerahkan projek ini. Malang sekali apabila sebuah isu tentang ketelusan dan kebertanggungjawaban yang akan memberi impak kepada semua rakyat sekali lagi dilihat dari perspektif kaum. Hakikatnya, sekiranya tuduhan ini terbukti benar, sekelompok kecil kroni akan sekali lagi mendapat durian runtuh sedangkan ramai rakyat Malaysia, termasuk majoriti masyarakat Bumiputera terpaksa menjadi mangsa projek ini. Terma perjanjian antara kerajaan dan syarikat-syarikat yang dipilih mesti didedahkan agar projek ini tidak menjadi satu lagi konsesi yang membebankan rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia mempunyai harapan besar terhadap konsesi generasi kedua dan ketiga memandangkan piawai-piawai baru yang dijanjikan kerajaan. Usah kita lupa rekod buruk Kerajaan BN di dalam pemberian konsesi sebelum ini.

Jawapan telus daripada Perdana Menteri mampu meyakinkan rakyat bahawa mereka tidak akan dibebani dengan lebih banyak "bail-out" dan penswastaan semula

Rakyat khususnya bertanya, apa sudah jadi dengan janji Program Transformasi Kerajaan untuk mengurangkan ketirisan dan pembaziran wang rakyat untuk pembangunan negara dan perbelanjaan operasi dengan memastikan ketelusan di dalam pemberian kontrak? Jelas sekali, kerajaan harus membuktikan pemberian projek lebuhraya ini dibuat secara telus demi kepentingan rakyat.

Jika tidak, rakyat akan terus menolak jaminan BN dalam isu transformasi ekonomi dan membuat keputusan mereka di dalam pilihan raya akan datang.

*Kenyataan media oleh Nurul Izzah Anwar (gambar kiri) selaku Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.


Hafarizam: Kontrak bukan habuan tapi merit

Penasihat undang-undang Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun menafikan dakwaan bahawa dua syarikat yang dianugerahkan konsesi lebuh raya RM2.2 bilion dan dikaitkan dengan dirinya adalah sebagai habuan atau ganjaran kerana peranannya membantu BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, Hafarizam berkata bahawa kedua-dua syarikat itu menghadapi "persaingan sengit" semasa proses tender. Namun pengalaman mereka menyiapkan projek landasan berkembar keretapi dari Rawang ke Ipoh sepanjang 179 kilometer diambil kira.

"Kami mempunyai rekod pencapaian yang baik (dalam projek landasan berkembar) dari Rawang ke Ipoh. (Dakwaan) habuan untuk Perak, saya fikir ini tuduhan keterlaluan.

"Ini langsung tidak mempunyai kaitan sama sekali. Kami menang atas merit! Kami adalah antara beberapa syarikat bumiputera yang dianugerahkan. Mengapa serang kami apabila ada yang lain ... Saya pasti awak juga tahu siapa yang lain yang juga dapat," katanya dalam teks pesanan ringkas kepada Malaysiakini.

Hafarizam diminta mengulas dakwaan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa kerajaan persekutuan mengamalkan kronisme dalam penganugerahan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara.

Raja Petra berkata Hafarizam adalah ahli lembaga pengarah di kedua-dua syarikat - Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang mendapat konsesi lebuh raya itu.

Selain penasihat undang-undang Umno itu, Raja Petra juga mendedahkan bahawa seorang lagi pengarah Emrail adalah Nik Sazlina Mohd Zain, isteri bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi.

Beliau membayangkan bahawa Hafarizam dan Zaki mungkin diberi habuan untuk peranan masing-masing dalam pergelutan di mahkamah selepas BN merampas kerajaan negeri Perak pada Februari 2009.

Hafarizam adalah antara peguam yang mewakili Menteri Besar Perak sekarang, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, manakala Zaki pula adalah Ketua Hakim Negara ketika itu. Zaki bagaimanapun tidak menduduki mana-mana panel yang membicarakan kes berkenaan.
-mk



[Video] Manjoi Dilanda Banjir Kilat Terburuk Dalam Tempoh 10 Tahun

Manjoi - “Habis rumah pusaka peninggalan keluarga dimasuki air Sungai Pari yang terletak berhampiran dengan rumah kami.

“Sebelum ini, pernah juga kejadian banjir ini berlaku namun ia tidaklah seburuk yang berlaku pada hari ini (semalam),” luah Habsah Shariff, 56, salah seorang mangsa banjir yang tinggal di Jalan Raja, Kampung Manjoi.

Beliau yang tinggal bersama suami dan dua anak itu menyedari air semakin naik sehingga ke paras lutut pada jam 8 pagi.

“Kira-kira jam 3 pagi, hujan lebat melanda kawasan ini namun tidak menyangka air naik dengan cepat sehingga turut menjejaskan rumah lain yang terletak berhampiran.

“Boleh dikatakan semua barangan di rumah ini tidak dapat diselamatkan akibat banjir kilat itu,” katanya.

Pasangan suami isteri, Mohd Daud Abas, 61, dan Zaleha Mat Lin, 50, berkata mereka menyedari paras air mula naik selepas solat Subuh.

Mohd Daud yang juga orang kurang upaya (OKU) mendakwa mereka sekeluarga tidak mendengar siren amaran yang dipasang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Lazimnya, setiap kali paras aircapai tahap bahaya siren amaran pasti berbunyi namun pagi ini ia gagal berfungsi,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, lebih 500 penduduk di sekitar Gugusan Manjoi, Buntong, Silibin dan Batu Gajah terpaksa dipindahkan akibat hujan lebat yang berterusan bermula awal pagi semalam.

Difahamkan, paras air turut naik antara 0.5 hingga satu meter dalam kejadian itu.

Antara kawasan yang teruk terjejas termasuklah Kampung Manjoi Lama, Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 3, Taman Muhibbah, Taman Lim, Kampung Sungai Pari dan Kampung Sungai Terap, dekat Batu Gajah.

Bagi penduduk di Gugusan Manjoi semua mangsa yang terlibat ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu di Dewan Orang Ramai Manjoi dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Kampung Tengku Hussein.

Dalam perkembangan sama, jambatan konkrit di Taman Wing Onn juga runtuh dan beberapa buah sekolah turut ditutup termasuklah Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pari, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Puteri dan SK Seri Mutiara.

SK dan SMK Tarcisian Convent serta SMK Dr Megat Khas turut dinaiki air namun keadaannya tidak serius dan persekolahan dijalankan seperti biasa.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) turut kelihatan sibuk menjalankan kerja-kerja pembersihan sampah sarap yang tersangkut di jambatan Jalan Raja untuk memudahkan aliran air Sungai Pari bergerak lancar.

Terburuk dalam tempoh 10 tahun

Adun Manjoi, Datuk Nadzri Ismail yang melawat kawasan tersebut memberitahu kejadian banjir kilat itu adalah yang terburuk dalam tempoh 10 tahun.

Katanya, sebelum ini pernah juga berlaku bencana sedemikian namun keadaannya tidak membimbangkan.

“Hujan lebat luar biasa yang bermula sejak 2 pagi tadi (semalam) adalah di antara punca berlakunya banjir kilat itu.

“Keadaan itu menyebabkan takungan air sungai tidak dapat menampung lebihan air sehingga mengakibatkan ia melimpah ke kawasan kampung berhampiran.

“Justeru, satu jawatankuasa tindakan banjir daerah kecil Ipoh ditubuhkan bagi mengawasi bencana tersebut yang membabitkan beberapa agensi termasuklah MBI, JPS dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN).

Menurutnya, melalui laporan awal yang diterima daripada Jabatan Meteorologi banjir itu ditanda sebagai kawasan jingga yang bermaksud kawasan berkenaan mempunyai risiko untuk dilanda banjir semula.

“Oleh itu, secara keseluruhannya kawasan tersebut masih belum selamat untuk diduduki kerana hujan dijangka akan berlaku pada sebelah petang dan mereka diminta untuk lebih berwaspada,” katanya.

Nadzri berkata, sebelum ini, pihaknya pernah menawarkan penduduk yang terdedah dengan risiko banjir untuk pindah ke kawasan lebih selamat namun ada dalam kalangan mereka yang mempunyai alasan tersendiri untuk terus tinggal di kampung tersebut.

“Mungkin mereka mempunyai nostalgia tersendiri dan sayang untuk meninggalkan kampung itu.

“Bagaimanapun, kami akan cuba berbincang dengan keluarga yang berisiko tinggi untuk berdepan dengan banjir supaya mereka ditempatkan di kawasan lebih selamat,” katanya.

Beliau turut mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir tersebut. -SH







Minit Mesyuarat NFC: Mahfuz Selar Sikap Dolak-Dalik Pengerusi PAC

NFC: Minit mesyuarat perlu kepada ahli parlimen

KUALA LUMPUR, 20 Feb: PAS amat kesal dengan sikap Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Azmi Khalid kerana berbolak-balik untuk mengeluarkan minit mesyuarat jawatankuasa itu kepada ahli-ahli Parlimen, khususnya berhubung National Feedlot Corporation (NFC).

Sikap Azmi itu seolah-olah menafikan kepentingan ahli-ahli Parlimen untuk mengetahui lebih jauh mengenai sebarang isu berhubung NFC yang kini kelihatan amat meragukan sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak mengenai ketelusannya dalam mengendalikan projek ternakan lembu negara.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pada hal surat permohonan supaya dikeluarkan minit mesyuarat tersebut telah pun dikemukakan oleh beliau kepada Azmi baru-baru ini seperti yang diminta oleh Azmi sendiri.

Menurutnya, sekarang setelah surat itu dikemukakan oleh beliau, Azmi memberikan alasan tidak boleh mengemukakan minit mesyuarat tersebut, kecuali dengan penyertaan surat yang ditandatangani Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, selepas itu, Azmi memberikan alasan mesti disertakan pula dengan surat yang ditandatangani sama oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Jadi, apa maknanya itu semua? Saya sendiri dah hantar surat, tapi Datuk Azmi ternyata berbolak-balik. Pada hal dia sendiri dah akui ada yang tak kena mengenai projek NFC itu.

"Lagi pun, apa perlunya surat yang ditandatangani oleh semua ahli-ahli Parlimen barulah boleh dikemukakan minit mesyuarat itu? Pada hal surat daripada saya seorang pun sudah mencukupi, manakala kewujudan PAC itu sendiri adalah atas kehendak dan persetujuan ahli-ahli Parlimen," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Minit mesyuarat PAC yang dimohon untuk dikemukakan oleh Azmi itu, menurutnya, adalah yang dicatatkan pada mesyuarat jawatankuasa itu pada 23 November tahun lalu di Bilik Mesyuarat 1 bangunan Parlimen.

Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan tentang projek ternakan lembu negara yang berada di bawah tanggungjawab NFC, dengan dihadiri ahlli-ahli jawatankuasa PAC yang mewakili pelbagai parti, pegawai-pegawai kerajaan dari pelbagai agensi terbabit dan saksi-saksi yang terlibat dengan perjalanan projek itu.

Menurut Mahfuz, minit mesyuarat tersebut amat penting dikemukakan oleh PAC kepada ahli-ahli Parlimen kerana ia jelas melibatkan kepentingan seluruh rakyat dan negara.


Katanya, atas kesedaran itulah beliau mengemukakan permohonan tersebut, manakala Azmi pula sepatutnya memberikan kerjasama yang baik kepada kesemua ahli-ahli Parlimen untuk mengetahui perkara itu dengan lebih lanjut.

"Pelbagai perkara ingin diketahui oleh ahli-ahli Parlimen dan rakyat negara ini mengenai projek ternakan lembu negara di bawah NFC itu.

"Antaranya, kenapa ia diberikan kepada syarikat keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, Agro Science? Berapa jumlah pinjaman yang dikeluarkan kepada syarikat itu? Bagaimana pinjaman itu diberikan? Bagaimana dengan perjalanan projek itu dan sebagainya," tegasnya.


Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, rakyat juga ingin tahu siapakah sebenarnya yang membuat cadangan bagi pemilihan syarikat keluarga Shahrizat untuk melaksanakan projek tersebut.

Penyerahan projek tersebut kepada syarikat keluarga Shahrizat, tambahnya, berpunca dari cadangan beberapa jawatankuasa terbabit termasuk Jawatankuasa Pemilihan dan Jawatankuasa Kemajuan Projek yang dipengerusikan oleh Menteri Pertanian dan kini menjadi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Beliau yakin perkara itu turut terbabit dengan keputusan Muhyiddin, manakala kemampuan dan keupayaan Muhyiddin dalam memilih syarikat untuk mengendalikan projek tersebut amat mendukacitakan.

"Kini projek itu ternyata gagal dan turut terbabit dengan pelbagai penyelewengan sehingga negara mengalami kerugian amat besar. Jadi apa alasan Muhyiddin memberikan projek itu kepada Agro Science?" ujarnya.

Perkara itu, tegasnya, perlu disiasat dengan menyeluruh dan sehubungan itu, beliau mencadangkan agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu, termasuk dengan memanggil Muhyiddin memberikan keterangan berhubung pemilihannya ke atas syarikat Agroo Science.

"Seperti yang kita maklum, selain Agroo Science, terdapat lima lagi syarikat yang turut memohon untuk melaksanakan projek itu? Kenapa Agroo Science yang dipilih? Apa muslihatnya?" katanya.

Kini setelah kegagalan itu, kesalahan tidak boleh diletakkan ke atas Shahrizat semata-mata, katanya, malah kesemua pemimpin Umno atau BN yang terbabit perlu bertanggungjawab mengenainya. -HD



Rogol Anak Tiri: Penyanyi Hip Hop Ditahan Reman Hingga Sabtu

Suspek perkosa anak direman hingga Sabtu

GOMBAK: Anak tiri kepada seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air yang ditahan polis selepas didakwa merogol mangsa di rumahnya di Gombak Jaya, di sini kini masih menerima rawatan di Hospital Selayang. Gambar hiasan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa yang berusia 14 tahun masih menerima rawatan di hospital dan sedang diberi kaunseling oleh pihak hospital dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, penyanyi terbabit juga direman hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

Harian Metro semalam melaporkan mengenai penahanan seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air selepas didakwa merogol anak tirinya sejak tujuh tahun lalu.

Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam kelmarin. -HM

PENYANYI HIP HOP ROGOL ANAK TIRI


Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam.Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin.

Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu.

“Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam),” katanya, semalam.

Sumber itu berkata, remaja perempuan terbabit mendakwa dia nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun lalu selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain.
-hm 20/2/2012


‘Perogol itu bukan saya’

AMPANG: “Itu bukan saya,” kata bekas penyanyi ahli kumpulan Shade, Mohamad Faizal Mohd Ali, 38, atau dikenali sebagai Wan sebagai menafikan dakwaan sebuah blog hiburan yang menuduhnya merogol anak tiri sejak tujuh tahun lalu.

Katanya, tuduhan palsu itu tidak berasas kerana beliau sendiri belum berkahwin.

“Tuduhan palsu itu menjatuhkan maruah yang kini aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan.

“Kerana fitnah blog itu, ramai pihak menuding jari dan memarahinya hingga menjatuhkan maruah sebagai artis dan memegang jawatan sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia,” katanya ketika ditemui di balai polis Ukay.

Katanya, dia mengetahui laporan mengaitkan dirinya pada jam 2 petang selepas dihubungi rakan yang memaklumkan gambar dan namanya keluar di sebuah blog.

“Saya terkejut selepas melihat dakwaan itu selain mendapati peminat dan orang ramai memberi kata-kata negatif hingga menjatuhkan maruah.

“Saya akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk saman malu terhadap penyebar fitnah,” katanya yang popular dengan lagu Jangan Ucapkan Selamat Tinggal pada 1995.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Harian Metro semalam berkenaan seorang artis berkonsep Hip Hop ditahan polis selepas didakwa memperkosa anak tirinya yang berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya.

Penyanyi berusia 37 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu ketika mangsa berusia tujuh tahun.

Beliau membuat laporan polis berhubung fitnah kira-kira jam 8.30 malam di Balai Polis Ukay Perdana.
-hm


Isu Malaysia-Israel: Mahfuz Mahu BN Minta Maaf

Mahfuz: BN ‘iktiraf’ Israel, jadi wajar minta maaf

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menggesa agar kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kenyataan mereka sebelum ini yang kononnya tidak mengiktiraf Israel.

Beliau berkata, walaupun tiada hubungan diplomatik secara rasmi dibuat, tetapi dengan membenarkan kehadiran pasukan kriket Israel pada 1997 membuktikan bahawa Malaysia memberi pengiktirafan secara tidak langsung.

“Kerajaan Umno dan BN perlu minta pada seluruh rakyat Malaysia kerana secara tak langsung mengiktiraf kewujudan negara haram Israel. Ia berdasarkan, pertama, kehadiran pasukan kriket yang mana pada waktu itu saya ditahan dan dibicara.

"Kedua, dengan membenarkan mereka masuk seperti kehadiran kapal-kapal dagang milik Israel di Pelabuhan Klang. Ini membuktikan kita iktiraf mereka. Jadi mereka perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan rakyat Palestin," katanya pada sidang media hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini membuat gesaan ini ketika Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan dengan kontroversi susulan temu bual dengan Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu, yang mendakwa menyatakan sokongan terhadap semua usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan negara Israel.

Rentetan daripada kejadian itu, Anwar dikecam oleh pelbagai pihak dengan mengatakannya sebagai pro-Israel sehingga menyebabkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluar kenyataan meminta beliau menarik balik kenyataan atau menyaman media antarabangsa itu.

Khamis lalu, Anwar mengeluarkan kenyataan bahawa PKR yang diketuainya berkongsi hasrat dan pendirian dengan Pas untuk melihat kewujudan sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur.

Sambil menegaskan beliau memahami perbezaan pendirian Pas dan PKR, Anwar menambah, parti Islam itu berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

"Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari Pas, Majlis Syura Pas dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

"Ketetapan Pas yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia," kata Anwar. -SH



Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Lelaki Sembunyikan Kekasih Dalam Tandas

Batu pahat – Taktik seorang lelaki menyembunyikan kekasihnya dalam tandas sebuah hotel tiga bintang di sini tidak menjadi selepas penguat kuasa jabatan agama daerah menjumpai sepasang kasut wanita di bilik berkenaan.

Timbalan Penguat Kuasa Jabatan Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohad Sopah, berkata, penemuan kasut wanita itu menyebabkan pihaknya memeriksa keseluruhan bilik dan menemui seorang gadis di dalam tandas bilik itu.

Menurutnya, ketika serbuan dijalankan kira-kira jam 4 pagi semalam, lelaki berusia 23 tahun itu pada mulanya mengaku menginap sendirian di hotel tersebut sebelum tembelangnya pecah.

Lelaki itu,katanya, hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju sejurus membuka pintu bilik berkenaan selepas diketuk beberapa kali penguat kuasa.

“Selepas disoal, lelaki itu kemudiannya mengaku teman wanitanya ada bersama dalam satu bilik dan sedang bersembunyi dalam bilik mandi akibat terlalu panik.

“Setelah dijumpai di bilik mandi, wanita berkenaan diperiksa pegawai wanita dan jelas wanita itu tidak mengenakan sebarang pakaian dalam,” katanya.

Pihaknya difahamkan, lelaki terbabit dikatakan dalam perjalanan menghantar teman wanitanya yang juga seorang pelajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi di sini.

Akibat terlalu kepenatan memandu, pasangan kekasih itu, katanya, mengambil keputusan untuk menginap di hotel berkenaan sebelum diserbu pihak berkuasa.

“Kedua mereka berasal dari salah sebuah negeri di pantai timur negara dan masing-masing berusia 23 tahun dan mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut.

“Pasangan berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya. -SH

UMNO Semakin Tenat & Semakin Dekat Dengan Ajalnya Di Johor

Polis sengaja biar provokasi samseng Umno di Parlimen Sembrong

KUALA LUMPUR: KEADILAN menuntut jaminan polis bahawa program anjuran Pakatan Rakyat selamat dari sebarang gangguan, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nausution Ismail.

“Kita kenal pasti 50 hingga 100 motosikal melibatkan kumpulan samseng upahan berusia antara 15 hingga 18 tahun. Melalui penduduk tempatan mereka ini samseng Umno.

“Apakah jaminan polis untuk pastikan program politik Anwar Ibrahim dan lain-lain jika polis berpihak seperti ini?” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Dalam kejadian malam semalam, sekumpulan samseng Umno membaling batu hingga cermin kereta Anwar retak manakala pintu kanan dan kiri kereta kemek akibat ditendang.

Beliau kesal kerana polis tidak mengambil sebarang tindakan walaupun laporan polis sudah dibuat Ketua Cabang KEADILAN Sembrong, Mohd Yusof di balai polis Kluang, pagi tadi.

“Kayu, batu, telur busuk dan mercun bola dibaling melepasi kepala polis,” katanya sambil menyifatkan krebiliti polis sangat memalukan.

Mengikut laporan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Saifuddin berkata, lebih 20 anggota polis bertugas ketika kejadian sekaligus bermakna bilangan anggota tidak berseragam adalah tiga kali ganda.

“Apakah kerana kawasan yang kita masuki itu kawasan Menteri Dalam Negeri, polis membenarkan tindakan ganas semata-mata untuk lindungi kedudukan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) dan Parlimen Sembrong?

“Apakah ketakutan mereka hilang sokongan sehingga terpaksa bertindak secara ganas terhadap program Pakatan Rakyat?” katanya.

Saifuddin menegaskan, serangan samseng Umno itu tidak menggentarkan mereka, bahkan KEADILAN akan terus menggandakan program penerangan.

“Tindakan ganas tak akan menyekat penerangan kita. Johor negeri paling berpotensi untuk Pakatan Rakyat. Kita tetapkan program gerak tumpu setiap minggu tanpa henti,” katanya. -KD

Samseng Umno Pecahkan Cermin kereta Anwar Di Semberong

Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta Menteri Dalam Negeri merangkap MP Semberong, Datuk Seri Hishamuddin Hussein memberi penjelasan berhubung tindakan samseng Umno di kawasan parlimen beliau yang mengganggu ceramah PR di Mersing semalam.

Selain bertindak memecah cermin kenderaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihak polis yang bertugas juga tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang tindakan biadap samseng-samseng tersebut.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media hari ini mendedahkan tindakan para samseng Umno bertindak ganas cuba memecahkan cermin kenderaan Datuk Seri Anwar.

"Malam tadi seramai dalam 50 - 80 orang bermotosikal mereka gunakan, yang melibatkan kumpulan samseng upahan dalam lingkungan umur 15-18 tahun yang melalui penduduk-penduduk tempatan mengenali kumpulan samseng ini sebagai orang-orang UMNO,orang kampung kenal mereka."

"Melontar batu ,kayu, botol air telur busuk dan mercun bola di hadapan mata pasukan Polis Diraja Malaysia yang tidak bertindak apapun sehingga kereta yang dinaiki oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pecah,kereta yang diketuk dan dilontar batu dan Datuk Sri semalam terpaksa balik dengan menaiki kenderaan pengawal peribadinya,"katanya. Jelasnya lagi Pakatan Rakyat merasa amat kesal dengan tindakan samseng Umno tersebut dan tindakan mendiam diri pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan apabila membabitkan pihak Umno

"Hakikatnya pasukan Polis Diraja Malaysia tidak bertindak menyekat dan menghalang samseng-samseng UMNO Johor ini bertindak menggangu program Parti Politik yang kita bergerak secara sah adalah satu perbuatan yang amat kita kesali dan kita ingin bertanya apakah kerana kawasan yang kita buat ceramah malam tadi ialah kawasan dalam parlimen menteri dalam negeri,maka pasukan polis membenarkan tindakan ganas ini dilakukan semata-mata untuk melindungi kedudukan politik menteri dalam negeri dan parlimen Semberong,jika tidak kenapakah tidak ada sebarang tangkapan dan halangan oleh pasukan polis.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kluang pada jam tiga pagi tadi.

"Saya ingin bertanya kepada Umno Johor apakah ketakutan mereka untuk hilang sokongan rakyat sehingga memaksa mereka bertindak dengan cara ganas untuk menyekat sambutan rakyat terhadap Keadilan dan Pakatan Rakyat."

"Bayangkan kalau esok bila saya suruh AMK,mana Najib datang mana Muhyiddin datang kita beli mercun dekat Rantau Panjang kita baling bola mercun,bayangkan kiamat dunia serang kita tapi ini dibuat ke atas kita."

"Apakah jaminan oleh PDRM bagi memastikan bahawa program-program politik yang dibuat oleh Keadilan yang melibatkan Datuk Seri Anwar dan pimpinan lain boleh dijamin selamat kalau sekiranya pihak PDRM mengambil pendirian berpihak seperti ini."katanya dalam nada kesal.
-tvsnews




Ulasan GB

Menjadi tanda bahawa UMNO semakin tenat dan semakin menemui ajalnya di Johor.

Maknyah Masih Aktif Buru Pelanggan Di Kuantan

Mak Nyah Lorong Kunyit belum serik

KUANTAN- Lorong Kunyit. Itu gelaran diberi penduduk di bandar ini berikutan kegiatan ‘mak nyah’ yang menjadikan ia port menjalankan aktiviti mencari pelanggan yang bernafsu songsang.

Kelmarin, ketika tinjauan Sinar Harian di lokasi yang menyaksikan dua mak nyah diserang dan dibelasah de­ngan rantai besi oleh enam lelaki di Wisma Belia, Jalan Haji Abdul Aziz,Rabu lalu, aktiviti mereka masih berjalan seperti biasa.

Ini menunjukkan mereka tidak gentar untuk mencari rezeki walaupun ada rakan cedera diserang ganas. Dalam tinjauan yang dilakukan, penulis bersama seorang rakan mendapati, tiga mak nyah bersidai di kaki lima di lokasi tersebut mencari pelanggan.

Malah lokasi tersebut mula sesak dengan kehadiran kereta dan motosikal yang mungkin ingin mencari dan menjamu mata melihat aksi mereka. Dengan penampilan seksi dan menggoda, pakaian yang singkat dan mengghairahkan, bermekap cukup umpama wanita cantik, mereka tidak segan silu menghampiri kenderaan kereta ataupun motosikal yang berhenti.

Ada yang jelita dan lebih cantik daripada wanita sejati menyebabkan lelaki terpedaya dan terkulai di tangan mereka, namun ada juga masih terlihat aura lelaki di sebalik penampilan glamor ditunjukkan.


Kira-kira jam 12.30 malam, penulis bersama rakan terpaksa menyembunyikan diri di dalam kereta dari jauh untuk merakam gambar meeka ketika berurusan bersama pelanggan.

Setengah jam menunggu, penantian kami berbaloi, apabila sebuah kenderaan berhenti dan sepantas kilat, seorang mak nyah menghampiri. Namun hanya lima minit, kenderaan terbabit beredar.

Sangkaan kami mungkin harga yang dikenakan tidak memuaskan hati pemandu ataupun sekadar mengusik mak nyah terbabit. Lorong tersebut sebenarnya menjadi bualan dan antara destinasi wajib buat penghuni bandar Kuantan ataupun dari luar yang menge­tahui aktiviti mereka. Ia sekadar untuk ’suka-suka’ selepas puas berhibur dan berjalan bersama rakan di bandar Kuantan.

Lorong itu pasti dilalui untuk melihat sendiri aktiviti dan wajah mak nyah di depan mata secara realiti. Malah rakan penulis turut memberanikan diri untuk memberhentikan kenderaannya di hadapan mak nyah terbabit. Ketika ditanya, mak nyah terbabit memberikan nama Mimi (bukan nama sebenar) dan tersenyum manis cuba menggoda rakan penulis.

Bersuara lembut dengan sepasang blaus hitam, Mimi menunjukkan reaksi sedia dilanggan. Ditanya berapa harga yang ditetapkan, Mimi memberitahu RM50 dan sanggup mengikut rakan penulis ke lokasi yang diinginkan. Namun selepas berbasa-basi dan terlihat kelibat penulis dalam kenderaan itu, mak nyah tersebut terus menjauh­kan diri.

Mungkin mak nyah tidak menyukai wanita sejati seperti penulis. Selepas satu jam menghabiskan masa di lokasi tersebut, kami beredar dan akan menyambung tinjauan di lokasi tersebut di siang hari.

Kalau malamnya ia umpama syurga pemuas nafsu buat penggemar dan pelaku songsang, siang pula berubah wajah, menjadi pusat aktiviti perniagaan dan ekonomi de­ngan deretan premis dan bank yang memberikan khidmat buat penduduk Kuantan.

Ketika tinjauan Sinar Harian, ia langsung tidak menunjukkan ia menjadi port maksiat popular di bandar itu, seperti seolah-olah ia tidak berlaku kerana kesibukan warga Kuantan dengan urusan masing-masing.

Namun apabila ditanya pada peniaga berhubung aktiviti negatif itu, mereka sukar memberikan kerjasama mungkin gusar dengan keselamatan mereka memandang­kan mak nyah terbabit juga ada yang tinggal berhampiran di lokasi tersebut.

Penulis dimaklumkan golongan itu berkumpul di lokasi terbabit setiap hari dari jam 12 tengah malam hingga 5 pagi, kecuali malam Jumaat.

Penulis turut meninjau lorong di mana dua mak nyah diserang baru-baru ini.

Sunyi dan memudahkan mereka yang melakukan perbuatan itu melarikan diri. Sebelum ini, dua mangsa yang dikenali dengan nama Rozita dan Shasha diserang dengan besi, topi keledar dan rantai besi berikat mangga oleh enam lelaki bermotosikal kira kira jam 3.30 pagi Rabu lalu menyebabkan cedera di kepala, badan dan lengan.

Mereka menggelar lelaki-lelaki terbabit sebagai Geng Anti Mak Nyah dan mendakwa, sejak enam bulan lalu, 12 kali kejadian sama membabitkan 10 mangsa sudah terjadi dan dipercayai geng terbabit bertindak kira-kira jam 1 hingga 5 pagi, namun tidak mencuri atau mengambil barang mangsa. -SH

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Suara Sebenar Masyarakat Cina Mula Kedengaran Selepas Debat

Warga maya marah Sin Chew siar laporan berat sebelah

Selepas isu “Kak Tunda”, akhbar Cina Sin Chew Daily pula menjadi sasaran keberangan warga maya berhubung perbahasan antara presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, Sabtu lalu.

Ini kerana, menurut warga maya, laporan Sin Chew terlalu “berat sebelah" yang memberikan liputan yang menonjol kepada Chua dalam edisi akhbar itu semalam.

Ini memaksa akhbar itu membuat penjelasan yang berulang kali di Facebook - tetapi mereka gagal meredakan kemarahan pembaca.


Pada edisi Ahad, Sin Chew melaporkan hujah umum antara Chua dan Lim di muka depan, tetapi pada halaman berikut, iaitu pada muka surat 2, 3 dan 4, tumpuan hanya diberikan kepada Chua dan ucapan pemimpin BN yang lain.

Ucapan Lim hanya dilaporkan pada muka surat 31, iaitu dua halaman terakhir dalam akhbar itu.

Tindakan itu mengundang kemarahan warga maya yang membidas Sin Chew kerana didakwa berat sebelah pada laman Facebook akhbar itu.

"Sin Chew Daily memberi Chua liputan luas, manakala berita Lim hanya dapat liputan kecil. Protes amalan harian berat sebelah itu," tulis seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Tan.

"Sin Chew Daily menipu pembaca," kata seorang lagi pengguna Facebook yang menggunakan nama Samc Chen. -mk

Star akui kesilapan berhubung petikan Guan Eng

Akhbar harian Inggeris, the Star hari ini menerbitkan kenyataan ringkas berhubung kesilapan dalam laporannya dalam artikel semasa perdebatan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang dibuat semasa persidangan 'Kaum Cina di persimpangan’, Sabtu lalu.

"Kami dimaklumkan bahawa semasa perdebatan dengan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang bertajuk ‘Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa? setiausaha agung DAP Lim Guan Eng tidak ada membuat kenyataan berikut: ‘Kami tidak bersetuju Perdana Menteri mesti sentiasa terdiri daripada orang Melayu kerana kami mahu rakyat yang membuat keputusan’.

"Kesilapan dalam terjemahan itu amat dikesali," petik kenyataan dua perenggan pengakuan kesilapan itu yang dicetak pada halaman enam akhbar berkenaan.

Bertajuk 'Ralat dalam terjemahan', artikel itu tidak membawa sebarang permohonan maaf atau menyiarkan petikan yang betul.

Lim, semalam menuntut permohonan maaf daripada harian milik MCA itu berhubung laporannnya mengenai perdebatan dua gergasi politik itu.

"Petikan yang dikatakan dikeluarkan oleh saya adalah palsu dan tidak benar kerana tiada rujukan sekalipun pernah dibuat oleh saya mengenai isu ini yang tidak ditimbulkan semasa perbahasan,” kata Lim dalam kenyataannya itu.
-mk


Ulasan GB

Kini suara masyarakat Cina yang sebenar telah kedengaran. Mereka membantah laporan senget terhadap debat.

Bukan saja wartawan Sin Chew Jit Poh, malah hampir kesemua akhbar media arus perdana tidak memberikan liputan yang adil kepada debat. BERNAMA sendiri membuat laporan yang berat sebelah apatah lagi wartawan-wartawan akhbar arus perdana yang lain.

Mungkin benar dakwaan sesetengah pihak bahawa taraf kewartawanan negara ini sebagai "pelacur".

Kebenaran akhirnya terserlah jua sekalipun NUJ cuba menafi dan menolak dakwaan tersebut.

Jika sebelum ini NUJ berkehendakkan fakta ddengan bukti dan keterangan, laporan di atas menjelaskan segala-galanya.

NUJ, what say you now?