6 Jun 2017

Razman Diperintah Bayar RM6,000 Lagi Kepada Nizar

Mahkamah tolak rayuan pesuruhjaya Pas Perak, arah bayar RM6,000

Mahkamah sekali lagi mengarahkan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria membayar kos kepada Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Razman sebelum ini diarahkan oleh Mahkamah Sesyen untuk membayar kos sebanyak RM8,500.

Kali ini Mahkamah Tinggi Ipoh mengarahkan beliau membayar kos sebanyak RM6,000 dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh keputusan semalam.

Ini setelah Hakim Anselm Charles Fernandis semalam menolak rayuan Razman terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang membatalkan Tuntutan Balas yang dikemukakan oleh Bendahari Pas Pusat itu.


Di dalam keputusan semalam, Mahkamah Tinggi Ipoh bersetuju dengan dapatan Mahkamah Sesyen bahawa Tuntutan Balas Razman tersebut adalah cacat.

"Oleh itu, Mahkamah Tinggi Ipoh menolak rayuan Razman dengan kos sebanyak RM6,000 yang perlu dibayar oleh Razman dalam tempoh tujuh hari dari tarikh keputusan," kata peguam Mohammad Nizar, Mohd Fitri Asmuni.

Namun beliau mendapati terdapat sedikit kekeliruan dalam keputusan hakim semalam apabila Razman diarahkan untuk meminda Tuntutan Balasnya dengan memasukkan kenyataan fitnah yang didakwa telah diterbitkan oleh Mohammad Nizar yang ketika itu sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak.

"Saya mendapati terdapat sedikit kekeliruan dalam keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh semalam.

"Secara dasarnya, Hakim telah menolak rayuan Razman untuk menghidupkan kembali Tuntutan Balas yang telah dibatalkan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini.

"Ertinya, Tuntutan Balas tersebut sudah tidak wujud lagi tetapi dalam masa yang sama, beliau mengarahkan Razman membuat pindaan ke atas Tuntutan Balas tersebut.

"Di sini yang saya maksudkan adanya kekeliruan kerana ada percanggahan," jelasnya lagi.

Kata Fitri, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada Mohammad Nizar dan anak guamnya itu telah mengarahkan beliau untuk memfailkan segera rayuan terhadap keputusan hakim berkaitan isu pindaan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mempersoalkan laporan berita yang disiarkan oleh Razman dalam laman sosial Facebooknya berhubung keputusan mahkamah semalam.

Laporan tersebut mendakwa Mahkamah Tinggi Ipoh telah membenarkan rayuan Razman Zakaria terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Ipoh yang membatalkan tuntutan balasnya terhadap Mohamad Nizar.

"Laporan tersebut adalah tidak benar. Saya tegaskan di sini bahawa rayuan mereka telah ditolak dengan kos sebanyak RM6,000 yang perlu beliau bayar dalam masa tujuh hari.

"Kalau rayuan beliau dibenarkan, tidak timbul perintah beliau untuk membayar kos RM6 ribu tersebut kepada Nizar. Saya harap beliau perlu lebih teliti dengan apa yang berlaku,"
tegasnya.

Pada tahun 2015, Tahun lalu, Mohammad Nizar memfailkan tuntutan fitnah sebanyak RM3 juta terhadap Razman yang didakwa memfitnahnya sebagaimana artikel yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015, bertajuk: Pendekatan Nizar mirip DAP.



LAPORAN SEBELUM INI

Sinar Harian dibawa sebagai pihak ketiga

MAHKAMAH Sesyen Ipoh hari ini telah membenarkan permohonan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria untuk membawa masuk Sinar Harian sebagai pihak ketiga dalam kes saman oleh Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin terhadapnya. 

Sinar Harian dibawa sebagai pihak ketiga kerana ia merupakan pihak yang menyiarkan berita bertajuk 'Pendekatan Nizar Mirip DAP' yang menjadi asas tuntutan Nizar terhadap Razman.

Dalam prosiding hari ini, peguam Nizar membantah permohonan tersebut atas alasan ia dibuat setelah tarikh bicara ditetapkan. Namun begitu bantahan tersebut tidak diterima oleh mahkamah.

Peguam Razman ketika menghujah berkenaan bantahan peguam Nizar tersebut menyatakan bahawa peguam Nizar (Plaintif) tiada hak untuk membantah permohonan untuk kebenaran membawa masuk pihak ketiga kerana berdasarkan prinsip undang-undang, adalah jelas, permohonan berkenaan adalah merupakan urusan di antara Razman (defendan) dengan pihak ketiga.

Pada prosiding hari ini juga peguam Nizar membangkitkan perkara bahawa Razman masih belum menjelaskan kos sebanyak RM8,000 yang diperintahkan oleh mahkamah ketika memutuskan berkenaan notis permohonan membatalkan saman serta notis permohonan membatalkan tuntutan balas.

Namun begitu perkara tersebut telah diselesaikan apabila peguam Razman memaklumkan terdapatnya silap faham kerana terdapatnya komunikasi di antara peguam Razman dan salah seorang peguam Nizar (yang tidak hadir pada prosiding hari ini) agar kos berkenaan diselesaikan setelah pendengaran rayuan Razman berhubung perintah berkenaan di Mahkamah Tinggi.

Atas dasar tidak mahu perkara ini menimbulkan polemik, direkodkan pada hari ini bahawa Razman akan menjelaskannya selewat-lewatnya pada hari Jumaat (21 April 2017). Rayuan Razman di Mahkamah Tinggi Ipoh ditetapkan untuk pendengaran pada 24 Mei 2017.

Ketika ditanya berkenaan isu masih belum menjelaskan bayaran berkenaan, Razman memaklumkan bahawa dia tidak berniat menghina mahkamah tetapi atas kesilapfahaman berhubung terdapatnya komunikasi salah seorang peguamnya dengan peguam Nizar, selain itu tiada dinyatakan diperintah berkenaan tempoh masa ia perlu dibayar.

"Saya tiada masalah untuk menjelaskannya," katanya.

Razman diwakili peguam dari Lajnah Undang-undang & Guaman PAS Perak, Mohd Zamri, Ahmad Azhar, Nurul Huda dan Syahidah Hanum.

Kes ditetapkan untuk pengurusan kes bagi pihak ketiga pada 18 Mei depan.
- HARAKAHDAILY (April 19)






RAYUAN SUMBANGAN

Saya amat memerlukan sumbangan tuan-puan untuk mendapat sebuah laptop berkuasa tinggi (i7) bagi kerja-kerja mengemaskinikan blog ini. 

Laptop GB yang ada kini sudah begitu lama dan tidak lagi dapat menampung kerja-kerja berat seperti pengeditan video, grafik dan live streaming. Ia mudah panas dan padam tiba-tiba menyebabkan pengemaskinian blog pun jadi tergendala. 

Justeru itu, GB dengan rendah hati merayu sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu GB mendapatkan sebuah laptop i7 yang baharu (jenama MSI atau ASUS) dengan cool-iced technology. Sumbangan boleh dilakukan ke akaun pemegang amanah tabung Kelab Greenboc seperti tertera di bawah ini:

Akaun Maybank: 104058248904
Nama: ZULKIPLY BIN HARUN

Maklumkan semua sumbangan sdra kepada email: greenboc@gmail.com

Semuga Allah membalas jasa baik tuan-puan dengan ganjaran berlipat ganda.

p/s Iklan ini akan dipadam apabila sumbangan telah mencukupi.






FEATURED ADS





2 ulasan:

Unknown berkata...

Razman.. razman.. keluarkan kenyataan berapa minit.. masaalah yg timbul beratus2 jam..terlajak perahu boleh di undur...terlajak kata.. belum apa2 14 ribu dah melayang.. silap2 kalah dlm kena saman ni... duit dah abis.. selamat tinggallah pru 14..dengarnya jadi pesuruhjaya negeri perak sbb baik dgn menantu tuang presiden ya..

Tanpa Nama berkata...

razman ni ABC sikit... senang nk dicucuk idung... nk letak menantu dia ostad akmal nampak sgt kroni..ostad akmal control dia je...ramai gi yg cerdik pandai kt perak.. tapi susah dicucuk idung..semua anti Tn presideng... aku pun x berape paham sgt dgn razman ni...dia ckp pe pun aku x paham.pelat&berbelit... mcm mane boleh jadi pj perak... kami kt Perak panggil dia PJ ABC.....