24 Mac 2017

"Perang" Diantara PAS Selangor Dan Azmin

PAS Subang ikrar tunjuk pintu keluar pada Azmin

Akar umbi PAS berang dengan sindiran tajam Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali terhadap “tok lebai”, yang dipercayai merujuk kepada ketua pemudanya Nik Abduh Nik Aziz.

Organ rasmi PAS Harakahdaily hari ini menyiarkan kenyataan penuh Ketua Pemuda PAS Subang Hanafi Zulkapli yang mengecam keras kenyataan Azmin itu.

“Pemuda Subang melihat kenyataan YB Azmin ini sebagai satu gaya pemikiran yang senteng kerana pemilihan jawatan dalaman PAS di peringkat kawasan-kawasan adalah urusan menyusun gerak atur pergerakan PAS di peringkat akar umbi itu sendiri dan sama sekali tidak absah jika ingin dinisbahkan kepada gerak kerja pilihan raya,” katanya.


Tanpa menamakan, Azmin kelmarin turut mempersendakan kekuatan seorang 'tok lebai' yang bercita-cita hendak menawan Selangor, walaupun “kalah tersungkur” di kawasan sendiri.

Tulisan itu dibuat kebetulan selepas Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata, persetujuan untuk PKR menerajui Selangor tidak akan sentiasa kekal seperti sebelum ini.

Nik Abduh mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa mereka menyasarkan mentadbir Selangor pada pilihan raya umum ke-14, selain Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak.

Nik Abduh kalah teruk pada pemilihan PAS peringkat kawasan di Pengkalan Chepa.

Anak ikon PAS allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu hanya mendapat 37 undi berbanding lawannya Anggota Parlimen Pengkalan Chepa Dr Izani Husin (207 undi).

Dalam kenyataannya, Hanafi menegaskan bahawa kerusi menteri besar yang disandang Azmin adalah “ihsan” PAS dan kemenangannya di Gombak pula hasil kekuatan gerak kerja jentera mereka.

“YB Azmin perlu menyedari hakikat bahawasanya PAS mempunyai kekuatan yang ampuh di peringkat akar umbi.

“Kesinisan kenyataan YB Azmin ini seolah-olah menjerut leher sendiri tatkala beliau menyedari hakikat bahawa PKR tidak ada kekuatan jentera di mana-mana kawasan sekalipun,” katanya.

Pemuda PAS Subang juga menyeru semua perwakilan PAS di muktamar kawasan masing-masing menyokong usul memutuskan hubungan politik dengan PKR.

Dewan itu juga mengumumkan akan bertanding di dua kerusi PKR dalam pilihan raya umum akan datang iaitu Parlimen Subang dan Kota Damansara, selain kawasan mereka di Paya Jaras.

“Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang sekali lagi bertegas akan terus konsisten menyambut seruan Ketua Dewan Pemuda PAS, YB Nik Muhammad Abduh untuk menawan Selangor sekali gus menunjukkan pintu keluar kepada YB Azmin Ali daripada pejabat menteri besar dan menyingkirkan YB Azmin Ali daripada kerusi parlimen Gombak,” katanya. -mk


Pemuda Pas Kuala Selangor lulus usul putus dengan PKR


Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor (DPPKS) dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang ke 27 sebulat suara meluluskan Usul Putus Tahaluf Siyasi Pilihanraya bersama PKR.

Difahamkan DPPKS mengambil kira beberapa bukti dan peristiwa yang berlaku di negeri Selangor antara Pas dan PKR.

Ketua Pemudanya Ahmad Hakimi Othman berkata, pemimpin PKR Melayu Islam memandang sinis usaha memartabatkan mahkamah Syariah dan memejamkan mata dalam penerangan dan penjelasan yang diberikan.

Selain PRK Sungai Besar yanag diadakan tahun lalu melihatkan pengkhianatan yang jelas terhadap unsur unsur Tahaluf Siyasi PAS yang telah digariskan oleh Majlis Syura Ulama.

Isu Air Selangor dan pertikaian dengan SPLASH yang masih tidak diselesaikan boleh menyebabkan reputasi PAS sebagai kerajaan bersama di bawah Undang Undang Tubuh Negeri Selangor boleh menyeret PAS dalam krisis keyakinan rakyat terhadap tindak tanduk kerajaan yang ada.

"Tiga isu ini sebahagian bukti yang secara syariatnya, tahaluf siyasi pilihanraya bersama PKR perlu diputuskan.

"Sekiranya Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohd Azmin Ali) dari PKR merasakan mampu memecat exco-exco PAS, kita akan terima dan bergerak seperti biasa.

"Yang penting prinsip bersama Islam mesti dipegang. Kemenangan dan rahmat adalah pemberian Allah.

"Sekiranya, yang dilakukan menepati syarat Allah. Kemenangan pasti dapat dikecapi jua.

"Maka, DPPKS tetap mengajak semua Ahli PAS berpegang teguh dengan prinsip politik Islam dan mengotakannya walaupun sukar," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Polimik hubungan antara PAS dan PKR ini tercetus apabila Pas tidak berada dalam gabungan Pakatan Harapan dan keberadaan Pas di Selangor seakan tidak disantuni pimpinan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun ia menjadi semakin parah di Selangor apabila Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR mengeluarkan kata sinis terhadap Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Aziz di twitternya semalam.

Ekoran itu Pemuda Pas Kawasan Subang dan Pandan turut akan mengusulkan untuk memutuskan hubungan dengan PKR pada Mesyuarat Agung Tahunan Pas kawasan yang sedang berlansung kini di seluruh negeri.

Azmin dilapor menyindir seorang "tok lebai misteri" tanpa menamakan secara langsung individu disebutkan itu kononnya bercita-cita untuk menawan Selangor.

"Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur," ujar Azmin seperti dipetik.

Kenyataan Azmin itu dianggap oleh pimpinan pemuda di Selangor ditujukan kepada Nik Abduh yang kalah dalam pemilihan jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Pengkalan Chepa pada 18 Mac lalu.
-MD


ULASAN GB

Nampaknya teruk juga Azmin disernag olehg PAS gara-gara memanggil Ketua pemuda PAS sebagai "Tok Lebai".

"Tok Lebai" itu sebelum ini telah membuat kenyataan bahawa PAS mahu tawan Selangor, dan ia mengundang respons dari Azmin yang menyindir Tok lebai itu yang tewas merebut jawatan TYDP PAS Pengekalan Chepa dengan hanya memperolehi 37 berbanding lawannya Dr Izani Husin yang memperoleh 207 undi.

“Kawasan sendiri pun kalah tersungkur, (ada hati nak tawan Selangor!)” tulis Azmin.

Sebenarnya PAS masih tidak menyedari bahawa mereka tiada kekuatan di Selangor. Buktinya:


Tetapi apabila sudah ada 15 kerusi hasil bersama dengan PR pada PRU13, tiba-tiba PAS jadi besar kepala.

Dan kepada Azmin kita telah banyak kali menasihatkannya agar berwaspada dengan PAS. PAS akan mengungkit sejarah lampau kononnya mereka yang banyak membantu Azmin dan PKR, malah ke tahap kononnya merekalah yang menobatkan Azmin sebagai menteri besar di Selangor, sedangkan pada yang sama merekalah juga yang campurtangan dalam urusan parti itu menentang Azmin dan PKR yang telah menurunkan Tan Sri Khalid sebagai MB.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar A Samad bersama rakan-rakan exconya di Selangor masih enggan meletakkan jawatan, malah menempelak mereka yang menyuruh memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP sebagai "mereka yang duduk di dalam perigi buta.



Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Quo vadis PAS? Kita sama-sama saksikan keputusan PRU14 nanti!



FEATURED ADS





18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Klo la pas vs umno vs parti pisang di selangor..aku pangkah parti pisang...itu klo parti pisang masuk,klo pas dan umno..sory to says..tak mo undi..kpd pemimpin2 pkr dan pbbm yg terhegeh2 pujuk pas..anda mengambil risiko jadi si luncai dgn labu2nya..

Tanpa Nama berkata...

.
.

Tok Lebai 37 kalau bertanding jawatan parti di Selangor cuma boleh dapat 7 undi je.

Dapat 37 menunjukkan Tok Lebai tak buat kerja tapi hanya bercakap. Nak nama dia popular dan nampak gah sebagai Ketua cakap pasal nak menang sana sini atau usik pasal DAP.

Mana pernah Tok Lebai 37 cakap pasal isu rakyat. Podahh !

Salah satu sebab ia lah Tok Lebai takut orang cabar dia berdebat.

Pemuda rupa-rupanya tahu mana pintu keluar tapi sampai sekarang selepas PPBM bergabung dengan PH masih juga tak keluar.

Malah Pemuda tidak pun sebut salah-satu sebab memutuskan hubungan dengan PKR ialah kerana ada DAP.

Tanpa Nama berkata...

.

Ini satu cara PAS nak tunjuk yang parti kuat kononnya mampu tawan Selangor.

Hanya di Selangor sahaja PAS ada jawatan Exco, itu sebab nya PAS bercita-cita tawan Selangor.

Adakah pengundi memilih individu atau parti atau kerana PR semasa pru yang lepas ?

Sejak bila nama pemimpin PAS Selangor di kenali ?

Rakyat Selangor hanya ada dua pilihan untuk memilih Kerajaan iaitu BN atau PH. PAS bukan nya Kerajaan di Selangor tapi hanya sebuah parti.

Unknown berkata...

Pi rah Tok lebai. Kalau tok lebai x bole gurau, tok lebai baik dok surau. X mau kena kutuk, jgn tok lebai berpolitik. Nyampah tgk. Mcm pondan.

Magua@123

Tanpa Nama berkata...

Azmin dan Pas berpisah tiada. Apa yang berlaku hanye lah Wayang Kulit jer.klu benar Azmin nk Berpisah dengan Pas dah lama dia Tendang Exco exco Dari Pas.Klu PRU 14 nanti harap Pengundi Dun AZMIN DAN TIAN HUA ni kite TENDANG KELUAR

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni Azmin keluar kenyataan pkr akan terus pujuk pas bsama PH...hahahahahaha.. Elok pru nt tolak je pas dan azmin skali.. Serik dgn sikap azmin nih..wawi senyap je mcm ikut telunjuk Azmin..

Unknown berkata...

Apa yg GB ulaskan memang jelas dan nyata..sokong 100%.ini ls sikap Pas sekarang.

Tanpa Nama berkata...

PAS jangan tipu. Kenyataan yang mengatakan PAS masih kuat dan berpengaruh terutama di kalangan akar umbi melayu, adalah dusta, fitnah dan pembohong besar. Tiada fakta dan bukti menyokong kenyataan PAS masih kuat. Jesteru itu PAS perlu ditinggalkan. Tiada kesan sekiranya PAS tidak lagi bersama PH. PAS adalah parti politik yang bakal tersenarai bersama-sama Semangat 46, Berjasa, Hamim, USNO dan KITA yang hilang dalam lipatan politik negara. Bye-bye PAS

Din berkata...

Tak payah heran lah dgn pas kuala selangor. Tak ada langsung kekuatan yg nk dimegahkan. Pas yg sedang menuju kehancuran. Pesuruhjaya mereka di masjid pun org dh tak ambil tahu. Selamat tinggal pas. Parti yg memesongkn akidah umat Islam...

Din berkata...

Betul. Paspuspus terpedaya dgn ego mereka. Perasan hebat..parti pembohong bersiri...

Tanpa Nama berkata...

.

Antara hal Azmin menyindir dengan hal Husam di halau dari DUN yang sepatutnya di beri perhatian dan lebih penting mengikut Islam ialah hal Husam.

Pemuda PAS sepatutnya mencari kebenaran jika benar berjuang untuk Islam.

Unknown berkata...

Salam

Dah lama tak joint comments,sibuk,Without PAS,LIFE GOES ON,Let's bury PAS and move forward. After 14 GE PAS will become a history.


Ada sikit2 buat Survey,di Selangor/dan mini kempen Alhamdulillah,"CUKUP MEYAKINKAN".Let less TALK,Action is needed,to "MAKE THING HAPPEN".Kita sebagai diperingkat bawah tenaga kita diperlukan,skurang2nya untuk membawa message pembangkang untuk selamat kan malaysia,pada "Majority rakyat di bawah sana yg masih terkapai-kapai taktahu apa-benda dgn kemelut yg berlaku.

pADA ahli gerak-kerja PPBM,anda dinasihatkan dapat bersama-sama dgn gerak-kerja PH,Pengelaman saya yg lalu pada 1999,DARI UMNO KEPADA PEMBANGKANG,semua kerja nak senang,kerja-di sub-conkan pada orang-lain,akhirnya kantoi.

Di Malaysia pengundi-pengundinya,majoritynya manja(bertongkat)/malas berfikir,harapkan oranglain suap untuk dia terutamanya orang2 melayu,dari hasil analisis PR10,PR11,PR12 DAN PR13 dikategorikan,20% sure undi kerajaan yg memerintah,5-10% adalah ahli2 parti yg bertanding,kira-kira 70%undi atas pagar.

PR14 Nanti pembangkang bernasib baik 20% undi SURE kerajaan sekarang mungkin akan berkurang disebabkan pengaruh mahathir dijangka 5-10%.

yang ada 70%(atas pagar) INILAH PH/PPBM kena concentrate,PAS pengundi tegarnya dtng dari simpati2 yg pernah menhangtar anak ka pasti/tahfiz dan keluarga/saudara -mara.UNDI CINA/india PAS takkan dapat,klau adapun mungkin cina/india itu buta.Pas TAKKAN DAPAT dari undi orang2 melayu yg boleh berfikir dan kelas menengah kalau adapun mungkin simpatisan kawan/keluarga,

Jangan RISAU tentang jumlah ahli2 parti,tersangat sedikit kesannya keatas kemenangan sesuat parti.

Yang PENTING sekarang kena Mulakan KERJA/..Semua agngota parti yg terpilih kena "CRACK KEPALA" dari sekarang.THERE'S NO SHORT CUT 2 SUCCESS.

sTRATEGY,TENAGA KERJA,TEKNIK/TACTIC,BUDGET,...ingat../INGAT SPR/JENTERA KERAJAAN adalah component BN,ditambah satu lagi PAS..

SAYA DAN BEBERAPA ORANG KAWAN DAH MULA BEKERJA..kempen secara berhemah..

1.Pada ahli2 PKR,ahli2 pas,ahli umno..insyallah dgn cara berfakta..FINE.
2.pADA orang2 di atas pagar,setakat mana yg termampu,kendurikendara,di stesyenbus/lrt dimana2 ada peluang.
3.Jangan buang masa dgn ahli2 totok/pas/umno..
Di harap pada pemimpin2 pembangkang JGN jadi "BODOH"turunlah bawah,ramai ahli2 kamu masih tak-tahu "What's going on"..

Al-fatihah untuk kedua orang kawan saya yg pergi meninggalkan kita,mereka bekerja TANPA ada apa2 ganjaran,"contract/duit kopi" semuanya iklas kerana allah/negara.

sekian.

Tanpa Nama berkata...

Saya pun hantar anak-anak ke PASTI... tapi saya tetap x undi PAS lg dah pru ini..

Tanpa Nama berkata...

Porche Alamak Se Dunia atau Parti Audi Se Malaaysia

Tanpa Nama berkata...

Susah ph nak menang.umno sentiasa main kotor.. Ph kena alert dgn tektik2 kotor umno....

Tanpa Nama berkata...

Buat pertama kali Ketua PEMUDA Pas Pusat terpaksa dibackup oleh Ketua Dewan MUSLIMAT Pas Negeri Selangor. Kasihan Nik Abduh undi 37. Terok juga kesan pada legasi Tok Guru sebab zaman Tok Guru, Pemuda Pas tak perlu menyorok belakang Muslimat. Taraf budak kecil daripada dia pula tu?

Tanpa Nama berkata...

salam

tuan omar daud....satu ulasan yang cukup bernas dan berinformasi utk kami yang semua...teruskan usaha anda utk menyelamatkan negara dari pemimpin2 yg rakus...

PRU14 nanti PAS akan hilang semua kerusi DUN dan Parlimen di Selangor...

Tanpa Nama berkata...

PAS lupa sebahagian undi tu dah lari pergi ke AMANAH. Masih nak cakap besar. Sepanjang persidangan parlimen ni berapa banyak idea pemimpin PAS dilontarkan semasa mesyuarat?