2 Jan 2017

[VIDEO] Mahathir: Saya Tetap Menyatakan BR1M Itu Rasuah

Bidasan saya bahawa BR1M adalah satu bentuk rasuah seolah-olah mengecewakan dan menimbulkan kemarahan sesetengah orang.

Saya masih tegas mengatakan bahawa ia adalah sejenis bentuk rasuah.

Ini dijelaskan oleh komen daripada seorang penerima BR1M di kampung.

Dia berkata, “Saya akan menyokong Najib kerana dia beri saya wang. Mahathir tidak beri saya wang.”


BR1M adalah daripada wang negara. Ia jelas bertujuan untuk mendapatkan sokongan orang ramai supaya mengundi parti kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kerana manifesto BN bagi pilihan raya itu yang menjanjikan BR1M lebih besar jika parti kerajaan menang.

Ini secara nyata, membeli undi pengundi.

Jika ia bukan bermaksud untuk membeli undi dalam pilihan raya, ini tidak akan disebut dalam manifesto BN.

Mana-mana kerajaan di seluruh dunia mempunyai tanggungjawab untuk menjaga golongan miskin.

Bantuan yang diberikan adalah untuk meringankan kesukaran rakyat yang menganggur. Bantuan kewangan diberikan kepada golongan miskin tetapi ini bukan sebagai tambahan kepada pendapatan mereka.

Kelayakan BR1M

Tetapi BR1M dikatakan diberikan kepada 7 juta rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Ini bermakna bahawa seseorang yang mempunyai pendapatan sebanyak RM36,000 setahun juga akan mendapat RM500 setahun. Ia tidaklah sebanyak mana.

Namun mereka yang tidak mempunyai pendapatan atau pendapatan kurang daripada RM500 sebulan atau RM6,000 setiap tahun mungkin merasai tambahan RM500 setiap tahun amat dialu-alukan.

Jumlah itu tidak banyak tetapi cukup untuk membeli beberapa barangan makanan.

Sekarang jumlah BR1M dinaikkan kepada RM1,200 setahun atau RM100 sebulan. Ia masih tidak banyak tetapi ini adalah okay.

Tetapi bagi rakyat yang berpendapatan RM3,000 sebulan, jumlah itu tetap kecil.

Wang BR1M akan dibayar melalui Umno. Jelas sekali ini percubaan untuk menjadikan Umno popular. 

Itulah adalah politik. Ia satu bentuk rasuah terutamanya jika diagihkan berhampiran pilihan raya. Ia adalah rasuah jika jumlah itu ditingkatkan dan ini dimasukkan dalam manifesto parti.

BR1M bukan rasuah jika wang itu disalurkan melalui pegawai kerajaan atau melalui ahli-ahli Parlimen tanpa mengira parti mereka.

Bagaimanapun, bantuan ini terbatal oleh cukai GST dan penarikan semula pelbagai subsidi.

Kos sara hidup

Kos sara hidup melonjak lebih tinggi daripada jumlah BR1M.

Malah bagi kebanyakan rakyat, GST mengurangkan lebih banyak pendapatan mereka daripada sumbangan bayaran BR1M.

Sekarang nilai ringgit susut nilai melebihi satu ringgit dari segi kuasa membeli.

Jadi rakyat yang berpendapatan RM500 sebulan hari ini hanya mendapat kira-kira RM355 nilai kuasa membeli.

Kehilangan kuasa beli kerana ringgit yang susut nilai dan peningkatan dalam kos sara hidup sebenarnya bermakna bahawa BR1M bernilai kurang daripada jumlah itu, walaupun ia dinaikkan kepada RM1,200.

Hanya mereka yang miskin tegar akan menghargai BR1M.

Kerajaan tidak jelas tentang garis kelayakan BR1m. Adakah ia bagi mereka yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah sebulan?

Jika kurang, maka tidak mungkin bahawa 7 juta orang berhak untuk menerima BR1M.

Kemiskinan tegar

Kita berbangga dan mendakwa berjaya mengurangkan kemiskinan tegar pada 1 peratus dan hanya 5 peratus di bawah garis kemiskinan.

Mengambil kira 5 peratus berada di bawah garis kemiskinan, jumlah itu adalah 1.5 juta rakyat.

Ia akan menjadi jauh lebih rendah jika kita hanya mengambil kira jumlah orang dewasa yang bekerja sahaja.

Kita hanya perlu membantu golongan ini sahaja, tetapi dengan lebih daripada RM1,200 setahun.

Baru-baru ini, mereka yang layak mendapat BR1M telah diugut bahawa jika mereka menghadiri perhimpunan parti pembangkang mereka tidak akan layak menerimanya.

Jika ini bukan bukti menunjukkan bahawa BR1M bertujuan untuk merasuah orang, saya tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan rasuah.

BR1M cenderung untuk menjadikan rakyat bergantung kepada kerajaan. Telah diketahui bahawa sebahagian wang itu tidak sampai kepada rakyat yang disasarkan.

Di Britain, hari ini, orang yang menganggur perlu membuat kerja-kerja untuk mendapatkan bantuan kebajikan.

Peluang pekerjaan

Apa yang kita perlukan di Malaysia adalah lebih banyak peluang pekerjaan bagi golongan miskin mendapatkan pendapatan lebih baik. Untuk ini, kita mesti belajar untuk melakukan tanpa bergantung kepada pekerja asing.

Apabila rakyat tidak mampu bekerja kerana hilang upaya, sokongan kewangan yang besar perlu diberikan kepada mereka.

Selain itu kerajaan perlu fokus kepada memperkukuhkan semula nilai mata wang dan ekonomi. Rakyat sebelum ini lebih baik apabila BR1M tidak diberikan.

BR1M bukan sahaja satu bentuk rasuah tetapi ia merosakkan minda rakyat.

Saya mencadangkan kerajaan menjalankan kajian yang betul untuk mengenal pasti rakyat yang benar-benar miskin dan memberi mereka wang yang mencukupi supaya mampu hidup selesa.

Berhenti memberi wang melalui parti-parti kerajaan. -chedet.cc/terjemahan:mk








FEATURED ADS



10 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Minyak petrol n gas masak naek harga da bole tampung rasuah BRIM

Awanama berkata...

Pendapatan RM 3,000 .. itu dulu. Sekarang pendapatan RM 5000 sama susah macam pendapatan yang RM3,000.

Jadi rakyat yang miskin bukan 7 juta orang tetapi 12 juta orang termasuk saya yang dapat BR1M dua tahun dulu. Dan kini setelah pendapatan hanya meningkat menjadi RM 3300 permohonan saya di tolak sedang kan kos sara hidup saya meningkat se hingga RM 500 sebulan (purata setahun)


Sepatut nya BR1M untuk saya tidak di tolak sehingga anak pertama saya mendapat pekerjaan. Apalagi mengikut jangkaan saya (long term planning) sepatutnya saya tidak menghadapi sebarang kesulitan atau masalah seperti sekarang.

Memang satu kajian perlu di lakukan seperti yang Tun kata kerana mata wang lemah dan hilang kuasa membeli.

Tetapi Kerajaan UMNO masih mengguna kajian yang lama untuk menipu rakyat .

Awanama berkata...

effeknya pada orng2 kampong sbb dia dh bagi duit kita kena undi dia, harap2 mrka ni berubahlah fikiran dn menyokong ph untk mndapat perubhan dn kesenangan pada masa hadapan yg lbh berkekalan.

Malaysiabaru berkata...

Kami setuju dgn Dr M dan sangkal wan ajijah

Brim terang terang rasuah sebab tak punya tujuan... Tabur duit mcm tabur dedak

Sedang 3b duit brim bak kata org cina yg cerdik boleh buat

1. Tambat banjir
2. Korek longkang
3. Tambat laut
4. Korek sungai

Aman Malaysia tanpa banjir dan hakisan laut...

Menteri kata 3b tu duit brim masuk balik dlm ekonomi

KEPALA HITAK KO DATUK JO TITIWANGSA... ko ni jual KFC mana tau pasal sosial responsibility mcm banjir ..

Brim masuk ekonomi? Tauke HP? Tauke no ekor? Tauke urut?

Ye lah Dato jo jo jo masuk ekonomi belakang chow kit...

Brin rasuah paling bodo dari negara malaysiaL

Awanama berkata...

Aku dah lama ckp br1m ni duit rasuah..kalau ia hak rakyat..bagilah pd semua..ini hanya segelintir yg mkn dedak..aku hanya jd pembayar cukai..gst aje..aku dok kelantan..x ada highway..x ada lrt..aku di anak tirikan..

Awanama berkata...

Kalo nak hiway hang pangkoh pas mad yakob slow nik amar rangerover nik bodoh. Gerenti boleh hiway. Hiway atas angin. Mcm zaman nabi sulaiman. Kikiki

Awanama berkata...

Kerana di beri secara terang BR1M tidak di kategori kan sebagai rasuah. Oleh kerana Najib mengaku 2.6 masuk ke akaun nya rasuah jadi derma sumbangan.

Rakyat Malaysia perlu sedar dan selepas ini jangan kutuk Polis atau mana-mana penjawat awam yang terima rasuah melainkan jika penjawat awam itu yang mendesak di beri rasuah kerana ujud paksaan.

Bagaimanapun jika Najib bagi BR1M sebanyak RM 10,000 maka ia nya boleh ditafsirkan sebagai bukan rasuah. Penyokong dan ahli UMNO tidak boleh terima 2.6 yang masuk ke akaun Najib sebab tak logik kerana terlalu banyakkk.

Hj Hadi silap kerana malu nak mengaku menerima 90 juta. Jika Hj Hadi mengaku ianya bukan rasuah. Tapi standard parti PAS tak boleh sampai banyak begitu kalau nak mengaku sikit-sikit tu boleh lah. 10 juta pun kira banyak...



Untuk mengelak bantuan tersebut hendak lah terus di masukkan ke akaun penerima seperti mana Jabatan Cukai Pendapatan mengembalikan wang lebihan ke akaun pembayar cukai.

Awanama berkata...

Kalau UMNO yakin bukan raSuah, hentikan BR1M sebelum pilihanraya !!

Awanama berkata...

IS UP TO BANGSA KESAYANGAN UMNO DAN PAS IAITU BANGSA MELAYU UTK BERFIKIR. REZEKI ADALAH DI TANGAN ALLAH SWT BUKAN DITANGAN UMNO. DAH, UMAT MELAYU FIKIR REZEKI DATANG DI TANGAN UMNO APA BOLEH BUAT. FOR THOSE YANG MENERIMA BRIM SILA BERMUHASABAH DIRI TAKUT NANTI SEGALA AMALAN BAIK TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH SWT KRN ALLAH DAH LABEL KITA UMAT MELAYU BUKAN UMAT ISLAM , MAKA SIA-SIA USAHA BAIK KITA SELAMA NI. SO BERMUHASABAH DIRI AND THINK.AND PLEASE REMEMBER ALLAH SWT MEMBERI HAK ISTIMEWA KEPADA ORANG KAYA YG MANA TANGUNGJAWAB NI HANYA ORANG KAYA DAN BERPENDAPATAN TTNGGI SAHAJA BOLEH BUAT IAITU MENUNAIKAN ZAKAT ESPECIALLY ZAKAT HARTA. SO PLEASE USAHA SAMPAI U BECOME ONE OF THEM YG QUALIFY UTK LAKSANAKAN TANGUNGJAWAB ISTIMEWA DARI ALLAH SWT YANG SEMESTINYA AKN DPT GANJARAN ISTIMEWA DARI ALLAH KRN DPT TANGUNGJAWAB YG ORG LAIN TAK BOLEH BUAT WE ALL BOLEH BUAT. FIKIRKANLAH

Awanama berkata...

Pada saya BR1M adalah satu bentuk gula2 dan umpan politik. Mungkin belum sampai jatuh hukum haram kerana dikatakan ia bantuan kerajaan. Tapi jika niat umno bn menggunakan BR1M sebagai membeli hati pengundi@mengugut dan sbgainya. Barulah jatuh hukum haram kot. Cuma skang ni..perkara niat ni hanya Allah swt yg tahu. Sama ada ikhlas nak bantu ke, atau mmg sbg umpan mengikat pengundi utk setia mengundi umnobn. Apa pun bahana BR1M membuatkan rakyat ketagihan utk menerimanya lagi. Sbb itulah umnobn dpt kekal hari ini walau kurg undi popular. Malas habuan BR1M ditingkatkan lagi demi menarik hati pengundi. Maka tidak hairan jika manifesto pembangkang nanti akan tetap mengekalkan BR1M tapi dlm nama berbeza dan mekanisma pemberian yg berbeza. Diharap ia lebih adil kepada semua dan lebih berkesan. Yg lebih penting, bukan jumlah habuan, tapi penurunan kos sara hidup dgn bantuan subsidi dr kerajaan dan pelbagai mekanisma lain yg lebih berkesan dan adil.