4 Jan 2017

[VIDEO] Kelantan Dilanda Banjir Besar, Idris Ahmad Tak Mahu Ulas Lagikah?

Mangsa banjir di Kelantan terus bertambah

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan hari ini semakin bertambah berikutan hujan lebat berterusan dan kadang kala renyai.

Menurut ePortal Banjir Kerajaan Negeri sehingga jam 12 tengah hari jumlah mangsa bertambah kepada 4,218 orang membabitkan 1,455 keluarga ditempatkan di 50 pusat pemindahan.

Daerah paling banyak yang dipindahkan adalah di jajahan Pasir Mas melibatkan kawasan Rantau Panjang, Alor Pasir, Gua Periok, Kangkong dan Kubang Gadong dengan 2573 mangsa terdiri daripada 1004 keluarga.


Sementara itu, dua sungai utama iaitu Sungai Kelantan dan Sungai Golok masih melepasi paras bahaya.

Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, mencatatkan bacaan 17.55 meter melepasi paras bahaya 16 meter.

Manakala Sungai Golok di Jenub, mencatatkan bacaan 24.03 meter melepasi paras bahayanya 23.50 meter dan Rantau Panjang, 10.35 meter, juga melepasi paras bahaya 9 meter.

Dalam pada itu, sebanyak 30 sekolah menengah dan rendah di Kelantan masih ditutup sejak 1 Januari membabitkan 9,501 pelajar. -SH



ULASAN GB

Pada tahun lepas, tatkala negeri Pulau Pinang dilanda banjir kilat, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad begitu cepat mengeluarkan kenyataan ditujukan kepada DAP bahawa "Allah bayar tunai kepada orang angkuh."

Kini apabila Kelantan dan Terengganu dilanda banjir, dimana ulasan Idris Ahmad?

Dengan menggunakan ayat Idris yang sama, apakah kini Allah sedang membayar tunai kepada PAS dan UMNO yang angkuh?

Janganlah sampai kita berlaku tidak adil apabila membuat kenyataan. Jika musibah menimpa kita, kita menyatakan itu ujian sedangkan apabila musibah menimpa orang lain kita katakan itu bala bencana. Bukankah anda seorang agamawan yang bergelar ustaz dan bukankah anda mengetahui firmanullah ini?

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Maaidah: 8)

Bukanlah hasrat kita untuk memanjang isu berkenaan. Tetapi ingin mengingatkan kepada rakan-rakan kita agar di lain kali tidak terlalu cepat dan gopoh dengan menggunakan nama Allah sebagai hujjah lantaran kebenciannya terhadap sesuatu kaum atau kumpulan.

Marilah kita bersama-sama bermohon kepada Allah swt agar banjir besar di Kelantan dan Terengganu segera pulih dan bersama-sama membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan yang terlibat disamping tidak lagi menjadikan musibah-musibah sedemikian sebagai permainan politik sempit di atas nama agama tanpa mengira di mana saja musibah itu berlaku.




FEATURED ADS



32 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apabila manusia Idris yang bersuara keldai membuat ulasan maka diturun pula bala di negeri Nik Doramon wal Dajjal.

Malaysiabaru berkata...

BALA DEMI BALA kpd negeri yg kononnya nak buat hudud tapi buat ruu ciptaan manusia yang di selia oleh Jakim

Rupanya Nik menyamar menipu lagi kata hudud dia yg buat padahal kawan lama dia di pusat islam yang buat ruu355

BALA DEMI BALA

kami tak.menipu

Us Dollar dah cecah rm4.60 dan Target kami rm5.70,makin hampir

Indoneis pada tahun lepas matawang naik 2.7% pada Dollar tapi Malaysia merosot 4.8 peratus

Ikut kata pakar ekonomi pada 2020 marawang Malaysia akan sama taraf wang Filipina dan Indonesia manakala wang Thailand bhat akan sama dgn Singapore..

ADUH BAJIB APA KO DAH LACUEKAN MALAYSIA KE TAHAP PELACUR PALING TERUK DARI GOLOK BAHKAN SETRUK PELACUR CHOE KIT..

NIK MENYAMAR HENTIKAN KE MUNAFIQAN KAMU.. HENTILAH JIKA MAHU JELANTAN SELAMAT

ALANGKAH BAIK DUIT BRIM :

7B BUAT TAMBAT BANJIR KOREK LONGKANG TAMBAT LAUT KOREK SUNGAI

BODOHNYA NAJIBULLAH SI LAKNATULLOH ... HAJI HADI MAHAGURU SYIAH WAL SYUMUL (SWS)

Tanpa Nama berkata...

nati keluar tajuk... bukan dia yg ckp... fitnah tuh... mana walaun

Tanpa Nama berkata...

Hanya tinggal lebai2 sengap dlm pigs sekarang..cakap pun merapu..

shukur hanapiah berkata...

Saya setuju dengan komen2 diatas...tapi kita harap DAP tak berperangai sebegitu bantulah mereka yang dilanda musibah..

Tanpa Nama berkata...

Kau tu maksum ke..banjir kat kelantan skrg apa cerita..bala ke..dasar ulamak dedak

Tanpa Nama berkata...

uiik...ya ke...! Ustaz yang alim ni buat kenyataan macam tu. bukan ke Islam semestinya ADIL pada semua AGAMA. Kalau betul dia buat kenyataan macam tu. IDRIS pun bukan seorang pemimpin untuk RAKYAT. kata2 orang mcm ni menghina AGAMA nya sendiri. Ingat sebagai orang yang berilmu ada akal rupa lagi teruk dari orang yang tak berilmu. Takpalah Klu pegangan hidup dia dengan "Bismillahirrahmanirahim". dengan kita2 juga boleh tersasar....

Tanpa Nama berkata...

Lobai....lobai..
Kena batang hidung senyap terus..
Ni yg orang suka dok kata..
Lobai2 suka memutarkan belitkan agama utk kepentingan diri dan politik mereka.

Tanpa Nama berkata...

dia buat bodo la tu...

Saadun Sulaiman berkata...

Mana mungkin Ustaz jenis "SAMDOL" ini berani ulas pasal banjir di Pantai Timur kerana mulut dan hidung nya telah di sumbat dengan air banjir berlumpur - "DEDAK". Kalau tersalah ulas nanti takut kerusi Parlimen Bukit Gantang bertukar menjadi Bukit gram pula maka title Y.B akan bertukar menjadi "YANG BANGSAT". Harap harap Parlimen "TEMERLOH" juga akan menalami sendrom yang serupa. Bila sudah tak menjadi Y.B maka "THE FASHIONABLE HEAD GEAR" akan hanya tinggal kenang kenangan sahaja. Atau mungkin akan di hadiah kan kepada OSTAZ Mokhtar a/l Sneak sebagai hadiah kerana berjaya memperkenal kan "CHAI" di pemilihan yang lepas sehangi memporak peranda kan PAS.

Saadun Sulaiman berkata...

Mana mungkin Ustaz jenis "SAMDOL" ini berani ulas pasal banjir di Pantai Timur kerana mulut dan hidung nya telah di sumbat dengan air banjir berlumpur - "DEDAK". Kalau tersalah ulas nanti takut kerusi Parlimen Bukit Gantang bertukar menjadi Bukit gram pula maka title Y.B akan bertukar menjadi "YANG BANGSAT". Harap harap Parlimen "TEMERLOH" juga akan menalami sendrom yang serupa. Bila sudah tak menjadi Y.B maka "THE FASHIONABLE HEAD GEAR" akan hanya tinggal kenang kenangan sahaja. Atau mungkin akan di hadiah kan kepada OSTAZ Mokhtar a/l Sneak sebagai hadiah kerana berjaya memperkenal kan "CHAI" di pemilihan yang lepas sehangi memporak peranda kan PAS.

LIBERO berkata...

[1/4, 11:17 AM] ‪+60 13-680 5191‬: Syeikh Tariq Ramadan Menantu Hassan AlBanna
[1/4, 12:17 PM] ‪+60 10-417 5808‬: Banjir berlaku di Penang, ostat Derih kata itu balasan segera Allah terhadap Dap kerana tak sokong hudud.

Banjir berlaku di Serambi Mekah, olamak tok kata itu ujian dari Allah utk menguji rakyat2 Serambi Mekah samada mereka sanggup atau tidak duduk di dlm khemah berbulan2 demi hudud?

" Apa bukti banjir di Serambi Mekah itu ujian dari Allah berbanding dgn di Penang, tok?". Soal Natang mamat.

Tok tersenyum pintar. " Lihat saja beza air banjir di Penang dan Serambi Mekah. Di Penang, airnya biasa saja. Tapi di Serambi Mekah airnya berwarna merah seperti air tanah dari kawasan balak, tetapi sebenarnya itu adalah air yg datang dari Laut Merah dan Sg Nil, Mesir". Itulah keberkatannya di bawah kepimpinan olamak". Jawab tok.

Natang mamat tersengih2 sesekali menggeleng2 kepala mendengar jawapan tok. Mungkin dia kagum dgn kebenaran yg tok sampaikan.

TOK USIN CEROI UG

LIBERO berkata...

[1/4, 11:17 AM] ‪+60 13-680 5191‬: Syeikh Tariq Ramadan Menantu Hassan AlBanna
[1/4, 12:17 PM] ‪+60 10-417 5808‬: Banjir berlaku di Penang, ostat Derih kata itu balasan segera Allah terhadap Dap kerana tak sokong hudud.

Banjir berlaku di Serambi Mekah, olamak tok kata itu ujian dari Allah utk menguji rakyat2 Serambi Mekah samada mereka sanggup atau tidak duduk di dlm khemah berbulan2 demi hudud?

" Apa bukti banjir di Serambi Mekah itu ujian dari Allah berbanding dgn di Penang, tok?". Soal Natang mamat.

Tok tersenyum pintar. " Lihat saja beza air banjir di Penang dan Serambi Mekah. Di Penang, airnya biasa saja. Tapi di Serambi Mekah airnya berwarna merah seperti air tanah dari kawasan balak, tetapi sebenarnya itu adalah air yg datang dari Laut Merah dan Sg Nil, Mesir". Itulah keberkatannya di bawah kepimpinan olamak". Jawab tok.

Natang mamat tersengih2 sesekali menggeleng2 kepala mendengar jawapan tok. Mungkin dia kagum dgn kebenaran yg tok sampaikan.

TOK USIN CEROI UG

Tanpa Nama berkata...


Memang betul kata Ibris.

Tapi keangkuhan DAP tak seberapa jika dibandingkan dengan keangkuhan PAS di Kelantan.

Sebab banjir di Penang tak seteruk banjir di Kelantan.

Kat Penang bayar tunai tetapi tahu kah Ibris kat Kelantan Trengganu Allah bayar secara ansuran..


Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Pas adalah satu-satunya parti yang mempunyai banyak hujah dan alasan, banyak nas dan dalil untuk menghalalkan dan mengharamkan sesuatu. Pas mempunyai hujah, nas dan dalil yang cukup mantap apabila bergabung dan membentuk Pakatan Rakyat. Selepas itu, Pas keluar dari Pakatan Rakyat dan memutuskan tahulus siyasinya dengan Dap dengan alasan yang begitu jitu, bernas dan padu. Suatu ketika dahulu Pas menjadikan Umno /BN sebagai musuh nombor wahidnya yang kononnya Umno/BN adalah parti sekular yang menolak hukum Allah. Sekonyong-konyong tanpa Umno mengubah dasar sekularnya, tiba-tiba sahaja Presiden Pas sudah berani sedondon, sepentas dan sependapat dalam banyak perkara. Paling aneh, parti Islam ini sudah berani menampakkan belang seia sekata mempertahankan kerajaan BN yang diikhtiraf oleh dunia sebagai kerajaan kleptokrasi. Mungkin juga Pas ada nas dan dalil yang cukup mapan untuk menghalalkan dedak yang diterima sebagaimana yang dilapokan Sarawak Report.

Tanpa Nama berkata...

Tepat sekali ulasan tuan gb.apa saja yg selalu disebut Akan kembali semula pada penutur nya.satu persatu Allah tunjukkan.semoga yg masih menyokong pas tu buka Mata luas2

Tanpa Nama berkata...

Mana Azmin Ali...mana Afif beri bantuan dana sedikit pada pemuda AMANAH.. korang takyah buat kerja diaorang bolih buat begitu juga dengan kegigihan AWAN Kelantan.

Kau berdua cakap banyak tak guna buktikan sekarang bantuan untuk disalurkan pada mangsa banjir..jangan dok kira suruh orang bubar parti je korang tau...

Saadun Sulaiman berkata...

Tanpa nama 1:28 Ptg.
Telahan saudara memang tepat. Aneh nya mengapa Nik Amir berperanggai saperti orang gila talak dengan terus terusan mengucapkan "PAS sudah berkerat rotan dengan DAP". Ada pula yang mengelar DAP sebagai DAPig(DAP itu babi). Tahu kah mereka bahawa di dalam DAP itu ada ahli Melayi beragama ISLAM serta ada beberapa orang Melayu yang menjadi wakil Rakyaat. Apa perasaan para ahli PAS yang konon nya maksum bila ada yang mengatakan PAS itu sebagai "ALAS KAKI" UMNO/BN!!!. Yang paling sadis sekali apa bila seorang Melayu(persara Polis) yang konon nya begitu membenci UMNO telah menyertai DAP dan di beri peluang untuk bertanding di PRU 13 dahulu. Bila semua urusan telah di buat, tiba tiab "DIA" yang juga merupa kan IMAM Kampong mengistihar untuk menarik diri. Bila di buat penyelidikan, di dapati beliau menerima sejumlah wang dari UMNO.

Di sini saya ingan merakamkan peranan DAP di kawasan saya dalam membantu mangsa mangsar banjir pada akhir tahun 2014 di Kelantan. Setahu saya beberapa buah lori dengan pelbagai muatan telah di hantar ke Kelantan. Untuk misi itu DAP tidak menguna kan nama pertubuhan mereka, seolah olah tangan kanan memberi tidak di ketahui oleh tangan kiri. Hanya pemandu berbangsa Cina para pekerja lain merupa kan aktivis PAS. Setiba di Kelantan barangan telah di berikan kepada wakil rakyat PAS yang di kenali oleh aktivis.

Saya juga ingin menyentuh peranan DAP di tempat saya dalam membantu untuk memasang bendera bendera dan benar benar. Mereka yang keluar kan perbelanjaan dan kenderaan. PRU 14 nanti saya pasti kecerian saperti itu tidak akan muncul. PAS Kawasan terpaksa memikirkan jalan untuk mengatasi nya, itu pun kalau PAS bertanding.

Dengan penjelasan yang serba ringkas ini elok lah Nik Amar dan sesiapa sahaja di dalam PAS memuka minda sebelum menuduh DAP. Jangan lah sebagai balas UMNO mempermain kan kamu pula.

Tanpa Nama berkata...

itu dia hok org lain semua jahat n x betul , bila kena batang hidung sendiri x nak ulas pulok n komen , jenis ulardalamsemak..........patuh pun pas xboleh ngetah lama , pasal rakyat dah tahu dah PAS = dah jadi parti amat songsang......puuuiiikkk bangang

Tanpa Nama berkata...

Usah lah kita bercakaran diantara kita sampai fitnah memfitnah..ambil iktibar dan muhasabah diri kita..

Tanpa Nama berkata...

Betul tu.. perlu muhasabah diri.. dan gunakan akal fikiran yang Allah bg utk memilih mana yang betul jauhkan mana yang salah.. bukan hanya jadi pengikut tuli seolah2 tak mampu utk berfikir..

Tanpa Nama berkata...

Syukurlah malaysia masih aman..syukurlah dapat br1m..dengan br1m ambo dapat beli pelampung utk selamat dari banjir..syukurlah..

Tanpa Nama berkata...

Seteruk-teruk zaman masa amanat Hj Hadi dulu, UMNO susah jugak nak sangkal mengenai isu penerimaan perlembangaan orang kafir dan UMNO ketika itu yang di pimpin oleh Tun Mahathir bagai nak rak menepis desakan PAS.

Dan pemimpin PAS ketika itu pun konsisten dan walau pun berlaku juga banjir di beberapa kawasan UMNO tapi pemimpin PAS masih waras dan berotak.

Tapi apabila PAS baik dan berkerjasama dengan UMNO, otak pemimpin PAS kesemua nya besar otak ayam.

Masa Mahathir cakap macam-macam pasal hudud dan janggut, satu Mufti pun tak bersuara samada menyokong atau menyanggah kata-kata Mahathir.

Tapi bila Haji tajaan 1MDB, sampai 3 Mufti pertahankan Najib.

Mufti orang agamawan.
Pemimpin PAS pun orang agamawan.

Beza sungguh dulu dengan sekarang.

Mufti mengambil serious Haji tajaan 1MDB tetapi tidak peduli kan apa yang UMNO perkatakan tentang hudud potong tangan dan janggut.

Najib silap di mana sepatutnya Haji tajaan 1MDB ini di jawab oleh Hj Hadi atau dengan menghantar beberapa pemimpin PAS. Kalau Abduh seorang pun dah cukup !

Hanya kata-kata orang PAS yang suci boleh menghalalkan duit haram untuk mengerjakan Haji. Tetapi persoalannya kenapa PAS yang berkecuali mengenai 1MDB tak bersuara ?


Tanpa Nama berkata...

Ini cakap putar belit lobai hadi mereng...

Tanpa Nama berkata...

Masa susah....
Buat apa berkereta mewah...bukankah membazir...sahabat seta.

Masa senang...
Bukankah nabi mempunyai kuda merah yang canggih...maksudnya kenderaan yang canggih...
Kena paham molek molek tu.

Itulah hujah lobai mereng menipu orang bodoh...

Hadi Luv Iran berkata...

kita dapat merasakan cepatnya idris meletak hokum kepada Penang dengan menggunakan nama Allah sebagai mengikut nafsu politik kebencian. sudah tentu jika beliau berfikir sebelum mengeluar kenyataan, beliau akan insaf bahawa tidak patut menggunakan nama Allah utk mengatakan 'balasan cash'.

sebab segala musibah di dunia bukan ukuran kepada keimanan atau tidak. apakah umat islam Syria juga disebabkan balasan murka Tuhan sedangkan mereka dizalimi?

Satu ketika dulu nik beduh pun menggunakan cara yg sama kunun Allah perintah pas utk ke Putrajaya. Seorang mualaf sudah tentu bertanya apakah nik beduh dapat wahyu dpd Allah.

sila rujuk di bawah:

https://youtu.be/7HcAS6LGOIw


Disebalik kata2 begitu, terselit sifat sombong merasa diri betul dn org lain semua salah. Begitu juga dengan mengatakan kad keahlian pas adalah tiket ke syurga. Ini adalah doktrin syiah apabila Khomeini pernah memerintah dikeluarkan passport ke syurga utk setiap askar iran yg berperang dengan Saddam dulu.

Pasport yg sama juga dikeluarkan utk tentera syiah iran laknatullah yg membunuh umat islam di Syria sekarang, diberi gelar Passport to Paradise.

Sebagai umat islam ahli Sunnah sepatutnya perlu insaf ke atas setiap kejadian. Jika pihak lain menerima musibah, itu adalah ujian kpd kita. apakah kita akan membantu atau mencerca? Penang yg 'kafir harbi' pernah membantu mangsa banjir Kelantan.

Kita yakin idris pasti terkesima setelah sedar bahawa kata2nya itu dulu memakan diri sendiri. Apakah beliau akan insaf atau semakin sombong cuba menegakkan pas yg basah?

Tanpa Nama berkata...


Kalau yang pembangkang benci dengan PAS, rasanya Bahri SPRM lagi benci pada PAS..

Apa yang dia tahu .. tak kan PAS tak tahu..

Pencolekhangek berkata...

Jangan buang masa dan fikiran. Anggap jelah yang pas sedang nazak dan lobai-lobai sodang dikapankan!!

Tanpa Nama berkata...

Ini BALA dari Pencipta.... Orang PAS ni BODOH sangat. Dok sibuk dengan RUU... RUU pula ditelan Umno sekarang. Tutup cerita.

PAS bodoh ni tahu apa apa mengenai ekonomi... sampai begitu bodoh. Macam mana nak tadbir negara?

Hanya dok sibuk dengan kisah2 seribu satu malam yang datang dari zaman purba kala.....

Rakyat bukan bodoh.... Kelantan akan lingkup tak lama lagi. AMANAH wajib bertanding disetiap kerusi yang PAS bertanding di Kelantan. Biar rakyat menentukan nasib PAS....

Kalau Amanah tak bertanding Umno akan menang di Kelantan. Orang Kelantan dah fed up dengan omong kosong PAS... terutama sekali dah fed up dengan Presideng yang tak tahu satu benda pun urusan ekonomi negara. Jadi MB Terengganu sepenggal LINGKUP..... Ceramah bukan main.... ini semua kaki kelentong rakyat...

Tanpa Nama berkata...

PAS dah nak masuk KUBUR sendiri... pedulikan. Parti Perbodoh Rakyat.

Orang perak berkata...

Inilah masalah besar umat melayu masakini. Masih ditakuk lama. Asal nama ustaz, ramai yang percaya membuta tuli. Ramai melayu dah jadi cerdik pandai, tapi bila masuk bab agama, mereka tak mampu berfikir. Ustaz2 yg ramai ni pula selagi ada kesempatan mereka akan pergunakan agama untuk mendapatkan faedah tersendiri. Ceramah, baca doa, jadi imam, khatib, sembahyang jenazah, semuanya boleh asalkan dibayar. Lagi teruk kalau ustaz2 ni caci maki, boleh lak sahut dgn takbir. Pembesar suara pasang maksimum, tanpa hiraukan kejiranan. Budaya islam kah ini.. Saya cuma nak kita sama2 fikirkan..

Tanpa Nama berkata...

Dulu deris ceramah pantun hentam boss umno. Limau purut buah petai. Buta perut takdak akai. Lo ni sapa buta perut? Pimpinan pas ler termasuk deris. Kikiki. Good job deris