18 Jan 2017

[VIDEO] Kawad Cam: Mengapa Penyerangnya Tidak Hadir?

Khalid kesal penyerang tiada dalam kawad cam

Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad kesal dengan tindakan polis meminta beliau hadir melakukan kawad cam namun tidak menampilkan watak utama yang melakukan serangan di luar bangunan parlimen November lalu.

Menurut Khalid, hanya individu yang dilihat sebagai pemerhati kejadian dibawa dalam sesi kawad cam berkenaan dan bukan individu yang menyerangnya.

"Dari video yang dikongsikan saya dapati watak-watak utama tidak hadir untuk kawad cam itu di mana anak timbalan menteri yang terlibat pada ketika itu saya cari tidak ada.


"Ada dua, tiga individu yang bertindak kasar dengan salah seorang mereka memakai baju petak-petak pun tidak ada, yang bertakbir dan cakap banyak pun tak ada," kata Khalid dalam sidang media di ibu pejabat parti AMANAH hari ini.

Dalam kejadian pada 24 November lalu, Khalid diserbu sekumpulan orang mendakwa dari Pasir Salak, Perak, ekoran pertikaman lidah membabitkan perkataan "sial" antaranya dengan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Tajuddin juga merupakan ketua bahagian Umno Pasir Salak merangkap anggota parlimen kawasan berkenaan.

Polis kemudian menahan 11 suspek - termasuk tiga wanita - untuk membantu siasatan.

Seorang daripada mereka ialah anak Tajuddin sendiri.

Mengulas lanjut Khalid yang juga Ketua Penerangan AMANAH Pusat berkata beliau telah meminta pegawai penyiasat mencatatkan segala komen beliau.

Dalam sidang media itu juga Khalid meminta Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali memandang serius kes terbabit.

"Kita mengharapkan bahawa pihak pejabat Peguam Negara mengambil tindakan yang cepat, segera dan serius untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pejabat Peguam Negara itu sendiri kerana sudah banyak isu yang timbul seperti 1MDB," kata Khalid.

Katanya lagi, Speaker Dewan Negara Tan Sri Pandikar Amin Mulia juga diminta memainkan peranan beliau dengan mengkaji apakah tindakan sewajarnya ke atas anggota Parlimen Pasir Salak.

"Tan Sri Speaker juga perlu memikirkan dan mempertimbangkan tindakan yang wajar untuk kita bendung kes-kes sebegini.

"Kalau tidak ada apa tindakan akan adalah yang akan membawa penyokong mereka sendiri dan kita akan melihat satu keadaan yang huru hara di dalam Parlimen itu sendiri kerana tidak ada tindakan yang tegas.

Tambah Khalid, apa yang berlaku pada 24 November itu boleh dielak sekiranya speaker mengambil tindakan tegas mengawal ucapan di dalam Dewan Rakyat.

VIDEO BERKAITAN





ULASAN GB

Ini sesuatu yang pelik.

Bagaimana para penyerang sebenar terhadap Khalid Samad tidak hadir di dalam kawad cam?

Perbuatan menyerang seseorang yang lain apatah lagi seorang ahli parlimen di kawasan parlimen adalah satu jenayah dan tidak menghadirkan diri di dalam kawad cam adalah tambahan kepada satu jenayah lain.

Polis sepatutnya bertindak tegas. Kita sentiasa meminta agar polis melaksanakan kerjanya secara professional, adil dan tidak pilih kasih apatah lagi di dalam perkara-perkara yang melibatkan jenayah. Integriti polis sentiasa menjadi perbualan di kalangan rakyat dan pihak polis perlu sedia untuk menahan mana-mana pihak without fear or favor.

Jika tidak, maka rosaklah perpaduan dan ketenteraman rakyat, binasa dan hancurlah negara,



FEATURED ADS



13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Khalid samad,tlg maki sekali lg,menteri sial,nanti dia org akan muncul.

Integra berkata...

knapalah polis sanggup melindungi penjenayah umno.

sedangkan ada video yg jelas, takkan masih tk dpt tangkap.

dulu bulu anwar, dna botol plastic tilam tuala goodmorning
pun boleh jumpa.

kat penang budak bawah umur pun repot pasal LGE polis layan.

tolonglah berlaku adil. pembangkang berjuang utk kebaikan dan masa depan anak cucu kita.. termasuk anak cucu polis2.

inilah imej Negara yg menjauhkan pelabur dtg.. imej rasuah dan berat sebelah. jgn salahkan org mcm rafizi yg buat pendedahan.

polis berintegritilah dikala kawan kamu sprm sedang menunjukkan integrity yg tinggi.

Tanpa Nama berkata...

Kalau Anak Menteri Dalam Negeri boleh lah kita faham masalah yang di hadapi oleh pihak penyiasat..

Ini anak TIMBALAN MENTERI, Pertanian dan Industri Asas Tani pulak tu..

Tanpa Nama berkata...

sebab penyerangnya maksom,macam bapaknya jugak.

Unknown berkata...

Dengan bangsa sendiri berani le,samseng taik kucing

Tanpa Nama berkata...

Antara kartun dengan Video, KPN lebih serious pada kartun. Mungkin kalau buat video kartun watak anak Timbalan Menteri baru KPN ambik tindakan ..

Tapi yang ceroboh kat Penang dan yang menyerang mendiang Karpal Singh boleh pulak diselesaikan dengan elok.

Agaknya pasal yang kena serang pemimpin pembangkang melayu kot ?

Tanpa Nama berkata...

Polis patut jawab ..

Kami tak panggil suspek yang menyerang kerana kawad cam ini adalah untuk mengesahkan mereka terlibat dan di jadikan saksi di mahkamah untuk mendakwa suspek iaitu anak Pasir Salak.

Hoi.. Polis ! Pengawal kena serang dan dipukul pun di tahan reman .. Ini yang kena serang dn di ugut ialah MP Parlimen Malaysia di Dalam Kawasan Parlimen.

Tak berbaloi PDRM bela suspek ..

Tanpa Nama berkata...

Shahrir Samad sibuk nak lingkup kan Felda. Saudara se ibu se bapa kena serang tak ambil peduli. Sekurang-kurangnya minta lah Polis jalankan tugas dengan adil.

Ini lah politik UMNO ..

Taqs berkata...

Orang perak kenai sgt perangai orf peghak ni. Bual jer...sembang deras...aritu bukan main garang lagi...alih2 bila sebut nak dakwa...teruih kecut perut...ckp jer berdegor degor ....

Tanpa Nama berkata...

I sokong idea Anom 3:47 ...tapi kali ini siapkan karung guni tangkao terus buang kat sungai kelang habis story... ptuii

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana lah kita nak angkat melayu macam anak Tajddin ini jadi pemimpin kepada masyarakat dan rakyat. Samseng tak ketahuan hala tidak ada sifat kesabaran dalam diri. Rasulullah itu ikutan umat islam kalau rasulullah boleh bersabar dengan sikap yahudi yg membaling taik menyiram air membuang sampah kepada beginda tak kan lah perkara sekecil ini anak Tajuddin tidak boleh menahan kemarahan nya. Agama adalah asas dalam kehidupan seseorang kalau asas nya longgar maka tindakan nya juga longgar dan akan bertindak di luar batas keagamaan.

Tanpa Nama berkata...

Anak Tajuddin ni ramai sangat ke atau kembar sampai dia tak di panggil untuk kawad cam .

Tanpa Nama berkata...

Inilah rupanya undang-undang buatan manusia, ia akan digunakan terhadap musuh politik pemerintah, tapi sebaliknya digunakan untuk melindung rakan poltiknya. Sudah terang lagi bersuluh siapa sebenarnya yang 'sial' yang kita boleh tonton menerusi video tersebut. Hanya orang 'sial' yang akan buat kerja sial. Orang yang melindung si'sial' juga sebenarnya 'sial'