17 Jan 2017

Tidak Hadir Perhimpunan PPBM, Jelas PAS Pro-UMNO BN

Tiada wakil, Mahfuz kritik tindakan parti

BEKAS Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mengkritik tindakan partinya yang tidak menghantar wakil ke majlis perasmian Bersatu di Stadium Malawati, di sini, malam kelmarin, demikian lapor Sinar Harian.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan, tindakan partinya itu seolah-olah memberi gambaran enggan menjalinkan kerjasama bersama gabungan pembangkang seperti diinginkan rakyat.


“Tidak wajar Pas tidak menghantar wakil mereka pada majlis pelancaran ini kerana masyarakat akan melihat seolah-olah Pas mahu memencilkan diri daripada satu kelompok ‘grand coalition’ dalam kalangan parti pembangkang yang ada ini.

“Tidak menghantar wakil kepimpinan tertinggi parti adalah langkah yang silap. Saya tidak tahu ketidaksediaan Pas untuk menjalin apa-apa kerjasama Pakatan Harapan atau dengan Bersatu,” katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran Bersatu di Stadium Malawati, malam kelmarin.

Mahfuz satu-satunya pemimpin Pas yang hadir, meskipun Bersatu dilihat menyediakan beberapa kerusi untuk pemimpin Pas.

Mahfuz berkata, kehadirannya kerana mendapat jemputan daripada pihak Bersatu.

"Namun, saya tidak maklumkan kehadiran saya kepada kepimpinan Pas dan tindakan saya adalah atas kapasiti peribadi,” katanya.

Menurutnya, tidak menjadi kesalahan untuknya menghadiri apa juga program anjuran Pakatan Harapan kerana berasakan kehadiran itu atas kapasiti rakyat Malaysia.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salehuddin Ayub berpendapat bahawa ketidak-hadiran PAS itu akan dinilai oleh rakyat bahawa PAS sebenarnya berada di sebelah Barisan Nasional walaupun mereka menafikan beberapa kali (dan kononnya) mereka menentang BN.

"Oleh itu, perhimpunan ini membuktikan kepada rakyat Malaysia siapa sebenarnya yang pro Pakatan Harapan atau pro Barisan Nasional," ujarnya.

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir di dalam ucapan pelancaran parti berkenaan telah berkata:

"Mungkin akan ada parti lain yang kononnya akan menentang BN. Tak usahlah mereka menyangkal kerana perletakan calon mereka hanya akan memecah sokongan rakyat kepada campuran pembangkang supaya Najib akan menang," katanya yang pemerhati politik menyifatkan ia merupakan satu tempelakan kepada PAS.

"Bagi kita dalam parti campuran sebarang perbuatan untuk kononnya melawan BN dengan meletakkan calon oleh parti lain, tidak lain tidak bukan, ianya adalah untuk mengkhianati rakyat yang berhasrat menjatuhkan Najib melalui pilihanraya," tambahnya.

Beliau menambah bahawa Pakatan Harapan dan PPBM akan sanggup menghadapi cabaran perlawanan tiga penjuru atau lebih kerana rakyat faham hasrat parti diluar campuran parti-parti pembangkang meletakkan calon. Mereka tidak lain tidak bukan sebenarnya menyokong Najib dan mereka tidak akan menang.







FEATURED ADS



18 ulasan:

otaiblues.blogspot berkata...

sudah terang lagi bersuluh...tak kan rakyat malaysia bagitu bodoh..tak nampak pe yg haji hadi buat..melantik diri sebagai penasihat umno.
kat situ dah jelas yg hh akan dan sudah menjadi rakan kobg bagu umno bn.nk mengaku..takut hilang pengikut..
nk tak nk buat cerita pan sebagai sohcai umno.pan makan dedak umno...yg sebenar benarnya...mereka (pas) adalah takibarut dan pemakan dedak tersembunyi bg umno/bn
jerana RUU355 yg pas dakwa hudud.umno dakwa bukan.habis pakatan rakyat berpecah..tak sangka rupanya pas era hh ini kemvar sepusat dengan umno

Tanpa Nama berkata...

Tidak salah lah jika Tuan Ibrahim dan Iskandar hadir majlis perasmian PPBM? Tapi kenapa masa setuju tidak maklumkan pada pimpinan pusat sebaliknya patuh pada kehendak pimpinan tertinggi pusat apabila tidak membenarkan mereka hadir?

Ini menunjukkan Iskandar dan Tuan Ibrahim tidak nampak yang mana satu yang benar dan mana satu yang tidak baik. Mereka berdua perlu kan (bergantung) pada kehendak orang lain untuk menentukan jalan yang mana yang selamat ..

Tanpa Nama berkata...

Tak payah lah tunggu keputusan PAS se hingga akhir bulan ini.

Pagi besuk keluarkan kenyataan rundingan dengan PAS tidak berhasil.

Supaya Mahfuz dan Tian Chuan tidak perlu hadir ke mana-mana program PH/PPBM dan begitu juga program PAS.

Kalau atas kapasiti peribadi duduk bawah dengan orang biasa. Jangan duduk atas pentas.

Cina Tian Chua tu, kalau hadir program ceramah PAS merosakkan PKR tak apa lah jugak tapi yang terima padah ialah PH !

Minta AMANAH dapatkan kerusi Batu !

Tanpa Nama berkata...

Mahfuz memang tidak tahu samda PAS bersedia menjalin hubungan dengan pakatan pembangkang atau tidak sebab dia tidak ada apa-apa peranan dalam hal ini. Mahfuz sepatutnya buat kenyataan lebih tepat iaitu PAS membantu UMNO dalam PRU nanti apabila Iskandar dan Tuan Ibrahim tiba-tiba tidak jadi hadir.

Mahfuz kena top-up kan lagi peranan dia dalam PAS dengan menunjukkan dia anti Hj Hadi.

Kalau buat macam sekarang, tambah tidak kurang pun tidak !

Apa kata Mahfuz suarakan pandangan meminta Muhyiddin berhenti memujuk PAS !

Tanpa Nama berkata...

Nak hidup lebih selesa dan selamatkan anak cucu di perbodohkan, kena buat dua perkara ini.

1 Tinggalkan UMNO.
2 Lupa kan PAS.



Malaysiabaru berkata...

Pakar analisa pru sepakat setuju pru14 adalah 4 penjuru

Tujuan utk pecah undi melayu khusus pembangkang. Selagi pas di gelar pembangkang bersama pkr pribumi maka rakyat akan KELIRU

apa sebab ada 4penjuru?

Rm250juta sedang menanti dlm ooket peguam d London di saat terjadinya 4penjuru..

Alkisah pas semtuasa kala takpe asal melayu umno terus berkuasa.. Lagipun masyuuuk 250juta boleh pegi haji dan bukak sekolah pondok 1000000000 biji!!!

Pkr dan pribumi jugak yg masih tak.paham sepentas dgn pas knp?

Tanpa Nama berkata...

Maklumlah pas dah dapat dedak dah kaya raya,,,,mana nak pandang pembangkang lagi,,,dulu masa pas dalam pembangkang setiap kali buat ceramah mohon simpati dgn hulurkan beg plastik untuk mintak sumbangan ,,,
Yg paling ramai datang dan beri sumbangan adalah org2 PKR yang tak lokek dan kesian kan pas yang sungguh2 nak berjuang untuk menumbangkan yg mungkar,,,,ahli2 pas cuma berniaga cari wang,,,dan uruskan kenderaan yg bersesak sahaja,,,,
Kini barulah kita tahu imej pas yg sebenarnya,,,masa kena tendang daripada bergabungan dengan umno dulu ,,,pandai pulak buat muka kesian bergabung dgan pembangkang, namun rupanya2nya niat nak cari sumbangan ,,,tapi bila dah kaya, tk perlu lagi sumbangan,, mula angkuh dan lupa diri,,,

Anti Fitnah berkata...

Anon 16 Januari 2017 10:58 PTG,
Benarkah kau ni penyokong PH? Sokong bawa rebah sebab Nada kau sama dengan UMNO/PAS ... rasis dan bersifat khianat.

Tanpa Nama berkata...

Masihkah PPBM akan tunjuk muka di perhimpunan RUU ?

Bagaimanapun AMANAH patut pertimbangkan jemputan PAS dan kemudian buat kenyataan yang menjelaskan pendirian AMANAH mengenai langkah PAS adalah untuk kepentingan politik Hj Hadi semata-mata.

Walaun PAS akan kata ini menunujukkan PAS kuat sedangkan isu nya ia lah kenapa janji akan datang tapi kemudian tidak datang ? Berapa kali PAS berbohong dan menipu ?

Kalau tunduk sangat pada Hj Hadi, lain kali jangan nak tunjuk berani .. simpan telur tu biar jadi pekasam.

Apabila ramai pemimpin UMNO yang hadir perhimpunan RUU nanti, semakin jelas lah sebab apa PAS mungkir janji pada PPBM .




Pencolekhangek berkata...

Jangan ingat kita sudah pandai untuk hidup berpandu ugama bila sudah ngaji. Semua adalah ketentuan Allah swt. Ada orang ilmu ugama sekadar yang asas sahaja. Namun boleh kekal beribadat, digemari masyarakat dan jadi ketua keluarga yang baik. Ada orang mengaji sampai ke Mesir tapi duit orang pun dia rembat juga. Ada orang kononnya ulamak, sendiri mengakula. Orang tak ambil kisah pun. Tapi hal masyarakat memanjang je menyebelah orang zalim, sebab? Fulus beb. Ingat korang je tau berbini ramai, ingat korang je tau beli limo, ingat korang je tau pakai constatin vacheron, ingat korang je tau duduk dalam istana, ulamak dunia pun sama juga!!!

Tanpa Nama berkata...

Presiden dah ada 90j .. PPBM ada apa nak bagi PAS .. 90j bro banyak tu..Sorry Mahfuz engkau makan asap je le..;.

Tun Perak berkata...

Walak bro...jgn tak walak

Tun Perak berkata...

Mahfuz asap pun tak sempat....jin sapu dulu

Tanpa Nama berkata...

tak baik menuduh tghh terima rm90 juta tanpa ada sebarang bukti.
jgnlah kerana ada sesuatu yg tidak kita suka atau gemari, tuduhan tanpa bukti itu kita ada2kn.ingatkan Allah.

Tanpa Nama berkata...

Pas tak hadir kerana adanya wakil Amanah dan DAP dimajlis tersebut.( Ini kata salah seorg pemimpin PAS ) Teruk sgt ni. Apakah hukum memutuskan silatulrahim sesama islam. Sampai ketahap tak boleh tengok muka, apatah lagi nak bertegur sapa orang Amanah yg juga orang islam. Kalau macam ni PAS bukan lagi mengamal perintah islam dalam perjuangannya. Kita diajar supaya bertegur sapa sesame muslim, malah dlm solat pun iman selalu sebut rapatkan saf biar bahu rapat kebahu orang sebelah. Tapi dlm PAS ni bkn bukan setakat nak rapatkan bahu, nak tengok muka pun tak boleh. Apa dah jadi orang melayu islam ni.

Tanpa Nama berkata...

Iskandar, Tun dah cakap bagi lah apa alasan pun, PAS akan memecahkan undi pembangkang.

Kalau sebab ada DAP dan AMAMAH, apa sebab bagi jawapan Hadir. Jangan jadi bodoh, macam tak tahu pulak DAP dan AMANAH akan ada bersama.

PAS ni kan selain suka ponteng, suka rosakkan majlis orang.

zulkufli yulan berkata...

sebagai orang yg beriman ikrar dengan lidah itu adalah amanah. kerana lidahlah kita mengucapkan kalimah syahadah dan lidahlah kita menyebut nama Allah

Tanpa Nama berkata...

Jangan lah kita menghina org2 kafir yg baik, jujur, menentang rasuah sebagai org islam yg baik kita perlu menegur org islam yg munafik, rasuah, menipu dan org yg jahat. Syukur puji kepada ayatololah hadi mereng,dgn kurnia dia rakyat melayu paspispus org kafir itu diibaratkan sejahat2 ciptaan manusia.. taikniah diberikan kepada penyokong paspispus yg masih wala' ala babi hutan kepada ketua ayatolollah hadi mereng..