5 Jan 2017

AMANAH Sambut Ugutan & Cabaran PAS...

Iskandar pertaruh Dun Chempaka bila ugut Amanah

Amanah akan memikirkan secara serius untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri(Dun) Chempaka yang diwakili Datuk Iskandar Abdul Samad memandangkan Naib Presiden Pas itu semalam memberitahu pihaknya 'menunggu' untuk dicabar.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata Iskandar harus menerima akibat selepas mengamalkan politik 'mengugut' semata-mata mahu mempertahankan kerusi tradisi Pas.

"Kalau itu sikap Datuk Iskandar maka Dun Chempaka boleh menjadi satu eksperimen yang baik (untuk Amanah dan PAS bertembung).


"Selagi mana Pas tidak bersama dengan Pakatan Harapan dan bersikap mengugut begitu dan mengancam parti lain maka kita tidak ada jalan lain dan Dun Chempaka adalah merupakan satu contoh yang mana Datuk Iskandar boleh terima akibat daripada politik ugut mengugut ini," katanya seperti dilapor Antarapos hari ini.

Salahuddin berkata demikian mengulas kenyataan terbaru Iskandar bahawa kedua-dua parti itu perlu menanggung akibat jika Amanah tetap mahu meletakkan calon di kerusi tradisi milik Pas pada PRU14.

Malah tambah Iskandar, Pas sedia untuk meneroka kawasan baru jika Amanah membuat langkah pertama dengan mengusik kerusinya.

Iskandar berkata demikian sebagai respon kepada pengumuman Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad bahawa partinya berminat untuk bertanding di 40 kerusi pada pilihan raya akan datang termasuk milik PKR dan Pas.

Membalas kenyataan itu,Salahuddin berkata Amanah akan pastikan Dun Chempaka terlepas dari gengaman Pas.

"Mungkin percubaan (pertembungan tiga penjuru) pertama yang paling balik ialah di Dun Chempaka.

"Kita akan pastikan kita menang dan yakin menang di kawasan yang kita nak bertanding dan telah membuat persiapan dan perhitungan berdasarkan kepada sokongan pengundi yang kita yakin," ujarnya seperti dipetik. -MD


Amanah kalau berani, sila lawan PAS


Amanah perlu berani bertanding melawan PAS jika berhasrat untuk menggantikan parti Islam itu di kawasan pilihan raya yang dimenanginya pada pilihan raya umum (PRU) sebelum ini, kata Datuk Iskandar Abdul Samad.

Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata apa yang penting ialah Amanah jangan pula menyuruh parti lain berlawan dengan PAS kerana tidak berani berdepan dengan parti Islam itu.

Katanya, parti itu tidak ada masalah jika Amanah hendak bertanding di kerusi yang dimenangi atau pernah ditandingi PAS kerana ia hak masing-masing dalam negara demokrasi.

“Tetapi kalau betul hendak menggantikan PAS maka silakan bertanding melawan PAS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, sudah beberapa kali pemimpin Amanah mengeluarkan kenyataan untuk bertanding di kerusi milik PAS termasuk di Selangor.

Amanah pernah berkata akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi PAS dalam PRU lalu di negeri itu, iaitu 20 kerusi DUN dan 7 Parlimen.

Iskandar berkata parti itu sedia berdepan dengan “landskap politik baharu” dan siap sedia untuk menerokai kawasan baharu jika tiada persetujuan bagi pertandingan 2 penjuru dalam PRU. “Sama ada 2 penjuru atau 3 penjuru, jentera pilihan raya PAS bersedia menghadapi apa saja kemungkinan.

“Jika ada persetujuan untuk 2 penjuru, PAS boleh menghormatinya. Jika tidak ada persetujuan dan akan berlaku ‘free for all’, PAS bersedia untuk menerokai kawasan baharu,” katanya.

Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan Dr Mohd Hatta Ramli sebelum ini berkata parti itu akan meletakkan calon di semua kerusi ditandingi PAS kerana Amanah tidak mahu menyentuh kerusi PKR atau DAP.

Ia susulan PKR dan DAP ialah sekutu Amanah dalam Pakatan Harapan.
-FMT


ULASAN GB

PAS cakap besar pulak di Selangor walaupun tahu kedudukannya sendiri sudah tergugat di negeri itu.

Iskandar sendiri sebelum ini sudah mengetahui kedudukan partinya terancam di Selangor.


Walaupun PAS sudah berpatah arang berkerat rotan dengan DAP, tetapi enggan untuk melepaskan jawatan di dalam kerajaan negeri Selangor yang DAP turut serta di dalam kerajaan berkenaan hanya kerana sayangkan pangkat dan fulus. Bukan AMANAH yang kata demikian tetapi Najhan Abdul Halim, Pengarah Penerangan, Lajnah Penerangan, Dewan Ulamak Pas Pusat sebelum ini di dalam facebooknya yang telah menempelak pimpinan PAS Selangor kerana sayangkan pangkat dan jawatan.

Lantas Iskandar tempelak balik ulamak itu dengan menyatakan mereka (ulama-ulama PAS itu) duduk di dalam perigi buta.


Malah Iskandar pernah dimaki-hamun oleh ahli-ahli PAS sendiri yang taksub kepada Hadi kerana dituduh tidak wala kepada Presiden parti.


Lucunya, di dalam keadaan Iskandar yang kecelaruan dan caca-marba itu, sempat pula Iskandar mencabar AMANAH.

AMANAH yang menjadi komponen Pakatan Harapan bersama-sama dengan PPBM (Bersatu) sudah pun meletakkan azam dan tekad untuk pastikan UMNO BN dan siapa sahaja yang bersekongkol dengannya dikalahkan di dalam PRU14 nanti bukan sahaja di Selangor malah di seluruh negara!

VIDEO BERKAITAN






FEATURED ADS



21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setuju.Semua kawasan pas mesti ditandingi Amanah sbb PKR atau Bersatu xka nk lawan pas kot.Hanya Amanah paling sesuai..Lawan Tetap Lawan...

Tanpa Nama berkata...

Bagus ini yg kami nak dari pemimpin Amanah, perlu tegas....pigs sebenarnya dah takut jgn kita gatal nk beri tongkatnya pulak!!! Kasi benam terus pigs ni. Syabas Amanah, perlu tegas mcmni selalu...

Tanpa Nama berkata...

Aku SOKONG 100% Amanah bertanding di DUN Chempaka. InsyAllah aku akan pangkah Amanah! Elok parti lebai 90J gulung tikar

Tanpa Nama berkata...

Bukan sekadar di DUN Chempaka, AMANAH mesti bertanding di semua kerusi dun dan parlimen yang mana pas bertanding. Bagusnya pas tak bersama PH ialah AMANAH tak gaduh untuk bertanding di mana-mana kawasan yang pas mengaku itu kerusi mereka! Yang pasti Adun dan MP pas ketaq lutut sebab tahu mereka akan kalah dan tak ada title Adun atau MP selepas PRU 14!
Go AMANAH Go

Tanpa Nama berkata...

Pru akan dtg bungkuslah kau wahai iskandar...cempaka ni kawasan bandar, pengundi yg membaca dan celik politik, bukan geng walaun buta kayu yg malas membaca, selamat tinggallah jawatan exco tu...babaiii...

Malaysiabaru berkata...

Iskandar semak

Di dun cemapaka byk cina. Taman cahaya taman pun byk kes bunuh (pemuda pandan),kes video game kes narkotik.... Aduh ... Indon Bangla pun banyak.. Taman indah ada melayu sikit ada dewan kawin port Iskandar

Esok kami akan TUBUHKAN 12 CAWANGAN !!! BULAN DEPAN 30 CAWANGAN..

MEDAN SELERA PUN TAK SIAP SIAP KEDAI TOMYAM REMBAT TANAH REZAB

YANG DEPAT FERAI MAT SIAM MAT INDON

SIAP KO ISKANDAR SEMAK KO BUAT CEMPAKA CAHAYA PANDAN JADI SEMAK !!!

Malaysiabaru berkata...

Iskandar

Ko janji nak ganti lebih lift di apt cahaya sampai skrg takde

Ko janji nak cat flet cahaya sampai skrg tak cat

Yg ko buat projek panjat gunung pandan.. 8 peserta jer.. Tu pun projek masjid indah pandan yg imam kena penjara baling kasut..

Apa ke jadah ko buat di cempaka???

Lepas ni 80% cina di cempaka akan lari sebab ko nak hududkan mereka dgn pokok rotan..

---- projek 2017 kempen amanah ---

Nasi Kandar berkata...

Iskandar nk pulihkan imej selepas memperigi butakan ulamak pas.. hihihi.

silap2 hadi tk izin dia bertanding sebb tolol dan barua dan dianggap menjadi alat pkr sebab tknk letak jawatan. akan dituduh berjuang utk dunia.

hadi pakar bab dendam2 ni. iskandr mungkin dianggap golongan progresif sekular dan bukan ulamak, so nk jadi calon pas belum tentu kukuh.

sebelum nk cabar amanah pastikan anda direstui ulamak pas utk bertanding. jgn Iskandar patah kandar udah lee

Tanpa Nama berkata...

Lawan di semua kerusi pas.pas dah kata kuat hebat ada siku lutut..apa nk takut dgn Amanah yg kononnya dikatakan parti nyamuk..lihatlah nt parti nyamuk ini mampu menewaskan pas spt mana kisah nabi nyamuk mampu menumpaskan firaun yg zalim...

Tanpa Nama berkata...

Nak masuk perigi buta .. tenguk dulu dalam tidaknya .. jangan main masuk.

Naik menyampah .. asyik-asyik gerak jentera PAS kuat .. padahal itu lah jentera yang sama yang gerak sebelum bersama Pakatan Rakyat.. berapa banyak PAS menang..


Di kawasan gerak jentera yang UMNO kuat pun ada yang UMNO kalah.

Tapi rasa nya Rafizi tidak perlu buat kenyataan PH akan menang jika 3 penjuru. Biarkan sahaja lapuran-lapuran dan kajian-kajian yang mengatakan BN UMNO akan menang.

Biarkan rakyat bayangkan apa yang akan mereka hadapi jika Najib terus jadi PM. Aadakah kesengsaraan ini tidak cukup bagi rakyat dan mereka mahu terus sengsara ?

Bilang sama rakyat mereka akan terus malah lebih sengsara dari sekarang.
Jasa pemimpin UMNO BN tak seberapa jika di bandingkan dengan keselesaan dan kekayaan yang mereka dapat atas jawatan politik. Jamal Sekinchan si cehkai tu pun hidup mewah.


Ya kan je jika ada yang kata UMNO akan menang dan bagitahu sebab itu rakyat akan terus menderita. Dalam susah begini pun Najib naikkan minyak dan barang naik, GST pun naik.

Jangan jadikan apa hak rakyat yang di terima oleh rakyat sebagai dedak.

Tanpa Nama berkata...

Umumkan siapa di antara calun AMANAH yang akan tentang Iskandar. Kena bagi gertak dia sikit.

Padahal dah berkali-kali AMANAH cabar, Iskandar je yang bodoh. Dari awal penubuhan AMANAH ialah untuk ganti PAS. Bukan cabar ke tu ?

Iskandar dan pemimpin lain perlu muhasabah melihat PAS sebelum dan selepas tertubuhnya AMAMAH. Dimana letak Islam jika begini cara nya politik PAS.

Tanpa Nama berkata...

Bagus.... Iskandar dah panik.

Mana dalam sejarah PAS boleh menang besar di Selangor sebelum ada pakatan sesama parti pembangkang? PAS tahu kalau bersendirian di Selangor terus KALAH. Kosong kerusi jawabnya...

Bodoh punya PAS hanya tahu cakap besar.... mahu bersendirian kononnya boleh menang..... Rosak PAS kerana presidennya yang hanyut entah ke mana... tak tahu ke arah mana PAS menuju sekarang... Tunggu Umno melamar? Maaf. Umno hanya mahu tunggang PAS. Ini presiden PAS tak faham. Lembab betul...

AMANAH WAJIB BERTANDING LAWAN PAS DI MANA-MANA PAS BERTANDING. INI KEHENDAK RAKYAT.

AMANAH SUDAH BERSEDIA....

JADI AKAN BERLAKU PERTANDINGAN 3 PENJURU HANYA DI MANA PAS AMANAH DAN UMNO BERTANDING.

KERUSI KERUSI LAIN AKAN MELIHAT SATU LAWAN SATU..


PEMBANGKANG MASIH BOLEH MENANG. PKR, BERSATU,AMANAH, DAP DAN PSM BOLEH MENANG PU14.

INGAT BAHAWA PSM RAMAI PENYOKONG SEKARANG. KAMI TAHU keran dah pun buat kajian. RAMAI GOLONGAN MUDA MUDI MENYOKONG PSM sekarang. PSM pun cukup aktif sekarang.... rakyat dah teruja dengan PSM...


WAJAR JIKA PSM DIBAWA MASUK KE DALAM GABUNGAN PH-BERSATU.PEDULIKAN PAS KALAU PAS NAK JUAL MAHAL....


PAS JIKA MAHU BERSAMA BOLEH DITERIMA DENGAN SYARAT PAS BERSETUJU DENGAN COMMON MANIFESTO.... KALAU MAHU JADI PEMIMPIN PAARTI2 LAIN DAN MAHU IKUT SELERA PAS... TAK BOLEH DITERIMA. PAS PUN DAH SANGAT TENAT SEKARANG. DAH TAK POPULAR LAGI.

AMANAH MESTI KERJA KUAT DI KELANTAN DAN TERENGGANU... DI TERENGGANU MASIH KURANG SUPPORT UNTUK AMANAH.... KENALAH BUAT KERJA KUAT SIKIT... NAMPAKNYA PSM LAGI KUAT DI TERENGGANU DARIPADA AMANAH DNA PKR...

Tanpa Nama berkata...

itu seluar dlm kasi tanggal skali ...TGNA tak de pemimpin PAS da mabuk obat batok cap ibu dan anak ...GO AMANAH GO

Tanpa Nama berkata...

jgn layan perangai pemimpin2 PAS yg penting skarang kelantan dan trengganu sedang dilanda banjir .. ramai rakyat yg dlm kesusahan tuan GB tolong bilang pemimpin2 AMANAH dan komponen parti2 yg sewaktu dgn nye turun padang membantu ..insyallah jasa mu di kenang dlm pru14

Tanpa Nama berkata...

Molek sangat!!! Hamba setuju 100% AMANAH letak calon di DUN Chempaka! Kasi ajar sikit sama Sekandar nih! Hamba salah seorang pengundi DUN Chempaka, tahu sangat sambutan masyarakat Chempaka terhadap PAS kebelakangan ni..! Tak sabar nak ajar Sekandar Samad nih!!

omar daud berkata...

Salam:


Saya setuju Ammanah lawan semua kerusi PAS,MEWAKILI PH,Amanah tiada rugi apa2,jika kalahpun di PR14 nanti.

Yang Penting Amanah dah memulakan "GERAK-KERJA PILIHANRAYA".Pastikan calon-calon sesuai dikenal pasti bermula dari sekarang.KENA BUAT KERJA,JANGAN CAKAP SAJA.

Dengan BEKERJA-KERAS dan MENGUNAKAN STRATEGY YG TERBAIK,INSYALLAH,Anything can happen.

sekian.

Malaysiabaru berkata...

Anon 853???

BILANG apanya bilang telur ker bilang jumlah bantuan..

Dulu DAP dan yayasan kijang husam buat rumah untuk Kelantan ..masa banjir dah siap.. Pas punya belum siap

Nak.bilang apa bilang telor ker?

Cakap pakai akal Allah bagi jgn main siku lutut..

Hidup husam amanah DAP (bukan kuda pas atau umno)

Tanpa Nama berkata...

Bismillah...sudah jelas berulang2 PAS menunjukan wajahnya,apalagi maunya Azmin mengekalkan PAS dlm kerajaan Selangor, tidak kira apa alasan dan siasah politik PKR..ingat rakyat marhaen yg mempunyai firasat baik dan berdiam memerhatikan gelagat PKR Selangor.
Parti Amanah yg membantu sehingga kekal kerajaan Selangor hari di sepikan.. apakah tujuan? untuk membunuh Amanah? dan seterusnya dibubarkan utk disatu dgn PKR..Ini telah dicadangkan olih Afif dan kepalang gembira disambut olih Azmin. maaf cakap 100% orang Amanah berpegang kuat pada Agama dan setiakawan kalau tidak mereka tidak akan meningalkan PAS yg nyata telah menyimpang..mereka tidak akan duduk dalam PKR yang sebenarnya telah lemah dan banyak masalah dalaman dengan ahlinya.
Kepada pimpinan Amanah yg memegang kalimat Rahmatan Lil Alamin..pandang juga pada sahabat PSM yg mungkin bolih menjadi sekutu yang baik..saya melihat mereka juga berkembang baik..ideologi berbeza bolih diperbincangkan..ingat ALLAH akan membantu kesatuan yg tulus dan jujur..kenapa sampai hari ini kita lihat pembangkang tidak berjaya..dan sekarang ALLAH telah menunjukan warna masing2..
ini pendapat peribadi saya Pendukong dan kasih pada ahli2 AMANAH.
Untuk direnung bersama......

Maharajalela berkata...

Untuk mewajarkan pertandingan 2 penjuru, saya nak bagi cadangan :

1. Bahagikan negeri2 ikut parti.
Bahagikan 1 parti sahaja untuk meletakkan semua calon DUN dan Parlimen.
contoh saja : ( bawa bincang dulu )
DAP : Penang, Melaka, NS
PAS : Trengganu, Kelantan
PPBM : Johor, Pahang
Amanah : Perlis, Kedah
PKR : Selangor, Perak, WP

2. Mana2 kawasan dlm negeri yg dijangka tak boleh menang, beri kpd rakan parti lain dengan rela.

Dgn cara ini.....setiap parti akan lebih mudah berkempen, mengawal kewangan, mengawal ahli, dll.

Lepas PRU....senang nak tadbir negeri masing2.

Ini cadangan je. Maaf kalau dianggap merapu.







Tanpa Nama berkata...

Datok maharajalela dah sah2 cadangan tu merapu habis..bacalah sikit senario politik.Yang benarnya campakan PAS tak perlu dikisah dengan lebai tu.. selainnya biarlah pakar strategy aturkan..maaf sdr..ada perkara yang kita jangan campur.. saya cadangkan saudara belasah pas sampai cair...fikir sendiri

Tanpa Nama berkata...

Maaf la tuan. Cadangan ini memanglah baik dan ianya dah lama diusulkan oleh YB Lim Kit Siang. Tapi yang menjadi masalahnya, presiden kepada parti islam kununnya, lansung tidak mahu terima cadangan ini. Dia mahu bertanding disemua dun & parlimen di setiap negeri. Ianya jelas akan membantu Umno-BN pada pru-14 nanti. Jadi bak kata Yb Husam, biarlah 3@4 penjuru, kerna ini sahaja cara bagaimana mahu memberi pengajaran kepada parti yg punya ketua dan pemimpin yg sombong.