26 Dis 2016

UMNO Bungkus Pada PRU14 Kerana Tindakan Jamal

Penduduk Sungai Besar malu ada pemimpin seperti Jamal

SUNGAI BESAR: Penduduk di Sungai Besar malu dengan sikap tidak matang ditunjukkan ketua Umno bahagian itu, Datuk Seri Jamal Yunos dengan mengadakan “protes tuala” dan mengeluarkan kenyataan seksis menyindir Datuk Siti Nurhaliza.

Penduduk tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Umi, 40, berkata tindakan Jamal bertuala ke pejabat kerajaan negeri Selangor bagi membantah gangguan bekalan air di Lembah Klang sejak Isnin lalu dan menyindir kesuburan Siti tidak sepatutnya berlaku.
“Kalau orang ada akal, dia tidak akan buat macam itu. Soal kesuburan itu satu ketentuan daripada Allah. Tidak ada zuriat, itu bukan kerja manusia.

“Jadi, tindakan Jamal itu tidak patut. Pada pandangan saya, ramai orang Sungai Besar ini marah dan malu ada pemimpin seperti Jamal,”
katanya ketika ditemui FMT di pekan Sungai Besar hari ini.

Rabu lalu, Jamal berjalan ke bangunan setiausaha kerajaan Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan bekalan air besar-besaran sejak Isnin lalu di sekitar Lembah Klang, yang dikritik orang ramai.

Siti adalah antara mereka yang mengkritik “protes tuala” Jamal. Penyanyi popular itu memuat naik gambar Jamal muncul di pintu pagar utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan air ke Instagramnya.

Jamal kemudiannya membalas kritikan Siti dengan kenyataan seksis menyindir penyanyi itu masih belum menimang cahaya mata.

“Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain,” tulis Jamal menerusi pesanan WhatsApp, semalam, yang dikecam orang ramai termasuk pengguna Facebook.

Umi berkata, Umno tidaklah teruk, sebaliknya tindakan sesetengah pemimpinnya yang merosakkan parti Melayu itu.

Katanya, beliau tidak menyokong Jamal, tetapi akan menyokong wakil rakyat Barisan Nasional di Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi pada pilihan raya umum akan datang.

“Budiman lebih baik daripada Jamal. Kita sokong Budiman sebab dia bagus dan membantu rakyat di sini. Tetapi Jamal tidak. Kita bukan melihat kepada parti itu tetapi sikap ditonjolkan pemimpin itu. Jika baik kita sokong, kalau tidak kita tidak sokong,” katanya.

Seorang lagi penduduk tempatan, Zakwan Arif, 22, mendakwa kebanyakan penyokong Jamal terdiri daripada remaja yang masih bersekolah kerana wang.

“Kebanyakan yang sokong Jamal ini budak yang belum habis sekolah. Apabila ditanya kenapa sokong, mereka jawab sebab duit.

“Memang betul, duit itu dapat menarik minat budak sekolah terutamanya, tetapi tidak baik libatkan mereka terutama dengan mengajak mereka terlibat dalam himpunan Baju Merah pada 19 November lalu.”


Beliau berkata, pemimpin setempat sepatutnya memikirkan cara memajukan belia di Sungai Besar melalui penganjuran aktiviti berfaedah.

“Zaman sekarang ini tidak seperti dulu. Masa dulu, kalau program parti kita ikut, sebab bagus. Sekarang tidak ada program seperti dulu.

“Misalnya dulu, kebanyakan program seperti sukan semua belia akan sertai, tidak kira parti. Namun, kini tidak ada lagi. Mereka lebih suka membawa belia ke himpunan jalanan,” dakwanya.

Ananthan Narayeanan, 69, bagaimanapun mempertahankan Jamal dengan berkata beliau tidak bersalah.

“Saya sudah 69 tahun duduk di sini dan penyokong BN. Saya rasa Jamal itu seorang pemimpin berani. Dia juga banyak beri bantuan kepada penduduk sini. Misalnya, sebelum ini beri burger percuma.

“Itu bukan duit kerajaan, itu (duit) dia. Pada pandangan saya, sikap dia itu kita tidak boleh kata salah. Itu sifat dia. Yang penting bantuan kepada rakyat sentiasa diberikan. Sikap dia itu kita tolak ke tepi,” katanya. -FMT

VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Jamal Yunos atau digelarkan orang Jamal Tongkol, seorang Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar.

Sungguh pelik apabila UMNO mempunyai seorang ketua bahagian semacam Jamal. Seperti sudah tidak ada lagi orang lain yang lebih waras di dalam UMNO sehingga Jamal yang dipilih sebagai Ketua Bahagiannya.

Lebih pelik apabila UMNO mengketengahkan Jamal sebagai ikonnya untuk isu-isu masyarakat.

Rakyat telah membuka mata. Dari isu geng baju merah yang dikaitkan dengan keganasan, press conference di dalam tandas sehinggalah yang terbaharu isu Jamal bertuala di depan pejabat SUK Selangor meletakkan UMNO sebagai parti yang memiliki ketua bahagian yang tidak siuman.

Menyebut nama Jamal, maka akan terlekatlah label rasisma dan perkauman melampau kepada parti UMNO. Sokongan rakyat yang berbilang kaum akan terus terhakis terhadap BN dan selagi dan sekerap mana Jamal muncul rakyat akan terus menolak BN di dalam pilihanraya akan datang.

UMNO mengharapkan Jamal untuk mendapatkan sokongan kaum Melayu, tetapi aksi melampau yang ditonjolkan menyebabkan bukan sahaja bukan-Melayu malah kaum Melayu juga yang jelik dan malu dengan aksi-aksi bodohnya.

Sebuah lagi parti Melayu-Islam, PAS namanya seperti tidak kisah sangat dengan kemunculan Jamal. Tiada lansung bantahan dan serangan dari pemimpin dan ahli parti PAS terhadap Jamal seolah-olah bersetuju dengan tindakan Jamal itu.

Lebih menakjubkan apabila Jamal muncul di dalam Solidariti Ummah bersama UMNO dan PAS.

Jika dahulu, PAS sering mengkritik UMNO kerana dasar assabiyahnya, tetapi kini tidak lagi semenjak ketiadaan golongan progresif dalam PAS. Malahan, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS yang ada kini ramai yang berperangai seperti Jamal. Menggunakan isu perkauman, menggunakan kekerasan dan keganasan, memaki-hamun dan seumpamanya sudah menjadi lumrah di kalangan jemaah PAS.

Jika di media sosial usaha cakap lagilah.

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Fitnah, makihamun dan melabel sudah menjadi budaya baharu di dalam parti tersebut. Ia disemarakkan pula apabila Presidennya sendiri melakukan demikian di ucapan-capannya dengan fitnah, tuduhan, makihamun dan melabel. Fitnah pil kuda, makihamun seperti broker, barua dan melabel seperti "pengkhianat" merupakan sejarah hitam parti berkenaan yang sehingga kini belum terpadam.

Ia diperburukkan dengan tindakan-tindakan agresif seperti mengeboo pimpinan progresif di muktamar, menconteng banner dan poster Mat Sabu, berdemo di depan pejabat PAS malah sehingga ke tahap mengugut dan mengancam keselamatan mereka yang tidak sehaluan dengan mereka seperti yang dilakukan ke atas Safwan Anang, Pengarah Eksekutif LENSA, Ustaz Miqdad Zakaria, Dr. Hatta Ramli, Sdra Othman Ismail dan Dr. Dzulkefly Ahmad.

Kesemua budaya berkenaan adalah budaya samseng dan budaya liar yang jauh dari akhlak Islamiah ... tetapi tiada sebarang tindakan diambil hanya semata-mata kerana mereka kononnya kumpulan pro-ulamak. PAS membiarkan mereka. Namun sekalipun tiada tindakan dari PAS, hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. Rakyat dapat melihat sendiri perangai dan akhlak buruk yang dipamerkan oleh ahli-ahli PAS berkanaan. Dan kini semakin ramai menjauhi PAS lantaran akhlak buruk tersebut.

Kekalkan Jamal, dan kita akan dapat menyaksikan UMNO dan PAS lebur di dalam pilihanraya yang akan datang.


FEATURED ADS



20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Legend betul uncle keling tu, umur dah 69, dia sokong Jamal sebab dapat burger percuma! Hahaha terbaik la uncle hahaha.

Tanpa Nama berkata...

Aku tak rasa umno akan terjejas dek tindakan jamal. DNA jamal dan umno sama. Tak tengok ka mcm mana makcik2 umno beri tepukan gemuruh kpd jamal semasa PAU tempoh hari. Makcik2 ini lah yg akan bermati2an berkempen utk umno semasa PRU yg akan dtg. Dont pray pray!

Tanpa Nama berkata...

UMNO dan PAS memang suka pemimpin yang gila sebab mudah dicucuk hidung macam lembu kondominium.

Tanpa Nama berkata...

SO MR JAMAL PLZ CONTINUE. LEBIH BYK U BUAT HAL MAKA LEBIH TINGGI HARAPAN RAKYAT UTK MEMERINTAH MALAYSIA. THIS IS BEST TO BUKA MATA RAKYAT MALAYSIA ESPECIALLY BANGSA MELAYU BANGSA KESYGAN PAS DAN UMNO. WALLAHUALAM, SO MR JAMAL PLZ CONTINUE SUPAYA DPT BUKA MINDA BANGSA MELAYU KESYG PAS DAN UMNO NI. REMEMBER BANGSA TAK BERI APA MAKNA LANGSUNG DI MATA ALLAH. HANYA ISLAM SHJ ADA MAKNA DI MATA ALLAH SWT. SO JADI UMAT ISLAM BUKAN UMAT MELAYU.

Tanpa Nama berkata...

Di sekolah guru-guru bertukus lumus menerap nilai-nilai murni di kalangan pelajar. Diluar terdapat pihak yang menerap nilai-nilai negatif kepada pelajar dan orang awam. Dua kaedah yang bertentangan. Apa nak jadi kepada generasi akan datang!

Tanpa Nama berkata...

PH akan kalah teruk Pru 14 kerana Pan yang biadap dan lupa hal kematian. Hanya sujud pada kuasa dan Dap.

Malaysiabaru berkata...

Jamal jamban ni tak paham bahasa

Menghina ciptaan Allah dengan menghina kesuburan wanita adalah ajaran anjing syiah yg di pelajari dari ayoh jadi Ping marang

Buat resort atas tanah pertanian.. Ini lanun ka apa...

Nasib baik Khalid gagap tolong convert jadi tanah bangunan di mesy. Exco.

Lepastu pelan bangunan tak dapat akitek emgineer bertauliah... Lanun betul datuk seri kaya di raja nih

Rembat tanah rezab laut pulak... Betul betul lanun datuk mahadiraja sobrono nih....

Lanun pun dapat datuk seri... Kawan baik itu tauke udang

APA PUNYA LAHANAT UMNO PUN ADA LANUN KA... DALAM UMNO LANUN DPT JADI KETUA PERHUBUNGAN..

HADI KO AJAR AHLI UMNO JGN JD MACAM AH JIB GOR... YANG TINGGAL JAMBAN BELUM DIROBOHKAN..

Tanpa Nama berkata...

Aku hairan mcmana org spt Jamal ini boleh jadi Ketua Bhgn dlm umno.Dapat bintang Dato Seri lagi.Adakah rakyat kita perlukan pemimpin gangster utk memerintah negara.Kalau tidak, mengapa dia dibiarkan bermaharajalela melakukan apa yg telah dilakukannya kebelakangan ini, tanpa didakwa dimahkamah?

Tanpa Nama berkata...

Pasal Jamal sindir Siti Nurhaliza dan pasal Jamal bertuala baru nak rasa malu.

UMNO patut dah lama rasa malu sebab skandal 1MDB.

Tapi tak salah jugak gunakan kebodohan Jamal untuk sedarkan orang Sungai Besar dari isu 1MDB.

Tanpa Nama berkata...

identiti najib dan kedurjanaan jamal saling dahulu mendahului ..saling pecut memecut mengatasi satu sama lain untuk menjadi juara melingkupkan segera ameno pd pru akan datang...sama2 lah kita saksikan kesudahan episod ini.

Tanpa Nama berkata...

Anon 8:57 adalah ayat lazim yg digunakan para walaun... dia yg biadab dituduh org lain. dia yg lupa kematian dituduhnya org lain. dia yg selama ini sujud pada kuasa UMNO dan BN dituduhnya Amanah sujud kpd dap.

Tanpa Nama berkata...

857 tu kerja dia penggali kubur PAS merangkap tok nujum. Dia tak mati dan tinggal bawah temuprong berlapik taek low. Kesiaan , kan?

Tanpa Nama berkata...

Mereka yg secara realiti kerap kena angkut air sehingga ketingkat lima bgunan tanpa lif amat teruja dgn keujudan tindakan protes oleh manusia seperti jamal tu...yg rumah bunglow dan teres mungkin tak rasa apa kut...ada yg kata dia biadap,gila.. ada yg kata dia berani dan prihatin...ikutlah penilaian masing2 kerana itu hak kita..

Tanpa Nama berkata...

Yang rumah bertingkat tak protes, tapi Jamal yang rumah banglow pulak yang protes.

Tak ada follow up protes dari penduduk rumah bertingkat-tingkat ..

Tanpa Nama berkata...

PAS lagi teruk selepas PRU. Serban lebai-lebai akan guna tuala Jamal apabila PAS ditipu oleh UMNO.

Al Qardhawi yang di katakan uzur masih boleh menghadiri forum.

Hadi semakin berani menipu dan menghina kini naik taraf dengan menghina ketua ulamak sedunia.

Tanpa Nama berkata...

Orang mengharumkan nama negara tak dapat apa-apa tapi Jamal yang berperangai teruk di beri Dato.

Jamal tidak menghargai pangkat dan darjat yang di beri Sultan seolah olah pangkat tersebut di beli di pasar malam.

Mereka yang diberi pangkat sepatutnya di ambil kira kelakuan dan sikap mereka terhadap masyarakat dari masa ke semasa.

Tanpa Nama berkata...

Ada tokoh terbilang yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara serta berkorban jiwa dan raga memperjuangkan nasib masa depan yang lebih baik telah ditarik darjah kebesarannya, tapi sikap keterlaluan mamat yang seorang ini dibutakan mata dan dipekakkan telinga oleh pihak berkuasa dan juga pemimpin Pas.

Lelaki Dicermin berkata...

Bg aku.. kalau baca tajuk ni tak yakin aku ni. nak pru 14.. harga getah najib naikkan.. saham felda di naikkan dan di beri bonos..harga minyak.. kalau dr awal kiraan dah di naikkan 60 sen.. di turun 15 sen.. kakitangan awak di naikkan gaji.. hilang dr ingatan semua makcik2 pakcik felda dan di kg2.. jamal pakai baju mandi di suk.. kalau najib buat perhimpunan.. pakcik2 dan makcik2.. cium tangan najib.. kalau tak pru..salam sekadar 2 saat.. pru.. najib tolong rakyat malaysia..cium tangan 15 saat.. sampai lebam biru tangan najib.. sbb aku pernah terlibat di pru.. tahulah sikap org melayu tua2 tu. biar anak hisap dadah.. anak2 belajar sampai spm je...umno tetap pujaan hatiku.. walau tun m menyumbang 22 tahun.. di sebelah tun M ada logo umno... pakcik2 dan makcik2 tetap pilih logo umno tu.. tun m tu sekadar hiasan je..

Tanpa Nama berkata...

Itu lah kesusahan yang sengaja di cipta oleh UMNO.

Setahun selepas pru sedikit demi sedikit orang melayu di susah kan. Apa lagi bila ada kesempatan dengan masalah ekonomi dunia. Itu lah masa yang terbaik sekali. Masuk tahun ketiga, berbagai kesusahan di cipta lagi termasuk lah seperti masalah parti pembangkang atau pemimpinnya yang beralih angin dan kejadian-kejadian lawak seperti Jamal serta sikap Menteri yang jadi pelawak.

Apabila pemimpin pembangkang membangkitkan isu-isu tersebut di biarkan supaya rakyat terutama orang melayu mempercayai nya lagi keciwa lagi benci lagi baik bagi UMNO.

Dan tiba-tiba bila PRU, hero Najib datang. Minyak di turunkan, saham Felda di naik kan, jumlah orang pergi Haji di tambahkan dengan tambang di kekalkan, kesatuan pun minta bonus, macam-macam lagi.. habis modal pembangkang.. akhirnya pembangkang jadi si penipu dan mengada-adakan cerita.

Apa jadi pada dana simpanan dan tabung rakyat, berapa jumlah hutang negara.. akan menjadi perhatian rakyat semula setelah tahun kedua..

Ulang balik .. rakyat terutama orang melayu tak ke mana-mana..!

Tanpa Nama berkata...

Jamal tuala jamban kumpulan baru meyertai maharaja lawak mega musim 2017