23 Dis 2016

Halatuju PAS Semakin Jelas, Cenderung Kepada BN Selepas PRU...

Ulama PAS tidak tolak bentuk kerajaan campuran dengan BN

Dewan Ulama PAS tidak menolak kemungkinan akan membentuk kerajaan campuran dengan mana-mana parti lain termasuk Barisan Nasional, asalkan parti Islam itu dihormati.

“Sekarang ini PAS bersendirian dan PAS hanya dengan Ikatan dalam blok ketiga pembangkang, jadi kalau keputusan pilihan raya umum nanti gabungan itu yang menguntungkan PAS, mungkin boleh bentuk kerajaan dengan parti lain,” kata ketua sayap tersebut, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, kepada FMT.

PAS kini mengadakan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia pimpinan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, di bawah apa yang dikenali Gagasan Sejahtera.


Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki baru-baru ini berkata parti itu bersedia membentuk gabungan dengan mana-mana pakatan politik selepas pilihan raya umum akan datang untuk menubuhkan kerajaan campuran.

Katanya, PAS yakin memainkan peranan itu memandangkan negara sedang menuju ke arah sistem kerajaan campuran (multi-party system), di mana tiada gabungan yang mampu membentuk kerajaan kukuh secara bersendirian.

Mahfodz bagaimanapun mengulangi pendirian pemimpin PAS untuk tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, yang kini mempunyai kerjasama dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

“Kita tetap dengan pendirian sebelum ini gabungan dengan parti dalam Pakatan Harapan kita sudah tolak awal-awal DAP dan Amanah, tetapi dengan parti-parti lain yang menghormati PAS, kita masih sedia,” katanya.

Sebaliknya, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menegaskan parti itu masih berada di pihak pembangkang dan tidak akan bekerjasama dengan Umno bagi mewujudkan kerajaan campuran selepas PRU14.

“Saya menolak dakwaan mengenai kerjasama tersebut, memandangkan PAS kini komited bersama Gagasan Sejahtera untuk menumbangkan Umno dan BN pada PRU14,” katanya. -FMT



ULASAN GB

Ada dua perkara yang GB nak ulas.

Pertama, sudah jelas kini, bahawa PAS tidak akan bersama PH tetapi akan bersama BN, samada sebelum atau selepas pilihanraya yang akan datang ini.

Mereka masuk gelanggang pilihanraya untuk menarik penyokong-penyokong pembangkang, tetapi selepas mereka menang berkemungkinan besar mereka akan menyertai BN.

Mereka sudah pun menolak awal-awal dengan perkataan "MUKTAMAD" bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan komponen Pakatan Harapan iaitu DAP dan AMANAH.


Justeru kini PKR dan PPBM perlu buka mata seluas-luasnya sikap PAS berkenaan. Masih mahu mempercayai dan mengharapkan PAS lagi?

Kedua ialah isu pertentangan pendirian Idris Ahmad dengan pimpinan PAS.


Idris, selaku Naib Presiden PAS menyatakan "PAS Tak Rancang Untuk Adakan Kerajaan Campuran" sedangkan kenyataan berbeza dikeluarkan oleh AJK Pas Pusat, Zuhdi marzuki dan Ketua Dewan Ulama PAS, Mahfodz Mohamad.

Nampaknya Idris dah ketingggalan bas di dalam partinya sendiri.

Hari tu komain lancang dan lancang mulut Idris bertanya "dari mana awak dapat maklumat mengatakan PAS hendak sertai BN?".

Hah sekarang kita katakan itu kenyataan Ketua Ulama PAS sendiri Hj Mahfoodz Mohamad dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Zuhdi Marzuki!

Takkan laporan kedua-dua pemimpin PAS itu tak betul? Jika tak betul sudah pasti sudah ada kenyataan dari Lajnah Penafian PAS Pusat.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata!

VIDEO BERKAITAN





FEATURED ADS



24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul tu.
Parti lobai sudah tanam siap2..iaitu akan bertanding sebagai pembangkang dgn harapan ahli2 pkr...ppbm akan beri undi pada mereka. Bila parti lobai menang tak kira lah berapa banyak yg mereka akan menang maka lps tu mereka akan buat keputusan sendiri utk sertai atau tdak dgn bn.
Dgn sendirinya pengundi2 pkr dan ppbm akan tertipu lagi.
Mereka tak akan sertai PH sbb ada amanah dan dap.

Parti lobai sudah beberapa kali mengkhianat kawan. Lihatlah permainan kotor mereka di perak dan selangor suatu ketika dulu.

Yg paling teruk parti lobai ni ialah bila meteka menang dulu boleh pulak dgn angkuh kata mereka menang sbb ahli2 merekalah yg memenangkan tanpa menyebut ahli parti2 lain juga membantu. Sanggup lupa diri dgn mengaku mereka dah kuat sbb itu mereka menang banyak. Angkuh sungguh.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, akhirnya pas dah berterus terang. Lebih senang utk ahli pas putuskan sama ada nak bersama umno atau tidak

Tanpa Nama berkata...


ahli sunni perlu keluar dari parti PAS. Jangan ikut syiah.

abrarmujahideen berkata...

Agama ALLAH mane letak nya!!! Spt HAWARIYUN yang benar2 membantu Nabi Isa meniggikan kalimat-Allah. Hanya spt sendiri yg mempermainkan Allah.

Tanpa Nama berkata...

Hanya UMNO BN yang boleh bercampur dengan PAS. Tak sama kalau kata PAS yang bercampur dengan UMNO BN.. sebab sekarang integriti pemimpin PAS teruk sangat.

Seteruk-teruk 1MDB tidak terlibat dengan menyokong pembunuhan kejam. RM berbillon-billion tidak seteruk dengan kezaliman nyawa yang hilang di bunuh. A Wolf of Wall Street lucah mencarut, tetapi di Syria ada lah realiti kejadian merogol !

Lagi dahsyat apabila Dewan Ulamak sanggup memutar belit kehadiran Hadi ... dosa yang tak seberapa kini dah menjadi gunung. Lebih tinggi dari gunung hutang 1MDB.

Dosa yang melibatkan se orang demi se orang .. Masyaallah.

Tanpa Nama berkata...

Kalau arwah TGNA masih hidup, tentu dia sedih. Rupa2nya ramai makhluk dlm pas yg tunggu TGNA meninggal dunia supaya senang nak berpeluk peluk dgn umno.

Tanpa Nama berkata...

parti pas macam dah jadi syarikat kologmerat lagaknya apabika ulamak sudah pandai menghitung untung/rugi parti bukan atas dasar islam yg menentang kemungkaran tapi atas dasar nak memerintah negara sanggup syer dgn parti yg zalim kerana kemaruk nak memerintah. Oh malaysiaku

Tanpa Nama berkata...

Kami dah keluar dr parti pas.
Dah tak relevan dgn politik semasa pas ni.
Agama kami tetap dgn agama islam.

omar daud berkata...

SalamL

Sudah Terang,lagi Mahu Bersuluh,entahlah PH/PPBM ni,nak tunggu PAS lagi??????????????????.Masa sudah suntuk,daripada memikirkan PAS,adalah lebih baik jentera PKR/PPBM dikuatkan dulu.ahli2 parti sendiri dijaga,ini tidak mengharapkan orang lain buatKERJA/Kita di atas sana boleh Goyang kaki.

PAS,sebenarnya tak sekuat mana,mereka2 itu hanya gebang kencang aje,tapi di majority PUBLIC,mereka hanyalah melukut di tepi gantang.kEKUATAN PAS CUMA PADA pEWALAQ2 yg datangnya dari sekolah2 pondok/tahfiz dan pelajar yg balik dari mesir itu ajerr,adalah dua-tiga kerat professional yg tinggal mengharapkan pas bawa al-quran dan hadith..ITU AJERR.

pas, DAH SIANG2 BAGITAHU,DIA TAKKAN "LOYAL"SELEPAS PR14 NANTI..INIPUN TAK FAHAM????

SEKIAN

omar daud berkata...

Tambahan sedikitL

Hadi berkuliah disana-sini,terutama di Rusila:RENUNGAN KITA BERSAMA:

salah satuKuliah agamanya,menyuruh ahli2nya walaq padanya dan pimpinan ulamaq pas.

Teladan yg diamalkanya,dia sendiri MELANGGAR WALAQ dgn PIMPINAN KUIS.Dia langgar semacam jerr,dgn pimpinan presiden ulamak sedunia,dgn alasannya sendiri.pewalaq2nya sanggup BERBOHONG,demi menyelamatkan Hadi.

ADAKAH AJARAN AL-QURAN DAN HADITH MEMBENARKAN KEADAAN INI BERLAKU?????????APA HUKUMNYA???

mazmad berkata...

Parti Amalan Syiah.nama baru PAS.

Tanpa Nama berkata...

Pas bersekongkol dgn umno.
Pas bersekongkol dgn syiah.
Jom sunni. Keluar dr pas.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya.. pas semakin lama semakin membelit, menipu utk berkuasa.. berselindung disebalik dasar parti yg islamik..

Malaysiabaru berkata...

Cenderung tak cenderung lain cerita..

KALAU PAKATAN BOLEH HAPUSKAN PAS PADA PRU14 MCM DULU DULU 2KERUSI.. SAPA NAK BEKAWAN DGNNPAS KALAU TINGGAL 2KERUSI... YG KAYA HANYA PEMAIN KONSPIRACY UTK LEMAHKAN PAS IAITU NIK ABUDOH DINg AYAMg tontontvi

Azmin kalau ada telor hapuskan pis skrg...

Tanpa Nama berkata...

Betul.

PH/PPBM sepatutnya mengumumkan tiada lagi rundingan dengan PAS dan istiharkan secara terbuka PH/PPBM menganggap PAS sebagai 'lawan' kalau pun bukan musuh seperti UMNO.


Kalau tak tahu tak pandai boleh di pujuk dan di runding tapi kalau dah sampai tahap ini ...dengan sombongnya, dengan degil nya, dengan bangang nya, dengan tak tentu arahnya, dengan berdolak-dalih nya..
Tolong lah umumkan PH/PPBM melangkah kehadapan tanpa PAS..

Dalam masih parti pembangkang menaruh harapan untuk kebaikan rakyat, PAS boleh umumkan membentuk Kerajaan campuran. Sudah-sudah lah.. se belum bertambah meluat orang dengan cara PH/PPBM. Ada mana-mana pemimpin PAS balas kenyataan dengan pengumuman Muhyiddin yang memberi had masa sehingga tahun depan.

Keluarkan kenyataan membantah kehadiran Hj Hadi di Iran kalau tidak AMANAH dan PH pun sama sokong kezaliman Syiah di Syria.

Banyak cara untuk membentuk Kerajaan Campuran yang tak semestinya melibatkan parti.

TOK KENAL MU berkata...

meniru cara tok gurunya syiah iran laknat. didepan mereka bermuka manis menjemput siding utk kesatuan umah, dibelakang tgn mereka menyembelih umat islam.

begitulah juga pas. didepan ckp berbelit2, dibelakang sebenar perangai mereka memang nk kuasa dpd bn. pas cuba ambik kesempatan kelemahan bn umno sekarang.

sesiapa yg tidak mahu syiah berkuasa, perangai syiah diamal, maka wajib tolak pas, kerana ketuanya berfikrah syiah.

umno juga harus berhati2. jgn sampai diresapi syiah lantaran berbaik2 dgn pas ini.

ulamak2 bebas atau dalam kerajaan mesti tingkat usaha menyedarkan umat dan memantau gerak geri racun syiah yg sedang meresap dlm pas dan kini cuba menjangkiti kerajaan.

sesiapa yg mahu Malaysia yg lebih baik, jauh dpd penyelewengan dan sejahtera agamanya, maka undilah PH terutama Amanah.

jika dibiar umno dan pas berkuasa, tunggu sajalah negara runtuh kerana penyelewengan maha dasyat umno dan ketuanya.

bukan saja Negara runtuh dengan sebab ekonomi tetapi iman kesejahteraan keamanan dan akidah juga akan runtuh dengan sebab kuasa yg diberi sedikit kepada pas.

SELAMATKAN NEGARA DARIPADA MENJADI ZIMBABWE DENGAN MENOLAK UMNO BN !

SELAMATKAN NEGARA DARIPADA MENJADI SYRIA DAN IRAQ DENGAN MENOLAK PAS !

Tanpa Nama berkata...

Pas mmg bijak cuma ph yg masih bodoh menanti pas.pimpinan ph cepatla sedar.jgn berkhayal lagi.biarkan parti prnyamun balak bersama penyamun wang rakyat.jgnla ph terpalit sama.sekian

Tanpa Nama berkata...

Pelik juga ada cadangan gabung Amanah dgn PKR.pada aku cadangan ni mcm nk tenggelamkan Amanah. Seolah mcm rancangan jahat pkr.aku pun sangsi jg niat pkr ni terutama dr geng Azmin ali mesra pas tp dingin dgn Amanah.PKR kena igt kalau DAP Amanah PPBM x support PKR maka PKR juga bungkus dlm pilihanraya akan datang.Jgn mimpi nk kuasai selangor jika DAP Amanah PPBM xsupport.Jgn mimpi spt mimpi Pas.PKR tolong sedar diri sikit ya......

Pemuda segamat berkata...

Assalamualaikum, usah pening... Buatlah kerja masing2 untuk kukuhkan PH... Kami selaku ahli PPBM tak sanggup melihat harapan rakyat berderai demi mahu kerjasama dgn pas lagi... Udah2 la tu...

Mhd Shah Mahadi berkata...

👍 betul sangat

Tanpa Nama berkata...

Lagak ulamak. Berapa kerusi boleh pas dapat di pru 14 nanti? Hentikan mimpi mu

Tanpa Nama berkata...

Betul tu..
Kalau masih ada dlm pas bererti mereka penganut syiah.

Tanpa Nama berkata...

Pas tempat terkumpulnya puak2 munafik...mcm israel tempat terkumpulnya yahudi zionis dan iran tempat terkumpulnya majoriti puak2 syiah.

Tanpa Nama berkata...

Pas parti tak guna