25 Nov 2016

[VIDEO] Geng Pasir Salak Serang Khalid Samad

Khalid Samad diserang di perkarangan Parlimen

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad diserang perusuh ketika beliau menghampiri bangunan utama Parlimen pagi ini.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Amanah itu bernasib baik dengan kehadiran pegawai keselamatan yang sempat menyelamatkannya dan menghalang kejadian menjadi lebih serius.

Namun, FMT dimaklumkan seorang pegawai mengalami kecederaan dalam kejadian huru-hara itu.


Serangan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian di Dewan Rakyat pada Isnin, apabila Khalid memanggil Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman sebagai “sial”.

Kira-kira 20 hingga 30 lelaki pada mulanya hanya mengganggu Khalid, menjerit “Hidup Pasir Salak! Hidup Pasir Salak! “, tetapi selepas seorang daripada mereka jatuh ketika di depan beberapa pegawai keselamatan Parlimen, ia bertukar menjadi ganas.

Kumpulan rusuhan itu mengejar Khalid dan pegawai keselamatan dapat melindunginya daripada sebarang kejadian tidak diingini.

Kejadian itu berjaya dirakam pemberita FMT yang berada di situ.

Khalid kemudian memberitahu pemberita beliau tidak mengalami sebarang kecederaan semasa serangan itu.

“Mereka tidak berjaya menyentuh saya, terima kasih kepada 4 pegawai keselamatan yang melindungi saya dengan baik.”

Salah seorang lelaki dalam video itu juga dilihat menjerit pada Khalid, berkata “ini kepada baru permulaan”.

Insiden di Dewan berpunca daripada kenyataan timbalan menteri pertanian dan asas tani yang dibuatnya dengan merujuk kepada ahli Parlimen Seputeh sebagai “satu-satunya wanita dengan Kok”.

Beliau enggan menarik balik kenyataannya dan disokong Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee yang memutuskan tiada keperluan melakukannya dengan mengatakan Tajuddin hanya merujuk kepada nama Kok.

Sejak 2 hari lalu, Tajuddin diasak soalan berkali-kali oleh media di lobi Parlimen dan menuduh media memihak kepada pembangkang serta bertegas beliau tidak mengucapkan kata-kata seksis atau salah terhadap ahli Parlimen DAP.

Ketika diminta mengulas mengenai serangan rusuhan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kumpulan itu mungkin disiasat mengikut undang-undang anti-keganasan, berdasarkan video tindakan mereka.

“Kita juga perlu menyiasat siapa membenarkan mereka masuk. Kita tidak boleh membuat sebarang sangkaan,” kata Nur Jazlan. -FMT


Kamu nak terajang, saya tetap perjuangkan hak rakyat, kata Khalid Samad

Cuba diterajang oleh kumpulan samseng dipercayai ahli Umno dan penyokong Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak), Khalid Samad (Amanah-Shah Alam) tidak akan berhenti menegakkan kepentingan rakyat.

“Kamu nak terajang saya ke, kamu nak belasah saya ke, saya tetap akan bersuara dalam Dewan (Rakyat) ini memperjuangkan hak rakyat,” katanya dalam perbahasannya tengah hari ini.

Khalid mengulas insiden serangan lebih 10 individu termasuk lelaki dipercayai anak Tajuddin serta beberapa wanita bertudung merah dan merah jambu sebaik beliau tiba di luar bangunan Parlimen pagi tadi.

“Ada salah seorang daripada mereka mendakwa, saya tidak tahu betul atau tidak, bahawa dia adalah anak Pasir Salak.

“Saya tak tahu. Saya tak tahu. (Pihak) Keselamatan boleh periksa kad pengenalan, nama (pelawat) yang ada,” ujarnya sambil menggesa supaya tindakan tegas diambil terhadap kumpulan penyerang terbabit.

Dalam serangan yang kemudiannya dapat dikawal pihak keselamatan itu, seorang lelaki dengan pas masuk Parlimen berkaca mata hitam, berkemeja putih serta berkot dan bertali leher warna kelabu menjerit kepada Khalid, “Kenapa panggil bapak aku sial?”

Insiden ganas hari ini dilihat susulan daripada pertikaman lidah yang dicetuskan terlebih dahulu oleh Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani apabila mengaitkan Teresa Kok (DAP-Seputeh) sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.

Ekoran itu, beberapa ahli parlimen Pakatan Harapan pada sidang Dewan Rakyat, 21 November lalu bangkit membantah kenyataan timbalan menteri Umno yang merujuk kepada alat sulit lelaki itu termasuk Khalid yang menggelarkan Tajuddin sebagai ‘menteri sial’.
-MD




ULASAN GB

Apa nak jadi agaknya Malaysia? Gejala samseng dan keganasan bermaharajalela.

Dengan tarian punggungnya, dengan ancaman "darah dibayar darah", dengan korupsi yang sudah tak terbendung lagi, dengan ahli parlimen hilang immuniti malah kini diserang pula oleh samseng-samseng dan mereka terlepas bebas...

Sedangkan yang inginkan kebenaran dan keadilan serta berhimpun secara aman itulah yang ditangkap dan ditahan.

Namun yakinlah hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Langit tidak selamanya mendung.



FEATURED ADS



27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalaulah mereka betul2 mewakili orang Pasir Salak, sanggupkah mereka mengaku bahawa orang2 Pasir Salak semuanya biadap, seksis, lucah dan sebagainya sekiranya betul2 Tok Judin memang berniat serong bila bercakap mengenai Theresa Kok ??? Ramai orang tahu sikap sebenar Tok Judin. Sanggupkah kamu wahai orang2 PASIR SALAK ????!!!!

Tanpa Nama berkata...

hahaha....anak sial nak tunjuk samseng yer...bapak kau sial...kau anak sial...nak tunjuk samseng konon...ramai berani laaa....kalu sorang sorang kecut perut rasanya....spesis sama seperti baju merah jamban...

Tanpa Nama berkata...

Suruh dia berambus dari kawasan Parlimen bukan suruh dia bersabar. Nak suruh bersabar sebelum masuk.

Ingat Tajuddin berani macam samseng. Tapi hal macam ini babitkan anak yang datang dengan geng dia. Hal ini bukannya sama dengan pertengkaran perlanggaran kereta atau perselisihan keluarga besan yang nak bercerai.

Rupanya yang tidak ada kok ialah Tajuddin.

mohammad azren berkata...

Perangai anak dan kerabatnya pun macam gampang

Tanpa Nama berkata...

Kalau mcmni melayu... Aku xsanggup nak mengaku melayu.. Cuma aku nak cakap org yg macamni, mmg org betul sial... Dia bukan melayu... Dia kaum sial... Org yg xtahu berfikir... Kalau dia tengok video yg sebenar apa yg berlaku di parlimen, dia patut mrh kpd si tajol babi tu... Siapa yg dulu mengungkapkan kata yg xsenonoh? Org mcm sial ni, otak senteng... Xboleh berfikir dan amat mudah dihasutkan dgn sentimen perkauman...
Org Melayu ialah melayu yg boleh berfikir dgn akal yg cerdik tanpa mudah dihasut dgn sentimen perkauman.... Zmn ini manusia semua berfikir dgn akal dan bijak berhujah.. Bukan mengamuk xtemtu pasal konon acah2 kuat... Piraaah... Samseng taik kucing... Conttoh tdekat jamal jambannnn... Aku melayu. Bukan cina... Tp aku malu dgn sikap bangsaku yg ketinggalan....

Tanpa Nama berkata...

"Kok" sial lu din?

Malaysiabaru berkata...

Sudah sudahlah berhaduh mcm komunis

Ringgit dah cecah rm4.469 dah!!!

Ringgit setarag filipin peso 49.90

Org komunis jugak yg akan bagi pinjam duit kpd Malaysia.. Nak bgaduh buat apa.. Yg mintak duit komunis adalah org melayu juga..

Setiap keluarga cina beli u.s Dollar sebagai langka keselamatan bila Malaysia bankrap...

Org melayu begaduh buat apa cepat beli u.s Dollar jgn menyesal bila dah cecah rm5.10 !!!

Berita Amerika pelik dgn 'penipuan bank negara' berkaitan reserve nagara yg meningkat sedangkan ringgit terus jatuh .. Pelik kata wall street..

Aduh ... Betul ker Malaysia pinjam duit imf utk tambat ringgit? Mengaku gabenor woiii??

Tanpa Nama berkata...

Rakyat malaysia akan semakin faham...
Perangai beruk umno.....

Tanpa Nama berkata...

rakyat marhaen mana mampu nak beli USD. duit simpanan dlm bank pun ntah berapa je yg ada. gaji bulanan pun ramai yg cukup2 makan je. sbb itulah pokjib benarkan Uber. tu cara mudah dia kononnya nak selesaikan masalah kewangan rakyat. tapi Uber pun tempat hotspot, penawaran melebihi permintaan. minyak masak naik.. harga makanan sama ada naik atau saiz semakin kecil. RM jatuh, kini macam2 barangan yg diimport telah mengalami kenaikan yg drastik. sudah sampai masa majlis raja2 dan Yang dipertuan Agong mencampuri hal ehwal politik dgn mendesak ahli2 parlimen BN yg masih bermaruah dan cintakan negara membuat undi tidak percaya kepada pokjib. raja2 ada kuasa kan. pandai2 lah guna segala kuasa yg ada itu utk mendesak ahli parlimen BN supaya setuju utk membuat undi tidak percaya kepada pokjib. pokjib kan asyik pi luar negara je. masa inilah nak ambil kesempatan utk mencari pengaruh dlm diam demi menjatuhkan pokjib. pokjib takkan mampu utk bela semua ahli parlimen BN. sbb duit2 1mdb pun bukannya dilaburkan semua ke penyokong2 dia. dia bagi org luar lebih lagi dan kemudian joli sakan satu keluarga. doa senjata mukmin. moga pertolongan Allah membantu hamba2 yg dizalimi oleh pemimpin kerajaan yg mencengkam rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Jgn kita terpesona dgn helah umno ni..bila ada perkara penting, isu2 bodoh sebegini akan dicipta utk alih perhatian rakyat, pigs pun dh nk kearah tu..pengundi pigs yg teraniaya..

Tanpa Nama berkata...

Tahu pulak marah, yg ko ckp org lain tak pulak org dtg mengamuk2.. cilako botul mp mcm nie... teruk betul la... jgn la disebabkn korang nie, tuhan gantikn kami nie dgn kaum yg lain... lain benar bentuk perangainy... mintak tukar yg lain la..

Tanpa Nama berkata...

Keh..keh..keh..!
Teman nak ketawe betul
Ade deme2 juak udin "kok" tu boleh kate..deme tu keturunan Datuk Maharaja Lela...konon kuat le
Keh...keh...keh..
Teman sambut le...kate kat juak2 udin "kok" tu.."demo tu sebenarnya bukan pahlawan..tapi samseng kampong aje...jauh semanggang dari api kamu tu pahlawan...buat malu aje org melayu"
Keh...keh...keh...
Macamane le demi ni udin "kok" boleh didik anak buah deme jd mcm beruk yg br keluar hutan Pasir Salak.

Tanpa Nama berkata...

Kalau kena pada diri sendiri pandai pula kata nak pertahan bapa tapi bila kena pada pembangkang suruh tunggu PRU14 nampak sangat UMNO telah hilang texxx bila kena maki dalam parlemen sedap mulut nak mencarut carilah perkataan lain kalau tak suka pun tapi usahlah guna perkataan yang budak darjah satu pun tahu apa maksud disebalik kata-kata tu hjangan ingat kita ada mulut boleh bercakap tapi bila kena pada diri kita kena teriamalah juga macam mana kita kata pada orang walaupun tidak secara langsung kaum wanit usah kira apa bangsa poun mereka adalah kaum yang patut dijaga kehormatan mereka eloklah bini najib pun kena cemuh dengan rakayt sebab pemimpin UMNO sendiri tiada akhlak untu dicontoh.

Tanpa Nama berkata...

Semuanya berpunca dari andaian bahawa UMNO itu kebal, polis takut nak tangkap kalau yg melakukanya ada kaitan dengan kepimpinan UMNO, hakim akan meyebelahi mereka yang ada kaitan dengan UMNO, mesti ada jalan keluar sekiranya kes ada kaitan dengan kepimpinan UMNO, wang boleh diedarkan kepada pihak tertentu. Dan persepsi inilah menyebabkan ahli UMNO begitu kepingin menjadi samseng. Rakyat melihat. Rakyat mengingati. UMNO perlu dikuburkan.

Tanpa Nama berkata...

Ni jer standard anak beranak mp Umngok yang ade..ingat kan kat Selagor jer yang ade spesis jenih tu..kat Perak pon ade..buat malu dan sial satu negeri Perak jer..tak sio dah teman nak balik ke Parit lalu ikut Pasho Salak tuh..hampeh!!

Tanpa Nama berkata...

Kok Sial Tajudin, anak kamu pun Kok Sial, memang betul2 sial. Najib, kamu kok pilih Kok Sial Tajudin jadi timbalan menteri? Kan dah sial sekarang. Samseng belaka anak beranak rupanya.

Tanpa Nama berkata...

Dah Memang SIAL pon nak buat apa.... hahaha.. tengok camna si SIAL ajar anak dia.. _ TQ Ancient Mariner

Tanpa Nama berkata...

Lps buat kacau dan kecoh sampaie nak pukul ahli parliment boleh pulak deme takbir2 dgn nama Allah. Ateee...ape ke bende gitu. Deme tu yg samseng. Tak malu ke pade Allah. Sial betul la kamu ni udin ngajoe anak buahmu jd samseng. Demo dah tak ada "kok" ke.

Tanpa Nama berkata...

Samseng Dusun Kg Gajah ke atau samseng dusun Pasir Salak.
Nak tunjuk lagak tak kenal tempat.
Ni la org kata "bodoh yg tak boleh di ajar"
Nak tunjuk lagak sbb dia anak menteri.
Poooorahhhhhh...

tanya sama itu hud hud berkata...

ini semua wayang gomen..
konon gesa samseng pasir salak suruh serah diri..
jamal jamban kononnya direman 4hari.
dengan ugutan nak cincang,parang terbang,nak mandi darah,apa tuduhan yg dikenakan kat jamal jamban?
berapa ikat jamin?
semuanya wayang.
jadi barua umno,semuanya terlepas

Tanpa Nama berkata...

mulai hari ni.. tajudin bergelar TAJUDIN KOK

Tanpa Nama berkata...

Pasir Salak berkoKok tapi bergelumang dengan tahi.

Dah tua nak mampus, perangai tak berubah.

Tanpa Nama berkata...

Apa daaa tajudin...nmpak mcm gengster....tapi kena dgn gedebe khalid samad terus panggil anak dtg parlimen...hahahaha....gengster taik kucing.

Tanpa Nama berkata...

Nampak nya bukan sahaja Tok Judin yg SIAL rupa2 nya pengundi 2 UMNO Pasir Salak memang ramai yg Sial

Tanpa Nama berkata...

Cubaan menyerang penjawat awam... pesalah dan seluruh keluarga dihukum mati... ikut undang2 kerajaan china member baik najib 200 tahun dahulu.

Tanpa Nama berkata...

Bapa sial anak Samseng, parti ni memang sial dan Samseng

Tanpa Nama berkata...

Saya heran kenapa kebanyakan barusan kabinet dan ahli2 Parlimen sekarang ni kurang cerdik......ada antaranya kenyataan yg mereka buat langsung tak masuk akal.....jawapan yg tak kena dgn soalan.....jawapan macam kartun yg tidak memberi jawapan tepat pada soalan yg ditanya.

Mereka bukan jawab soalan tapi menambah belitkan lagi persoalan. Yg mengelak tak nak jawab soalan pun ada.

Kita boleh tengok dalam sesi Parlimen ada antara mereka yg sikapnya macam budak2......macam kartun mengejek2 balik orang yg bertanya. Malu kita tengok ahli Parlimen macam org tak sekolah. Sungguh memalukan....!!

Hal dalam Parlimen sepatutnya habis dalam Parlimen saja. Tidak dibawa keluar. Kenapa mesti sampai bawa gengster menyerang ahli Parlimen??

Kalau tak puas hati......boleh debat semula hal yg sama berkali2 dalam Parlimen. Bukan bawa tukang pukul untuk pukul ahli Parlimen.

Sekarang ni Malaysia ni guna undang2 apa?? Undang2 Rimba ke??

Inikah barisan pemimpin yg kita nak hornat?? Yg kita nak letakkan harapan?? Inikah barisan kabinet dan ahli parlimen yg memimpin kita?? Macam tadika..!!

Kalau nak dibandingkan dgn barisan pemimpin dulu2....jauh panggang dari api......macam langit dgn bumi.

Dulu2 barisan kabinet dan ahli2 Parlimen penuh dgn orang cerdik pandai, berwibawa dan pemimpin yg berkualiti. Tp sekarang hanya penuh dgn tukang angguk, ampu-bodek dan tukang kipas saja.....jauh dari kualiti yg baik.

Itu sebab sekarang ni banyak perkara bodoh dan pandir yg dulu tak pernah jadi tapi sekarang dah jadi dalam Malaysia ni.

Dulu2 Malaysia negara yg dihormati tapi sekarang....lu fikirlah sendiri.

PRU akan datang fikirlah dalam2 sebelum memangkah. Jangan kita terpangkah orang bodoh dan pandir memimpin kita.