Iklan fitnah Rafizi penganjur parti seks bogel
Nombor telefon Rafizi Ramli sekali lagi disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa sebagai penganjur parti seks bogel.
Anggota parlimen Pandan itu berkata, beliau mendapat tahu mengenai perkara itu selepas dihubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam petang tadi.
"Saya baru dihubungi oleh pegawai polis dari IPD Shah Alam yang ingin menyiasat satu sebaran iklan mengenai penganjuran parti seks bogel.
"Saya baru mendapat salinan iklan tersebut yang disertakan bersama," tulis Rafizi yang turut menyiarkan iklan berkenaan di Facebooknya.
Menurut Rafizi, ini bukan kali pertama nombor telefonnya disalahgunakan bagi menyebarkan maklumat palsu mengenai perkhidmatan seks atau pelacuran.
"Saya telah menjelaskan kepada pihak IPD Shah Alam.
"Saya memohon supaya mereka yang berhajat untuk menyertai parti sebegini, jika mereka membaca berita ini, berhenti menelefon atau menghantar (kiriman) WhatsApp kepada saya," jelasnya.
Poster berkenaan yang dihiasi gambar wanita seksi dengan tajuk 'Wanna Get Wet & Wild?' menyatakan acara itu diadakan di sebuah tempat di Kuala Lumpur dan berlangsung dari jam 12 tengah malam sehingga pagi.
Ia memaparkan lima nombor telefon dengan nama yang tertera adalah Amber, Maria, Rifa, Izzy dan Mandy.
Secara berseloroh, Rafizi mengakui pernah 'terlibat' dalam parti buih bogel, tetapi hanya ketika memandikan anak kecil beliau.
"Satu-satunya parti buih bogel yang saya pernah terlibat ialah apabila saya memandikan anak kecil saya yang berumur 3 tahun," kata setiausaha agung PKR itu. -mk
VIDEO BERKAITAN
ULASAN GB
Tak dapat tanduk telinga dipulas.
Bermacam-macam cara untuk "membelasah" Rafizi. Kali ini dengan cara kotor iaiatu dengan menaburkan fitnah yang menjijikkan.
Namun hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Mangsa fitnah akan tetap terpelihara dengan memfitnah akan terus memikul dosa dan bahana.
Kepada sahabat saya, Rafizi, teruskan perjuanganmu tanpa perlu melayan fitnah-fitnah picisan yang bertaburan itu.
Sesungguhnya fitnah itu tidak mempunyai sedikit pun kekuatan dan tidak akan berupaya menggugat perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.
FEATURED ADS

Nombor Telefon Saya Digunakan Sebagai Penganjur Parti Seks Bogel
Saya baru dihubungi oleh pegawai polis dari IPD Shah Alam yang ingin menyiasat satu sebaran iklan mengenai penganjuran parti seks bogel.
Saya baru mendapat salinan iklan tersebut yang disertakan bersama.
Ini bukan kali pertama nombor telefon saya disalahgunakan bagi sebaran maklumat berhubung perkhidmatan seks atau pelacuran.
Saya telah menjelaskan kepada pihak IPD Shah Alam.
Saya memohon supaya mereka yang berhajat untuk menyertai parti sebegini, jika mereka membaca berita ini, dari berhenti menelefon atau menghantar whatsapp kepada saya.
Satu-satunya parti buih bogel yang saya pernah terlibat ialah apabila saya memandikan anak kecil saya yang berumur 3 tahun.
Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan
ULASAN GB
Tak dapat tanduk telinga dipulas.
Bermacam-macam cara untuk "membelasah" Rafizi. Kali ini dengan cara kotor iaiatu dengan menaburkan fitnah yang menjijikkan.
Namun hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Mangsa fitnah akan tetap terpelihara dengan memfitnah akan terus memikul dosa dan bahana.
Kepada sahabat saya, Rafizi, teruskan perjuanganmu tanpa perlu melayan fitnah-fitnah picisan yang bertaburan itu.
Sesungguhnya fitnah itu tidak mempunyai sedikit pun kekuatan dan tidak akan berupaya menggugat perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.
9 ulasan:
selain dari berita pas mendptkan dedak rm90juta... terdpt juga berita dgn bukti surat2 yg menunjukkan hadi pau kerajaan negeri Kelantan.
apa kena mengena presiden pas dgn kerajaan negeri sehingga penyamun yg dpt kontrak balak dr kerajaan negeri kena beri dedak rm10juta kpd presiden pas?
pas menipu bila kata nak saman SR.
pas menipu bila kata dah lantik peguam kapir queen council.
pas menipu bila kata membantah sambal duduk diparlimen.
Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman " (Hadis sahih riwayat Muslim)
persoalan - kalau menyokong kemungkaran kira tiada iman kot?
Memang Jamal Bebal tak buat tapi jika kena kat Jamal Bebal, ada jugak lah yang boleh di percayakan. Ini muka macam Rafizi . Masyaallah.
Orang yang tidak takut masuk penjara di fitnah dengan cara begini. Apa yang penfitnah dapat ?
Bengap. Dulu-dulu boleh lah buat fitnah sebab makan minggu baru si mangsa tahu. Sekarang punya fitnah kena guna beberapa pihak lain seperti pakar kedoktoran, kepolisian dan pakar kehakiman. Kalau parti buih kena lah cari kawan dia yang sanggup mengaku pernah pergi dengan dia.
Sebab semua itu tak boleh buat, guna lah cara suka-suka dengan buat iklan dan nombor handphone.
Penasihat pun gagal ubah kawan sedang kan macam-macam program agama dengan Ketua penfitnah telah di adakan.
Fitnah ini jenis yang 'suka menyangkal tapi fitnah pil kuda dan fitnah ke atas Husam lagi dahsyat.
JOM BERSIH
JOM BERSIH
JOM BERSIH
ALLAHUAKHBAR TAKBIR TAKBIE TAKBIR
UNDURLAH WAHAI PAK HAJI YANG KORUP
Ini lah sebabnya PAS takut dengan BERSIH. Hanya orang yang bersih niat nya dan akhlaknya sahaja yang sanggup mendekati semua yang bersih.
Ini PAS sudah kotor. Dan sekarang suka pada semua yang kotor.
Kalau nak bersihkan perjuangan PAS kenalah melibatkan diri dengan BERSIH baru lah bersihhhh !
Ini di ditakrifkan sebagai 'komisyen' kerana selain memegang jawatan Naib Presiden Ulamak, kerja lain secara sambilan ialah sebagai broker kayu balak.
Itu pun ada hati nak jadi pengemudi gabungan-gabungan parti pembangkang. Masih lagi nak pujuk supaya bersama-sama PH-BERSATU.
Yang menjadi.persoalan ialah adakah kerana ingin dapatkan 10 juta RM maka hutan balak Kelantan di tarah sampai gondol ?
pas tidak akan bersih hanya dgn menyertai bersih. selagi kepimpinan cai dan geng walaunta ada dlm pas dan menguasai pas. pas bagai ayam yg kokok berderai-derai tapi ekor bergelumang tahi. adakah pengundi dan bekas penyokong yakin pas akan pulih??? semestinya tidak semudah itu hendak pulih dari sindrom cai dan walaunta. sebab itulah wujudnya AMANAH. sebab itu berbondong2 ahli pas masuk AMANAH. nak harap ahli2 biasa pulihkan. tak mungkin la, kerana proses nak pulihkan sudah lama berlalu. sekarang ni AMANAH lah yg sudah memikul tugas dan tanggungjawab yg pernah digalas oleh pas. jika dulu hanya umno yg ingin ditarbiah. kini umno dan pas la yg perlu ditarbiah. sedondon nya umno dan pas itu adalah bukti mereka sudah nikah secara sulit. bila dah nikah, mestilah ada mas kawin dan wang hantarannya.
Jadi tak usah dirayu lagi pada janda lama. jangan diganggu rumahtangga baru yg baru dibina tu. tak baik tau runtuhkan masjid. biarkan si luncai terjun dgn labu-labunya.BIARKAN. Kini AMANAH dan PH fokus kepada PRU yg akan datang. AMANAH diminta nasihatkan PKR dan bersatu supaya jangan dibuat lagi rundingan sulit ke atau terang-terangan ke dgn pas. pas sudah jadi kepunyaan orang. walau nikah sulit. tapi sah. jadi jangan dikenang janda lama tu. sepatutnya kerajaan PH selangor sudah lama gugurkan segala jawatan2 sama ada exco atau segala jawatan lantikan yg diberikan kepada pas atas dasar rakan dlm pakatan rakyat yg sudah mati. kini adalah PAKATAN HARAPAN dan pas tidak bersama dlm pakatan ini. malah pas selangor sendiri tidak bersama dlm pakatan ini. beri kata dua kepada pas selangor. ingin bersama PH atau nak menjadi walaunta kepada pas pusat. cepatlah buat keputusan. isu main tarik tali antara PKR dan pas ini akan membuatkan pengundi naik menyampah. apa yg dirisaukan adalah akan berlaku kurangnya pengundi yg turun mengundi pada PRU akan datang kerana mereka muak dgn permainan politik yg hanya nak cari makan dan mengenepikan harapan rakyat.
Kepercayaan orang ramai kepada Rafizi lebih banyak dari kepercayaan orang kepada Abduh.
Dah lah tak reti, Abduh juga bukannya berani sangat. Itu sebab bukti dan maklumat tersebut dan yang lain, diberi pada Rafizi.
Dan PAS juga ikut-sama dan akan mengambil tindakan ke atas orang yang memberi bukti ada nya sumbangan RM 10 juta kepada Presiden. Ini perkara sulit dan ahli PAS mesti amanah.
Kalau duit tin milo untuk perjuangan parti pun boleh kena sebat, apa lah nak diharap dengan sumbangan RM 10 juta..? Oh, ya.. bukan kah hudud tu hukuman nya sebat..!
Yang tanda-tangan surat si kafir dan yang bagi sumbangan pun tentu lah si kafir itu juga. Balak Kelantan punya tapi duit masuk ke poket lain. Yang susah rakyat Kelantan tapi pemimpin PAS hari ini mana ada yang susah.
Bukan kah sumbangan jika di beri sebagai balasan kerana menerima projek di kira wang haram atau rasuah. LGE membeli rumah dari seseorang yang tidak ada kaitan dengan apa-apa projek akhir nya di dakwa. Sedangkan jumlah yang PAS terima lebih banyak dari LGE dan tertulis jelas atas kertas, bila mau di siasat?
Hari ini dah hampir masuk dua hari pendedahan telah di buat tapi Presiden dan pemimpin PAS tak kata apa-apa. Adakah lah hujung tahun ini, PAS akan putus kan apakah tindakan yang sewajarnya.
Najib mengagihkan kepada Ketua Bahagian duit derma yang di ambil. Tak kan Presiden makan sorang-sorang kot ?
Oleh sebab RM 10 juta ini juga lah Rafizi di hukum penjara. Itu Muhyiddin masih mahu lagi sama itu PAS. Lupakan lah. Tak ada sesiapa dari pemimpin PAS yang sanggup masuk penjara untuk selamatkan parti.
Rafizi berani masuk penjara sebab perjuangan dia benar. Dia berani kerana benar. Harap dapat jumpa Rafizi Sabtu ini.
Pas umpama pokok balak hijau yg telah ditebang oleh pemimpinny... banyak perabot atau rumah akan dibina dari batang balak itu, tp dia terlepas pandang kehancuran hakiki yg bakal terjadi... berhentilah dari ikut jejak langkah umno, itu bukan careny.. klu takde duit sekalipun, jgn smpai bah kuning 2.0 melanda lagi...
apa status ustat azhar idrus?
adakah dia walaun yg taat pada hadi?
dulu UAI marah sangat kepada umno,kepada penyokong umno,..
sekarang mungkin dah kalih ayat halalkan umno kut?
ada sesapa penah tanya UAI status umno terkini?
Catat Ulasan