15 Okt 2016

Menjawab Hujjah Idris, AMANAH Tentang Kezaliman Tak Kira Siapa Yang Melakukan!

PAS: Amanah hendak selamatkan Umno, jatuhkan kerajaan Kelantan

PAS hari ini mendakwa Amanah mempunyai niat tersembunyi hendak menyelamatkan Umno di Kelantan dengan memburuk-burukkan dan menjatuhkan kerajaan pimpinan PAS.

Idris Ahmad berkata, jika ikhlas menumbangkan Umno, Amanah sepatutnya memfokuskan negeri ditadbir Barisan Nasional, bukannya menjatuhkan PAS di Kelantan.

“Lama dah puak-puak ini (Amanah) tuduh PAS nak bekerjasama dengan Umno, tapi sampai sekarang PAS tak jadi Umno lagi. Kalau orang nak lawan Umno betul-betul, dia tak akan tumbangkan PAS di Kelantan, dia akan serang Umno di Terengganu, dia akan lawan Umno di Melaka dan lain-lain negeri.


“Tindakan itu jelas menunjukkan siapa sebenarnya nak bekerjasama dengan Umno nak jatuhkan PAS. Amanah sebenarnya nak menyelamatkan Umno di Kelantan dengan memburuk-burukkan PAS supaya senang Umno kalahkan PAS,” katanya kepada FMT hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menjawab tuduhan Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa kononnya PAS marah dengan parti itu kerana menyekat mereka bekerjasama dengan Umno sejak 2008.

Katanya, PAS bimbang jika mereka meneruskan hasrat itu, ahli yang tidak bersetuju dengan hasrat pimpinan parti Islam itu akan melompat ke Amanah.

Husam berkata, rundingan terbaharu antara PAS dan Umno dibuat dalam bentuk perbincangan di Kluster Politik Negara, Majlis Perundingan Islam (MPI) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan disertai pemimpin PAS, termasuk Ketua Penerangan Dewan Ulamanya, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

Idris berkata, Amanah sepatutnya menggunakan hujah lebih konkrit atau alasan lebih kukuh untuk menuduh PAS bersekongkol dengan Umno.

“Janganlah diangkat sangat (isu MPI), kalau nak marah pada PAS, janganlah guna hujah macam itu, hujah itu biarlah konkrik sikit, dulu kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pakai baju sedondon dengan Datuk Seri Najib Raza dalam multaqa ulama, kalau dah hilang punca pun biarlah ada alasan besar sikit.

“Kenapa dia (Amanah) tak kaitkan NGO-NGO lain sertai MPI? Sebenarnya, orang tak jemput Amanah sertai (MPI) mungkin ada benda tak kena pada parti itu, orang jemput dan letak orang yang layak dalam MPI macam Datuk Manfodz, bukan semua orang layak,” kata Idris.

Selain Zahid, Timbalan Pengerusi Kluster Politik MPI ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

PAS turut menghantar Ketua Penerangan Dewan Ulamanya, Datuk Dr Khairudin Aman Razali dan Dr Zuhdi Marzuki yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS. -FMT

ULASAN GB

Begitukah hujjah seorang bertaraf Naib Presiden dalam PAS terhadap AMANAH? Kononnya mengetahui niat tersembunyi AMANAH hendak menyelamatkan Umno di Kelantan dengan memburuk-burukkan dan menjatuhkan kerajaan pimpinan PAS?

Jawapan kita: Presiden PAS sendiri, Haji Abdul Hadi Awang menyatakan persoalan "niat" itu urusan Allah. Manusia tidak boleh mengtahui niat orang lain. Nah, sekarang Idris mengaku boleh membaca niat tersembunyi AMANAH kononnya AMANAH nak selamatkan UMNO.

Jika Idris nak tahu apa sebenarnya niat AMANAH, kita bagitahu bahawa AMANAH menentang segala bentuk kezaliman yang dilakukan tanpa mengira siapa yang melakukan. UMNO sudah tentulah ditentang sebab ia telah terang-terang melakukan kezaliman. PAS Kelantan juga ditentang kerana melakukan kezaliman yang sama dengan UMNO.

Buktinya banyak. Salah satunya, PAS Kelantan sendiri buat kenyataan pecat penghulu-penghulu kampung yang menyokong AMANAH. Bukankah itu kezaliman stail UMNO?


Kedua, kerajaan PAS Pelantan tak berupaya bangunkan negeri kecuali dengan membotakkan Kelantan melalui pembalakan. Seorang bekas menteri menyatakan Kelantan sebuah kerajaan yang malas apabila menjadikan aktiviti penebangan balak sebagai sumber utama negeri.

Ulamak PAS Kelantan dilihat mengambil jalan pintas untuk mendapatkan sumber hasil negeri, seolah-olah tidak ada sumber lain yang boleh menggantikan balak.

Bukan negeri sahaja yang telah dibotakkan malah kehidupan orang asli telah menjadi mangsa akibat daripada pembalakan yang tidak mengenal erti kemanusiaan. Ini amat mencemarkan kepimpinan ulamak dan malah mencemarkan kerajaan yang mendakwa ia kerajaan Islam.

Ketiga, mengenai perlantikan ulamak PAS sebagai Majlis Perundingan Islam jelas membuktikan kerjasama UMNO-PAS. Bagaimana PAS boleh bertindak menentang UMNO jika sudah menerima jawatan dan makan dedak dengan UMNO? Ini bukan soal AMANAH tak dilantik di dalam MPI seperti yang dituduh oleh Idris. Saya kira AMANAH pun tak tergiur untuk jawatan-jawatan itu. Kerana AMANAH "istiqamah" menetang kezaliman UMNO, bukan seperti PAS yang hanya menjadikan "istiqamah" sebagai slogan retorika sedangkan PASlah yang tidak istiqamah di dalam soal menentang kezaliman UMNO, PAS yang sentiasa UTURN di dalam setiap keputusannya!

Keempat, di dalam kenyataan pemimpin PAS, PAS tidak akan menyertai BERSIH 5.0 yang bertujuan untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Ertinya PAS menyokong tindakan kerajaan UMNO BN yang selama ini telah memanipulasi pilihanraya. PAS cenderung untuk membiarkan kezaliman UMNO BN bertakhta.

InsyaAllah PAS akan berkubur kerana hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Sekalipun PAS menafikan beratus kali kerjasamanya dengan UMNO, namun hakikatnya akan tetap terdedah jua satu masa nanti. Rakyat tidak bodoh seperti yang PAS sangkakan.

Sekalipun katakanlah gabungan UMNO-PAS tidak menjadi kenyataan, namun yang ketara PAS adalah kumpulan orang-orang bodoh dan lemah yang telah menjadi mangsa penipuan UMNO yang telah berjaya menghancurkan Pakatan Rakyat yang dengan Pakatan Rakyatlah selama ini PAS telah berjaya memenangi banyak kerusi di dalam pilihanraya termasuk parlimen Bukit Gantang yang diwakili oleh Idris Ahmad!







FEATURED ADS


33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jgn di layan lebai2 bodoh dlm pas ni..buang masa..

Benbrahem berkata...

Deris Amat ni tidak bijak manapun. Dapat jawatan salah satu naib presidin pun dengan jalan konspirasi kertas "chai" dalam muktamar 2015 dulu. Kalau tak ada pengkhianatan cara begitu jangan harap dapat jawatan itu. Sebab itu dia kena menggunakan "reverse psychology" untuk memurnikan kekotoran Pis.

Tanpa Nama berkata...



Jalan Yg LURUS...Jalan Mem-BERI
Kaseh Mem-BERI...Kaseh Ber BAKTI
Kaseh Mem-BERI...Fitrah Syurgawi..


Liku2 Pem FITNAH...Liku2 MenCURI
Akal Pem FITNAH...Bak Jln Yg 'MATI'
Gelap dan SENDAT...Men Jerat DIRI
Idea Hujah Nya...Bak Kulit Tanpa ISI
Berpusing Ber BELIT...Tanpa DESTINASI


Berpusing Ber BELIT...Tanpa DESTNASI
Dosa Mem FITNAH...Laknat ILAHI
Laknat ILAHI...Akal pun 'Mati'
Akal yg 'Mati'...Menghamun Me MAKI
Akal yg 'Mati'...Dok Fitnah MenCURI
Akal yg 'Mati'...Uturn PONTENG Sombong DIRI
Akal yg 'Mati'...Tunggang Terbalik =MURTAD= Bobrok Keji



Kaseh Mem-BERI...FITRAH Syurgawi
Kaseh dan SAYANG...Segar Me WANGI
Miracle INSPIRATION...Berputik Ber SEMI
Miracle INSPIRATION...Anugerah Nya ILAHI
Miracle INSPIRATION...Frekuansi Ter TINGGI
Miracle INSPIRATION...Mencurah2 REZEKI
Miracle INSPIRATION...Fakta dan BUKTI
Yg Mnjd BEKALAN...Nabi2 dan WALI



Sang FITNAH MenCURI itu...Akal nya Buntu-'MATI'
Bak Benang BASAH...Yg Mustahil Ber DIRI!
Itulah sbejat2 LAKNAT...Drp ILAHI



Yg Kaseh Mem-BERI itu...IDEA Vibrasi Frekuansinya Terlalu TINGGI
Lebih Laju drp Super-JUMBO Jet...Yg Berteknologi Terkini

Krn Kaseh Mem-BERI itu...SeSuci7Sifat MU Yaa RABBI

DAN..


KAU kan Berikan Sgl2nya...Kpd Org yg Bnar7 KAU Kasehi..










Tanpa Nama berkata...

Naib Presiden PAS ni nak juga bercakap daripada tidak bercakap...
Akhirnya begitulah hujahnya, dia yang juga bangkitkan lagi isu PAS sertai MPI, siap senaraikan pemimpin mereka yang sertai MPI dan bagi rasional lagi...Hahaha nampak sangat usaha menghalal cara di sebalik langkah songsang kebanyakan pimpinan PAS sekarang.

Tidaklah pelik dengan penglibatan dan kenyataan sebilangan pimpinan PAS sekarang..."Lebih baik dapat habuan walau sikit daripada duduk dalam perjuangan PAS yang tidak mahu ke mana?" jadi "Pertahankan PAS dan intai2lah ruang dan peuang untuk habuan daripada lawan"...ahli akar umbi ditekankan "Walaklah kamu kepada ulama"...

Tanpa Nama berkata...

Wahai Ustaz Derih, aku salah sorang yang undi hang masa PRU13 dulu. Lepas ni jangan mimpi nak dapat undi aku lagi. Kalau 1 lawan 1 PAS vs BN pun aku takkan undi. Harap AMANAH dapat letak calon di Parlimen Bukit Gantang. Kita ajar sikit Ustaz ni.

Tanpa Nama berkata...

Aduhai...pas pas....
Mengapa begini jadi.

Tanpa Nama berkata...

Kesian siapa yg undi dia dulu,mengharapkn sebagai wakil menentang umno tapi dia mnjadi sebaliknya.tak sedar diri itu lah perkataan yg sesuai utk 'ustaz' ini.istighfar banyak2 'ustaz'..

Tanpa Nama berkata...

Jgn gebang lebih la deris. Balak kat kelantan tu kasi settle dulu la.

Memang kita nak jatuhkan pas. Tak kiralah bagi kat umno atau Amanah. Janji ko dan walaunta tergolek.




Tanpa Nama berkata...

Ohh... bertanding di Kelantan je, terus cakap nak selamatkan UMNO. Macam PAS langsung tidak ada apa-apa kaitan dengan UMNO.

Apa yang Hadi dan Abduh cakap mengenai UMNO tak terpakai di Kelantan, macam tu ke?

Kalau PAS jujur nak lawan UMNO, mengapa tolak satu lawan satu ?

Yang suka lawan tiga penjuru ialah UMNO dan yang membuat UMNO selalu suka ialah PAS. Bagi jawatan PAS tak tolak, terima pun tanpa syarat.

PAS senyap dan langsung tidak mendesak supaya Najib bertanggungjawab sepenuhnya ke atas 1MDB.

Tanpa Nama berkata...

Tak jadi umno, tapi jadi anjing umno yang jinak dan setia... menjelir lidah sehingga menitik air liur sambil menggoyang2 ekor dengan gembira tatkala dihulur baki makanan dari dapur umno. Sekali-sekala menyalak pada tuannya untuk menarik perhatian keberadaannya di sisi tuannya.

Tanpa Nama berkata...


YB Husam, TDM dan Zaid Ibrahim nak gegarkan Kelantan malam ini. Itu yang Pas kalut sangat.

Kalau betul Pas perintah Kelantan dgn baik, amanah dan jaga kebajikan rakyat, tiada apa yg patut dirisaukan. Rakyat Kelantan akan sokong.

Rakyat Kelantan akan tolak kalau pemimpin tak buat kerja. Pemimpin yg hanya boleh jadi imam solat, berceramah dan hafal Qur'an tetapi tidak tahu mentadbir negeri, lebih baik jadi penceramah dan imam di masjid.

Beri pada orang yg lebih tahu.

Rasulullah SAW tidak melantik Abu Dzar Al Ghifari sebagai gabenor walaupun diminta. Baginda tahu sahabat tersebut ada kelemahan walaupun Abu Dzar orang yg bertaqwa.

Tanpa Nama berkata...

Mati lah UMNO secara tidak sengaja dan tiba-tiba, sekira nya begini lah pemimpin PAS se ada nya, AMANAH akan lawan PAS.

Tanpa Nama berkata...

Saya menyampah, meluat dengan Idris ni. Cakap berdegar2 tapi kosong, illek. Nak ulas pun malas.

Tanpa Nama berkata...

Lain aje nada Pas ni.
Dah takut ke?
Ini pasal balaklah tu.
Nak tanya.
Sr dah saman ke belum?
Kalau belum, bila lagi?

Tanpa Nama berkata...

Memang patut pun pas perlu dikalahkan di kelantan sebab perangainya kini tak jauh beza dgn umngok...satu lagi yg aku nampak sebenarnya si idris tu dah mula takut dan gelabah dgn sokongan kepada amanah skrg...apa kau ingat negeri kelantan tu hak milik peribadi pas ker...elok sgtlah biar amanah ambik alih...

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya...saman pasal isu 90 juta tu dah buat ke belum?
Nama parti islam tp bersekongkol dgn penjenayah yg melesap duit negara...kezaliman yg berlaku depan mata tidak ditegah...apa hukumnya wahai para ustaz?

Tanpa Nama berkata...

Anjing, gitu la gamaknye. Terjelir lidah harapkan 'dedak' anjing dapat tulang pun ok jugalah. Sekali2 menyalak harap2 tuan dia bagi jota2 RM.
Kau dapat naib presiden pas pun sebab cai, udah2 la tu.

I-CLIC SOLUTIONS berkata...

Selama ini tidak ada dengar apa pendirian baik peringkat sura ulama,presiden, pemuda dan wanita PAS yang melihat isu 1MDB, rasanya isu yg parah menzalimi rakyat terbanyak dgn dibebani hutang yang yang ditanggung
dan rasuah berleluasa boleh bungkam seribu bahasa, cuma harap tim. presiden TITM shj , mana yg lain di amanahkan rakyat untuk bersuara, harap bersama menentang kezaliman yang sunggoh parah.

Adam berkata...

Tunggu PAS Spring tak lama lagi.

Adam berkata...

I don't think this Idris is a politician.
Pitty him.

Tanpa Nama berkata...

dsh takada idea lain, deris cakap terbalik.. kesian PAS dimainkan orang orang pengkhianat seperti ini.. TQ, Ancient Mariner

Tanpa Nama berkata...

Alahai PAS, malad nak cerita. Dalam PAS ada seluat dalam putih, ada kaki al maunah, ada kayu balak haram, ada tugu banjir, ada filem lucah german, ada chai, ada penasihat umno, ada label melabel, ada kafir mengkafir, ada jirat cina, ada syiah, ada bayak orang tolol.. huh hingga tak terkata. yang paling aku tak suka U Turn, amalan syiah "takiyah" berpura-pura..

Tanpa Nama berkata...

kalau di india,pakistan dan bangladesh, perkataan 'USTAZ' di panggil 'MANGKUK', sebab itu orang2 alim disana tak dipanggil ustaz,mereka dipanggil maulana.Eloklah ustaz2 pas ni digelar 'MANGKUK' Ayun.'apa pun tak boleh buat,hanya..cakap..cakap dan cakap..kerja cukup malas.pak deris ni menang kerana undi cina dap.di bukit gantang.apa hukumnya dapat gaji/elauN tiap2 bulan dapat undi dari KAPIAQ HARBI CINA DAP..

Tanpa Nama berkata...

Tak faham lah .
Orang PAS kata tunjukkan bukti. Nak bukti saman lah masuk mahkamah. Dah yakin tak ada bukti tapi tak saman-saman .. boleh pulak ambil masa berbulan-bulan. Jangan nanti bila paru SR lapurkan semula, dan masa itu tuduh pulak orang lain punya kerja. Sekurang-kurang bagi lah tahu bila peguam nak hantar saman..

Tanpa Nama berkata...

selalu je berneutral, baru2 ni di perak maknanya sokong um....la tu. macm mmna pla kta siapa lawn pas sokong um...selalu kluar tajok macm ni dlm hrakh.macm baling batu sorok tagn.klu dh slalu sngt brneutrl buang masa rkyt je mngundi pas.

Tanpa Nama berkata...

Majlis Perundingan Islam.. Islam PAS dengan Islam UMNO.. Apa yang di runding pasal Islam?

Saja guna 'Islam' pada hal runding pasal lain.. pasal kerusi lah, pasal jawatan lah, pasal nak bantai parti lawan lah, pasal dedak lah ..

Macam itu ke isu balak di selesai ikut perundingan 'Islam'.

Mengatakan BERSIH seperti arab spering sebab ikut perundingan 'Islam'

Ya betul-betul perundingan 'Islam' ialah lawan 3 penjuru.

Mursyidul kata sedia lawan 3 penjuru.. dia lawan 1 penjuru pun kalah...

Buat peringkat sekarang PAS target menang banyak kerusi dengan apa cara pun.. selepas menang mungkin ada peringkat satu lagi jika tak cukup kuat... tapi kalau dah kuat peringkat seterusnya ialah untuk menang semua.. Macam UMNO tu bodoh. Macam MCA tu cina buta...

Peringkat pertama pun PAS dah kena kencing .. macamana UMNO buat pada Mahathir yang banyak berjasa.. PAS apa lah sangat !

Tanpa Nama berkata...

Kita mmg sedia maklum perangai buruk pas.pas x salah.mmg pas dh jadi umno perangai sebijik umno.yg lebih banggang adalah pkr yg masih nk bersama pas.nik aziz dah kata jgn masuk lubang 2 kali.tp pkr nk juga.ikut ati aku next pru pkr pun aku xnak pangkah.baik aku pangkah parti bebas berbanding umno pas pkr...bkn sbb apa cuma sbb protes..protes dgn kebodohan pkr...aku xnampak kepimpinan dlm pkr dh.byk kepimpinan bersinar dlm Amanah dan Dap.pkr juga lembab dlm membuat keputusan.
Aku rasa elok ketua pembangkang ditukarkan pd org lain.WAWi ikut telunjuk Azmin...Azmin plak ikut perangai pas/khalid ibrahim dlu.
Patutla dulu pkr xcadangkan nama Azmin Sbg MB.sbb kes ni lah.sama mcm dulu.PKR dah umpama perosak dlm PH.bertindaklah segera.Jgn kecewakan pengundi,Jaga hati rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Mari adik kakok rakyat kelate kito pakat tumbangkan PaSBN Pakatan Sulit Bersama Najib... ($$$$$ Pakatan sulit hj hadi dn najib$$$$)

Tanpa Nama berkata...

Aku fikirkan bekas ustaz yang mnegajar aku ni cerdik sikit dari hj Hadi rupanya boodh lebih.mengapalah ulamak Pas jadi begini.keliru aku dibuatnya.biar langtak hang lah deris oi.bodoh dh sampai ke kaki.

Tanpa Nama berkata...

Apa yg dirisaukan jk pas nak menang negeri mana pun. Paling kuat boleh bertahan pun cuma satu penggal(terutama dgn pimpinan yg ada skrg). Kelantan boleh bertahan lama krn ketokohan dan peribadi TGNA

Tanpa Nama berkata...

Perancangan sihadi sipemalas tolol,meletakkan calon2 lobai kat kerusi selamat dan letakkan calon2 profesional di kerusi2 panas supaya kalah pru yg lalu...idris tak layak jadi mp bukit gantang, dia menang pun atas pengaruh nizar...setahun dua ni tak pernah langsung dgr pemimpin2 pas bangkitkan sebarang isu masalah rakyat
Yg keluar dari mulut mereka hanya maki hamun dan isu2 mengeji dap dan amanah..inikah jenis wakil rakyat ug makan elaun haram???

Tanpa Nama berkata...

cer pk... mana yg lebih afdal dijatuhkan. org jahil yg penyangak VS org so call bijak agama(ustaz) tapi penyanyak. kalau aku. aku akan jatuhkan ustaz penyangak. sebab mereka2 ini lebih bahaya dari org jahil penyangak. org jahil penyangak tidak menggunakan sentimen agama.hanya guna sentimen bangsa saja. tapi ustaz2 penyangak ini menggunakan sentimen agama dan memulas tenguk2 nas2 dan hadis demi survival politik mereka. lepas itu import budaya takfiri, ajaran syiah, ajaran tarekat yg ntah apa2 ntah segala semua mcm jenis yg kononnya Islam dirojakkan jadi satu fahaman yg didokrin ke atas ahli2.

jadi mereka berbaik dgn umno kini bukan nak tarbiah umno yg jahil. sebab mereka pun bukan arif benar dgn agama. hanya pelakon2 yg memegang watak2 tok alim je. yg mereka inginkan adalah habuan dunia saja. umno yg jahil, tahu pemimpin pas kebulur harta dunia. dah lama hidup susah dan tak tahan dah nak hidup susah. sebab masa almarhum tok guru Nik Aziz ada. mereka semua kena tiru cara zuhud tok guru. kini tok guru dah takde. mereka semua bak harimau yg terlepas dari kandang. seperti org yg berpuasa yg nak berbuka. habis semua dia nak bantai. sebab tu di selangor, mereka tak sanggup nak lepaskan jawatan exco. sebab duit la. gajinya, peruntukannya, jawatan jkk la, penghulu la, imam & bilal, ahli majlis, penasihat. mcm2 jawatan la. di kelantan, kalau boleh habis semua balak dia nak tebang. tak pk dah pasal ekosistem ke, air keruh ke, org asli terjejas ke. banjir kilat ke. yg mereka tahu. habuan duit dan komisen dan duit tu utk perbelanjaan kerajaan. kerajaan pun belanja tak berhemah. terdesak cari umno juga. kini lebuhraya harap umno, air kelantan harap umno. pastu boleh cakap nak lawan umno. nampak benar bohongnya.

sekarang ini org nak menyelamatkan legasi tok guru nik aziz. dari bagi kat lebai malang, baik lagi berpakat dgn puak2 umno yg masih ada jati diri melayu(bkn yg kaki pengampu PM), juga berpakat dgn bersatu, pkr dan dap utk menubuhkan kerajaan campuran yg baru yg boleh menyelamatkan kerajaan negeri kelantan dari terlepas ke mulut buaya atau ke mulut naga. yg tinggal dlm pas kini semuanya pemimpin2 yg tak cerdik. patutlah dulu langsung tak mendapat tempat di hati rakyat. mereka hanya berjaya dgn undi chai. itu pun setelah dokrin2 yg hebat dilakukan beberapa tahun sebelum proses pemilihan. pas wajib ditinggalkan. pas sudah boleh tukar jadi NGO setaraf PPIM je. PPIM pun dah tak sesuci dulu. oklah tu sama padan. dua2 persatuan penungggang agama.

Unknown berkata...

Sama mcm abg dia..apa nama ntah yg ceramah kt pdg serai hari tu..