8 Ogo 2016

[PANAS] Pemimpin PAS Didakwa Terima RM90 Juta... -updated

Di dalam satu pendedahan yang mengejutkan pimpinan tertinggi Parti Islam SeMalaysia (PAS) dilaporkan telah menerima wang sejumlah RM90 juta beberapa bulan lalu dari Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak di dalam usahanya untuk memisahkan PAS dari pakatan pembangkang.

Untuk lebih melunakkan PAS, Najib sanggup untuk berjuang bagi menunjukkan bahawa beliau "lebih suci dari mereka" (more holy than thou) pada setiap agenda keagamaan PAS, dengan mengocakkan fahaman extremism di Malaysia disamping meremehkan institusi dan undang-undang, tanpa memperdulikan ianya boleh mengakibatkan kucar-kacir, pecah-belah malah membahayakan negara dan partinya sendiri.


Beliau (Najib) perasan yang dia bijak. Jika seseorang itu tidak mempunyai karisma untuk menarik pengikutnya, beliau akan beli mereka, apa saja yang diperlukan, tambah laporan tersebut.

Sasaran Najib seterusnya ialah menyerang pusat kekuatan politik pembangkang, iaitu parti DAP, yang selama ini mendapat sokong kuat rakyat kerana reputasi dan integritinya. Perdana Menteri itu telah melaksanakan teknik yang disenanginya iaitu melalui tindakan undang-undang, menyalahgunakan kuasanya untuk menuduh dan pemimpin DAP dengan tuduhan jenayah yang beliau sendiri sebenarnya terpalit dengannya iaitu, korupsi.

Malaysia kini berhadapan dengan penyaksian terhadap pemimpinnya yang paling korup di dalam dunia, didakwa telah mencuri berbilion ringgit, tetapi mengejar seorang pemimpin sebuah negeri di datas tuduhan yang remeh dan lemah kerana dikatakan membeli sebuah banglo dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran.

Mengharapkan Guan Eng dipenjarakan bersama-sama Anwar, PAS yang telah dibayar, semua para pengkritiknya dipecat dan ditukar dan kuasa penggisytiharan darurat di dalam tangannya, Najib kini merasakan beliau boleh menang pilihanraya umum sekali lagi. (Petikan Sarawak report / Terjemahan bebas:Greenboc)

ULASAN GB

Setakat ini PAS belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan samada mengiyakan atau menafikannya.

Benar atau tidak PAS perlu jawab. Jika tidak benar PAS perlu menyaman Sarawak Report.

Sebelum ini Pengerusi Lajnah Penafian Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pernah membuat ancaman yang serupa ke atas akhbar Berita Harian mengenai "Hadi beri amaran jangan sokong undi tidak percaya" bertarikh 31 Julai 2015.


Shamsuri dilaporkan menegeluarkan kenyataan berikut:
Kami mendesak pihak Berita Harian meminta maaf dan membuat pembetulan dalam masa 24 jam.
Sekiranya pihak Berita Harian enggan berbuat demikian, pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya. - Harakahdaily 31/7/2015

Berita Harian lansung tidak melayan penafian oleh Shamsuri tersebut, dan tidak ada pun tindakan susulan dari Lajnah Penapian PAS selepas itu.

Hanya gempaq lebih untuk ambil tindakan tetapi ternyata ia hanya sandiwara PAS.

Kita tengok juga kes terbaharu ini. Apakah PAS sedia mengambil tindakan ke atas Sarawak Report? Atau ia perulangan sandiwara yang sama seperti di atas?


TERKINI

Dakwa terima RM90 juta dari Najib, PAS nak saman S'wak Report

PAS hari ini mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web Sarawak Report kerana mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS menegaskan berita tersebut adalah palsu dan berniat jahat, selain agenda untuk terus mengaitkannya dengan Umno.

"Sarawak Report berbohong kononnya pimpinan tertinggi PAS menerima RM9O juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini selain hendak menggaitkan PAS dengan Umno.

"Apapun, PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan tersebut yang mempunyai niat jahat dan mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan PAS," katanya pada kenyataan media.

Tambahnya, tindakan laman web itu menjejaskan dengan teruk kepercayaan orang ramai kepada semua laporan mereka selama ini.

Sabtu lalu, Sarawak Report menerbitkan artikel yang mendakwa Najib merayu PAS agar menjauhi gabungan pembangkang dengan sebanyak RM90 juta dialirkan kepada pemimpin tertinggi parti itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
-mk


Seperti yang GB ulas di atas, kita berharap kali ini PAS betul-betul saman Sarawak Report. Jangan main acah-acah aje macam kes nak sama Berita Harian dulu.

Dan nak kabor kat Deris Ahmad...RM90 juta beb, bukan kes curi telur!




FEATURED ADS


40 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

TITM cepat2 nafikan..Parti atau Orang perseorangan yg terima duet. Kalo da kantoi nnti bole bagi alasan mcm najib terima duet derma peribadi kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Kawan aq kata...pasti pas akan tunggu hr rabu akan dtg nk saman..... tp aq tk yak in....jk mereka ada terima pasti tiada saman.....jk mereka jujur....pasti akan dptkan matlumat yg sahih dr serawak report.

Tanpa Nama berkata...

Dasar setan..lebai2 ni sanggup jual agama..bersekongkol dgn penjenayah dunia..

Tanpa Nama berkata...

Sudah jadi adat tuduhan akan dinafikan dengan cop fitnah..tuduhan SR keatas najib yg dikatakan najib fitnah telah menunjukan cerita SR bukan fitnah malah lebih besar dari apa yg dilaporkan oleh SR setelah siasatan FBI yg diumumkan oleh dOJ..Najib menafikan tetapi dah lebih 50 kali selasa dia tidak berani saman..Pas mungkin juga akan tunjuk berani pada mulanye untuk saman tetapi akan senyap juga akhirnye..tetapi jika Pas saman Sr keadaan ini akan memalukan Najib yg di cop PENAKuT..

Tanpa Nama berkata...

Kalau Najib tunggu hari selasa, munkin Pas tunggu hari jumaat. Ini kerana kiamat di jangka berlaku pada hari jumaat.

Tanpa Nama berkata...

'FBI'malaysia siasat transaksi akaun bank hadi,harun din,lain2 pimpinan pas dan akaun bank pas..mudah jer..

Unknown berkata...

Aku kesian....TITM ni kena tipu hidup2 dengan Hadi Awang aje. Beriya2 TITM nak saman bagai....alih2 nanti...Sarawak Report keluarkan bukti..ternanga mulut TITM.

Kalau betul lah...90 Juta tu...pemerimanya mesti sorang, dua aje yang dapat.Ahli2 lain..dapat asap dan debu .

Abdul Aziz CZA berkata...

Kalau Nik Aziz masih hidup, kepala Hadi Awang dan bahkan kepala anak dia, Nik Abduh, sudah disekeh oleh Nik Aziz.

Tanpa Nama berkata...

Sekadar peringatan untuk mereka-mereka yang berkenaan, bangkai kalau sebesar gunung tiada apa yang dapat menutupnya. Orang kampung semua dah tahu cuma penyokong PAS saja yang tertinggal bas.

Tanpa Nama berkata...

Patutla pas beria2 backup najib dan beria2 hentam dap....semua kerana wang....

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Suatu ketika dahulu, apabila Sarawak Report melaporkan mengenai pengelewengan dalam urus niaga 1MDB, maka ramailah balaci-balaci dan apek-apek lempang Umno yang melatah mempertahankan presiden mereka. Berbagai tuduhan dan cercaan mereka lemparkan kepada Sarawak Report, bahkan Presiden Umno sendiri berjanji untuk menyaman portal tersebut. Sehingga kini tiada saman dikemukakan, dan pencacai-pencacai Umno makin mamau dan hilang punca. Dari masa kesemasa, laporan Sarawak Report itu menghampiri kebenaran apabila kerajaan Barack Obama mengemukakan saman sivil terhadap individu-individu yang terlibat menyelewengkan dana 1MDB.

Hari ini Sarawak Report melaporkan pimpinan tertinggi Pas menerima RM90j dari Najib Tun Razak bertujuan untuk memisahkan Pas dari pakatan parti-parti pembangkang. Netizen tidak terperanjat dengan laporan itu, memandangkan tindak-tanduk Hadi Awang kebelakangan ini seakan-akan sudah bersengkokol dengan Umno. Hari ini juga, kumpulan-kumpulan walaqun Pas mula membela membabi buta presiden mereka. Mereka menyatakan presiden mereka adalah ulama dunia dan maksum. Kita mengharapkan walaqun-walaqun Pas bersikap terbuka, pandang dan lihat terlebih dahulu. Jika Sarawak Report membuat fitnah, maka terselamatlah Pas. Jika laporan berita itu benar, maka satu lagi malapetaka akan menggegar Malaysia.

air gunung berkata...

Bagi aku senang..
Tak yah pong pang pong pang.
Saman jer...
Nak takut per.
Bkn ke PAS parti yg utuh serta punyai rekod baik dlm pentadbiran 3 negeri sblm neh.tgganu,kedah,kelantan tanpa rasuah..
So.....tak yah ckp bnyk daaa.
Saman laaaaaa...
Nanti nama PAS mendacing tanpa senget..
Nak tulis meroket sbnarnya..
Tp nanti Al Walaauun marah ape sajer yg berbau roket...kena harbi x psl2...
Amacam walaauun...desak giler khinzir pemimpin kamu wajib saman bilyun2.dpt duit nanti boleh guna masa PRU.tak yah tin milo lagi

Tanpa Nama berkata...

Kah..kah..kah... MUSANG BERJANGGUT versi baru.

Tanpa Nama berkata...

Selalunya usul TITM akan diU-turnkan.

Nampaknya usul saman Sarawak Report juga takkan ke mana, akan diU-turn juga.

Tanpa Nama berkata...

Kena ada empat saksi
Tapi pemimpin PAS bukan malaikat

Unknown berkata...

Salam



Dah lama dah saya dengar berita ini,berkenaan pemberian hadiah rumah teres dan Apartment/kondo di pantai baru/bangsar pada Harun din dari Najib.Ianya diceritakan sendiri oleh si pemberi kunci pada tuan empunyanya.Begitu juga pemberian perojek2 pada harun din.Saya tak ambil pot pun.Takut membawa fitnah pula.Tapi bila melihat keadaan kemewahan saorang ulamak,adalah mustahil dgn menadapat pencen kerajaan,sedikit elaun ulamak dan upah bacaan air jampi dapat menikmati kemewahan yg begitu rupa.

walah'ualam.

Tanpa Nama berkata...

Selalunya bila SR tulis, buktinya dah ada di tangan. Bukan cakap cakap kosong je. Jadi kita tunggu lah hari apa Hj Hadi pilih untuk saman. Dah la kuat ponteng.

Anti Fitnah berkata...

Kalaulah benar berita ini, maka genaplah Zaman Kegelapan bagi rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam.
Ketika kita asyik dok menyalahkan DAP, orang kafir, ... Rupa-rupanya yang jahat tu orang kita sendiri. Depa bertindak dan bercakap seolah-olah depa tu ahli syurga. Lain daripada jemaah depa, maka jatuhlah hukum dan fatwa sesuka hati.
Udang di sebalik Batu (Mi Goreng). Sedap dimakan walaupun mulut penuh dengan kicap dan sos tanpa disedari orang yang memakannya malahan dituduh pulak orang lain curi makan minya.
Haramjadah. Haramjadah. Haramjadah. Kata Tok Jin.
Satu Malaysia dah diHARAMJADAHkan oleh Tok Jib.

Tanpa Nama berkata...

Aku lebih percaya berita kafir harbi SR dpd melayu2 malaysia yg kononnya islam dan maksum..

Tanpa Nama berkata...

Memang hampeh Hadi Awang and The Group

Malaysiabaru berkata...

Bukankah selama ini kami telah myatakan

Org pertama terima dedak adalah

1. Din ayamg
2. Tontontvi germany
3. Abudoh
4. At takiri
5. Zuhdi zionis
6. Nk memyamar (kertas kerja hudhud)
7. Mat deris
8. Bini yaHaDI
9. YaHaDi
10. Haraaaaam DjIN

Tanpa Nama berkata...

Korang kutuk2 ulamak ulamak Pis ni eh silap Pas ni, korang dh ada tiket masuk syurga lum? Deme tu dh ada tiket ke syurga, sbb tu buat apa pn tak salah, janji masyukkk... Dh2 bwk2 laaa kome sumer bertobat ye, kok tersampuk dek jin nnt, boleh gak laaa pangge ayun jin tolong jampi2 sket, kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

Walaupun betul PAS ambik RM90 juta .. mereka tetap masuk syurga kerana ahli mereka ada nombor ahli syurga.

Pulangkan lah duit yang lebih kalau masih ada pada si penderma. Ini membukti kan PAS tak gila kemewahan dunia.

Patut lah Hj Hadi ponteng DUN Terengganu hari ini.. tidak hadir berbayar rupanya ..

Ketahuilah oleh mu wahai orang PAS.. duit tersebut diragui dari duit kutipan zakat dan yapiem.. lagi mau ada hati masuk syurga !

Tanpa Nama berkata...


Betul ke RM90 juta sahaja atau lebih.. alang-alang ambik mintak lah RM 100 juta. Siapa yang dapat komisyen nie?

Kuat lagi lah PAS kata campurtangan asing. UMNO kata Amerika nak bunuh melayu, PAS boleh lah kata Amerika nak bunuh orang Islam. Kan?

RM90 juta.. pakai sedondon, pakai baju bertanjak, berkeras dan potong pulut guna keris panjang .. Ok lah berbaloi.. dunia dapat syurga pun dapat..

Tanpa Nama berkata...

Jika kamu PAS tidak saman dalam masa terdekat memang sah kamu juga adalah pemakan dedak.

Tanpa Nama berkata...

What else to say?

Ulama pas menang suci mulia

Tanpa Nama berkata...

KALAU TAK ADA ANGIN, POKOK TIDAK KAN BERGONCANG..TANYA SAMA POKOK APA SEBAB GOYANG...

Tanpa Nama berkata...


raayat dah tahu, bila SR buat kenyataan itu benar, contoh di depan mata dulu kata mengarut bila di bukti kan dengan bukti kukuh Najib pun takut nak saman ini kan pula PAS, entah lah ...... berani kot. berita harian pun takut nak saman ini kan Pula SR.

Tanpa Nama berkata...

Ulamak berlilit serban terima duit rompakan 1mdb?..hadi dan ulamak pas akan bacakan ayat yg halalkan mereka terima sedokah dari hj Najib..TITM pun dah bacakan ayat tak boleh dengar fitnah..adakah islam mengajar supaya nafikan dulu seblm siasat?

Tanpa Nama berkata...

SR pakai2 tuduh jEe..mana 4 saksi?

Tanpa Nama berkata...

Hoi hadi n the gang..sanggup kau jual agama utk kemewahan dunia..bersekongkol menyamun duit rakyat..aku x tahu setan apa yg telah merasuk kau dgn geng2 kau..dasar ulamak setannnnn

mansor berkata...

PAS. parti Islam...biar betol.
yg real islamic wrappers..

Tanpa Nama berkata...

Nak tahu juga apa kata tuang presideng. Rasanya dia takkan mengaku tu.

Tanpa Nama berkata...

Firman Allah SWT.:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Yang maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” [Al-Hujuraat: 6].

Tanpa Nama berkata...

Bila difikirkan balik, patutlah pemimpin-pemimpin PAS beria-ria mengatakan "nak bertanding semua kerusi parlimen dan negeri dalam PRU nanti". Aku tertanya-tanya juga dimana mereka nak dapatkan duit untuk bayar semua pencalonan di PRU nanti.
Jika benarlah berta ini yang mereka telah dapat RM90juta daripada Najib seperti yang dinyatakan, memang logiklah mereka mampu untuk buat itu semua dan dengan sendirinya mereka telah mengesahkan mereka ini akan jadi PAK TURUT Najib dan boleh dianggap sebagai ULAMA'Su'.

Tanpa Nama berkata...

Sedikit pun tak terkejut sbb memang benda senang di agak...memang dah tahu pemimpin2 pas pun sama mcm umno sama2 perasuah besar..terutamanya presideng dan org2 sekelilingnya...mereka hanya pandai berlakon bertooeng serban dan jubah serta sedikit ayat2 Quran menjaja agama siang malam, inilah jenis2 pemimpin munafik spt yg disabdakan oleh nabi.

Tanpa Nama berkata...

Kalau ikut hukum islam, presideng sepatutnya sudah dipancung jika berada dizaman nabi

Tanpa Nama berkata...

nk tunggu hadi u turn kenyataan titm

huhihihi

serba salah hadi. klu hadi sokong titm pecah rekod hadi yg asik bangkang titm

klu hadi bantah bermakna hadi sokong SR

najib tgh pikir nk pujuk sapa pemimpin pas yg sanggup berkorban utk membela khalifah negara islam malaysia dgn mengaku jadi mo1.... pasti lumayan dedaknya

najib ingatkn pemimpin pas... i help u help me n your mama (big mama)

Tanpa Nama berkata...

pas ada bran ker nk saman SR...??

kalu dulu kucing peliharaan
Bn pn x brani nk samam.., ini kan pula big cat..
nnt. habis dibogelkan pas olh SR....

Pencolekhangek berkata...

Betullah kata Tun M. Pas parti sampah. Dan sampah perlu dilupuskan setelah beberapa bahagian boleh diambil untuk kitaran.