4 Jun 2016

Rafizi: Kenapa Saya Sokong AMANAH...

Kuala Kangsar kami datang oleh RAFIZI RAMLI

Jumpa malam ini di Kuala Kangsar. Saya, Saifuddin Abdullah, Dr Mohd Hatta Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Akmal Nasir adalah alumni Koleh Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Kuala Kangsar adalah kampung kedua. Seronok sakan nak jumpa orang Kuale.

Ada yang serang saya kerana sebut nama Allahyaram Datuk Fadzil Noor; kononnya mahu menipu rakyat. Maksud saya itu jelas dan ditujukan khusus kepada ahli PKR dan reformis kerana Allahyarham ada tempat istimewa dalam hati kami.


Semasa Anwar Ibrahim dipecat dan dizalimi dalam tahun 1998 dahulu; sebahagian besar ahli Pas dan penyokong Pas tidak suka kepada beliau. Tidak sukar difahami kerana beliau Timbalan Presiden Umno yang banyak bertarung di medan politik dengan Pas.

Pemecatan beliau mencetuskan gelombang reformasi. Ramai rakyat biasa yang tidak pernah ambil tahu mengenai politik turun ke jalan raya menuntut keadilan dan ketelusan. Saya salah seorang aktivis yang dilahirkan gelombang reformasi itu.

Sudah tentu cara yang paling menguntungkan pada ketika itu kepada Pas ialah memastikan rakyat yang secara tiba-tiba menentang Umno ini semuanya masuk Pas.

Ini boleh dicapai dengan memastikan reformis dan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kalangan bekas Umno tidak membuat parti baru. Secara logiknya lebih mudah masuk sahaja Pas dan ia situasi menang-menang kepada Pas dan reformis.

Saya dimaklumkan bahawa itu juga pendapat yang dominan di kalangan penggerak dan pemimpin reformasi ketika itu.

Namun Allahyarham Fadzil Noor pandangannya berlainan. Saya diceritakan bagaimana beliau berpandangan jauh ke hadapan - hujah Allahyarham begini:

Jika kemarahan dan kebangkitan rakyat ketika itu dicedok oleh Pas semata-mata, bagaimana dengan mereka yang marah tetapi tidak selesa dengan Pas?

Ada orang Cina, India, Melayu, professional, liberal dan pelbagai rencam lagi yang sebelum ini tidak berminat politik tetapi menjadi aktivis. Jika mereka serasi dengan Pas, sudah tentuk mereka menyertai Pas dari awal.

Maka demi kelangsungan sebuah gerakan rakyat anti Barisan Nasional yang lebih luas dan terangkum, Allahyarham Fadzil Noor antara yang paling kuat menyokong penubuhan Keadilan walaupun ia nampak merugikan Pas pada ketika itu.

Bukan sahaja menyokong, Allahyarham memberi laluan kepada PKR yang baru berumur 6 bulan bertanding di 59 kerusi parlimen dalam pilihanraya 1999; setara dengan kerusi ditandingi Pas (63 kerusi) dan DAP (46 kerusi).
Pilihanraya Umum 1999 menyaksikan prestasi terbaik Pas dalam sejarah Malaysia - menang kerusi terbanyak 27 kerusi parlimen, Allahyarham menjadi Ketua Pembangkang dari Pas yang pertama dan Pas menjadi kerajaan negeri Terengganu.

Pada masa yang sama, gelombang reformasi terus subur apabila PKR menang lima kerusi parlimen untuk membuka ruang kepada politik pelbagai kaum yang kini ditunjangi PKR. 10 tahun selepas itu, sahabat baik beliau Anwar membina kejayaan itu dan menafikan kemenangan dua pertiga Barisan Nasional dalam PRU12 2008.

Oleh kerana BN tiada lagi kuasa dua pertiga itu, maka kerusi-kerusi baru tidak boleh diwujudkan yang menyebabkan Barisan Nasional terus lemah sehingga hari ini.

Itu kebijaksanaan Allahyarham beliau nampak kemenangan di masa hadapan bukan kemenangan singkat di depan. Beliau tahu keterbatasan sesuatu parti dan tidak cuba menunggang gelombang reformasi sebaliknya memberi ruang kepada PKR bertapak. Beliau tidak lupa persahabatan dan setiakawan dengan Anwar walaupun mereka di dalam parti berbeza.

Ramai dari kalangan pimpinan Amanah sekarang adalah anak didik Allahyarham kerana Allahyarham bertungkus lumus membawa masuk dan mendidik golongan profesional agar berjuang melalui Pas.

Dalam tahun 2000, saya berpeluang mengaturkan rombongan pembangkang Malaysia diketuai oleh Allahyaram, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kedua-duanya Ahli Parlimen) dan Dr Hatta Ramli (ketika itu Setiausaha kepada Allahyarham) berjumpa dengan Ahli Parlimen dan menteri kerajaan British.

Saya menyokong Amanah dari awal. Saya tidak pernah menyembunyikan rasa terhutang budi saya kepada Allahyarham bagi pihak PKR dan secara peribadi. Saya ingat jasa-jasa sahabat dan setiakawan mereka mempertahankan PKR semasa mereka di dalam Pas dahulu.

Saya juga menyokong Amanah kerana saya percaya masyarakat memerlukan persaingan sihat dalam pembawaan dakwah Islam melalui jalan politik kepada masyarakat Malaysia yang pelbagai rencam. Saya tidak melihat Amanah sebagai musuh PAS atau sebaliknya - saya melihat Amanah dan Pas saling bersaing dan satu ketika nanti saling melengkapi.

Maka saya tidaklah berniat untuk menyalahgunakan nama Allahyarham untuk meraih undi. Saya sayang kepada beliau seperti mana saya sayang kepada Anwar kerana saya tahu sumbangan Allahyarham kepada PKR dan pakatan pembangkang yang ada.

Saya hanya berharap sahabat-sahabat saya yang lain di dalam PKR tidak melupakan jasa dan setiakawan Allahyarham Fadzil Noor, lalu saya menyeru mereka untuk turun membantu calon Amanah kerana kedudukan Amanah itu mengingatkan saya kepada kedudukan PKR semasa kami mula-mula wujud dahulu.






20 ulasan:

Unknown berkata...

Salam:

Syabas saudara Rafizi, "orang berbudi kita berbahasa,orang memberi kita merasa",kacang tidak melupakan kulit,tahu asal usul kita.Beginilah sahabat,kawan yg setia,tiada bermusuhan,saling bantu membantu,hari ini mungkin hari kita,berkemungkinan hari esok,hari orang lain.

Insyallah jika prinsip ini dikekalkan,persahabatan didalam parti component PH,PERCAYALAH JIKA DIIZINKAN TUHAN, segala gerak-kerja yg dilakukan bersama akan beroleh KEBERKATAN dan KEJAYAAN.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Hampir semua kata-kata Rafizi saya setuju melainkan 'saya melihat Amanah dan Pas saling bersaing dan satu ketika nanti saling melengkapi.'

PAS telah jauh undur ke belakang kerana sibuk mencari sarung keris panjangnya.

Jangan biarkan pemimpin sekarang buat ikut suka hati.

Kalau dah semua pakai tengkolok dan berkeris dan mempertahankannya tidak ada apa yang boleh diharapkan.

Apakah dengan berbuat begitu PAS menjadi setanding dengan kehebatan parti lain? Apa yang PAS dapat dengan pakai tengkolok dan berkeris panjang ?

Unknown berkata...

Saya setuju pendapat rafizi melihat sesuatu yg sihat dan saling hormat menghormati secara prinsipnya,tapi apa yg sedihnya kedua2 parti ini pd dasarnya membawa slogan islam tlh hilang norma2 murni dlm islam,saling tuduh menuduh maki memaki sesama sendiri baik pemimpin dan pengikutnya dan tidak mencerminkan langsung sebagai orang islam.
Harap kedatangan ramadhan ini dpt melihat mrk ini dpt mengembalikan apa yg islam kehendaki.Wallahualam.

Unknown berkata...

"Budaya politik matang & sederhana"
-slogan pasca muktamar 61
GANTIKAN
"Pas for all"
-kebangkitan ra'yat 2008-2013
"Membangun bersama islam"
-awal dekad 1990's

Kt mana matang dan sederhana tu?
Adakah dengan usaha menasihati kerajaan bn, mendokong 'kebaikan' kerajaan bn, memerangi nonmuslim yg tidak sokong hudud, golongan pro pakatan/amanah

Tanpa Nama berkata...

Kita dikurniakan dua mata dan dua telinga.

PAS Hj Hadi tidak sama dengan PAS Fadzil Noor dan PAS TGNA.

PAS Hj Hadi sudah jadi UMNO.

Bukan sahaja di sebabkan bergaya dengan pakaian panglima nya tetapi tindakan PAS yang ingin memutuskan hubungan dengan PKR. Sedangkan Fadzil Noor menyokong penubuhan PKR atas sebab yang dikatakan oleh Rafizi.

Alasan PAS Hj Hadi ialah kerana di pergunakan oleh PKR. Susah sangat kah bagi Hj Hadi menyelesaikan isu di pergunakan ini iaitu mengenai jentera parti? Alasan yang tidak masuk akal kerana ada cara lain supaya jentera parti tidak dipergunakan oleh PKR bukan memutuskan hubungan dengan PKR.

Lebih baik Hj Hadi merungut pasal PKR tidak sokong hudud.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya parti dah matang. Dah 61 tahun ... mustahil dah 61 tahun tak matang lagi. kalau sekarang baru nak matang kena tunggu lagi 10 tahun belum tentu matangnya. Nak jadi matang kena tempuh macam-macam ujian.

Jadi setelah beberapa pemimpin progresif tinggalkan PAS, PAS seperti parti baru Malah boleh di ambil kira PKR lebih matang dari PAS.

Nak berkerjasama dan bersongkol tak payah nak guna alasan matang dan sederhana. Ini telah menghina Almarhum TGNA.

Tanpa Nama berkata...

Dol, kita kene ingat, orang yg pakai serban ni, ada satu penyakit. Hanya di Malaysia saja.

Penyakitnya payah dengar cakap dan kata orang lain. Ramainya dgn telah lama memakai serban, mereka berasa mereka cukup bagus dan makin keras kepala batu mereka.

Lihatlah sendiri Haji Hadi, Nik Abduh, Tuan Ibrahim, Tontowi dll.. hanya depa saja betoi bila berucap. Penyakit serban ini payah diubati. Sbb merasakan mereka saja betul dlm berhujah. Di kampung2 juga begini. Sudah menjadi fitnah pula dgn memakai serban berperangai begini.

Bagi yg memakai serban dan menjaga adab2 berserban serta mahu berkompromidgn masyarakat, tahniah jika masih lagi mahu bertolak ansur dgn orang lain. Tak mampukah lagi pemimpin2 PAS mencontohi TGNA, sedangkan mereka mengklaim merekalah cuma yg layak menggunakan dan menjaja nama TGNA?

Tanpa Nama berkata...

Percayalah semua bahawa PAS di bawah Hj Hadi akan terus mundur ke belakang dan akhir nya akan bergabung dgn UMNO.

Kalau bukan kerana bantuan rakan2 Semangat 46, PKR Dan DAP jangan haraplah PAS akan maju.

Sebenarnya peningkatan dan kemajuan yg dinikmati PASvadalah kerana aktivis2 yg telah bergabung dgn PAS . Harapkan ahli PAS cakap saja besar, tengok saja Lah Hj.Hadi dlm Parlimen jarang2 hadir.

Unknown berkata...

Pas era Hadi berbaik dgn Umno bukan nak ramai kawan.....tapi mengharap habuan penasihat bertaraf menteri. Dedak najib nampak manis dan lazat.

Tanpa Nama berkata...

Pas dan umno dah jadi satu geng skrg walaupun duduk dlm kapal masing2..
So, marilah kita sokong Amanah...ingat, islam tu bukan hak milik peribadi pascai..

Tanpa Nama berkata...

Nak gi turun dengar ceramah pun tak stim langsung bila dengar penceramahnya adalah Nik Amar, Idris Ahmad, tontontv1, nik abudoh dll...

Tanpa Nama berkata...

Jelas dan nyata.
Hadi pelingkup Pas.
Hadi penjahanam Pas.
Hadi penghancur Pas.
Hadi Pemusnah Pas.
Hadi pengkhianat Pas.
Hadi pencacai Pas.
Hadi penyanyuk Pas.
Selepas Pru14 NO MORE PAS.
Allah sudah murka.
Pas akan ditimpa bala.

pemuda parit kings berkata...

Tumbang menunggu masa...PAS tak akan sedar...PAS skrg sukar dipulihkan...baik apa pun cadangan yg bernas menembus masa,..kalah yg besar pasti menanti...sebelum pergi meninggalkan dunia politik...sebelum hancur menyujud bumi....harap ahli dan pemimpin PAS yg punyai akal...tinggalkanlah PAS bukan Kerna utk dunia saudara...tetapi demi rakyat teramat terasa deritanya....bahang peritnya mentari itulah nikmatnya...bukan hanya tunggu habuan didunia...namun tenaga bersama harus dikerah mengharap mentari yg menyinar...

Tanpa Nama berkata...

Itu alasan Rafizi mengapa dia sokong AMANAH. Ini pula jawapan saya mengapa saya menyokong AMANAH.

Sebab Hj Hadi sudah merapu dan tidak berfikir dengan betul. Hari ini dia buat kenyataan pulak beri amaran pada DAP jangan masuk campur hal agama Islam. Hudud hanya di kenakan pada orang Islam.

Dalam DAP ada ahli nya yang beragama Islam dan ada yang bekas ahli PAS. Ada yang India dan ada yang melayu.

Sudah lah Hadi, kalau tak boleh bercakap pasal hudud, masa bentangkan hudud usul kan ahli parlimen yang bukan beragama Islam tinggalkan dewan.

Ini adalah jawapan saya untuk hari ini......

Tanpa Nama berkata...

Pakai serban, naik proton wira, bual pakai hand phone, ikut lorong tengah kat highway, kelajuan 60 km/jam.....

Pukimak punya orang! Ingat jalan bapak dia ke?

Tanpa Nama berkata...

Nak tangguh ruu pun kena baca text...selalunya bila ilmu tahap tinggi dan taraf tok guru tak perlu tengok kertas, boleh bercakap dan berbahas secara spontan...tapi????...

Tanpa Nama berkata...

walaupun saya ahli PKR tapi saya juga menyokong amanah seperti mana Rafizi nyatakan. Cuma part PAS dan Amanah saling melengkapi sahaja yang saya tidak sependapat dengannya. Insha Allah Amanah akan menjadi tunjang politik di Malaysia bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan.

Tanpa Nama berkata...

Pas bukan amalkan budaya politik matang tp budaya natang...eh siap berkeris pulak sama ngan parti keris..elok sgtla pas dan umno satu geng sbb kedua2 nya dibenci msykt dan akhirnya tenggelam bersama2

Unknown berkata...

Orang yg proclaims dia tok guru ini susah betul nak berkira. Pada saya taraf mereka tak lebih dari lebai kampung yg cuba berlagak pandai.Mereka ini sesuai hidup di Afganistan dan patut naik unta saja.

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah, luahan ikhlas pd penilaian sy yg amat rendah ilmu ini.. pemimpin sbgini yg kita perlukan! tahu bila perlu merendah dan teguh serta berani bsuara menentang kebatilan! semoga usahamu saudara Rafizi dberi ganjaran oleh Allah SWT kelak, insya Allah. Teruskan perjuangan membela rakyat, semoga sentiasa mendapat perlindungan dan petunjuk dari Yg Esa! sy rakyat bawahan ini insya Allah akan berdiri teguh menyokong walau bukan dgn wang ringgit ttp kudrat jika dperlukan dan pastinya doaku mengiringi perjuangan kalian!
Ya Allah, berikanlah petunjukMu, kurniakanlah hidayahMu, kurnkakanlah mrk ini kesihatan, kelapangan dan teguhkanlah keimanan dan ketabahan demi menegakkan kebenaran agar dapat kami melaksanakan syiar perintahMu.. aminnn aminnnn ya Rabbal Alamiinnnn..