15 Apr 2016

Kajian Dapati Lebih 90% Mahasiswa Tidak Sokong Najib

Undi mahasiswa mampu Selamatkan Malaysia Oleh KHAIROL NAJIB HASHIM

Dalam kerancakan semua parti politik berperang dengan isu-isu berat dan melibatkan kepentingan negara tanpa disedari terdapat dua maklumat besar yang harus diambil serius oleh pembangkang di Malaysia iaitu peratusan sokongan mahasiswa terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan jumlah mahasiswa yang masih belum mendaftar sebagai pemilih untuk pilihan raya akan datang.

Deklarasi Rakyat yang dilancarkan awal Mac lalu menjadi begitu sensasi dek kerana kesanggupan semua penentang Najib duduk bersama mencapai kata sepakat mahu Najib undur sebagai Perdana Menteri.


Dr. Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu antara yang menjadi perhatian apabila perseteruan berdekad lamanya antara Lim Kit Siang dan Mat Sabu terhadap Dr Mahathir padam melalui kesepakatan mereka dalam Deklarasi Rakyat.

Umum melihat seruan itu adalah menifestasi mereka yang mahu menyedarkan rakyat bahawa Najib sudah melepasi garis ‘kezaliman yang dibenarkan’ atau mungkin bagi Dr Mahathir beliau sudah hilang kelayakan untuk diberi amanah menjadi Perdana Menteri.

Hakikatnya, pilihan jalan demokrasi yang paling berkesan untuk menumbangkan keseluruhan pasukan Najib adalah melalui pilihanraya.

Semalam, sebuah pertubuhan anak muda yang dinamakan Challanger membuat dakwaan bahawa 90% mahasiswa tidak menyokong pentadbiran kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

Tinjauan yang dibuat terhadap 5000 mahasiswa di bawah umur 30 tahun itu merupakan responden dari universiti seluruh negara.

Melalui jurucakapnya juga, Syed Saddiq mendedahkan 89% menganggap Najib adalah pemimpin yang tidak berintegriti.

Mendengar pendedahan kajian tersebut ia memperlihatkan seolah-olah sekiranya pilihan raya berlaku dalam masa terdekat, undi mahasiswa bakal memihak kepada parti-parti pembangkang.

Sebaliknya, pada hari ini, sebuah pertubuhan mahasiswa yang dikenali sebagai Kesatuan pula, mendakwa sebanyak 4.2 juta mahasiswa masih belum mendaftar sebagai pemilih.

Angka ini begitu besar dan sememangnya mampu memberi kesan terhadap keputusan pilihan raya terutamanya Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Sekiranya dilihat pada pilihan raya lalu, seramai 13,105,407 pemilih berdaftar layak mengundi. Pada PRU ke-14, menurut laporan yang sama seramai 17.7 juta layak untuk menjadi pemilih namun 4.2 juta daripadanya iaitu golongan mahasiswa belum mendaftar sebagai pemilih.

PRU 13 menunjukkan undi popular yang diperoleh Pakatan Rakyat melebihi BN sebanyak 386 285. Bilangan ini mungkin bertambah dan memberi kesan kepada bilangan kerusi yang dimenangi parti pembangkang pada PRU 14 nanti.

Berdasarkan kepada angka-angka tersebut, apakah sebanarnya nasib Malaysia, usaha Selamatkan Malaysia terletak di tangan mahasiswa?

Oleh itu, adalah sangat baik bagi semua pihak yang benar-benar mahu melihat perubahan dalam kepimpinan negara melancarkan kempen daftar sebagai pemilih di kalangan anak muda khususnya mahsiswa yang jelas melalui laporan yang didedahkan, BN boleh ditumbangkan melalui undi mahasiswa.

Maka usaha Kesatuan yang giat menjalankan usaha-usaha menyedarkan mahasiswa untuk mendaftar sebagai pemilih perlu diberi sokongan. -Malaysia Dateline


Kajian: Lebih 90 peratus mahasiswa tak sokong Najib

Tinjauan mendapati lebih 90 peratus mahasiswa tidak menyokong pentadbiran kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kumpulan yang dikenali sebagai Challenger menerusi jurucakapnya, Syed Saddiq berkata, tinjauan berkenaan melibatkan lebih 5,000 mahasiswa di bawah umur 30 tahun di universiti seluruh negara.

"89 peratus daripada mereka juga tidak menganggap Najib sebagai pemimpin berintegriti dengan dua cadangan utama kepada Najib ialah untuk kerajaan menjana peningkatan dalam peluang pekerjaan/kenaikan gaji serta mengawal kos sara hidup.

"Selain itu, peserta tinjauan turut mencadangkan agar kerajaan sentiasa membanteras rasuah, melaksanakan reformasi institusi, menyediakan pendidikan percuma/biasiswa, kebebasan akademik dan beragama," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada bulan Februari 2015, Merdeka Center mendedahkan bahawa sokongan pada Najib mencecah tahap 44 peratus bulan Januari tahun yang sama, kedudukan kedua paling rendah sejak beliau dilantik sebagai perdana menteri enam tahun lalu.

Popularitinya menurun satu peratus daripada 45 peratus yang direkodkan pada November dan Disember 2014. Pada Oktober 2014, sokongan kepadanya di tahap 48 peratus.

Popularitinya merudum di tahap paling bawah pada Januari 2014 dengan 42 peratus, sementara peringkat tertinggi, 72 peratus, direkodkan pada Mei 2010.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq menambah, tinjauan tersebut melibatkan pengagihan secara manual di kalangan penuntut universiti di empat fakulti dalam setiap universiti dan ada antaranya diedarkan menggunakan media sosial seperti Facebook dan Twitter
-mk


14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...


Sayang PAS terlepas peluang baik ini.

Jika pemimpin PAS tidak buat hal sehingga PAS berpecah dengan tertubuhnya AMANAH, inilah peluang PAS mengembangkan sayapnya.

Timnajib Jomfikir berkata...

Najib ohhhh Najib ....hatimu sungguh keras..Sudah-sudahlah Najib Tun Razak....Negara dan rakyat...terus jahanam dibawah pemerintah mu.

Tak cukupkah duit berpuluh2 billion kamu makan tu????? Ingat2lah balasan di akhirat sikit Najib oiiii!

Tanpa Nama berkata...

Bagus juga buat kajian ke atas mahasiswa supaya dia orang celik mengenai politik.

Lama-lama dia orang sedar perlu buat sesuatu.

Tanpa Nama berkata...



Kajian kata 90% mahasiswa tidak menyokong jibby.

Satu kajian lagi kata lebih dari 60/70% mahasiswa masih tidak berdaftar sbg pengundi.

Penyokong PH kenalah kempen galakkan mahasiswa mendaftar dgn SPR cepat sebelum PR14.

omar daud berkata...

Salam:


Tunu abd Rahman: Bapa Kemerdekaan

Tun Abd Razak:Bapa Najib

Tun Hussen Onn:Bapa Hishamudin

Tun Mahathir: Bapa Mukriz
Tun Abdullah badawi:Bapa Mertua Khairy
Najib: Bapa segala Penyamun.


Di Malaysia,hanya beberapa golongan elite yg tak terasa kenaikan harga barang,golongan raja2 dan kerabat,golongan elite fiedal umno,golongan ustaz2/ulamak2 dunia yg dapat upah lumayan ceramah2 ditv2/mesjid,golongan hiburan yg dapat program2 bersepah2 di tv-tv.Nak harapkan mereka2 semua ini,nak jatuhkan Najib,sorrylah.

sekian.

Tanpa Nama berkata...

Btl tu tp bangla nepal myanmar pendatang asing semua sokong najib

tanya sama itu hud hud berkata...

Lanun bugis dan ahli sihir rambut besar mana ada takut halal haram,sbb yg berjubah besarban pun sokong dia

Tanpa Nama berkata...

Sebagai bekas mahasiswa UM , kes ramai pelajar tidak mendaftar sebagai pengundi adalah sikap ambil mudah terhadap pilihanraya sejak awal 80an. Mereka beranggapan , siapa sahaja yang memerintah tidak memberi apa-apa kesan kepada kehidupan mereka. Persatuan-persatuan Mahasiswa juga tidak banyak berusaha untuk menganjurkan program untuk mengajak mahasiswa yang sudah berkelayakan untuk mengundi ,mendaftar sebagai pengundi pilihanraya.

Sekarang sudah sampainya, selain dari PH , pelbagai persatuan di Universiti-universiti Awam atau swasta untuk mengembelingkan tenaga untuk merayu dan meminta pelajar-pelajar mendaftar sebagai pengundi.

Di Universiti banyak persatuan samada berteraskan negeri, atau fakulti dan Jabatan untuk mencapai 100% mahasiswa mendaftar sebagai pengundi.

Ada kalangan pelajar yang menyertai NGO seperti ABIM dan IKRAM, perlu berbuat sesuatu seperti forum anjuran Ngo masing-masing , seperti contoh Forum Mengapa perlu mengundi.

Atau jalan yang terbaik Sayed Sadiq dan kawan-kawannya perlu mengorak langkah ke arah menyatukan seluruh Mahasiswa di seluruh negara dalam satu flat form yang matlamatnya 100% mahasiswa di Universiti di Malaysia turun untuk mendaftar sebagai pengundi dan seturusnya menjadi pengundi .

Memang bukan kerja mudah, tetapi kalau hendakkan perubahan dalam negara yang sekarang di perintah BN\UMNO yang korup, maka usaha drastik harus dilakukan.

Sekian,

Bekas Mahasiwa UM awal 80an.

Tanpa Nama berkata...

Bangla & rakyat asing talian hayat bn/umngok
PRU14 - Malaysia vs Pendatang asing

Tanpa Nama berkata...

Emak Ayah pesan belajar jangan sibuk dengan politik.

Habis belajar tak ada kerja.
Yang ada kerja ada pulak yang kena buang.

Sekarang negara berhutang. Lagi parah.

pencolekhangek berkata...

Mana-mana masyarakat dalam dunia semuanya bergantung kepada pelajar-pelajar mereka yang sedang meninggalkan alam remaja dan mula memasuki alam dewasa. Kalau kumpulan pelajar ini gila dengan seks bebas (bebas buat kerja dengan tiada tanggungjawab (bernikah)dan kalau yang susut nilai pun perempuan sahaja!!), bebas clubbing (belajar minum arak, berpoya-poya, seks lagi), bebas bersuka ria (berkereta, berparti, berpasangan, bercinta palsu, berfesyen, bereksperimen rumahtangga/bersekedudukan) dan bukan menuntut ilmu, menghadiri kuliah, bukan berdiskusi, berinteraksi secara ilmiah dan bernetworking untuk ilmu dan masa hadapan, belajar menghampiri masyarakat, maka amat malanglah masyarakat itu. Namun begitu kita mengharapkan mereka menjadi pelajar yang baik dan boleh mengambil alih pentadbiran negara dan masyarakat dimasa hadapan. Semoga bila tiba masanya mereka tidak jadi penipu, pembelot, pengkhianat, racun masyarakat, kera sumbang, sampah masyarakat, pucuk enau dan babi tunggal!!. Sekian wasalam.

pemuda parit kings berkata...

Berapa ramaikah pelajar yg sedar akanmengundi?ramai yg x amik tahu bab mengundi...sedih...pemikiran da diterap dgn hiburan...kelekaan...bila ditanya bab mengundi...semua buat x reti...apakah ini sinambungan pemimpin Malaysia???kepada seluruh pelajar dimalaysia...berpesan2lah pada rakan kamu akan kepentingan mengundi...penentu hala tuju negara...tiada siapa dpt membantu kita kecuali diri kita...sama2 buat kerja amal yg bakal dihitung oleh Allah...semoga berjaya...ameennn....

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin umno kata pelajar tk bleh berpolitik....nnt dekan sekat ppayahkan semua urusan...nnt kna tindakkan tatatertib....
Biar pegi mampos dgn politik.... jk umno memerintah rakyat terus mengemis..... BN bt rakyat lbh hina dr peminta sedekah... bri berim pon yg terpilih jee yg sokong umno.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin umno kata pelajar tk bleh berpolitik....nnt dekan sekat ppayahkan semua urusan...nnt kna tindakkan tatatertib....
Biar pegi mampos dgn politik.... jk umno memerintah rakyat terus mengemis..... BN bt rakyat lbh hina dr peminta sedekah... bri berim pon yg terpilih jee yg sokong umno.