'Siapa menentang Tun M pengecut', kata Mat Sabu
IPOH - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyifatkan mana-mana pihak yang menentang Tun Mahathir Mohamad sebagai pengecut.
Menurutnya, tiada sebarang kepentingan menentang Mahathir kerana negarawan itu bukan individu yang mengetuai tampuk pentadbiran negara pada ketika ini.
"Kalau kita terus hentam Mahathir, kita bukan hebat, kita bukan jantan bahkan kita lebih teruk daripada pondan.
"Dan konsep kita jelas, kita lawan mereka yang berkuasa, yang memiliki kuasa. Bukan lawan orang pencen," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Malam Solidariti Mat Sabu di Jalan Pemimpin, Gugusan Manjoi, di sini, semalam.
Mohamad berkata, meskipun Mahathir dikaitkan dengan beberapa isu salah laku ketika mengetuai pentadbiran negara namun bukan tanggungjawab pihaknya untuk mendakwa mantan Perdana Menteri itu.
"Kalau Mahathir jahat, Mahathir zalim, Mahathir mencuri, pemerintahlah yang kena dakwa Mahathir. Kita ada kuasa apa? Kita sendiri pun tiap-tiap tahun kena dakwa," katanya.
Selain itu, beliau berkata, kerjasama yang dijalinkan dengan Mahathir serta beberapa tokoh pimpinan BN dalam Deklarasi Rakyat bertujuan untuk menukar kepimpinan negara.
"Kita bersama mereka semuanya semata-mata untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN," katanya.
Katanya, beliau optimis perkara itu dapat direalisasikan sekiranya semua pihak komited dan fokus terhadap perjuangan.
"Dalam perjuangan kita, kita mungkin tidak tahu dimana penamatnya tetapi yang penting kita terus berjuang untuk mencapai matlamat itu," katanya. -SH
IPOH - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyifatkan mana-mana pihak yang menentang Tun Mahathir Mohamad sebagai pengecut.
Menurutnya, tiada sebarang kepentingan menentang Mahathir kerana negarawan itu bukan individu yang mengetuai tampuk pentadbiran negara pada ketika ini.
"Kalau kita terus hentam Mahathir, kita bukan hebat, kita bukan jantan bahkan kita lebih teruk daripada pondan.
"Dan konsep kita jelas, kita lawan mereka yang berkuasa, yang memiliki kuasa. Bukan lawan orang pencen," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Malam Solidariti Mat Sabu di Jalan Pemimpin, Gugusan Manjoi, di sini, semalam.
Mohamad berkata, meskipun Mahathir dikaitkan dengan beberapa isu salah laku ketika mengetuai pentadbiran negara namun bukan tanggungjawab pihaknya untuk mendakwa mantan Perdana Menteri itu.
"Kalau Mahathir jahat, Mahathir zalim, Mahathir mencuri, pemerintahlah yang kena dakwa Mahathir. Kita ada kuasa apa? Kita sendiri pun tiap-tiap tahun kena dakwa," katanya.
Selain itu, beliau berkata, kerjasama yang dijalinkan dengan Mahathir serta beberapa tokoh pimpinan BN dalam Deklarasi Rakyat bertujuan untuk menukar kepimpinan negara.
"Kita bersama mereka semuanya semata-mata untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN," katanya.
Katanya, beliau optimis perkara itu dapat direalisasikan sekiranya semua pihak komited dan fokus terhadap perjuangan.
"Dalam perjuangan kita, kita mungkin tidak tahu dimana penamatnya tetapi yang penting kita terus berjuang untuk mencapai matlamat itu," katanya. -SH
19 ulasan:
Mengalir air mata saya... setiap kali Mat Sabu berucap.. teringat akan kata2 dlm ceramah politik dan ceramah2 agama TGNA dulu serta Ustaz Fadhil Noor yg begitu selamba dlm parlimen membidas UMNO dan BN.. senada dgn Mat Sabu.
Cuma beza Mat Sabu ni.. dia bukan tok guru pondok atau tok guru masjid ja.. ilmu politik TGNA dan Ustaz Fadhil tetap sama mengalir dlm perjuangan Mat Sabu ni..
Teringat jugak kat Din Ayam.. ayam..ayam... kenapala hang digelar Ayam..walaupun hang menantu hebat Haji Hadi..
Alahai. Bang Mat ceramah berdegar2. Semua orang kata betul, betul, betul. Kalau betul, ikut sajalah apa program dia. Betul tak? Keh keh keh keh.
Bang Mat kata umno bn tak betul. Semua orang kata memang tak betul. Ikut sajalah dia nak betulkan umno bn tu. Betul tak? Keh keh keh.
Bang Mat kata turunkan sorang je, 30 juta rakyat dan negara jadi selamat. Semua orang kata betul cakap tu. Kalau gitu, ikut sajalah dia. Betul tak? Keh keh keh keh.
Bang Mat tak ade degre tinggi. Tapi yang ada degre tinggi2 pun penakut buat hape. Ikut sajalah Bang Mat walau tak ada degre tinggi. Betul tak? Keh keh keh.
Bang Mat dulu didik anak muda pas jadi berani. Tapi malu2 nak join. Konon dah baiah pada si putar alam. Belah sajalah. Pegi je pada Bang Mat, tok guru ko yang sebenar. Betul tak? Keh keh keh.
Bang Mat dapat reda Allah Taala kerana dia dapat reda ke dua ibu bapanya yang miskin dan penyabar. Kalau ko ikut dia, tak dapat reda Allah ke. Betul tak? Keh keh keh.
Bang Mat ajak ramaikan program dia. Ko datang dan duduk diam2 atau gelak sekuat2 hati dah le. Bukan nak suruh ko bergasak pun. Betul tak? Keh keh keh.
( Ulasan di atas disediakan oleh lebai mereng sebab terlalu letih kerja cari duit nak bayar utang dan macam2 hal.)
Kami yakin orang yang seperti Abg Mat dan mereka-mereka sepertinya yang walaupun bukan kalangan ulama dan agamawan tetapi tindakan yang didorong keimanan dan keyakinan yang tinggi pada janji Allah akan berdaya dan berjaya terus menentang segala bentuk kezaliman dalam negara ini. Selainnya adalah ramai yang berada di pinggiran dan duduk di belakang dengan berbagai-bagai alasan demi menjaga kepentingan masing-masing. Sebenarnya ramai kalangan sudah kecundang samada bersikap seperti PAS macam Hj Hadi dan kuncu UG serta MSUnya dengan deretan walaun-walaunnya yang rakus dan bangkrap jiwanya yang berselindung di sebalik berbagai alasan kononnya demi maslahat umat dan strategi parti.
Itulah yang kelihatan perangai dan tindakan di kalangan yang sebenarnya bertindakan demi kepentingan masing-masing.
Jangan dibiarkan budaya dan perangai UG dan walaun-walaun PAS menyelinap masuk ke dalam jiwa pendokong Amanah dan PH. Memang sifatnya kezaliman itu akan berpanjangan tetapi tidak kekal. Hanya dorongan keimanan dan keyakinan yang tinggi pada janji Allah dan sifat kesabaran menghadapi segala jenis halangan dan rintangan akan memastikan para kalangan akan boleh terus berjuang dan beristiqamah.
Abang Mat dan mereka yang sepertinya, teruskan perjuangan. Kami pasti bersama dan terus menyokong.
Betul juga kata Bang Mat. Sekarang siapa yang berkuasa? Siapa yang membodek orang berkuasa? Siapa yang makan dedak-dedak yang ditabur oleh orang yang berkuasa? Mengapa tidak ditangkap Mahathir? Mengapa tak didakwa? Mengapa tidak diserang rumah Mahathir macam polis serang rumah Anwar Ibrahim? Kuasa banyak tapi dengan orang pencen pun takut? Syabas Bang Mat teruskan perjuangan.
Sejahtera semua.
Mat Sabu Orang yang boleh kita percayai.
Ia berpolitik atas dasar politik semasa yang berlandaskan pemikiran yg rasional.
Dia adalah orang yg berpendirian dan selalu di landasan yg benar.
Perinsip yg di pegangnya hampir sama dgn Anuar Ibrahim.
Sebab itulah dia di benci pemerintah.
Prinsip yg beliau guna pakai boleh mengancam kedudukan pemerintah.
Berlainan sekali dengan Hadi and The Geng.
Kalau ada orang yang mendakwa dirinya sudah insaf maka Hadi pasti
bersedia memaafkannya, walau pun itu satu lakunan.
Hadi tidak layak untuk kita jadikan ketua negara /PM.
Walaupun dia berilmu namun tidak menampakan orang yg bijak
dalam urustakbir kerajaan.
Sebab itulah ia lebih disenangi oleh PM sekarang.
Hadi pun rasa selesa bila berbaik dgn PM.
Hadi dapat tawan Terengganu pun kejap je.
Kenapa//..Alasan dia kerana rezeki setakat itu..
Dia tak kan kata dia tak bijak..
Betul tak ????
Orang yang ada ilmu sahaja yang tahu apa itu erti perjuangan. Yang kaki makan tu, makanlah selagi boleh . Syabas Mat sabu, teruskan perjuangan Amin.
benar ... walaupun mat sabu pakai baju warna oren semasa berceramah ... aku tetap anggap baju orennya warna hijau.
bila kekawan tanya, "kenapa kau tak masuk parti oren". Aku jawab "aku akan tunggu mat sabu pulang ke khemah hijau selepas ribut berhenti".
Oren akan bertukar warna bila bila ada orang yang sanggup membaiki kerosakan hijau.
Abg Mat! See u at Kuala Lumpur 2 April 2016!
Sebab tu TGNA pun puji Abg Mat(lihat you tube) seorang yg kuat semangatnya, jelas perjuangannya, rela berkorban menghabiskan usia mudanya untuk PAS, masuk keluar penjara dan mahkamah... tetapi sayang, dituduh pengkhianat selepas kematian TGNA, Allah Maha Adil... jgn khuatir Abg Mat, biarlah AMANAH ni muda umurnya, ttp enjinnya tbukti dijalanraya, kali ni undi aku utk AMANAH.
TETUSKAN .. INGAT JGN MENGEJI PARTI LAWAN.... buktikan amanah jauh lebih baik dr parti lawan baik strategi dan akhlak.
"Teringat jugak kat Din Ayam.. ayam..ayam... kenapala hang digelar Ayam..walaupun hang menantu hebat Haji Hadi.."
Ayam semua dibalunnya tak kira taik ke. Asalkan perutnya kenyang.
Lalu mereka memecat Mahathir sebagai Penasihat Petronas sedangkan segala kesalahan Mahathir yang mereka gunakan untuk membuat orang menyalahkan Mahathir tidak ada apa-apa tindakan.
Jika mereka tidak bersalah atas perkara yang sama dan yang lepas, mereka akan buat lebih dari sekadar memecat Mahathir sebagai Penasihat Petronas.
Ini kerana Mahathir sanggup mengambil tanggung-jawab dan semua perkara akan diceritakan di dalam mahkamah. Tindakan yang di ambil oleh Polis ialah mengenai penglibatan Mahathir dengan perhimpunan BERSIH dan atas aduan Mahathir menghina Peguam Negara kerana tidak akan berani mendakwa Najib. Itu pun sekadar bertanya bukan soal siasat.
Mahathir cabar dakwa dia dalam mahkamah tetapi sampai sekarang Najib tidak berani. Atas sebab ini kita perlu sokong deklarasi rakyat supaya Mahathir di seret ke mahkamah.
Mungkin di mahkamah lah segala-galanya akan terdedah dan di perbetulkan. Jangan lupa, Mahathir letak jawatan secara mengejut tanpa memberitahu sesiapa pun mengenai tindakannya termasuk isterinya Hasmah.
Jika pemakan dedak buat lapuran Polis tidak jalan sebaik-baiknya pemimpin muda Pakatan Harapan lah pulak yang buat lapuran Polis dengan ditemani oleh Mahathir sendiri. Tujuan supaya semua pendedahan di direkodkan.
Tidak terkejut jika pemakan dedak sendiri akan minta Najib berundur sebelum Mahathir masuk ke Mahkamah.
Oh abg mat...kata2mu sungguh dimanfaat oleh semua...tiada yg tersembunyi dan tiada auta...klu dibaca sejarah islam...perjuangan islam...jatuh bangun islam...dinegara2 yg boleh kita buat rujukan...memang terbaik dan saya puji..penjelasan yg amat jelas...jasa abg mat tetap saya hargai dan diteruskan oleh generasi seterusnya dlm PH atau khasnya AMANAH...
Jalan Yg LURUS... TERANG Ber CAHAYA
SYSTEM Yg Mudah... Efisyen Ter PANTAS
AMANAH-Integrity... Transparency Ter BUKA
Menghapuskan PONTENG... Si Bebal PEMALAS
Melenyapkan FITNAH... RASUAH Pen DUSTA
RASUAH Pen DUSTA... Si Murtad Yg CULAS
Yg Ber TOPENGkan Agama... Menyonglap Ber JUTA
Men CURI Menyonglap... Dikatakan nya "DERMA"
Krn Mrk Melahap "DERMA"... Rakyat Derita Rakyat SENGSARA
Siratol MUSTAQIM... LURUS Ber CAHAYA
Semuanya TERANG... Tiada Ter SEMBUNYI
Ibarat Mem-BERI... Yg Tak Pernah CURIGA
Kaseh Mem-BERI... Tak Sesiapa pun SANGSI
Hanya Men CURI... Yg Mem FITNAH Merata
Sggup FITNAH Merapu2... Takut RAHSIA Di Ketahui
Ya Allah, bantulah kami, Bantulah Mat sabu/Anwar dan sahabat2 yg memperjuangkan kebenaran.Janganlah kau patah kan semangat dan hati mereka utk berjuang..Kuatkanlah semangat dan usaha hingga berjaya.Kami amat menderita dgn kezaliman puak penindas..Bantulah kami,berikan lah kami peluang kejayaan utk menikmati hidup yg lebih baik..kami amat mengharapkan pejuang2 kebenaran utk menegakkn kebenaran...mrk lah membawa suara rakyat yg tertindas.. Bantulah kami mencapai kejayaan...Aminn
Teringat aku mat sabu kempen lawan anwar Ibrahim tahun 80an dengan mulut ditutup kain kerana tahanan isa tak bercakap. Dengan menaiki Lori.
Yang menjahanamkan negara ialah Najib. Yang salah-guna kedudukan Perdana Menteri pun Najib. Apa guna kita lawan Mahathir. Jika Mahathir mengaku sekalipun yang tahun 1990an tidak boleh di ubah. Salah-satu kesilapan Mahathir ialah memilih Najib, jadi kesalahan ini lah yang perlu diperbetulkan ia itu hari sekarang !
mahathir masih pegang keputusan anwar bersalah liwat.. n dia ni masih x brubah, master of machiavelli.. harap pimpinan amanah sedar dgn yg ini jgn smpi lupa anwar masih wujud lg.. jgn pinggir pendapat otai reformasi
Amanah nak anwar dibebaskan dan kita nak najib diturunkan...bukan dia mahu bersekongkol dgn mahathir dlm buat kerja jahat..tp dia bersama mahathir utk misi yg sama iaitu menurunkan najib..kalau kita tak bersama mahathir pun, anwar tetap dipenjara...tp at least kita bersama mahahthir supaya sokongan kita bertambah kuat utk desak najib turun..apakah ini bukan strategi politik?
Pas + ikatan = pasik
Catat Ulasan