22 Dis 2015

[VIDEO & BERGAMBAR] Mujahid Jawab Dakwaan "Pengkhianat" ...

Naib Presiden AMANAH, YB Datuk Dr Mujahid Yusof mempertahankan tindakannya turut bersama dengan rakan-rakannya yang lain menubuhkan AMANAH dan memberi jawapan terhadap sesetengah pihak yang menuduhnya sebagai pengkhianat.

Di dalam satu ceramah penerangannya di Sebatu, Melaka Mujahid dengan tegas menyatakan bahawa beliau dan rakan-rakannya yang menubuhkan AMANAH dianggap khianat kepada perjuangan parti kerana parti asalnya telah khianat kepada perjuangan rakyat.


"KIta menyatakan kita (dianggap) khianat kerana parti kita telah khianat kepada perjuangan rakyat," disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin di majlis ceramah berkenaan.

"Kita tidak pernah dilantik oleh rakyat untuk bercumbu-cumbuan dengan UMNO Narisan Nasional, betul?" soalnya merujuk kepada tindakan pimpinan tertinggi PAS yang kini dilihat berbaik-baik dan ingin bekerjasama dengan UMNO.

"Kita tidak pernah dilantik oleh rakyat, tidak berani menegur 2.6 bilion yang UMNO Barisan Nasional (dan) Najib sapu (serta) tidak pernah dipilih oleh rakyat untuk ambil sikap berkecuali," tambahnya.

Pada bulan Oktober yang lalu, ahli Parlimen pembangkang bangkit memegang sepanduk bertulis "Mana RM2.6 bilion" selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selesai membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, dan beberapa ahli Parlimen PAS seperti Nik Mohd Abduh Nik Aziz (Pasir Mas) dan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus) tidak turut sama berdiri memegang sepanduk itu dan hanya duduk sewaktu ahli Parlimen pembangkang lain berdiri. (Nasruudin Hassan Tantawi, Temerloh dan Takiyuddin Hassan, Kota Bharu juga tidak berdiri dan mengangkat plakad)

Ceramah sulong parti AMANAH bersempena dengan pelancaran penubuhan jawatan penaja DUN Sungai Rambai pada malam tadi penuh sesak dan orangramai tidak berganjak dari awal sehinggalah Dr.Mujahid tamat menyampaikan ceramahnya.

Mujahid menekankan bahawa beliau dan rakan-rakannya dipilih oleh rakyat untuk mengembalikan maruah rakyat dan (menentang) pemimpin yang memijak dan menindas rakyat. Mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat diamanahkan oleh rakyat untuk membawa suara mereka ke parlimen untuk melawan kerajaan yang zalim.

"Apakah saya pengkhianat jika saya melihat parti lama saya sudah tidak ada lagi kekuatan (memegang amanah rakyat) itu, parti lama saya bukan setakan kkenyit-kenyit mata, bercumbu-cumbuan ... maka saya kata ..nasib baiklah saya keluar dahulu..." ujarnya.

Beliau turut menegaskan sokongan 52% rakyat kepada PR di dalam PRU13 dahulu bukan untuk mereka yang dipilih bermesra-mesra dengan kerajaan yang rasuah tetapi 52% rakyat memilih mereka bukan sekadar untuk menentang mereka malah menukar kerajaan kepada kerajaan yang membela rakyat.

Program berkenaan turut dihadiri oleh Pengerusi AMANAH Negeri Melaka, Tn Hj Adly Zahari dan Pengerusi AMANAH Parlimen Jasin, EN Azreen Abdul Majid serta beberapa pimpnnan PKR Melaka dan DAP. Beberapa tokoh veteran juga turut hadir diantaranya termasuk mantan Pesuruhjaya PAS Melaka, Tn Hj Salleh Yusof, setiausahanya, Tn Hj Azutdin Hassan dan Ustaz Abdullah dari Merlimau.

Di majlis berkenaan Mujahid turut menyerahkan panji-panji AMANAH kepada wakil-wakil DUN di parlimen Jasin.

Pada sebelah paginya, pihak penganjur telah mengadakan satu program "Back-to-School" dengan memberi sumbangan kepada lebih 50 orang para pelajar dengan bantuan pakaian dan peralatan sekolah kepada keluarga yang kurang mampu.



10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Teruskan usaha amanah.jangan putus asa biar apapun kata walaon pas.yg penting anda bersama rakyat.skrg dh jelas kelihatan permainan pas. Nk.bersatu dgn penyamun umno. Rakyat nampak semua pengkhianatan pas..makin lama makin jelas siapa yg benar2 khianat.teruskan menegakkan kebenaran.. Husam nampak diam je skrg,rakyat menanti2 update husam....came on husam...

Tanpa Nama berkata...

Minta parti amanah jangan layan provokasi pas..biar ahli2 nya bergaduh sama sendiri..isu nak bergabung dgn umno dah jadi duri dlm daging..ahli2 bawahan pas tgh panas..mintak tuan presideng jelaskan..tp mcm biasa..bisu seribu bahasa..

Tanpa Nama berkata...

tahniah,,,,,kg sebatu..kampung tempat lahirku... yang melahirkan ramai pejuang,,,,syabasss

Unknown berkata...

Salam:

PAS,sedang menunggu kehancuran,geng UG,Geng (3) 1TP/2NP (Titm,iskandar,ustaz idiris) dan geng harumanis (Husam/Mahfuz).

UMNO pun sama-geng najib,geng madey,geng muhyidin

Semoga PH/Amanah,teruskan kerja-kerja komunikasi berterusan dgn rakyat luar-bandar dan pinggir bandar.

Biarlah issue-isue dimainkan oleh mereka-mereka sendiri,tugas kita menyampaikan pada rakyat berita-berita sahih untuk pemahaman majority rakyat yg tiada access internet.

wassalam.

Unknown berkata...

Syabas Amanah... berjuanglah untuk rakyat..

Tanpa Nama berkata...

sekarang jelas siapa pengkhianat
penyamun rakyat
pengkhianat bersama penyamun

Unknown berkata...

aku nak lihat pendirian pkr dalam perkembangan ini. adakah pkr akan menolak pas atau join the rm2.6bil club?

sekiranya pas berkerjasama dengan umno, sudah sampai masa ahli2 pas dlm pertadbiran Selangor dipecat. rakyat Selangor tidak perlu habiskan dana negeri utk tanggung ahli parti pengkhianat rakyat!

Amanah dan DAP mesti lebih peka. harap Amanah dan DAP sudah ada plan Z utk menangani kemungkinan pengkhianatan azmin yg pro hadi ini.

pendirian pkr utk berkawan dgn semua org adalah tidak masuk akal. minyak tak kan bercampur dgn air.

sbb itu ada amal makruf dan nahi mungkar.

Tanpa Nama berkata...

Blog omakkau telah dijadikan tempat macai umno dan pas meluahkan perasaan cinta mereka. Geli geleman aku baca.

Tanpa Nama berkata...

Masa pembangkang berdiri memengang sepanduk 'Mana RM 2.6 Billion', Ahli Parlimen PAS terlupa kot amanat Hj Hadi mengatakan kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku.

Dalam isu RM2.6 Billion, Ahli Parlimen PAS mengamalkan Politik separuh Agama ciput.

Tanpa Nama berkata...

Abduh, Dr Khairuddin, Nasrudin Tantawi dan Takiyudin termasuk pemimpin PAS yang sengaja memonteng semasa pembentangan bajet, mendudukkan diri mereka sebagai ahli politik dan mengenepikan agama apabila tidak berdiri dan memegang sepanduk.

Mereka bersubahat dan lebih teruk dari itu dalam tempoh bantahan tersebut mereka tidak berpegang pada tali-tali Allad.